lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

RM500 Juta Baiki Paip Kritikal, Pelarasan Tarif Demi Kelangsungan Bekalan Air
RM500 Juta Baiki Paip Kritikal, Pelarasan Tarif Demi Kelangsungan Bekalan Air
KUALA TERENGGANU, 23 September – Syarikat Air Terengganu (SATU) memerlukan kos setinggi RM500 juta bagi kerja pembaikan dan penggantian jajaran paip usang dan kritikal di seluruh negeri, sebagai usaha memastikan kelangsungan bekalan air kepada rakyat  terus terjamin. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Abdul Karim Endut berkata, pelarasan tarif air awal yang dilaksanakan pada 2022 selepas 27 tahun tidak pernah disemak. Katanya, sambungan pelarasan Ogos 2025 (TSM TP2) adalah langkah penting bagi menampung sebahagian kos tersebut serta memastikan operasi bekalan air terus lestari dan tidak terjejas. “Daripada keseluruhan 8,600 kilometer jajaran paip di Terengganu, kira-kira 1,300 kilometer adalah paip AC (asbestos cement) yang usang dan telah melebihi jangka hayat. "Daripada keseluruhan 1,300 paip AC tersebut hampir 580 kilometer di 130 lokasi telah dikenal pasti sebagai paip kritikal dan perlu ditukar segera. “Kos ini perlu ditanggung Kerajaan Negeri dan SATU, dan tanpa pelarasan tarif adalah mustahil untuk menampung kos penggantian paip, penyelenggaraan serta operasi harian selepas semua kos bahan meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Ujar Abdul Karim, untuk tahun ini sahaja, kos penyelenggaraan dianggarkan sekitar RM50 juta, manakala hampir 40 peratus daripada keseluruhan kos operasi melibatkan kos tenaga elektrik, iaitu sekitar RM70 hingga RM80 juta setahun. “Kenaikan tarif elektrik bermula Julai 2025 serta peluasan skop SST lapan peratus telah menambah kira-kira 10 peratus dan lapan peratus kepada kos operasi SATU,” jelasnya. Menurutnya lagi, SATU telah melaksanakan pelbagai pelaburan besar bagi menyelesaikan isu bekalan air di beberapa daerah. “Sebagai contoh, di Marang sahaja SATU membelanjakan RM64 juta untuk mengatasi masalah tekanan rendah dan ketiadaan air, dan alhamdulillah banyak masalah telah berjaya diselesaikan terutama ketika musim perayaan dan cuti umum,” ujarnya. Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan apabila SATU turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan. Antaranya kata beliau, ialah pemberian subsidi 20 meter padu air pertama  kepada hampir 12,000 pengguna dengan kos RM1.4 juta, selain bekalan percuma kepada 2,152 masjid dan surau yang melibatkan kos RM1.02 juta. “Langkah ini menjadikan Terengganu adalah negeri di Malaysia yang menyediakan subsidi air percuma melalui syarikat air negeri kepada institusi agama,” tambahnya. Jelas SATU lagi, pihaknya memahami kebimbangan pengguna berhubung bil air, sehubungan dengan itu Abdul Karim memohon rakyat agar membuat semakan atau pertanyaan bagi sebarang kemusykilan kepada pihaknya.
23 Sep 25
4184
Malaysia Book of Records: 12,275 Pokok Gelam Ditanam di Setiu Wetlands
Malaysia Book of Records: 12,275 Pokok Gelam Ditanam di Setiu Wetlands
SETIU, 23 September – Festival Setiu Wetlands 2025 melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records (MBOR)’ bagi penanaman terbesar pokok Gelam di Tasik Berombak, Setiu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata sebanyak 12,275 pokok Gelam telah berjaya ditanam. Katanya, ia hasil kerjasama strategik antara Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN), Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Benua Hijau Sdn. Bhd. Serta pelbagai rakan strategik lain. “Pengiktirafan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Terengganu, malah mengangkat Setiu Wetlands sebagai destinasi eko-pelancongan berimpak tinggi yang menggabungkan usaha pemuliharaan alam sekitar dengan pembangunan komuniti setempat. “Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 September ini turut diserikan dengan pelbagai program menarik seperti sukan rakyat, pameran agensi, aktiviti komuniti, explorace kayak dan Selera Rasa Setiu Wetlands,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Setiu Wetlands 2025 bertempat di Boardwalk, Taman Negeri Setiu Wetlands , Kampung Pangkalan Gelap, di sini baru-baru ini. Razali berkata Festival Setiu Wetlands kini menjadi acara tahunan penting dalam kalendar pelancongan negeri dan terus berperanan sebagai platform untuk mempromosikan keindahan alam semula jadi Setiu kepada pelancong tempatan serta antarabangsa. “Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memelihara kelestarian alam sekitar di samping memperkukuhkan lagi kedudukan Terengganu sebagai destinasi pelancongan utama negara. “Pengiktirafan MBOR ini memberi makna besar kerana ia bukan sahaja menambah nilai pada produk pelancongan Setiu, malah menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memelihara ekosistem yang unik di kawasan Wetlands,” ujarnya.                    
