lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

SUTERA 2025: Kuala Nerus Mahu Kekal Juara
SUTERA 2025: Kuala Nerus Mahu Kekal Juara
Kontinjen Kuala Nerus optimis untuk mengekalkan status sebagai juara bertahan Sukan Terengganu (SUTERA) setelah kali terakhir menjuarainya pada tahun 2021.
25 Sep 25
51
Skuad Tenpin Boling Kuala Terengganu Raih Emas
Skuad Tenpin Boling Kuala Terengganu Raih Emas
KUALA TERENGGANU, 24 September - Skuad tenpin boling Kuala Terengganu terus menampilkan aksi cemerlang apabila menyumbang pingat emas pada Temasya Sukan Terengganu Kali-3 (SUTERA-III) 2025 selepas pasangan Nur Saadah Mohd Zamri dan Khairina Fatiha Abd Latif mengungguli acara tenpin boling beregu (wanita) di pentas akhir yang berlangsung di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral di sini, hari ini. Kejayaan itu hadir selepas gandingan tersebut mengumpul keseluruhan 2,052 mata untuk mengatasi pencabar terdekat iaitu pasangan Sulaiha Sulaiman dan Teh Sufia Danisha Mohd Sufian dari kontinjen Kuala Nerus yang terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan meraih keseluruhan 1,950 mata. Pingat gangsa menjadi milik pasangan kontinjen Kemaman, Nur Alia Hqadeeja Zawawi dan Nur Atikah Abdul Rahim yang mengutip keseluruhan 1,945 mata. Temasya Sukan Terengganu Kali-3 (SUTERA-III) 2025 berlangsung dari 23 hingga 27 September ini menampilkan 332 pingat yang menjadi rebutan semua kontinjen bertanding. Sebanyak 13 acara dipertandingkan dalam kejohanan dwi tahunan itu antaranya bola sepak, olahraga, bola tampar, tenis, lawn bowls, berbasikal, badminton, bola jaring, tenpin boling, sepak takraw, pencak silat, ping pong dan e-sports.  
24 Sep 25
524
SUTERA : Kuala Terengganu, Kemaman Raih Emas Pertama
SUTERA : Kuala Terengganu, Kemaman Raih Emas Pertama
KUALA NERUS, 24 September - Kontinjen Kuala Terengganu dan Kemaman menguasai acara berbasikal kriterium pada temasya Sukan Terengganu (SUTERA 2025) apabila masing-masing berjaya membawa pulang pingat emas menerusi kategori wanita dan lelaki di Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Shah, di sini, hari ini. Pelumba dari Kuala Terengganu, Ameera Alya Md Zahiruddin muncul juara kategori wanita selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 49 minit 30 saat mengatasi wakil Kuala Nerus, Azri Masturina Batrisya Arzimawi yang meraih pingat perak dengan catatan maasa 49 minit 30.15 saat.   Dalam kategori lelaki pula, kontinjen Kemaman menonjol apabila Wan Muhammad Hamizan Ifwat Wan Abdul Fadhil Sham mencatat masa terpantas dengan catatan 46 minit 58 saat. Kemaman turut menambah kutipan pingat menerusi Tengku Najib Tengku Norizan yang membawa pulang gangsa dengan catatan masa 47 minit 53 saat. Sementara itu, Muhammad Rabbani Hashim dari Kuala Nerus yang menjadi tumpuan ramai pula terpaksa berpuas hati meraih pingat perak apabila mencatatkan masa 47 minit. Acara kriterium membuka temasya SUTERA hari ini, menyaksikan acara wanita disertai tujuh peserta membabitkan daerah Kemaman, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu telah berlangsung melibatkan enam pusingan kayuhan berjarak 24 kilometer. Manakala, kategori lelaki pula melibatkan penyertaan seluruh daerah kecuali Dungun dengan 17 peserta bersaing  dalam lapan pusingan bagi menghabiskan jarak 32 km.
