lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Rosol Persoal Tindakan MCMC, Desak Anwar Mohon Maaf Isu Subsidi Minyak
Rosol Persoal Tindakan MCMC, Desak Anwar Mohon Maaf Isu Subsidi Minyak
KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahidbmenggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan tidak benar mengenai isu subsidi minyak RON95 untuk warga asing. Rosol dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah serius dan menuntut kejelasan daripada pimpinan tertinggi negara. “Sehingga hari ini, saya dan Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin Yassin) masih menunggu permohonan maaf daripada Tambun yang menuduh kami kononnya menggalakkan pengagihan subsidi minyak kepada warga asing, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku,” tegas beliau. Dalam masa sama, Rosol turut mempertikai kecekapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang didakwa lambat bertindak menyiasat sumber maklumat fitnah berkenaan. “Saya nak tanya MCMC, sejauh mana siasatan dibuat? Sudah dua bulan berlalu, namun masih belum ada jawapan. Ini menunjukkan kelemahan dalam tindakan MCMC,” katanya lagi. Menurut Rosol, kegagalan kerajaan mengemukakan permohonan maaf walaupun sumber maklumat diragui memberi tanggapan negatif terhadap tatakelola pentadbiran negara. “Kalau sudah ada hasil siasatan, kita tunggu permohonan maaf daripada Tambun sebagai contoh kepimpinan berintegriti kepada rakyat,” katanya menutup ucapan.
16 Oct 25
46
Ahli Parlimen Besut Gesa Henti Sindrom Nuri, Tegur Kelekaan Tadbir Urus
Ahli Parlimen Besut Gesa Henti Sindrom Nuri, Tegur Kelekaan Tadbir Urus
KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, menegur kelemahan tadbir urus dan pengurusan kewangan kerajaan dalam isu aset usang serta hasil negara yang gagal direalisasikan, sebagaimana dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 Tahun 2025. Ketika membahaskan laporan itu di Dewan Rakyat petang tadi, beliau berkata perbelanjaan besar bagi penyenggaraan aset lama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) jelas menunjukkan kebergantungan berterusan terhadap aset yang sudah berusia dan tidak lagi ekonomik untuk diselenggara. “APMM telah membelanjakan RM229.93 juta bagi kapal melebihi usia 30 tahun, dan RM78 juta lagi bagi bot berusia antara 11 hingga 20 tahun. Ini bukan lagi langkah berhemah, sebaliknya tanda kebergantungan yang berisiko,” ujarnya. Beliau turut menegaskan keperluan kerajaan mengelak daripada terperangkap dalam apa yang disebut sebagai sunk cost fallacy atau 'kesesatan kos lepas', iaitu terus berbelanja hanya kerana pelaburan lama yang telah dibuat tanpa menilai keberkesanan semasa. “Kita sudah belajar daripada pengalaman helikopter Nuri, senggara terlalu lama sehingga menelan kos lebih besar daripada membeli baharu, dan akhirnya mengorbankan nyawa anggota keselamatan. Jangan biar ‘Sindrom Nuri’ berulang di laut pula,” tegasnya. Che Mohamad turut mempersoalkan ketidakaturan dalam pengurusan aset APMM, termasuk bayaran hampir RM60,000 bagi peralatan yang tidak dibekalkan serta RM140,000 bagi peralatan yang tidak menepati spesifikasi. Katanya, kelemahan ini bukan sekadar soal teknikal, tetapi melibatkan keselamatan anggota di lapangan apabila beberapa ujian penting bagi memastikan kelayakan pelayaran (seaworthiness) kapal didapati tidak dijalankan sebelum pendaftaran aset. “Kegagalan seperti ini membahayakan anggota maritim yang bertugas di laut, dan mencerminkan pengurusan aset yang longgar serta tidak menepati prinsip tadbir urus yang baik,” ujarnya lagi. Dalam perbahasan sama, beliau turut menarik perhatian terhadap isu potensi hasil kerajaan yang tidak direalisasikan seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara. Antaranya, anggaran hasil tambahan sekurang-kurangnya RM115 juta yang boleh dikutip sekiranya nombor pendaftaran kenderaan tidak aktif ditawarkan kepada umum pada harga minimum, selain denda dan sewaan yang tidak dikutip melibatkan jumlah puluhan juta ringgit. “Akaun belum terima hasil meningkat kepada RM44.55 bilion pada 2024 berbanding RM39.52 bilion tahun sebelumnya, peningkatan 12.8 peratus. Daripada jumlah itu, RM20.6 bilion telah melebihi tempoh enam tahun dan berisiko dihapus kira,” katanya. Beliau berkata, setiap hasil yang tidak dikutip bermaksud kehilangan sumber untuk rakyat, sama ada dalam bentuk kemudahan awam, pendidikan mahupun keselamatan. “Kebocoran hasil bukan kerana kecurian, tetapi kerana kelekaan pentadbiran,” tegasnya. Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Besut menegaskan bahawa teguran terhadap laporan audit bukan bertujuan menyerang kerajaan, sebaliknya untuk memperbetulkan kelemahan dan memastikan setiap sen hasil negara dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat. “Malangnya, bila kita menegur, ada pula yang menyerang secara peribadi. Kalau nak menjilat, jilatlah, tapi jangan sampai menuduh orang lain bermacam-macam,” katanya dengan nada tegas. Beliau turut mengingatkan bahawa tadbir urus (governance) yang sering dilaungkan kerajaan perlu diterjemahkan melalui tindakan, bukan sekadar slogan. “Slogan ‘Malaysia Madani Bekerja’ nampak gah, tetapi laporan audit ini membuktikan pengurusan kewangan kerajaan masih sarat dengan kelemahan,” katanya.
08 Oct 25
213
Ahmad Samsuri Yakin PN Kekal Utuh
Ahmad Samsuri Yakin PN Kekal Utuh
KUALA NERUS, 5 Oktober – Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan sepakat untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Katanya, beliau yakin seratus peratus bahawa parti komponen di bawah PN akan kekal utuh. “Apa jua yang timbul itu saya difahamkan adalah masing-masing dengan hasrat memperkuatkan PN sebelum berdepan pilihanraya yang mungkin dalam tempoh setahun atau dua tahun akan datang. “Lebih baik kita bincang sekarang ini walaupun nampak macam porak poranda, tetapi sebenarnya tidak, ini adalah perbincangan dalaman keluarga yang semuanya dalam ruang lingkup untuk memperkukuhkan PN. Jadi saya tidak ada kebimbangan tentang itu,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai adakah PAS dan Bersatu akan kekal sebagai gabungan politik sehingga PRN-16 ekoran beberapa isu yang timbul termasuk berkaitan calon perdana menteri dan dana pilihan raya pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Kesejahteraan Pekerjaan & Keusahawanan Negeri Terengganu serta Pelancaran Pusat Cari Kerja @ Gerbang Kerjaya Negeri Terengganu, di Pusat Cari Kerja Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, hari ini. Sementara itu, ketika ditanya mengenai persediaan PAS menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah setelah ada desas desus menyatakan berlaku pembubaran dalam masa terdekat, Ahmad Samsuri menyatakan PAS melalui PN telah mengadakan beberapa siri jelajah di Sabah. “Ia bertujuan untuk menilai kekuatan dan menentukan kerusi mana yang akan ditandingi dalam pilihanraya yang mungkin diadakan dalam tempoh yang terdekat ini. “Kita bersedia dan tengoklah macam mana, suasana potilik di Sabah sangat unik, dekat nak pilihanraya pun ada parti baru yang ditubuhkan,” ujarnya. Tambah beliau, situasi tersebut merupakan perkara biasa di Sabah sejak puluhan tahun lalu. “Politik Sabah sangat dinamik, walaupun begitu kita komited untuk bersama dalam pilihan raya di Sabah seterusnya bersama untuk melakukan polisi sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya.
05 Oct 25
115
Empat Pemimpin Terengganu Terpilih AJK PAS Pusat
Empat Pemimpin Terengganu Terpilih AJK PAS Pusat
ALOR SETAR, 16 September – Empat wakil rakyat dari Terengganu berjaya menempatkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat setelah mendapat mandat perwakilan dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71 yang berlangsung di sini hari ini. Mendahului senarai, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi meraih sokongan tertinggi mewakili Terengganu dengan 1,018 undi. Diikuti rapat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim meraih 868 undi, manakala Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim memperoleh 802 undi.  Seorang lagi wakil Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr. Riduan Mohd Nor turut dipilih dengan 721 undi. Kejayaan ini membuktikan kepercayaan tinggi perwakilan terhadap barisan pimpinan dari Terengganu untuk terus memainkan peranan penting dalam hala tuju perjuangan PAS di peringkat pusat.  