23 Sep 25
112
BAS.MY Kuala Terengganu Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan Bersasar
BAS.MY Kuala Terengganu Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan Bersasar
KUALA TERENGGANU, 22 September – Golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi kini menikmati tambang percuma menerusi penjenamaan baharu BAS.MY Kuala Terengganu. Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif Kad Konsesi BAS.MY itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan sistem pengangkutan awam darat lebih inklusif dan mesra rakyat. "Di bawah inisiatif ini, golongan warga emas berumur 60 dan ke atas, OKU dan pelajar sekolah berumur 7 sehingga 17 tahun, boleh menikmati tambang percuma apabila menggunakan perkhidmatan BAS.MY. "Kelayakan ini diperluas kepada semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Penggajian Tinggi, termasuk institut-institut Pendidikan MARA," katanya. Selain tambang percuma, pengguna lain turut ditawarkan pas perjalanan tanpa had melalui Kad 30 Hari BAS.MY pada harga RM50 sebulan bagi kesemua lapan laluan beroperasi. "Sebagai contoh, pengguna yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu dari Gong Badak ke Kuala Terengganu untuk ke tempat kerja perlu membayar tambang sebanyak RM2.40 sehala atau RM4.80 sehari. "Dengan Kad 30 Hari BAS.MY, beliau hanya perlu membayar RM50 sebulan berbanding RM96.00 untuk 20 hari bekerja, iaitu penjimatan hampir 48 peratus.  "Kemudahan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja," jelasnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.MY Kuala Terengganu di Laman Payang, Pasar Payang di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Nara Setia serta Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Dato' Hanafiah Mat. Perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu kini menampilkan 27 bas mini low floor serba baharu yang lebih mesra OKU, dilengkapi CCTV keselamatan, paparan LED destinasi. Tambahnya, bas berwarna merah jambu ceria yang beroperasi meliputi kawasan Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang itu turut menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai. "Pengguna boleh menggunakan sama ada kad debit/kredit atau pembayaran menggunakan e-wallet melalui QR code.  "Mod-mod pembayaran ini diharapkan akan memudahkan dan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam darat," ujar Loke.  
22 Sep 25
1726
Barat Iktiraf Palestin : Gerakan Imperialisme Barat, Zionis Corak Kembali Peta Timur tengah
Barat Iktiraf Palestin : Gerakan Imperialisme Barat, Zionis Corak Kembali Peta Timur tengah
KUALA TERENGGANU, 22 September - Tindakan beberapa negara barat mengiktiraf kewujudan Palestin dilihat sebagai agenda Imperialisme Barat dan Zionis untuk mencorak kembali peta Timur Tengah demi kepentingan mereka. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, negara seperti United Kingdom, Australia Kanada, New Zealand mengisytiharkan kewujudan Palestin yang akan disertai oleh beberapa negara lain lagi dalam masa terdekat. Sedangkan menurutnya negara terbabit adalah pecahan rumpun negara yang dinamakan Anglo-Saxon yang merupakan teras kepada empayar Great Britain yang pernah menjadi tonggak utama imperialisme barat di era sebelum dan selepas perang dunia petama. "Umat Islam usah lupa bahawa penjajah British adalah pihak yang bertanggungjawab merampas bumi Palestin dan melaksanakan gerakan penghijrahan dan penempatan Yahudi Eropah ke bumi Palestin seterusnya penubuhgan negara haram 'Israel' pada tahun 1948. "Tiba-tiba hari ini mereka mahu menjadi 'hero' kononnya mahu menyerahkan kembali bumi Palestin, apa yang sedang berlaku sekarang, tidak lain dan bukan adalah penyusunan semula gerakan Imperilisme Barat dan Zionis bagi mencorak kembali peta Timur Tengah demi kepentingan mereka,"ujarnya melalui kenyataan di media sosialnya, di sini, hari ini. Tegas beliau, agenda 'two state solution' hanyalah omong kosong untuk mengaburi mata Umat Islam sedangkan dalam masa yang sama ia merupakan langkah bagi menyelamatkan negara haram Israel yang sedang berada di ambang kehancuran. "Tindakan dramatik barat (mengiktiraf Palestin) lebih kepada meredakan kemarah rakyat di negara masing-masing kerana melampaui batas Zionis Israel ke atas rakyat Palestin khususnya di Gaza, jika tidak bertindak kedudukan mereka juga akan terjejas. "Sebagai langkah berjaga-jaga demi untuk menjaga gerakan Zionis, Menteri