24 Sep 25
121
Jalan Batu Rakit Runtuh 99 Peratus Siap Dibaiki
Jalan Batu Rakit Runtuh 99 Peratus Siap Dibaiki
KUALA NERUS, 23 September – Projek pembaikan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang rosak akibat hakisan kini hampir siap sepenuhnya apabila mencapai tahap 99 peratus kemajuan pembinaan. Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Fasiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Dato' Hanafiah Mat ketika ditemui dalam satu lawatan ke tapak kerja pembaikan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit. Beliau berkata, kerja pembinaan 16 unit benteng pemecah ombak (breakwater) di kawasan berkenaan turut menunjukkan kemajuan positif dengan 13 unit daripadanya telah mencapai kira-kira 47 peratus pembinaan. "Kita dapat lihat di kawasan Jalan Kampung Tanjung, kerja-kerja pembinaan kini hampir 99 peratus siap dan dijangka diserahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 7 Oktober ini kepada Kerajaan Negeri.  "Bagi projek benteng pemecah ombak (breakwater) pula, sebanyak 13 daripada 16 struktur telah siap dibina, dengan kemajuan keseluruhan sekitar 47 peratus. "Saya berharap menjelang musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan November ini, projek ini dapat memberi perlindungan sekali gus menyelamatkan kawasan yang sebelum ini sering terjejas teruk akibat hakisan," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kerja Raya, Anuar Mohd Azlan, Jurutera Daerah Jabatan Perparitan Dan Saliran (JPS) Kuala Nerus, Ir. Aisyah Abu Bakar serta Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir. Dalam pada itu, Hanafiah juga mencadangkan langkah tambahan bagi mengukuhkan kawasan pesisir berhampiran, termasuk cadangan menambah pasir di beberapa kawasan tumpuan penduduk. "Selain itu, saya telah mencadangkan agar kawasan hadapan Kedai Pok Nong, atau sedikit ke hadapan berhampiran Warung Adik-Beradik, ditambah dengan lapisan pasir yang sesuai. "Langkah ini diharap dapat memberikan perlindungan tambahan dan memastikan kawasan tersebut lebih selamat menjelang musim monsun kali ini, insya-Allah," ujarnya. Mengulas lebih lanjut, beliau menegaskan bahawa projek berkenaan, buat masa ini telah dilaksanakan mengikut perancangan asal tanpa sebarang tambahan kos. "Dan rumah biru ni pun nampaknya tidak kritikal mana dah", katanya merujuk kepada keadaan terkini sekitar banglo biru selepas hampir roboh akibat hakisan teruk yang mula berlaku pada awal tahun ini.
23 Sep 25
1979
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan komitmen untuk memastikan pembangunan negeri terus berkembang secara menyeluruh dengan menjadikan pentadbiran Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam memajukan negeri.
23 Sep 25
126
BAS.MY Kuala Terengganu Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan Bersasar
BAS.MY Kuala Terengganu Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan Bersasar
Golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi kini menikmati tambang percuma menerusi penjenamaan baharu BAS.MY Kuala Terengganu.
23 Sep 25
122
BAS.MY Kuala Terengganu Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan Bersasar
BAS.MY Kuala Terengganu Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan Bersasar
KUALA TERENGGANU, 22 September – Golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi kini menikmati tambang percuma menerusi penjenamaan baharu BAS.MY Kuala Terengganu. Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif Kad Konsesi BAS.MY itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan sistem pengangkutan awam darat lebih inklusif dan mesra rakyat. "Di bawah inisiatif ini, golongan warga emas berumur 60 dan ke atas, OKU dan pelajar sekolah berumur 7 sehingga 17 tahun, boleh menikmati tambang percuma apabila menggunakan perkhidmatan BAS.MY. "Kelayakan ini diperluas kepada semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Penggajian Tinggi, termasuk institut-institut Pendidikan MARA," katanya. Selain tambang percuma, pengguna lain turut ditawarkan pas perjalanan tanpa had melalui Kad 30 Hari BAS.MY pada harga RM50 sebulan bagi kesemua lapan laluan beroperasi. "Sebagai contoh, pengguna yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu dari Gong Badak ke Kuala Terengganu untuk ke tempat kerja perlu membayar tambang sebanyak RM2.40 sehala atau RM4.80 sehari. "Dengan Kad 30 Hari BAS.MY, beliau hanya perlu membayar RM50 sebulan berbanding RM96.00 untuk 20 hari bekerja, iaitu penjimatan hampir 48 peratus.  "Kemudahan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja," jelasnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.MY Kuala Terengganu di Laman Payang, Pasar Payang di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Nara Setia serta Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Dato' Hanafiah Mat. Perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu kini menampilkan 27 bas mini low floor serba baharu yang lebih mesra OKU, dilengkapi CCTV keselamatan, paparan LED destinasi. Tambahnya, bas berwarna merah jambu ceria yang beroperasi meliputi kawasan Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang itu turut menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai. "Pengguna boleh menggunakan sama ada kad debit/kredit atau pembayaran menggunakan e-wallet melalui QR code.  "Mod-mod pembayaran ini diharapkan akan memudahkan dan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam darat," ujar Loke.  
