lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Raja Muda Terengganu Cemar Duli Labuh Tukun Tiruan
Raja Muda Terengganu Cemar Duli Labuh Tukun Tiruan
Perairan Tanjung Gelam pagi ini mencatat sejarah apabila Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli melabuh 18 unit tukun tiruan kuboid juvenil penghalang pukat tunda (rekreasi), sebagai ikhtiar memperkasa kelestarian laut negeri.
22 Sep 25
32
7,000 Langkah Sehari Sudah Memadai Untuk kekal Sihat - Kajian
7,000 Langkah Sehari Sudah Memadai Untuk kekal Sihat - Kajian
KUALA TERENGGANU, 22 September – Jika sebelum ini masyarakat sering disarankan berjalan 10,000 langkah sehari, kajian terbaharu mendapati hanya 7,000 langkah sudah mencukupi untuk memperoleh manfaat kesihatan yang ketara. Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah berkata, kajian berskala besar yang diketuai Dr. Katherine Owen dari University of Sydney mendapati 7,000 langkah lebih realistik dan mudah dicapai kebanyakan orang, selain manfaat yang diperoleh hampir sama dengan mereka yang berjalan sehingga 10,000 langkah sehari. Menurutnya, kajian itu yang menganalisis 57 penyelidikan terdahulu melibatkan lebih 160,000 orang dewasa mendapati purata terbaik untuk aktiviti berjalan kaki adalah antara 6,000 hingga 8,000 langkah sehari. “Manfaat kesihatan meningkat sehingga kira-kira 7,000 langkah sehari, selepas itu kesannya tidak banyak berubah malah ada yang sekadar mendatar. Masalahnya sekarang, kita ini berjalan atau tidak? Ilmu ada tetapi amal tiada,” katanya menerusi kenyataan di media sosialnya di sini, kelmarin. Beliau menjelaskan, amalan berjalan 7,000 langkah sehari mampu menurunkan risiko pelbagai penyakit serius. Kata beliau, antaranya, risiko kematian awal berkurangan sehingga 49 peratus, penyakit jantung menurun sebanyak 25 peratus, manakala kebarangkalian menghidap kanser juga menurun sebanyak enam peratus. “Selain itu, risiko diabetes jenis 2 berkurangan 14 peratus, dementia menurun 38 peratus, simptom kemurungan berkurangan 22 peratus, manakala risiko untuk jatuh berkurangan sehingga 28 peratus,” ujarnya.  Malah, katanya lagi, amalan tersebut juga berupaya mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung sehingga 47 peratus. Dr. Suhazeli menambah, meskipun jumlah langkah tidak menggambarkan sepenuhnya kualiti atau intensiti senaman seseorang, ia tetap menjadi ukuran mudah untuk memastikan tubuh sentiasa aktif dan tidak statik. “Menurut Pakar Kardiologi Pencegahan di New York, Dr. Sean Heffron, semua jenis aktiviti fizikal memang ada manfaat. Usaha menambah langkah walaupun perlahan-lahan boleh memberi perbezaan besar terhadap kesihatan jangka panjang,” jelas beliau. Beliau turut menekankan bahawa dengan hasil kajian terbaharu itu, individu yang sebelum ini tertekan untuk mencapai 10,000 langkah kini tidak perlu risau kerana 7,000 langkah sudah memadai untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit. “Apa yang penting ialah kita bergerak setiap hari, berjalan jika mampu sebagaimana yang disarankan,” katanya.
