lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
Desas-Desus Pertukaran MB Adalah Tidak Benar
Berita mengenai pertukaran Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini dinafikan oleh Pejabat Menteri Besar.Pegawai Khas Menteri Besar, Ahmad Fauzan Abdul Kadir berkata khabar angin mengenai pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang dijadualkan pada hari ini juga  tidak benar.“Berhubung isu pertukaran Menteri Besar Terengganu yang kini sedang rancak disebarkan melalui media sosial, saya ingin menegaskan bahawa tiada pertukaran menteri besar dan khabar angin mengenai pertemuan antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dengan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang dijadualkan pada hari ini adalah tidak benar sama sekali.“Dalam satu kenyataan Perdana Menteri sebelum ini ada mengatakan bahawa Ahmad Razif kekal menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 serta sebarang khabar angin mengenai pertukaran adalah tidak benar dan hanya dicipta oleh musuh-musuh dalaman politik untuk menghuru-harakan kestabilan politik di Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan di media rasminya.Tambahnya dalam kenyataan tersebut, Ahmad Fauzan berkata isu tersebut tidak seharusnya diwujudkan kembali kerana ianya telahpun selesai sebelum ini.“Berhubung dengan analisis politik yang dibuat dalam satu akhbar tempatan baru-baru ini, analisis itu dibuat berdasarkan kepada pandangan penulis dan pandangan ahli politik yang tidak mahu melihat Ahmad Razif mengetuai negeri dalam menghadapi pilihan raya.“Kenyataan dan analisis yang dibuat tidak mencerminkan hasrat dan niat Perdana Menteri terhadap Menteri Besar Terengganu dan tiga lagi menteri besar yang lain,” katanya.Katanya, Ahmad Razif juga sudah menyatakan pendiriannya untuk tidak melayani segala spekulasi dan hanya mahu menumpukan kepada pentadbiran negeri sehingga habis penggal selain terus memacu pembangunan negeri. 
21 Sep 16
116
Empty Image
UMNO Negeri Adakan Bengkel Khas Untuk Tawan Semula 15 DUN
Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu akan mengadakan bengkel khas minggu hadapan, bagi memastikan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kalah dapat dikembalikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.Pengerusinya, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya menyasarkan untuk merampas semula kerusi DUN terutama di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun yang ditawan pembangkang pada PRU13 lalu."Mulai minggu hadapan, kita mahu laporan dibentangkan daripada setiap DUN yang kalah pada setiap Rabu (malam) secara bergilir-gilir."Laporan perlu merangkumi isu-isu, strategi dan apa tindakan yang perlu dibuat untuk memastikan kawasan yang kalah dapat ditawan semula,"katanya.Beliau berkata demikian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Marang 2016, di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, hari ini.Majlis itu dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.Menteri Besar juga berkata, tumpuan kepada empat Parlimen yang dikenali sebagai Kempen '1011' bagi mewakili kerusi DUN yang menang pada PRU lalu, masing-masing satu di Kuala Nerus, tiada kerusi di Kuala Terengganu dan masing-masing satu kerusi DUN di Marang serta Dungun."Kita mahu supaya kita kepung baik-baik kawasan yang kuat pengaruh pembangkang ini untuk pastikan kemenangan menjadi milik kita," katanya.Selain itu, menurutnya UMNO negeri sudah melancarkan pertandingan antara Pusat Daerah Mengundi dan menyediakan bajet kepada cawangan-cawangan supaya membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi PRU14
06 Sep 16
37
Empty Image
Tiada Kaedah Sambil Lewa Untuk Kekalkan Kemenangan
Barisan Nasional (BN) dan UMNO yakin dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya telah membuat analisa yang mendalam mengenai kedudukan kerusi yang dimenangi BN dan UMNO."Kita akan ambil langkah yang bersesuaian termasuk ada yang memerlukan penerangan, penambahan ahli dan juga ada yang memerlukan kepimpinan atau calon yang baru."Ini semua telah diperincikan dan kita tidak akan mengambil pendekatan sambil lewa untuk mempertahankan kerusi-kerusi ini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.Abdul Rahman yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, seluruh jentera parti akan bekerja keras demi memastikan kemenangan berpihak kepada BN dan UMNO pada pilihan raya akan datang.Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh anggota parti agar berpegang kepada tiga perkara iaitu bersatu padu, ikhlas dalam perjuangan dan sentiasa setia kepada pemimpin supaya parti BN dan UMNO terus menerajui negara ini.
06 Sep 16
34
Empty Image
PRU14 Makin Menghampiri
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan semua jentera parti bersedia dari sekarang kerana kini sudah masuk ke peringkat terakhir untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)."Saya ingin mengesahkan bahawa kita sudah masuk ke edah pilihan raya."Naib Presiden (UMNO) turun hari ini untuk memberikan mandat dan jadi sekarang bukanlah masa untuk kita toleh ke belakang. Kita perlu bangkit dengan strategi dan taktik untuk memastikan calon-calon BN dapat menang,"katanya.Beliau berkata demikian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Marang 2016, di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan juga mahu semua ahli UMNO bersatu-padu ketika ini dan tidak melihat kelemahan parti pembangkang sebagai alasan untuk bersikap sambil lewa bagi menghadapi PRU.Selain itu beliau berkata, kekuatan dan kemenangan BN di DUN dan Parlimen Marang sebelum ini, tidak bersandarkan kepada aset (infrastruktur mega) semata-mata sebaliknya kerana kesedaran rakyat memilih calon dan parti yang dapat membela nasib anak cucu mereka.Katanya, rakyat juga mahu perpaduan dan tidak mahu memihak kepada parti yang berpecah-belah."Sebagai mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri..'serik doh weh'..cukup-cukuplah...berilah sokongan padu kepada Menteri Besar supaya kita mampu menang dengan selesa nanti."Kita sudah tiada masa. Apa yang penting bersiap sedia untuk pastikan kemenangan berpihak kepada BN dan juga UMNO demi meneruskan perjuangan membela bangsa, agama dan negar," katanya.
06 Sep 16
28