Artikel "Semasa" Terkini
Ahmad Razif Berjumpa Jemaah Haji Terengganu Di Mekah Dan Melancarkan 'World Quran Hour'
Jemaah haji dari Terengganu yang berada di tanah suci Mekah hari ini berpeluang bersama sama Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Puan Hajah Halina dalam satu perjumpaan di Hotel Abraj Janadriyah, tidak jauh dari Masjidilharam.Lebih kurang 400 jemaah haji Terengganu menginap di situ pada masa ini, terletak cuma 650 meter dari Masjidilharam.Semasa berucap kepada jemaah haji dalam perjumpaan itu, Ahmad Razif meminta semua jemaah menjaga kesihatan.Pada petang tadi juga, Menteri Besar ke hospital TH Shisha, melawat Cikgu Nara bin Sidek , guru SMK Kompleks Gong Badak dan Puan Rosnani yang berasal dari Kg Geliga Kemaman yang sakit dan menerima.rawatan.Ahmad Razif dan isteri petang tadi juga berkesempatan memberi sumbangan kepada Puan Junaini Abdul Rahman, isteri Allahyarham Che Isa bin Che Awang yang meninggal dunia pad a 25 Ogos baru baru ini di tanah suci.Allahyarham dan Puan Junaini berasal dari Taman Adis Indah, Tok Adis Kuala Terengganu.Ahmad Razif turut berkesempatan petang tadi melancarkan 'World Quran Hour' untuk menjurus ke arah mencintai Al.Quran, membaca dan menghayatinya dan melahirkan masyarakat yang Quranik.Demikian Ahmad Razif Abd Rahman pembawa obor Transformasi Terengganu Baharu (TTB) .Semoga Allah memberkati perjuangan suci beliau.Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman
08 Sep 16
341
Didik Mahasiswa Pengetahuan Mendalam Mengenai Keselamatan Jalan Raya
Jabatan Keselamatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menganjurkan Program Keselamatan Jalan Raya untuk mendidik mahasiswa dan mahasisiswi dengan pengetahuan lebih mendalam tentang keselamatan jalan raya.Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, penganjuran program yang julung kali dianjurkan itu mendapat kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Terengganu dan SIRIM QAS International Sdn. Bhd.“Komitmen semua pihak termasuk penglibatan agensi swasta amat penting dalam memberi kesedaran dan meningkatkan kefahaman pelajar tentang pendidikan keselamatan jalan raya. “Bagi membentuk budaya selamat seterusnya melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang berhemah dalam kalangan pelajar universiti, kita memerlukan sokongan yang berterusan dari pelbagai pihak khususnya JKJR dan agensi berkaitan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Keselamatan Jalan Raya UniSZA 2016 di UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Prof. Dr. Nik Wan Omar.Katanya, sempena kempen keselamatan jalan raya itu, SIRIM QAS International Sdn. Bhd turut mengagihkan topi keledar percuma kepada 200 penuntut yang menyertai perarakan bermotosikal dan ‘long short walk’ dengan jarak antara 2.5 hingga 3 kilometer.
08 Sep 16
333
Sebaran Maklumat Media Sosial Perlu Ditapis
Kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram membolehkan setiap maklumat disalurkan secara pantas, bagaimanapun ianya boleh membutakan fikiran masyarakat untuk mentafsir sama ada berita itu benar atau sebaliknya.Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, bagaimanapun apa yang dikesalkan ada juga pihak tertentu, termasuk media arus perdana, agensi kerajaan dan swasta mengguna pakai maklumat yang dipaparkan media sisoal sebagai bahan berita.“Maka di sinilah peranan dan kerjasama agensi media berdaftar diperlukan bagi memastikan kesahihan dan ketepatan fakta sesuatu perkara.“Saya percaya, komuniti media di Terengganu, masih mengekalkan profesionalisme kewartawanan dalam memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat, kejujuran etika kerja dan keadilan kepada semua yang terlibat,”katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Nik Wan Nik Omar pada Majlis Anugerah Kewartawanan UniSZA 2016, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Ahmad Zubaidi turut memberitahu, pihaknya menyasarkan UniSZA untuk menjadi antara sepuluh universiti awam di Malaysia dan terbaik di Pantai Timur.Katanya, apabila Hospital Pengajar UniSZA beroperasi kelak, aspirasi itu diyakini mampu dicapai.“Pada masa sama, faktor peningkatan mendadak kemasukan pelajar antarabangsa, termasuk Iraq, Yemen, Iraq, Pakistan, Vietnam, Syria, Cina, Sudan, Jordan, Mesir, Brunei dan Thailand.“Semua ini membuktikan UniSZA bukan saja menjadi pilihan pelajar tempatan malahan pelajar luar negara,” katanya.
