lightning-solid
Berita :
Gas Bocor : PGB Laksana SOP Keselamatan Pembakaran Hingga 25 September
Gas Bocor : PGB Laksana SOP Keselamatan Pembakaran Hingga 25 September
Noraini Jusoh
21 Sep 25
84

KEMAMAN, 21 September – Prosedur pembakaran terkawal di saluran paip gas sedang dijalankan bermula hari ini sehingga 25 September ini susulan insiden kebocoran gas berhampiran Kampung Chabang, Kertih, di sini, semalam.

Menurut kenyataan PETRONAS Gas Berhad (PGB), ia adalah prosedur keselamatan standard yang membolehkan sisa gas dalam bahagian terpencil dilepaskan dan dibakar dengan selamat. 

“Orang yang lalu lalang mungkin memerhatikan beberapa pembakaran pada masa ini. Walau bagaimanapun, kami ingin memberi jaminan bahawa ia dalam keadaan terkawal. 

“Prosedur yang dijalankan di bawah pengawasan ketat Jabatan Bomba & Penyelamat (BOMBA) itu diikuti dengan pemantauan berterusan bagi meminimumkan risiko kepada masyarakat dan alam sekitar,” ujar kenyataan tersebut.  

PGB menegaskan, kerjasama penuh sedang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan yang berkaitan serta pihak berkepentingan dalam menguruskan insiden terbabit.

“Keutamaan utama kami ialah keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sekeliling dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambah PGB.


Artikel Berkaitan