22 Sep 25
82
Kebocoran Paip Gas Di Kerteh Tidak Timbulkan Risiko Letupan – Bomba
Kebocoran Paip Gas Di Kerteh Tidak Timbulkan Risiko Letupan – Bomba
HULU TERENGGANU, 22 September – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi jaminan bahawa insiden kebocoran paip gas butana di Kerteh, Kemaman, tidak menimbulkan sebarang risiko letupan. Ketua Pengarah JBPM, Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, meskipun bacaan gas pada jarak 400 meter dari titik kebocoran direkodkan sekitar satu peratus, ia masih di bawah paras lower explosive limit (LEL) gas butana iaitu 1.8 peratus. “Orang awam tidak perlu bimbang. Berdasarkan penilaian kita, gas ini tidak berpotensi meletup. Jika berlaku kebakaran sekalipun, ia hanya terbakar tanpa menyebabkan letupan. Oleh itu, langkah utama yang kita ambil sekarang adalah ‘mitigation’ bagi mengurangkan risiko kepada petugas yang sedang menjalankan operasi di tapak,” katanya. Menurut beliau, kawasan keselamatan 500 meter masih dikekalkan walaupun bacaan gas membolehkan operasi dijalankan pada jarak 400 meter. Nor Hisham turut memaklumkan bahawa Petronas telah memasang satu unit portable flare pada jam 3.30 pagi semalam bagi membakar baki gas dalam paip sepanjang 9.6 kilometer antara injap kawalan BU103 dan BU104. Unit kedua dijangka dipasang tidak lama lagi bagi mempercepat proses pembakaran terkawal. “Selepas pemasangan unit kedua, jangkaan minimum kita ialah sekitar 48 jam diperlukan untuk menghabiskan semua gas dalam paip tersebut. Tekanan gas juga sudah rendah, sekitar satu hingga tiga bar, maka api yang keluar daripada portable flare tidaklah tinggi,” jelasnya. Tambahnya, selepas pemasangan kedua itu selesai, operasi nitrogen purging akan dijalankan bagi menghabiskan baki gas butana sebelum langkah susulan diambil. Beliau berkata, peralatan khusus yang bersifat flammable resistant turut digunakan sepanjang operasi, termasuk kenderaan khas yang dibawa Petronas, bagi memastikan keselamatan anggota penyelamat dan petugas. Nor Hisham berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Program Kolaborasi Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) bersama JBPM di Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu, semalam. Pada 20 September lalu, insiden kebocoran paip gas butana milik Petronas Gas Berhad (PGB) di laluan projek ECRL, Kampung Chabang, Kerteh, menyebabkan lebih 20 penghuni sebuah pusat tahfiz dipindahkan serta penutupan sementara Jalan Kerteh–Ranggon.
22 Sep 25
74
Bomba Siap Siaga Hadapi Monsun Timur Laut
Bomba Siap Siaga Hadapi Monsun Timur Laut
HULU TERENGGANU, 22 September - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperkukuhkan keupayaan pasukannya dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara. Ketua Pengarah JBPM, Dato' Sri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya telah memulakan persiapan awal bagi memastikan gerak balas lebih pantas dapat dilaksanakan apabila banjir melanda. Nor Hisham ketika ditemui oleh pemberita "Persiapan kita untuk MTL ini kita telah memulakan persiapan awal dan yang paling saya nak tekankan di sini ialah pada tahun ini juga kita telah memperkukuhkan keupayaan kita untuk respon (secepat mungkin). "Kita telah kenal pasti 24,000 keanggotaan untuk kita mobiliti seluruh negara merangkumi bomba sepenuh masa, kaki tangan kita kemudian bomba bantuan sebanyak 2,315 dan juga bomba sukarela sebanyak 8,956," katanya. Tambahnya, JBPM tahun ini turut memperkukuhkan kerjasama bersama bomba sukarela dan komuniti setempat melalui pengagihan 150 buah bot bomba komuniti untuk ditempatkan di lokasi-lokasi berisiko banjir. Menurutnya lagi, pengagihan tersebut membolehkan komuniti setempat untuk bertindak di peringkat awal dalam proses pemindahan mangsa banjir. "Dalam masa yang sama kalau keadaan menjadi lebih teruk, apabila bomba dan juga pasukan 'responder' lain masuk, kita akan terus bekerja secara bersama.  "Jadi, bot komuniti yang kita bekalkan ini menyelesaikan sebahagian pada permasalahan yang kita hadapi," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum merasmikan Majlis Penutup Program Kolaborasi Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) Bersama JBPM di tapak rekreasi Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu di sini, semalam. Jelas Nor Hisham, bot komuniti bersaiz 14 kaki bernadikan enjin 15 kuasa kuda menjadi pilihan kerana faktor pengendalian yang lebih lincah terutamanya di kawasan terjejas banjir yang cetek dan berhalangan banyak. "Kalau dulu masalah kita hadapi ialah untuk kita atasi isu 'urban flood' ataupun banjir di kawasan perbandaran sebab air tak dalam, halangan banyak.  "Jadi ia memerlukan bot yang lebih ringan, lebih kecil dan lebih mudah nak 'maneuver'. Jadi, kita telah bekalkan pada tahun ini bot yang sesuai untuk kawasan ini. "Tetapi dalam masa yang sama yang bot bomba ni kita juga kena bersedia kepada arus yang lebih besar dan juga deras untuk membolehkan kita bergerak. Jadi, dia akan kompensasi ataupun apa memenuhi satu sama lain," ulasnya. Selain itu, JBPM juga menyediakan kira-kira 450 kenderaan marin, 417 kenderaan angkut roda ringan serta 119 buah kenderaan angkut berat bagi memperkukuh operasi menyelamat. "Alhamdulillah, untuk makluman semua juga, baru ni kita telah diluluskan tender perolehan sebanyak 200 buah kenderaan penarik bot dan juga kenderaan operasi 'light operation vehicle' yang telah diluluskan dan insya-Allah bekalan itu akan mula pada awal tahun depan," katanya. Beliau positif persiapan awal itu akan meningkatkan kesiapsiagaan JBPM khususnya berikutan jangkaan fenomena La Nina oleh MetMalaysia yang diramalkan berlaku pada hujung Disember hingga awal Januari ini.