Luar United Kongdom dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pengiktirafan negara Palestin tidak bererti penuhan negara Palestin sekarang ini,"katanya. Namun katanya, tidak dinafikan terdapat beberapa negara bukan Islam yang berada di luar orbit seperti Sepanyol yang mempunyai sejarah hitam dengan bangsa yahudi sejak ratusan tahun dan juga majoriti negara-negara Amerika Selatan di atas asas menentang agenda 'imperialisma barat'. "Perkembangan terkini menunjukkan kita sedang menyaksikan satu lagi gerakan halus yang akan merubah landskap politik dunia. "Dunia Islam mestilah bersatu serta kembali kepada penyelesaian Islam dan seterusnya memposisikan maslahah umat Islam tanpa mengikut telunjuk mana-mana kuasa,"jelas beliau.  
22 Sep 25
73
BAS.My Kuala Terengganu Dilancarkan Secara Rasmi Hari Ini
BAS.My Kuala Terengganu Dilancarkan Secara Rasmi Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 22 September - Terengganu, negeri tumpuan percutian pada hari ini dengan rasminya melancarkan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) Kuala Terengganu atau BAS.MY Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, SBST yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pengangkutan adalah satu transformasi penting dalam menambah baik sistem perkhidmatan pengangkutan awam di Terengganu. "Fokus utama program BAS.MY berhenti-henti ini adalah keboleh harapan, ketersediaan dan ketepatan masa adalah selari dengan aspirasi kita untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama bagi penduduk bandar dan luar bandar. "Dengan penambahan empat laluan baharu, jumlah lapan laluan merangkumi empat pihak berkuasa PBT yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi akan memperkukuhkan lagi jaringan hubungan antara kawasan dan membuka ruang ekonomi baru," katanya. Dikendalikan oleh Maraliner sebagai operator bagi perkhidmatan tersebut, pelaksanaan BAS.MY di Kuala Terengganu merangkumi empat kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Majlis Daerah Setiu, dan Majlis Daerah Marang. Samsuri yakin bahawa pendekatan bersepadu dan berfokus antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan ini akan memberi pulangan sosial dan ekonomi yang lebih baik kepada negeri Terengganu dan rakyatnya. "Besar harapan saya agar perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh penduduk Kuala Terengganu, para mahasiswa, mahasiswi, para pelajar di alam persekolahan dan rakyat Terengganu secara amnya. "Seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup. dan kemakmuran di negeri Terengganu ini. Insya-Allah," ujarnya dalam satu ucapan. Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook, inisiatif tersebut telah menelan perbelanjaan sebanyak RM40.81 juta bagi tempoh lima tahun ataupun RM8.16 juta setahun. Jelasnya lagi, program SBST Kuala Terengganu yang bermula pada tahun 2018 kini telah di sambung sehingga tahun 2029 dengan beberapa penambahbaikkan dari segi jenis bas, penambahan laluan dan kemudahan untuk pengguna. "Selain itu, perkhidmatan bas di bawah program SBST ini juga diberi nafas baharu dengan penjenamaan baharu dan penggunaan seratus peratus bas baharu bagi menggantikan bas-bas yang lama dan usang. "Melalui inisiatif BAS.MY Kuala Terengganu ini, sebanyak 27 buah bas yang semunya terdiri daripada bas-bas mini low floor," katanya. Tambahnya, inisiatif kedua selain SBST yang dilaksanakan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam merangka sistem yang lebih efisien dan dinamik itu juga termasuklah 'Interim Stage Bus Support Fund' (ISBSF). "Pelaksanaan ISBSF pula merupakan bantuan kewangan secara sementara kepada pengendali bas berhenti-henti yang layak bagi menanggung kerugian operasi di laluan yang tidak ekonomik.  "Ini bertujuan untuk memastikan kesalinghubungan pengangkutan awam ke kawasan-kawasan luar bandar boleh dikekalkan. Anthony berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.MY Kuala Terengganu di Ruang Legar Pasar Payang, Kuala Terengganu, di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Awam Malaysia, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Dato' Hanafiah Mat serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim. Antara kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna BAS.MY termasuklah pas bulanan perjalanan tanpa had: Kad 30 Hari, tambang percuma melalui Kad Konsesi BAS.MY bagi golongan bersasar serta pembayaran tanpa tunai.