16 Sep 25
686
Konvensyen DHPP Kali Ke-10 Catat Sejarah
Konvensyen DHPP Kali Ke-10 Catat Sejarah
KEDAH, 14 September – Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat Kali Ke-10 (2025) mencatat sejarah penting apabila menjadi yang terakhir sebelum DHPP dimartabatkan setaraf dengan Dewan-Dewan utama PAS. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan dasar Islam yang diperjuangkan PAS meraikan kepelbagaian dan peranan sahabat bukan Muslim dalam usaha membina negara yang adil, sejahtera dan berkebajikan. “Insya-Allah, dengan langkah tersusun dan amanah yang digalas, PAS bersama DHPP akan terus memimpin Malaysia ke arah pentadbiran berteraskan integriti, kebajikan dan kesejahteraan untuk semua,” katanya. Beliau yang merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat Kali Ke-10 (2025) yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Ahmad Amzad hadir sebagai pemerhati bersama Ahli Parlimen Kapar merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Halimah Ali, mewakili PAS Pusat. Konvensyen bertemakan “DHPP Teguh Menyulam Perpaduan” itu turut diserikan dengan ucapan pimpinan PAS dan DHPP, antaranya Naib Presiden PAS merangkap Penasihat DHPP Pusat, Datuk Idris Ahmad, serta Ketua DHPP Pusat, Balasubramaniam Nachiappan. DHPP kini memiliki keanggotaan seramai lebih 78,000 ahli di seluruh negara, menjadikannya platform penting dalam mengukuhkan hubungan PAS dengan masyarakat bukan Muslim. Ahmad Amzad turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa penganjur yang telah bekerja keras menjayakan konvensyen ini serta menyeru agar DHPP terus memperkukuhkan keyakinan masyarakat bukan Islam, menjadi jambatan penghubung dengan perjuangan PAS. “Insya-Allah, dengan langkah tersusun dan amanah yang digalas, PAS bersama DHPP akan terus memimpin Malaysia ke arah pentadbiran berteraskan integriti, kebajikan dan kesejahteraan untuk semua,” tambahnya.
14 Sep 25
51
Muktamar PAS Fokus Ekonomi, Sosial dan Keharmonian Kaum
Muktamar PAS Fokus Ekonomi, Sosial dan Keharmonian Kaum
HULU TERENGGANU, 13 September – Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan Muktamar Agung PAS kali ini amat signifikan kerana berlangsung hampir dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), sekali gus menjadi medan penting untuk memperdebatkan isu ekonomi, sosial, keharmonian kaum serta hala tuju parti sebagai kuasa politik nasional. Menteri Besar Terengganu itu berkata, perbahasan muktamar dijangka menumpukan pengukuhan dalaman parti serta agenda besar yang menyentuh masa depan negara.  “Kita percaya bahawa Muktamar kali ini adalah Muktamar yang begitu hampir dengan pilihan raya umum ke-16. "Jadi tentunya selain daripada pengukuhan parti, dan untuk meletakkan parti PAS di persada negara dan nasional sebagai parti yang berkaliber dan ada keupayaan untuk memimpin negara, sudah tentulah ini antara perkara yang akan diperbahaskan," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Walimatulurus Perdana 2025 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini. Menurutnya lagi, perbahasan kali ini bukan hanya menilai kekuatan PAS, tetapi turut memperhalusi dasar-dasar yang menyentuh kehidupan rakyat.  "Dari aspek sosialnya, dari aspek ekonomi, dari aspek keharmonian kaum, dan apa yang perlu dilaksanakan oleh kepimpinan parti. "Jadi ia akan jadi lebih inklusif, apa yang diperjuangkan oleh PAS ini, untuk membawa PAS bersama dengan rakan muafakat politik," katanya.  Ahmad Samsuri menegaskan bahawa kejayaan dalam PRU-16 tidak akan tercapai sekiranya PAS bergerak bersendirian tanpa dukungan rakan sekutu politik.  "Kita tidak mahu menjadi single parti yang mengadakan usaha dalam pilihan raya nanti. "Kita percaya kemenangan boleh dicipta dalam pilihan raya akan datang jika sekiranya kita memperkukuhkan muafakat politik, dan mempereratkan kerjasama di seluruh negara," ujarnya.  