22 Sep 25
1721
Barat Iktiraf Palestin : Gerakan Imperialisme Barat, Zionis Corak Kembali Peta Timur tengah
Barat Iktiraf Palestin : Gerakan Imperialisme Barat, Zionis Corak Kembali Peta Timur tengah
KUALA TERENGGANU, 22 September - Tindakan beberapa negara barat mengiktiraf kewujudan Palestin dilihat sebagai agenda Imperialisme Barat dan Zionis untuk mencorak kembali peta Timur Tengah demi kepentingan mereka. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, negara seperti United Kingdom, Australia Kanada, New Zealand mengisytiharkan kewujudan Palestin yang akan disertai oleh beberapa negara lain lagi dalam masa terdekat. Sedangkan menurutnya negara terbabit adalah pecahan rumpun negara yang dinamakan Anglo-Saxon yang merupakan teras kepada empayar Great Britain yang pernah menjadi tonggak utama imperialisme barat di era sebelum dan selepas perang dunia petama. "Umat Islam usah lupa bahawa penjajah British adalah pihak yang bertanggungjawab merampas bumi Palestin dan melaksanakan gerakan penghijrahan dan penempatan Yahudi Eropah ke bumi Palestin seterusnya penubuhgan negara haram 'Israel' pada tahun 1948. "Tiba-tiba hari ini mereka mahu menjadi 'hero' kononnya mahu menyerahkan kembali bumi Palestin, apa yang sedang berlaku sekarang, tidak lain dan bukan adalah penyusunan semula gerakan Imperilisme Barat dan Zionis bagi mencorak kembali peta Timur Tengah demi kepentingan mereka,"ujarnya melalui kenyataan di media sosialnya, di sini, hari ini. Tegas beliau, agenda 'two state solution' hanyalah omong kosong untuk mengaburi mata Umat Islam sedangkan dalam masa yang sama ia merupakan langkah bagi menyelamatkan negara haram Israel yang sedang berada di ambang kehancuran. "Tindakan dramatik barat (mengiktiraf Palestin) lebih kepada meredakan kemarah rakyat di negara masing-masing kerana melampaui batas Zionis Israel ke atas rakyat Palestin khususnya di Gaza, jika tidak bertindak kedudukan mereka juga akan terjejas. "Sebagai langkah berjaga-jaga demi untuk menjaga gerakan Zionis, Menteri Luar United Kongdom dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pengiktirafan negara Palestin tidak bererti penuhan negara Palestin sekarang ini,"katanya. Namun katanya, tidak dinafikan terdapat beberapa negara bukan Islam yang berada di luar orbit seperti Sepanyol yang mempunyai sejarah hitam dengan bangsa yahudi sejak ratusan tahun dan juga majoriti negara-negara Amerika Selatan di atas asas menentang agenda 'imperialisma barat'. "Perkembangan terkini menunjukkan kita sedang menyaksikan satu lagi gerakan halus yang akan merubah landskap politik dunia. "Dunia Islam mestilah bersatu serta kembali kepada penyelesaian Islam dan seterusnya memposisikan maslahah umat Islam tanpa mengikut telunjuk mana-mana kuasa,"jelas beliau.  