22 Sep 25
101
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
MARANG, 22 September – Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan komitmen untuk memastikan pembangunan negeri terus berkembang secara menyeluruh dengan menjadikan pentadbiran Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam memajukan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, langkah itu selari dengan kedudukan Terengganu yang kini menjadi sebutan ramai sebagai negeri paling bahagia di Malaysia. Justeru katanya, masyarakat diseru agar menghidupkan roh perjuangan Rasulullah dalam mendaulatkan Islam, menyuburkan rasa cinta serta mengangkat syiar Baginda di bumi bertuah ini. “Kerajaan negeri bersama seluruh rakyat sebagai pewaris negeri ini mesti terus bertekad berusaha dan berikhtiar bagi memastikan semua sektor termasuk ekonomi, pendidikan, pelancongan, dakwah dan pemerkasaan syariah terus berkembang secara berkesan. “Matlamat ini adalah untuk mencapai slogan pentadbiran kerajaan, Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya ketika merasmikan Program Malam Kasih dan Mahabbah Rasulullah SAW ‘Marang Berselawat’ Peringkat Daerah Marang, di Dataran Pejabat Daerah Marang, semalam. Dalam ucapannya, Ariffin turut menekankan bahawa ramai yang mencemburui kelebihan Terengganu, khususnya kerana negeri ini melahirkan ramai alim ulama serta ilmuan Islam. “Namun, persoalan utama ialah sejauh mana kita benar-benar mengambil manfaat daripada nikmat yang terhidang ini. Hal ini perlu difikirkan bersama dan menjadi medan muhasabah,” jelasnya lagi. Majlis yang diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul itu turut diserikan dengan ceramah khas oleh penceramah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, serta persembahan selawat dan qasidah.  
22 Sep 25
231
7,000 Langkah Sehari Sudah Memadai Untuk kekal Sihat - Kajian
7,000 Langkah Sehari Sudah Memadai Untuk kekal Sihat - Kajian
KUALA TERENGGANU, 22 September – Jika sebelum ini masyarakat sering disarankan berjalan 10,000 langkah sehari, kajian terbaharu mendapati hanya 7,000 langkah sudah mencukupi untuk memperoleh manfaat kesihatan yang ketara. Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah berkata, kajian berskala besar yang diketuai Dr. Katherine Owen dari University of Sydney mendapati 7,000 langkah lebih realistik dan mudah dicapai kebanyakan orang, selain manfaat yang diperoleh hampir sama dengan mereka yang berjalan sehingga 10,000 langkah sehari. Menurutnya, kajian itu yang menganalisis 57 penyelidikan terdahulu melibatkan lebih 160,000 orang dewasa mendapati purata terbaik untuk aktiviti berjalan kaki adalah antara 6,000 hingga 8,000 langkah sehari. “Manfaat kesihatan meningkat sehingga kira-kira 7,000 langkah sehari, selepas itu kesannya tidak banyak berubah malah ada yang sekadar mendatar. Masalahnya sekarang, kita ini berjalan atau tidak? Ilmu ada tetapi amal tiada,” katanya menerusi kenyataan di media sosialnya di sini, kelmarin. Beliau menjelaskan, amalan berjalan 7,000 langkah sehari mampu menurunkan risiko pelbagai penyakit serius. Kata beliau, antaranya, risiko kematian awal berkurangan sehingga 49 peratus, penyakit jantung menurun sebanyak 25 peratus, manakala kebarangkalian menghidap kanser juga menurun sebanyak enam peratus. “Selain itu, risiko diabetes jenis 2 berkurangan 14 peratus, dementia menurun 38 peratus, simptom kemurungan berkurangan 22 peratus, manakala risiko untuk jatuh berkurangan sehingga 28 peratus,” ujarnya.  Malah, katanya lagi, amalan tersebut juga berupaya mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung sehingga 47 peratus. Dr. Suhazeli menambah, meskipun jumlah langkah tidak menggambarkan sepenuhnya kualiti atau intensiti senaman seseorang, ia tetap menjadi ukuran mudah untuk memastikan tubuh sentiasa aktif dan tidak statik. “Menurut Pakar Kardiologi Pencegahan di New York, Dr. Sean Heffron, semua jenis aktiviti fizikal memang ada manfaat. Usaha menambah langkah walaupun perlahan-lahan boleh memberi perbezaan besar terhadap kesihatan jangka panjang,” jelas beliau. Beliau turut menekankan bahawa dengan hasil kajian terbaharu itu, individu yang sebelum ini tertekan untuk mencapai 10,000 langkah kini tidak perlu risau kerana 7,000 langkah sudah memadai untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit. “Apa yang penting ialah kita bergerak setiap hari, berjalan jika mampu sebagaimana yang disarankan,” katanya.