22 Sep 25
56
Gas Bocor : PGB Laksana SOP Keselamatan Pembakaran Hingga 25 September
Gas Bocor : PGB Laksana SOP Keselamatan Pembakaran Hingga 25 September
KEMAMAN, 21 September – Prosedur pembakaran terkawal di saluran paip gas sedang dijalankan bermula hari ini sehingga 25 September ini susulan insiden kebocoran gas berhampiran Kampung Chabang, Kertih, di sini, semalam. Menurut kenyataan PETRONAS Gas Berhad (PGB), ia adalah prosedur keselamatan standard yang membolehkan sisa gas dalam bahagian terpencil dilepaskan dan dibakar dengan selamat.  “Orang yang lalu lalang mungkin memerhatikan beberapa pembakaran pada masa ini. Walau bagaimanapun, kami ingin memberi jaminan bahawa ia dalam keadaan terkawal.  “Prosedur yang dijalankan di bawah pengawasan ketat Jabatan Bomba & Penyelamat (BOMBA) itu diikuti dengan pemantauan berterusan bagi meminimumkan risiko kepada masyarakat dan alam sekitar,” ujar kenyataan tersebut.   PGB menegaskan, kerjasama penuh sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan yang berkaitan serta pihak berkepentingan dalam menguruskan insiden terbabit. “Keutamaan utama kami ialah keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sekeliling dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambah PGB.
21 Sep 25
84
Semangat 'Setiu Fighters' Bakal Gegar SUTERA 2025
Semangat 'Setiu Fighters' Bakal Gegar SUTERA 2025
SETIU, 21 September – Kontinjen Setiu tampil dengan semangat juang tinggi bakal menggegarkan pentas Sukan Terengganu (SUTERA) 2025. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, kontinjen Setiu bakal memberikan saingan hebat edisi SUTERA kali ini dan optimis dengan kedudukan yang lebih baik dari sebelum ini. "Saya mengharapkan kita semua membawa semangat 'Setiu Fighters' dan menyumbang seberapa banyak kemenangan pada SUTERA nanti, katanya pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Setiu di Mini Stadium Sungai Tarom. Turut hadir Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu, Yusaini Amir Mohamad Nor sebagai Pengerusi Majlis Sukan Daerah Setiu. Beliau yang dilantik sebagai Chief de Mission (CDM) dibantu Timbalan 1 CDM, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof manakala ADUN Permaisuri, Mohd Yusof Majid dilantik Timbalan 2 CDM. Kata beliau, pada edisi SUTERA kali ini Setiu menyertai 12 daripada 13 acara yang dipertandingankan dengan penyertaan 181 atlet dan 49 pegawai.  SUTERA yang akan berlangsung dari 23 hingga 27 September di Kuala Nerus hujung minggu ini mencatatkan penyertaan seramai 181 atlet dan 49 pegawai. Dengan semangat kesukanan yang membara, kontinjen Setiu diyakini mampu memberi saingan sengit dan mengharumkan nama daerah di pentas SUTERA 2025.  
21 Sep 25
133
Terengganu Rekod Hampir 7 Juta Pelancong, Atasi Jangkaan Awal
Terengganu Rekod Hampir 7 Juta Pelancong, Atasi Jangkaan Awal
Terengganu terus mencatatkan perkembangan positif dalam sektor pelancongan apabila merekodkan kehadiran kira-kira 6.9 juta pelancong setakat Jun 2025.