08 Sep 16
67
Golongan Berpendidikan Tinggi Majoriti Tolak Suntikan Vaksin
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mendakwa majoriti ibu bapa yang menolak suntikan vaksin adalah golongan berpendidikan tinggi selain berkerjaya sebagai guru dan penjawat awam.Pengarahnya, Dr Mohamad Omar, berkata alasan yang diberikan adalah kerana meragui status halal haramnya, khuatir tentang kandungan vaksin dan tidak selamat kerana mengandungi racun, logam berat serta pengawet.Katanya, pihaknya kesal dengan situasi itu walaupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan fatwa yang menyatakan vaksin adalah halal dan perlu diambil bagi mengelak risiko kematian.“Ibu bapa lebih percaya sumber tidak sahih yang diperoleh daripada cakap-cakap kosong, internet dan edaran risalah oleh individu yang tidak bertanggungwab berbanding berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari pagawai perubatan bertauliah,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Bicara Kesihatan Dari Perspektif Syariah peringkat Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis itu dirasmikan isteri Menteri Besar, Halina Zakaria. Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zulkifly Muda.Di Terengganu, sebanyak 175 kes atau 1.14 peratus daripada jumlah kelahiran mengambil keputusan menolak suntikan vaksin dicatatkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.Menyedari situasi itu, JKNT mengambil pendekatan secara agresif dengan mengadakan pelbagai program termasuk bual bicara, seminar dan jumlah secara personal semata-mata mahu menjelaskan kepentingan vaksin.
06 Sep 16
139
34 Bayi Merdeka di Terengganu
Seramai 34 bayi `merdeka' dilahirkan di seluruh Terengganu sempena Hari Kebangsaan negara sehingga jam 12 tengah hari, semalam.Kesemua bayi masing-masing 20 lelaki dan 14 perempuan dengan 21 daripadanya dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan kelahiran pertama adalah bayi lelaki seberat 2.3 kilogram pada jam 12.26 pagi.Ibu bertuah kepada bayi lelaki itu, Ummi Atika Mahari, 23, ketika ditemui melahirkan kesyukuran di atas kelahiran anak sulungnya itu setelah setahun mendirikan rumah tangga dengan pendulang emas, Abdul Hafiz Mohamad, 31.“Sebenarnya jangkaan kelahiran saya adalah pada Hari Malaysia iaitu 16 September, tidak sangka pula beranak awal, lebih istimewa pada hari merdeka. ‘Masin mulut’ suami yang jangkakan saya beranak pada hari merdeka.“Harapan saya semoga dia menjadi anak yang soleh, dunia dan akhirat,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.Tambah istimewa, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isterinya, Halina Zakaria, dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar meluangkan masa hampir setengah jam melawat dan menyampaikan cenderahati kepada ibu dan bayi merdeka di hospital berkenaan.Seorang lagi ibu bertuah, Nurul Ilyana Mazlan, 28, dari Kampung Duyong Besar, Kuala Nerus, melahirkan bayi lelaki seberat 2.79 kilogram pada jam 12.45 pagi semalam.Nurul Ilyana berkata, dia dan suami, Ahmad Khairul Anuar, 31, yang merupakan seorang kelindan lori, tidak menjangkakan anak ketiga mereka lahir pada 31 Ogos memandangkan tarikh jangkaan bersalin adalah 3 September nanti.“Macam tidak percaya pula dapat lahir pada tarikh yang begitu istimewa dan bermakna ini. Apa pun saya harapkan anak ini akan menjadi anak yang berguna dan soleh serta diberikan kesihatan yang baik,” katanya.Seorang suri rumah dari Marang, Nur Shaidatul Najwa Mohd Noor, 23, turut melahirkan bayi merdeka apabila bayi lelaki seberat 2.6 kilogram lahir pada jam 3.46 pagi semalam.Dia bersama suami, Md Zaimi Razali, 32, nyata gembira dengan kelahiran bayi sulungnya itu dan mengharapkan semoga anak yang dilahirkan membesar dengan sihat dan baik serta menjadi anak soleh.
