lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Terengganu Salur Bantuan RM1.99 Juta Buat Calon Peperiksaan Awam
Terengganu Salur Bantuan RM1.99 Juta Buat Calon Peperiksaan Awam
KUALA NERUS, 6 Oktober – Kerajaan Terengganu terus komited memperkukuh masa depan pendidikan negeri dengan menyalurkan bantuan one-off berjumlah RM1.99 juta kepada 19,932 calon peperiksaan awam di seluruh negeri sebagai dorongan semangat menjelang peperiksaan tahun 2025. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, inisiatif di bawah Yayasan Terengganu itu mencerminkan keprihatinan dan kebersamaan kerajaan negeri dalam memastikan calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM bersedia menghadapi cabaran akademik dengan penuh keyakinan dan iltizam. "Program ini salah satu usaha untuk membuktikan kebersamaan kita bersama-sama dengan calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM supaya mereka mempersembahkan yang terbaik untuk peperiksaan serta memperoleh keputusan cemerlang nanti. "Itu doa kami daripada pihak kerajaan negeri kepada semua calon-calon yang terlibat," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Majlis Penyampaian Bantuan One-Off kepada Calon Peperiksaan Awam Negeri Terengganu Tahun 2025 peringkat Kuala Nerus, di sini, hari ini. Menurutnya, seramai 2,605 calon daripada 17 buah sekolah menengah di daerah Kuala Nerus turut menerima bantuan pendidikan berjumlah RM260,500 dengan kadar RM100 seorang, melibatkan 2,424 calon SPM, 169 calon STPM dan 12 calon STAM. "Gunakanlah bantuan bernilai RM100 ini secara bijaksana dan bertanggungjawab. "Ia bukan sekadar bantuan kewangan semata-mata, tetapi tanda kasih serta dorongan moral agar anda lebih bersemangat menghadapi detik penting ini," tambahnya. Hishamuddin turut menzahirkan harapan agar semua calon menjadikan peperiksaan yang bakal diduduki sebagai langkah awal membina masa depan yang lebih cemerlang dan bermakna. "Jadikanlah peperiksaan ini sebagai permulaan ke arah menara gading serta kehidupan yang gemilang. "Ingatlah, setiap kejayaan anda adalah hadiah paling berharga buat ibu bapa dan guru yang tidak pernah jemu berkorban demi memastikan anda berjaya," ujarnya. Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan awam di negeri ini agar terus melangkah dengan penuh keyakinan dan membawa nama Terengganu sebagai negeri yang unggul dalam kecemerlangan pendidikan.  
06 Oct 25
448
LTdL 2025: Prestasi TSG Membanggakan
LTdL 2025: Prestasi TSG Membanggakan
KUALA NERUS, 6 Oktober – Penampilan Terengganu Cycling Team (TSG) dalam PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 membuktikan keupayaan pasukan itu terus berada pada tahap membanggakan meskipun berdepan pasukan elit dunia. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim, berkata kejayaan pelumba TSG, Muhammad Nur Aiman Rosli, menamatkan Peringkat Ketujuh Melaka–Medini di tempat kedua menjadi detik manis selepas lima tahun pasukan itu tidak menaiki podium dalam kejohanan berprestij tersebut. "Dalam tempoh beberapa hari perlumbaan, TSG berjaya beberapa kali menaiki podium, dan yang terakhir di Stage 7 apabila Aiman menamatkan saingan di tempat kedua. "Ini satu pencapaian yang cukup manis kerana sudah lima tahun kita tidak mencapai kejayaan seperti itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian One-Off kepada Calon Peperiksaan Awam Negeri Terengganu Tahun 2025 peringkat Kuala Nerus, di sini, hari ini. Menurutnya, walaupun TSG tidak meraih kejuaraan keseluruhan, kemampuan pasukan menyaingi kelab profesional antarabangsa membuktikan kekuatan dan daya saing tinggi pelumba tempatan. "Dengan persaingan hebat bersama kelab-kelab elit dunia, prestasi ini sudah cukup membanggakan dan menunjukkan TSG kekal sebagai antara pasukan terbaik rantau ini," ujarnya.