18 Sep 25
337
Raja Muda Terengganu Cemar Duli Labuh Tukun Tiruan
Raja Muda Terengganu Cemar Duli Labuh Tukun Tiruan
KUALA NERUS, 18 September – Perairan Tanjung Gelam pagi ini mencatat sejarah apabila Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli melabuh 18 unit tukun tiruan kuboid juvenil penghalang pukat tunda (rekreasi), sebagai ikhtiar memperkasa kelestarian laut negeri. Keberangkatan tiba baginda di jeti Pejabat Perikanan Kuala Terengganu, Pulau Kambing tepat jam 9.00 pagi disambut penuh hormat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim. Tuanku berkenan menaiki bot menuju ke lokasi pelabuhan tukun, dan sebaik tiba di perairan Tanjung Gelam, Yang di-Pertuan Muda Terengganu berangkat menaiki tongkang yang telah sedia menanti. Majlis bertambah bermakna apabila baginda berkenan menekan buzzer sebagai gimik pergerakan kren mengangkat tukun, sebelum menekan air horn yang menandakan pelepasan rasmi ke permukaan air. Baginda turut berkenan menyaksikan proses melabuh tiga unit tukun pertama, simbol harapan agar usaha pemeliharaan laut ini memberi manfaat besar kepada rakyat dan nelayan tempatan. Usai majlis, baginda berangkat ke bot dan kembali ke jeti Pejabat Perikanan Kuala Terengganu, sebelum berangkat pulang dengan penuh istiadat.  
18 Sep 25
1002
Empat Pemimpin Terengganu Terpilih AJK PAS Pusat
Empat Pemimpin Terengganu Terpilih AJK PAS Pusat
ALOR SETAR, 16 September – Empat wakil rakyat dari Terengganu berjaya menempatkan diri sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat setelah mendapat mandat perwakilan dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-71 yang berlangsung di sini hari ini. Mendahului senarai, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi meraih sokongan tertinggi mewakili Terengganu dengan 1,018 undi. Diikuti rapat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr. Azman Ibrahim meraih 868 undi, manakala Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim memperoleh 802 undi.  Seorang lagi wakil Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr. Riduan Mohd Nor turut dipilih dengan 721 undi. Kejayaan ini membuktikan kepercayaan tinggi perwakilan terhadap barisan pimpinan dari Terengganu untuk terus memainkan peranan penting dalam hala tuju perjuangan PAS di peringkat pusat.  
16 Sep 25
688
Karnival Pantai 2025: Selami 'Akar Tradisi, Warna Identiti'
Karnival Pantai 2025: Selami 'Akar Tradisi, Warna Identiti'
KUALA NERUS, 15 September - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) kini menampilkan Karnival Pantai edisi 2025 dengan tema 'Akar Tradisi, Warna Identiti', menelusuri identiti negeri pantai timur yang penuh budaya dan tradisi itu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, penganjuran karnival tahunan tersebut manzahirkan usaha kerajaan negeri dalam memperkukuhkan warisan budaya dan memperkasakan pelancongan tempatan. "Oleh sebab itu, semua daerah yang ada 'booth' (reruai) kita memang minta dia terjemahkan semua makanan tradisional, kebudayaan dan apa jua yang ada di tempat ini (Terengganu). "Yang kita tengok tadi, memang ada. Permainan lastik, 'plekong' (baling) selipar, kukur nyior (kelapa), mainan kita belaka.  "Masa kecil dulu, memang begitu ceritanya. Jadi inilah sebenarnya kita nak tunjuk dalam Karnival Pantai," katanya mengimbau kembali memori dilaluinya sewaktu kecil, bermain permainan tradisional. Beliau  berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Karnival Pantai 2025 di Pantai Teluk Ketapang, di sini, semalam.  Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato' Ab Rasid Jusoh, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Hilman Hajijan.  Tegas beliau, perkara sedemikian merupakan ciri-ciri yang ingin ditonjolkan oleh kerajaan negeri berbanding penganjuran konsert-konsert hiburan seperti rock mahupun 'rap'. "Jadi bila orang mari ke negeri Terengganu, mereka dapat tengok warisan dan budaya negeri Terengganu," ujarnya ringkas. Karnival itu dipenuhi warna warni persembahan budaya, permainan rakyat serta aktiviti seni dan warisan, kehadiran pengunjung yang ramai jelas menambah seri sambutan karnival. Antara acara yang menjadi kelainan pada kali ini termasuklah pertandingan tarian dan nyanyian tradisional, iaitu tarian ulik mayang serta dikir barat. Menurut Razali, pertandingan tarian yang dilaksanakan adalah berlandaskan garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. "Tarian dengan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak kerajaan negeri, 12 tahun ke bawah. Kita buat pertandingan. Ulik mayang ini adalah warisan negeri Terengganu. Sebab itu kita kena jaga. "Jadi kita buat pertandingan (dengan) dikir barat supaya kedua-dua ini menjadi inspirasi, menjadi warisan untuk anak cucu kita yang ke belakang untuk melihat. Karnival Pantai 2025 dijadualkan berlangsung selama empat hari telah mula berlangsung pada 12 September yang lalu dan bakal melabuhkan tirai pada hari ini, 15 September.
15 Sep 25
343