06 Sep 16
81
Khabar dari Menteri Besar di Tanah Suci Mekah
Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang kini berada di Mekah menunaikan fardhu haji berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu, khususnya di maktab maktab penempatan jemaah haji.Ahmad Razif bersama isteri Puan Hajah Halina Zakaria semalam telah melawat Maktab 90, salah satu penempatan jemaah haji dari Malaysia, termasuk Terengganu.Beliau membuat lawatan itu bersama sama dengan Pengerusi Tabung Haji,Datuk Seri Panglima Abdul Aziz Abdul Rahim.'Alhamdulillah, sebelah pagi tadi saya bersama Datuk Seri Azeez Rahim telah melawat Maktab 90 dan Hospital Tabung Haji. Saya sempat berjumpa dengan jemaah dari Terengganu," beritahu Ahmad Razif melalui whatsapp yang dihantar kepada Pengarang The Iman Tribune awal pagi ini, 7 September 2016.Ahmad Razif dan isteri, Puan Halina melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu dan bertanya khabar tentang keadaan jemaah berkenaan.Semalam juga Ahmad Razif dan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron turut menyertai Pengerusi Tabung melawat jemaah haji yang sakit di Pusat Rawatan TH Syisyah.Ahmad Razif bersama isteri berlepas ke tanah suci Mekah bagi menunaikan fardhu haji melalui pihak Tabung Haji pada 4 September baru baru ini.Menteri Besar Terengganu memberitahu, pada hari ini beliau bercadang hendak melawat guru Sekolah Kompleks Gong Badak, Cikgu Nara bin Sidek yang dimasukkan ke Hospital King Faisal Mekah kerana sakit.Ahmad Razif berkata pada hari ini juga beliau akan melawat keluarga jemaah haji dari Kuala Terengganu yang baru kehilangan suami yang meninggal dunia di Mekah di hotel Abraj Janadriyah.'Saya sempat juga bersama Pengerusi Tabung Haji melawat dan melihat persediaan khemah dan segala kelengkapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Sempat sembahyang Zohor berjemaah dalam Khemah Operasi Tabung Haji di Mina diimamkan oleh Ketua Menteri Melaka," beritahu Ahmad Razif lagi.Beliau juga menghantar gambar gambar berkaitan kepada The Iman Tribune dan menyampaikan salam ingatan kepada semua rakan rakan seperjuangan, para pegawai serta kakitangan kerajaan dan rakyat Terengganu.Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman
06 Sep 16
219
Nelayan Kota Putera Tanam Unjam Di Pulau Perhentian
Pelbagai cara dilakukan nelayan bagi mendapatkan sumber laut untuk menambah mata pencarian bagi menyara hidup keluarga.Program tanam unjam oleh Persatuan Nelayan Kota Putera, Besut, satu kaedah nelayan pancing bagi mendapatkan hasil tangkapan ikan ketika mereka keluar memancing di laut.Seramai 70 nelayan pancing dari Kota Putera, menyertai aktiviti tanam unjam di perairan Pulau Perhentian, Besut, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komuditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga Adun Jertih melancarkan program tanam unjam berkenaan.Pengerusi persatuan nelayan itu, Wan Mohd Zaki Wan Othman berkata, usaha menanam unjam di perairan berkenaan diharap dapat mendatangkan hasil tangkapan lebih banyak kepada ahli persatuan berkenaan.Katanya,persatuan itu mempunyai 200 ahli menjalankan aktiviti memancing bagi menyara hidup keluarga manakala sebahgian ahli menjadikannya sebagai hobi.Beliau berkata, unjam yang digunakan daripada pelbagai jenis pokok diharap dapat menarik tumpuan ikan berkumpul dan menjadi sumber kepada nelayan terbabit.Sementara itu, Pehimi memuji usaha yang dilakukan oleh nelayan terbabit kerana ia dapat menjalin persaudaraan antara ahli selain menambah hasil pendapatan.Beliau terut meluluskan RM5,000 bagi membantu persatuan nelayan berkenaan menjalankan aktiviti yang mampu memberi faedah kepada ahli-ahlinya.Oleh: Mohammad Ishak
06 Sep 16
721
Pertukaran Jawatan Peluang Kembang Kerjaya
Oleh : Mohd Syazni ZainudinPertukaran penjawat awam menjadi satu cabang kepada perkembangan kerjaya selain memberikan dimensi, perspektif dan semangat baru.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, dalam meningkatkan produktiviti kerja di samping memberikan peluang kepada pegawai-pegawai untuk mengembangkan bakat sedia ada.Tambahnya, sebagai sebuah organisasi, perkembangan kerjaya amat penting dalam memastikan pegawai-pegawai kerajaan sentiasa inovatif dan berdaya saing.“Antara kepentingan perkembangan kerjaya, ianya dapat meningkatkan produktiviti individu. Jika kita lakukan tugas yang sama berulang-ulang, tidak ada pergerakan progresif dalam ‘career ladder’ seseorang.“Seterusnya hubungan kerajaan dengan penjawat awam. Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menjaga hubungan dan keterlibatan dengan penjawat awam.“Ketiga, ianya dapat mewujudkan persaingan sihat di kalangan penjawat awam untuk memastikan peranan organisasi sentiasa relevan dengan keadaan semasa. Sebab itulah pentingnya perlantikan ‘the right person at the right job’,” katanya ketika berucap.Beliau ditemui pada Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di Wisma Darul Iman, hari ini.Wan Nawawi berkata, pegawai perlu menganggap pertukaran sebagai satu peluang untuk tinggalkan legasi.“Setiap tempat kita ditugaskan, tinggalkan satu legasi. Selain ia menambah keyakinan diri, ia juga merupakan motivasi kepada diri untuk sentiasa jadi lebih baik daripada legasi sebelumnya. Dalam erti kata lain, bukan untuk bertanding siapa lebih hebat, tetapi untuk keuntungan dan kebaikan ramai pihak.“Adaptasi di tempat baru nanti juga penting. Walaupun baru ditugaskan, tetapi lagaknya seperti sudah setahun berkerja. Hubungan dengan penjawat awam lain perlu dijaga,” katanya.
06 Sep 16
345