22 Sep 25
87
Kebocoran Paip Gas Di Kerteh Tidak Timbulkan Risiko Letupan – Bomba
Kebocoran Paip Gas Di Kerteh Tidak Timbulkan Risiko Letupan – Bomba
HULU TERENGGANU, 22 September – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi jaminan bahawa insiden kebocoran paip gas butana di Kerteh, Kemaman, tidak menimbulkan sebarang risiko letupan. Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, meskipun bacaan gas pada jarak 400 meter dari titik kebocoran direkodkan sekitar satu peratus, ia masih di bawah paras lower explosive limit (LEL) gas butana iaitu 1.8 peratus. “Orang awam tidak perlu bimbang. Berdasarkan penilaian kita, gas ini tidak berpotensi meletup. Jika berlaku kebakaran sekalipun, ia hanya terbakar tanpa menyebabkan letupan. Oleh itu, langkah utama yang kita ambil sekarang adalah ‘mitigation’ bagi mengurangkan risiko kepada petugas yang sedang menjalankan operasi di tapak,” katanya. Menurut beliau, kawasan keselamatan 500 meter masih dikekalkan walaupun bacaan gas membolehkan operasi dijalankan pada jarak 400 meter. Nor Hisham turut memaklumkan bahawa Petronas telah memasang satu unit portable flare pada jam 3.30 pagi semalam bagi membakar baki gas dalam paip sepanjang 9.6 kilometer antara injap kawalan BU103 dan BU104. Unit kedua dijangka dipasang tidak lama lagi bagi mempercepat proses pembakaran terkawal. “Selepas pemasangan unit kedua, jangkaan minimum kita ialah sekitar 48 jam diperlukan untuk menghabiskan semua gas dalam paip tersebut. Tekanan gas juga sudah rendah, sekitar satu hingga tiga bar, maka api yang keluar daripada portable flare tidaklah tinggi,” jelasnya. Tambahnya, selepas pemasangan kedua itu selesai, operasi nitrogen purging akan dijalankan bagi menghabiskan baki gas butana sebelum langkah susulan diambil. Beliau berkata, peralatan khusus yang bersifat flammable resistant turut digunakan sepanjang operasi, termasuk kenderaan khas yang dibawa Petronas, bagi memastikan keselamatan anggota penyelamat dan petugas. Nor Hisham berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Program Kolaborasi Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) bersama JBPM di Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu, semalam. Pada 20 September lalu, insiden kebocoran paip gas butana milik Petronas Gas Berhad (PGB) di laluan projek ECRL, Kampung Chabang, Kerteh, menyebabkan lebih 20 penghuni sebuah pusat tahfiz dipindahkan serta penutupan sementara Jalan Kerteh–Ranggon.