06 Oct 25
2001
Prostrated on Tar for Three Hours - Reveals GSF Activist
Prostrated on Tar for Three Hours - Reveals GSF Activist
KUALA TERENGGANU, 6 October - Global Sumud Flotilla (GSF) activist, Mohd Asmawi Mukhtar, has revealed the inhumane treatment he endured when he was forced to prostrate on scorching tar under the blazing sun after being detained and beaten by Israeli forces. "We were forced to kneel, face down on the tar, all of this directly under the hot sun," he recalls the ordeal whilst detained by the regime. According to Asmawi, the activists were abducted immediately after their flotillas were intercepted and ordered to dock at the port of Ashdod before being taken about 200 meters away from the harbor area. "When we arrived at this specific location, the regime's soldiers told us to prostrate on the asphalt. "I quickly slide my passport where my face was going to face down. "Most of the others didn't have time to react, and their faces were pressed directly onto the burning surface," he said. He added, they were positioned with their hands on their back, although not restricted, forced to stay in that humiliating position for three grueling hours under the intense heat. Throughout the ordeal, armed commandos closely guarded them, preventing any movement. "The women were cying in pain. The soldiers showed no sense of remorse at all," Asmawi lamented. After hours under the sun, the detainees were transferred to another location resembling an immigration control centre, where their personal belongings were thoroughly searched and confiscated. "The Zionist soldiers took our personal items, including documents and clothing, to look for any information related to the flotilla mission," he added.
06 Oct 25
65
THRDC Perkukuh Padanan Tenaga Kerja Rakyat Terengganu
THRDC Perkukuh Padanan Tenaga Kerja Rakyat Terengganu
Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) melalui Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT) telah mengambil pendekatan yang menyeluruh dalam menangani aspek Demand and Supply (of Labour) dalam Pasaran Buruh. 
06 Oct 25
46
Pelumba Basikal Antarabangsa Puji Keindahan Terengganu
Pelumba Basikal Antarabangsa Puji Keindahan Terengganu
Peringkat keempat Le Tour De Langkawi (LTdL) 2025 dari Kuala Terengganu ke Kemaman bukan sahaja menyajikan saingan sengit , malah turut meninggalkan kenangan indah buat pelumba pasukan Polti VisitMalta, Manuel Penalver yang menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua. 
06 Oct 25
48
Kerajaan Terengganu Hargai Usaha Pembebasan 23 Sukarelawan GSF
Kerajaan Terengganu Hargai Usaha Pembebasan 23 Sukarelawan GSF
Kerajaan Terengganu menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha berterusan sehingga membawa kepada pembebasan 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) dan ditahan oleh tentera Israel sejak Khamis lalu.