13 Sep 25
66
Dah Sampai Masa PAS Terajui PN – Dr Sam
Dah Sampai Masa PAS Terajui PN – Dr Sam
HULU TERENGGANU, 13 September – Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan sudah tiba waktunya PAS diberi mandat untuk memimpin Perikatan Nasional (PN) sebagai peneraju blok pembangkang, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan politik tanah air. Menteri Besar Terengganu itu berkata, pandangan daripada pelbagai pihak termasuk sayap-sayap parti akan diberi perhatian serius menjelang mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat esok.  "Kita pantau pandangan-pandangan yang diberikan oleh pihak di luar sana termasuk daripada sayap-sayap parti yang telah mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka.  "Saya percaya cadangan tersebut adalah satu perkara penting yang akan dipertimbangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada hari esok," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Walimatulurus Perdana 2025 Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menekankan bahawa Muktamar PAS Pusat yang bermula Isnin ini bakal menjadi medan perbincangan besar mengenai hala tuju parti dalam PN.  "Pada hari Isnin akan bermula muktamar agung PAS Pusat. "Saya rasa sudah sampai waktu dan ketikanya untuk PAS berbincang dengan rakan muafakat politik untuk PAS pula mengambil alih dan mengetuai kerusi ini secara muafakat politik," jelasnya.
13 Sep 25
523
Pelantikan Ketua Audit Langgar Amalan Kerajaan, Wujud Risiko Tidak Telus
Pelantikan Ketua Audit Langgar Amalan Kerajaan, Wujud Risiko Tidak Telus
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid menggesa Kerajaan Persekutuan meneliti semula proses pelantikan Ketua Audit Negara yang disifatkan bercanggah dengan amalan konvensional dan menimbulkan risiko ketidakbebasan serta ketidaktelusan dalam pengurusan kewangan awam. Beliau berkata, pelantikan Ketua Audit Negara yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan awam bercanggah dengan tradisi sejak 1966, apabila semua sembilan penyandang terdahulu dilantik hanya selepas bersara daripada jawatan kerajaan. “Sejak 1966, semua Ketua Audit Negara terdahulu termasuk S. Khandiah, Ahmad Nordin Zakaria, Tan Sri Ambrin Buang dan Tan Sri Madinah Mohamad dilantik selepas pencen. Hanya penyandang sekarang masih berkhidmat. “Perkara ini dipersoalkan banyak pihak dan saya bersetuju dengan kebimbangan itu,” katanya ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat hari ini. Rosol turut mengkritik laporan audit yang dikemukakan ke Parlimen, yang disifatkannya terlalu ringkas dan gagal memberikan gambaran menyeluruh terhadap kecekapan pengurusan serta perbelanjaan awam oleh kementerian dan agensi kerajaan. “Sebanyak 2,000 entiti diberi ruang untuk diaudit, tetapi laporan setebal ini sahaja yang kita terima. Ia tidak mencerminkan skala sebenar penilaian dan seolah-olah dibuat secara sambil lewa,” ujarnya. Beliau turut mempersoalkan mengapa hanya beberapa kementerian seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menjadi tumpuan laporan, yang menimbulkan kebimbangan berhubung unsur pilih kasih atau pengaruh politik dalam proses audit. “Di sini mungkin ada sedikit politik dalam kalangan audit. Oleh itu, kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap cadangan pembaharuan walaupun laporan ini sendiri dipersoalkan kesahihannya, kerana Ketua Audit sekarang pun dilantik dengan cara yang dipertikaikan,” tegasnya. Rosol menekankan bahawa kerajaan perlu segera memulihkan kredibiliti institusi audit negara agar keyakinan rakyat terhadap integriti dan ketelusan pengurusan kewangan awam dapat dipulihkan sepenuhnya.