22 Sep 25
79
Bomba Siap Siaga Hadapi Monsun Timur Laut
Bomba Siap Siaga Hadapi Monsun Timur Laut
HULU TERENGGANU, 22 September - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperkukuhkan keupayaan pasukannya dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara. Ketua Pengarah JBPM, Dato' Sri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya telah memulakan persiapan awal bagi memastikan gerak balas lebih pantas dapat dilaksanakan apabila banjir melanda. Nor Hisham ketika ditemui oleh pemberita "Persiapan kita untuk MTL ini kita telah memulakan persiapan awal dan yang paling saya nak tekankan di sini ialah pada tahun ini juga kita telah memperkukuhkan keupayaan kita untuk respon (secepat mungkin). "Kita telah kenal pasti 24,000 keanggotaan untuk kita mobiliti seluruh negara merangkumi bomba sepenuh masa, kaki tangan kita kemudian bomba bantuan sebanyak 2,315 dan juga bomba sukarela sebanyak 8,956," katanya. Tambahnya, JBPM tahun ini turut memperkukuhkan kerjasama bersama bomba sukarela dan komuniti setempat melalui pengagihan 150 buah bot bomba komuniti untuk ditempatkan di lokasi-lokasi berisiko banjir. Menurutnya lagi, pengagihan tersebut membolehkan komuniti setempat untuk bertindak di peringkat awal dalam proses pemindahan mangsa banjir. "Dalam masa yang sama kalau keadaan menjadi lebih teruk, apabila bomba dan juga pasukan 'responder' lain masuk, kita akan terus bekerja secara bersama.  "Jadi, bot komuniti yang kita bekalkan ini menyelesaikan sebahagian pada permasalahan yang kita hadapi," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum merasmikan Majlis Penutup Program Kolaborasi Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) Bersama JBPM di tapak rekreasi Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu di sini, semalam. Jelas Nor Hisham, bot komuniti bersaiz 14 kaki bernadikan enjin 15 kuasa kuda menjadi pilihan kerana faktor pengendalian yang lebih lincah terutamanya di kawasan terjejas banjir yang cetek dan berhalangan banyak. "Kalau dulu masalah kita hadapi ialah untuk kita atasi isu 'urban flood' ataupun banjir di kawasan perbandaran sebab air tak dalam, halangan banyak.  "Jadi ia memerlukan bot yang lebih ringan, lebih kecil dan lebih mudah nak 'maneuver'. Jadi, kita telah bekalkan pada tahun ini bot yang sesuai untuk kawasan ini. "Tetapi dalam masa yang sama yang bot bomba ni kita juga kena bersedia kepada arus yang lebih besar dan juga deras untuk membolehkan kita bergerak. Jadi, dia akan kompensasi ataupun apa memenuhi satu sama lain," ulasnya. Selain itu, JBPM juga menyediakan kira-kira 450 kenderaan marin, 417 kenderaan angkut roda ringan serta 119 buah kenderaan angkut berat bagi memperkukuh operasi menyelamat. "Alhamdulillah, untuk makluman semua juga, baru ni kita telah diluluskan tender perolehan sebanyak 200 buah kenderaan penarik bot dan juga kenderaan operasi 'light operation vehicle' yang telah diluluskan dan insya-Allah bekalan itu akan mula pada awal tahun depan," katanya. Beliau positif persiapan awal itu akan meningkatkan kesiapsiagaan JBPM khususnya berikutan jangkaan fenomena La Nina oleh MetMalaysia yang diramalkan berlaku pada hujung Disember hingga awal Januari ini.
22 Sep 25
61
Terengganu Erat Hubungan Dengan Pelajar Di Mesir
Terengganu Erat Hubungan Dengan Pelajar Di Mesir
KAHERAH, 20 September – Kerajaan Negeri Terengganu terus memperkukuh hubungan dengan anak-anak negeri di Mesir apabila mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama pelajar Terengganu di Safarah Malaysia, Asrama Anak-anak Terengganu Kaherah, semalam. Program yang turut menampilkan Forum Slot Permata Dakwah itu menghimpunkan pelajar dari Kaherah serta beberapa muhafazah lain sekitar ibu negara Mesir. Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, bersama Timbalan Pengerusi, Ridzuan Hashim. Forum tersebut turut menampilkan dua panel jemputan iaitu Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Harun Esa dan Pengarah Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Zulkhairi Ngah. Yang Dipertua Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT), Ahmad Taufiq Aminuddin Mokhtar, berkata kehadiran delegasi kerajaan negeri amat bermakna buat seluruh pelajar di perantauan. “Jutaan terima kasih kepada wakil Kerajaan Terengganu yang hadir.  “Semoga kehadiran ini dapat membantu dan mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dengan para pelajar di Mesir,” katanya. Penganjuran program ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menyantuni pelajar luar negara serta memberi perhatian kepada kebajikan dan pembangunan ilmu generasi muda Terengganu di rantau orang.
21 Sep 25
356