22 Sep 25
69
BAS.My Kuala Terengganu Dilancarkan Secara Rasmi Hari Ini
BAS.My Kuala Terengganu Dilancarkan Secara Rasmi Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 22 September - Terengganu, negeri tumpuan percutian pada hari ini dengan rasminya melancarkan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) Kuala Terengganu atau BAS.MY Kuala Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, SBST yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pengangkutan adalah satu transformasi penting dalam menambah baik sistem perkhidmatan pengangkutan awam di Terengganu. "Fokus utama program BAS.MY berhenti-henti ini adalah keboleh harapan, ketersediaan dan ketepatan masa adalah selari dengan aspirasi kita untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama bagi penduduk bandar dan luar bandar. "Dengan penambahan empat laluan baharu, jumlah lapan laluan merangkumi empat pihak berkuasa PBT yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi akan memperkukuhkan lagi jaringan hubungan antara kawasan dan membuka ruang ekonomi baru," katanya. Dikendalikan oleh Maraliner sebagai operator bagi perkhidmatan tersebut, pelaksanaan BAS.MY di Kuala Terengganu merangkumi empat kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Majlis Daerah Setiu, dan Majlis Daerah Marang. Samsuri yakin bahawa pendekatan bersepadu dan berfokus antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan ini akan memberi pulangan sosial dan ekonomi yang lebih baik kepada negeri Terengganu dan rakyatnya. "Besar harapan saya agar perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh penduduk Kuala Terengganu, para mahasiswa, mahasiswi, para pelajar di alam persekolahan dan rakyat Terengganu secara amnya. "Seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup. dan kemakmuran di negeri Terengganu ini. Insya-Allah," ujarnya dalam satu ucapan. Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook, inisiatif tersebut telah menelan perbelanjaan sebanyak RM40.81 juta bagi tempoh lima tahun ataupun RM8.16 juta setahun. Jelasnya lagi, program SBST Kuala Terengganu yang bermula pada tahun 2018 kini telah di sambung sehingga tahun 2029 dengan beberapa penambahbaikkan dari segi jenis bas, penambahan laluan dan kemudahan untuk pengguna. "Selain itu, perkhidmatan bas di bawah program SBST ini juga diberi nafas baharu dengan penjenamaan baharu dan penggunaan seratus peratus bas baharu bagi menggantikan bas-bas yang lama dan usang. "Melalui inisiatif BAS.MY Kuala Terengganu ini, sebanyak 27 buah bas yang semunya terdiri daripada bas-bas mini low floor," katanya. Tambahnya, inisiatif kedua selain SBST yang dilaksanakan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam merangka sistem yang lebih efisien dan dinamik itu juga termasuklah 'Interim Stage Bus Support Fund' (ISBSF). "Pelaksanaan ISBSF pula merupakan bantuan kewangan secara sementara kepada pengendali bas berhenti-henti yang layak bagi menanggung kerugian operasi di laluan yang tidak ekonomik.  "Ini bertujuan untuk memastikan kesalinghubungan pengangkutan awam ke kawasan-kawasan luar bandar boleh dikekalkan. Anthony berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.MY Kuala Terengganu di Ruang Legar Pasar Payang, Kuala Terengganu, di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Awam Malaysia, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Dato' Hanafiah Mat serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim. Antara kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna BAS.MY termasuklah pas bulanan perjalanan tanpa had: Kad 30 Hari, tambang percuma melalui Kad Konsesi BAS.MY bagi golongan bersasar serta pembayaran tanpa tunai.
22 Sep 25
96
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
MARANG, 22 September – Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan komitmen untuk memastikan pembangunan negeri terus berkembang secara menyeluruh dengan menjadikan pentadbiran Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam memajukan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, langkah itu selari dengan kedudukan Terengganu yang kini menjadi sebutan ramai sebagai negeri paling bahagia di Malaysia. Justeru katanya, masyarakat diseru agar menghidupkan roh perjuangan Rasulullah dalam mendaulatkan Islam, menyuburkan rasa cinta serta mengangkat syiar Baginda di bumi bertuah ini. “Kerajaan negeri bersama seluruh rakyat sebagai pewaris negeri ini mesti terus bertekad berusaha dan berikhtiar bagi memastikan semua sektor termasuk ekonomi, pendidikan, pelancongan, dakwah dan pemerkasaan syariah terus berkembang secara berkesan. “Matlamat ini adalah untuk mencapai slogan pentadbiran kerajaan, Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya ketika merasmikan Program Malam Kasih dan Mahabbah Rasulullah SAW ‘Marang Berselawat’ Peringkat Daerah Marang, di Dataran Pejabat Daerah Marang, semalam. Dalam ucapannya, Ariffin turut menekankan bahawa ramai yang mencemburui kelebihan Terengganu, khususnya kerana negeri ini melahirkan ramai alim ulama serta ilmuan Islam. “Namun, persoalan utama ialah sejauh mana kita benar-benar mengambil manfaat daripada nikmat yang terhidang ini. Hal ini perlu difikirkan bersama dan menjadi medan muhasabah,” jelasnya lagi. Majlis yang diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul itu turut diserikan dengan ceramah khas oleh penceramah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, serta persembahan selawat dan qasidah.  
22 Sep 25
226