23 Jul 25
173
Ahli Parlimen Besut Gesa Pelantikan Jawatankuasa Dilakukan Secara Bebas
Ahli Parlimen Besut Gesa Pelantikan Jawatankuasa Dilakukan Secara Bebas
KUALA LUMPUR ,23 Julai - Perbahasan di Dewan Rakyat semalam sedikit tegang apabila Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, membangkitkan isu berkaitan kuasa mutlak Menteri dalam pelantikan jawatankuasa di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025. Ketika membahaskan RUU itu di peringkat Jawatankuasa, beliau mempersoalkan mengapa kuasa pelantikan hanya terletak pada menteri dan bukannya melalui mekanisme yang lebih telus dan bebas. “Saya tengok kalau Menteri yang diberi kuasa, timbul persoalan sebenarnya – adakah ia boleh menimbulkan konflik kepentingan? Kalau Menteri itu sendiri terlibat dalam kes, siapa yang akan memantau? Tak ada peruntukan yang menghalang campur tangan Menteri,” katanya ketika berucap pada sesi perbahasan di Sidang Parlimen, semalam. Mengulas lebih lanjut, beliau mencadangkan agar pelantikan jawatankuasa tersebut dilakukan oleh badan bebas seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Bagaimanapun, perbahasan beliau telah mencetuskan bantahan daripada beberapa Ahli Parlimen kerajaan yang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(2) dan 36(12), kononnya beliau menyentuh perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah dan mengelirukan Dewan. Justeru beliau menegaskan bahawa tidak perlu menyebut mana-mana fakta kes atau mencampuri prosiding mahkamah, sebaliknya hanya mengutarakan prinsip integriti dan keperluan reformasi dalam sistem pelantikan. “Saya bukan cerita fakta kes. Saya hanya sentuh tentang keperluan mekanisme yang telus untuk elak pengaruh politik. Ini soal struktur, bukan soal mahkamah,” katanya mempertahankan hujahnya. Sehubungan itu beliau turut menegaskan bahawa kredibiliti sesebuah jawatankuasa siasatan amat bergantung kepada ketelusan proses pelantikannya. “Kalau pelantikan datang daripada Menteri, pasti akan wujud persepsi campur tangan politik. Maka lebih baik kita letakkan di bawah panel bebas atau Jawatankuasa Pilihan Parlimen,” katanya. Sidang Dewan kembali tenang selepas Speaker membuat keputusan supaya mana-mana kenyataan yang menyentuh kes mahkamah ditarik balik dan perbahasan diteruskan
23 Jul 25
110
'Jawatan Ini Pun Dah Berat' – Ahmad Samsuri Tak Terlintas Nak Pegang Jawatan Lain
'Jawatan Ini Pun Dah Berat' – Ahmad Samsuri Tak Terlintas Nak Pegang Jawatan Lain
  BESUT, 9 Julai – Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk merebut sebarang jawatan tambahan dalam parti menjelang Muktamar Tahunan PAS yang akan datang. Sebaliknya, beliau  yang juga Naib Presiden PAS lebih selesa memberi tumpuan penuh kepada amanah yang sedang diamanahkan kepadanya ketika ini. “Saya telah nyatakan sebelum ini, jawatan yang saya pegang sekarang pun sudah cukup berat untuk saya pikul. Jadi tidak timbul soal saya hendak jawatan lain,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke tapak pembangunan berorientasikan transit (TOD) bagi Projek ECRL di Stesen Jerteh, hari ini. Mengulas mengenai spekulasi kemungkinan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Ammar Nik Abdullah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti akan datang, Ahmad Samsuri berkata perkara itu terpulang sepenuhnya kepada keputusan individu terbabit. “Sebagaimana disebut oleh beliau sendiri, dia nak tengok ‘anak bulan’ dahulu, kan? “Jadi, biarlah beliau tengok anak bulan dulu. Keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak itu ‘truly 100 percent’ bergantung kepada pertimbangan beliau,” ujar Ahmad Samsuri.  Tambah beliau, isu pemilihan adalah perkara biasa dalam PAS dan parti itu telah melalui pelbagai fasa serta muktamar sebelum ini. “Insya-Allah, PAS mempunyai sistem yang kukuh dan bersedia menghadapi apa sahaja yang berlaku dalam parti. “Parti akan terus bergerak ke hadapan dengan penuh keyakinan,” katanya.
09 Jul 25
202