06 Oct 25
30
Ahmad Samsuri Yakin PN Kekal Utuh
Ahmad Samsuri Yakin PN Kekal Utuh
Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan sepakat untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).https://youtu.be/V-gXjGiJpak
06 Oct 25
19
Hanafiah Rai Kontinjen SUTERA Kemaman
Hanafiah Rai Kontinjen SUTERA Kemaman
KEMAMAN, 6 Oktober- Semua pegawai dan atlet Kontinjen Daerah Kemaman sempena Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) III, diraikan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, baru-baru ini. Ketua Misi Kontinjen, Dato' Hanafiah Mat menyifatkan majlis tersebut mencerminkan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap para atlet dan pegawai seluruh kontinjen. "Majlis ini bagi menghargai semua pegawai dan atlet yang telah berkorban masa, tenaga dan komitmen dalam menjayakan penyertaan sukan kali ini. "Kejayaaan yang dicapai tidak hanya diukur melalui kemenangan pingat, tetapi lebih besar daripada itu ialah nilai semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan dan kegigihan yang telah ditunjukkan,'katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman hari ini. Tambahnya lagi, pengiktirafan itu adalah simbol penghargaan terhadap usaha keras para atlet yang telah membawa nama daerah Kemaman ke pentas SUTERA III bagi tahun ini. "Kalian telah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus aktif, berdaya saing dan menjadikan sukan sebagai wadah membina sahsiah diri," ujarnya lagi. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, turut mengharapkan majlis penghargaan tersebut menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berjuang pada temasya sukan akan datang, terutamanya kepada mereka yang akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Selangor, tahun depan. Untuk rekod, Kontinjen daerah Kemaman berjaya membawa pulang 10 emas, 17 perak dan 20 gangsa menjadikan keseluruhannya sebanyak 47 pingat bagi kebanyakan acara sukan yang dipertandingkan dalam temasya kali ini. Dalam majlis tersebut, Hanafiah  turut menyampaikan hadiah insentif berbentuk wang tunai kepada semua atlet yang telah berjaya membawa pulang pingat.  
06 Oct 25
38
70 Penduduk DUN Cukai Terima Geran, Borang 5A
70 Penduduk DUN Cukai Terima Geran, Borang 5A
KEMAMAN, 6 Oktober - Seramai 70 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai menerima dokumen hak milik dan borang 5A dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Aras 3, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat menyifatkan penyerahan geran itu tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyediakan tapak kediaman yang teratur dan memberi masa depan yang baik kepada rakyat.  Beliau turut mengingatkan bahawa hak milik yang diperoleh adalah satu amanah besar yang perlu dipelihara dengan penuh rasa tanggungjawab. "Gunakanlah tanah ini untuk membina kehidupan yang lebih sejahtera, menambah nilai ekonomi keluarga, serta menjadi tapak bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. "Kami berharap agar usaha murni ini akan terus memberi manfaat besar kepada semua peserta," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis itu.   Dalam masa sama beliau berharap tanah tersebut menjadi asas kesejahteraan hidup serta menyumbang kepada kemajuan DUN Cukai khususnya, dan daerah Kemaman amnya.
06 Oct 25
47
Terengganu Lancar Pusat Cari Kerja
Terengganu Lancar Pusat Cari Kerja
KUALA NERUS, 6 Oktober – Kerajaan Negeri melancarkan Pusat Cari Kerja (PCK) Terengganu, sebuah pusat sehenti pekerjaan yang menghimpunkan semua fungsi dan aktiviti berkaitan pembangunan sumber manusia serta penempatan pekerjaan untuk rakyat negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, penubuhan pusat tersebut memberi ruang kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat kerja secara terus, pelajar merancang laluan kerjaya mereka, dan majikan mengakses pangkalan data calon serta melaksanakan temuduga di satu lokasi strategik. “Pusat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan penting seperti klinik resume, bimbingan kerjaya, sesi temuduga terbuka dan libat urus industri untuk memperkukuh peluang penempatan pekerjaan,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Karnival Kesejahteraan Pekerjaan & Keusahawanan Negeri Terengganu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di PCK Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, semalam. Tambah Ariffin, sejak mula beroperasi pada 2023, Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah PCK termasuk sesi libat urus bersama industri, temuduga terbuka dan program pembangunan kemahiran. Dalam karnival berkenaan, enam majikan mengambil bahagian dengan menawarkan lebih 500 kekosongan jawatan, termasuk 213 jawatan dalam Negeri Terengganu. Sebanyak 10 reruai pameran agensi dan industri turut dibuka, termasuk tiga pemain utama sektor penerbangan dan aeroangkasa yang berkongsi maklumat tentang peluang kerjaya dalam industri tersebut. Program ini turut dimeriahkan dengan slot inspirasi kerjaya, perkongsian keusahawanan dan pelbagai aktiviti interaktif bagi menarik minat golongan muda.
06 Oct 25
371