lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Terengganu Maintains Free Water Subsidy for B40 Households, Mosques
Terengganu Maintains Free Water Subsidy for B40 Households, Mosques
KUALA TERENGGANU, August 3 – Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) has maintained the free water subsidy for B40 households as well as registered mosques and suraus, despite the water tariff adjustment taking effect on August 1, 2025. SATU Chief Executive Officer, Ts. Abdul Karim Endut, said the Cabinet has approved the tariff adjustment for all states in Malaysia under the Tariff Setting Mechanism (TSM) for the second implementation period, affecting both domestic and non-domestic users. However, he explained that in efforts to safeguard the welfare of the people, the state government has retained the 20 cubic meters of free water per month for eligible B40 households. "At the same time, water usage in mosques and suraus registered with the Terengganu Department of Religious Affairs (JHEAT) will continue to be fully subsidised by the Terengganu State Government. "This subsidy is not only continued but increased from RM2.5 million to RM3.0 million annually," Abdul Karim said in a statement to the Terengganu Information Secretariat (UPDI) today. For the record, a total of 13,715 accounts have benefited from the 20 cubic meters of free water monthly since 2019, amounting to RM2.5 million annually. As for mosques and suraus, the subsidy covers 1,883 accounts with a total cost of RM1.5 million per year. Commenting on the new tariff adjustment, Abdul Karim said domestic users with individual meters consuming up to 20 cubic meters of water per month will see a rate increase of 8 sen per cubic meter. Meanwhile, for non-domestic categories such as industrial and commercial users, the revised rates reflect actual operating costs while remaining competitive compared to other states. “Tariffs for places of worship and charitable institutions remain unchanged as a sign of the government’s support for the social and religious roles played by these institutions. “SATU has also allocated approximately RM50 million annually to improve water supply infrastructure, including the construction and upgrading of treatment plants, distribution systems, and efforts to reduce Non-Revenue Water (NRW),” he added. According to a report by Malaysiakini, Johor retains the highest water tariff at RM1.05 per cubic meter (0-20 m³), followed by Melaka at RM0.94, and Labuan at RM0.92.
03 Aug 25
113
Tok Ku Paloh: Ulama, Penasihat Sultan dan Pejuang Bangsa yang Terbilang
Tok Ku Paloh: Ulama, Penasihat Sultan dan Pejuang Bangsa yang Terbilang
Tok Ku Paloh, atau nama sebenarnya Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Idrus, merupakan seorang ulama besar yang sangat dihormati di Terengganu pada abad ke-19. Beliau dikenali dengan pelbagai gelaran termasuk Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan juga Syaikh al-Islam Terengganu, mencerminkan kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat Islam ketika itu. Beliau dilahirkan pada tahun 1233 Hijrah bersamaan 1817 Masihi di kawasan Chabang Tiga, berhampiran Masjid Tok Ku. Tok Ku Paloh meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan September 1917 Masihi. Mengikut perkiraan tahun Hijrah, beliau hidup selama kira-kira 102 tahun, manakala dalam kiraan Masihi, usianya mencecah sekitar 100 tahun. Tok Ku Paloh berasal daripada keluarga ulama yang masyhur. Ayahandanya ialah Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin Hussain bin Mustafa al-Idrus, yang lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar. Beliau merupakan seorang tokoh agama yang berperanan penting dalam pemerintahan Terengganu ketika era Sultan Baginda Omar, dan memegang gelaran Syaikh al-Ulama Paduka Indera. Ibunya pula, Hajjah Aminah, merupakan isteri pertama Tok Ku Tuan Besar. Sebagai anak kedua dalam keluarga, Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik, baik yang seibu sebapa mahupun berlainan ibu. Adik-beradik kandungnya termasuklah Sayyid Zain al-Idrus yang dikenali sebagai Engku Sayyid Seri Perdana; Sayyid Ahmad al-Idrus, yang bergelar Tuan Ngah Seberang Baroh; Sayyid Mustafa al-Idrus, dikenali sebagai Tuan Dalam; dan Sayyid Hassan, yang digelar Tuan Senik Parit. Beliau juga mempunyai adik-beradik lain seperti Sayyid Abu Bakar, dikenali sebagai Tuan Embong Solok atau Tuan Kecik; Sayyid Abdul Kadir, yang digelar Engku Sayyid Syaikh Aishadat; dan Sayyid Hussain, yang dikenali sebagai Tuan Muda Wakaf. Adik-beradik perempuannya pula ialah Tuan Nik, Tuan Hitam, Tuan Senik, Tuan Puteh, Tuan Mariam, Tuan Saripah dan Tuan Wook. Dari segi keturunan, Tok Ku Paloh merupakan generasi ke-32 daripada Rasulullah SAW melalui nasab ayahandanya yang bersambung kepada Sayidina Hussein r.a., anak kepada Sayidatina Fatimah az-Zahrah r.ha. Beliau berasal daripada kabilah al-‘Aidrus, sebuah keturunan yang terkenal dalam kalangan ahlul bait. Keluarga ini bukan sahaja mulia dari segi nasab, malah juga dikenali kerana kekuatan pegangan agama dan sumbangan terhadap masyarakat. Semua adik-beradik Tok Ku Paloh turut aktif dalam bidang agama dan pentadbiran. Antara yang menonjol ialah Sayyid Zain yang pernah dilantik sebagai Menteri Besar pada tahun 1864 oleh Sultan Omar, Sayyid Ahmad yang menjadi tokoh agama di Seberang Baroh, dan Sayyid Mustafa, seorang ulama yang turut menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan pernah dilantik sebagai pemangku pemerintahan sewaktu Sultan Zainal Abidin III melawat Siam pada tahun 1896. Tok Ku Paloh menerima pendidikan awal daripada ayahandanya sendiri sebelum berguru dengan ulama tempatan terkenal, Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani, atau lebih dikenali sebagai Tok Syeikh Duyung. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Mekah, pusat keilmuan Islam terkemuka pada masa itu. Di sana, Tok Ku Paloh menimba ilmu daripada tokoh-tokoh besar seperti Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Selain itu, beliau turut menjalin persahabatan ilmiah dengan ramai ulama Nusantara seperti Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani dan Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani, seorang ulama kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu. Sekembalinya dari Mekah, Tok Ku Paloh menetap di Kampung Paloh, Terengganu, yang menjadi pusat pengembangan ilmu dan spiritual. Kampung ini dikunjungi oleh pelajar dan penuntut ilmu bukan sahaja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani. Malah, Sultan Zainal Abidin III sendiri dikatakan pernah berguru dengan beliau. Tok Ku Paloh memainkan peranan besar dalam pentadbiran negeri Terengganu. Beliau dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan dan menjadi penasihat rapat kepada Sultan Zainal Abidin III. Peranan beliau dalam memberi pandangan dan nasihat terhadap urusan kerajaan sangat dihargai, dan pendiriannya banyak persamaan dengan pandangan Syeikh Ahmad al-Fathani yang turut menulis surat dan puisi nasihat kepada Sultan Terengganu. Ketegasan Tok Ku Paloh dan Sultan dalam mempertahankan kedaulatan negeri berjaya menghalang campur tangan British dalam urusan pentadbiran Terengganu semasa hayat mereka. Hanya selepas pemergian Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, barulah British berjaya mencampuri pentadbiran Terengganu pada 24 Mei 1919. Selain sebagai ulama dan penasihat sultan, Tok Ku Paloh juga dikenang sebagai seorang pejuang yang berani. Beliau melindungi para pejuang Melayu-Islam yang menentang penjajah, termasuk Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut, yang diriwayatkan sebagai antara muridnya. Beliau terkenal sebagai seorang tokoh yang tidak gentar menanggung risiko tinggi demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada penjajahan. Sebagai ulama yang aktif dalam bidang penulisan, Tok Ku Paloh turut menghasilkan beberapa buah kitab penting, khususnya dalam bidang tasawuf dan tarekat. Antara karya beliau yang terkenal ialah kitab Dhiya’ ‘Uqud ad-Durratain dan Ma‘arij al-Lahfan, yang bermaksud “Tangga Orang Yang Sangat Dahaga Untuk Naik Kepada Hakikat-Hakikat Pengenalan.” Karya-karya ini mengandungi intipati ilmu kerohanian yang mendalam dan menjadi rujukan dalam kalangan pengamal tarekat dan pencinta ilmu tasawuf. Tok Ku Paloh ialah lambang ulama pewaris nabi yang bukan sahaja mendidik dan membimbing ummah, malah turut terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara serta perjuangan menentang penjajahan. Ketokohan dan sumbangannya yang menyeluruh dalam bidang agama, pendidikan, pentadbiran dan perjuangan menjadikan beliau antara tokoh paling agung dalam sejarah Terengganu dan dunia Melayu-Islam. Warisannya terus hidup dalam jiwa umat Islam, khususnya di Terengganu, sebagai satu lambang kegemilangan ulama terdahulu yang sukar dicari ganti.
03 Aug 25
855
Pasar Payang Bakal Beroperasi Hingga 12 Malam
Pasar Payang Bakal Beroperasi Hingga 12 Malam
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos – Langkah menjadikan Pasar Payang sebagai lokasi pelancongan malam dijangka membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasa ekonomi tempatan dan menyemarakkan nilai budaya negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, kerajaan negeri bercadang memanjangkan waktu operasi Pasar Payang sehingga jam 12 malam sebagai usaha memenuhi permintaan pelancong dan rakyat. "Kita minta dan mencadangkan supaya buat jualan sehingga jam 12 malam, selama ini setakat jam 6 petang sahaja. "Disebabkan ada permintaan yang luar biasa, kita bakal buka dalam masa seminggu dua lagi setelah jabatan pelancongan menyediakan pencahayaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media, dalam sesi walkabout di Pasar Payang sempena agihan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-48, yang turut dihadiri bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Jusman Ibrahim, di sini hari ini. Menurut beliau, inisiatif ini bakal dimulakan secara berperingkat pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan kerjasama padu antara MBKT dan para peniaga. "Apabila kita tanya kepada para peniaga, mereka boleh bersedia. "Pihak kerajaan memang menyokong penuh untuk beri pendapatan lebih kepada pekedai dan akan dibimbing sisi oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu," jelasnya lagi. Razali berkata, pelaksanaan waktu malam ini akan melibatkan kedua-dua Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2, demi memastikan limpahan manfaat dirasai secara menyeluruh oleh para peniaga. "Kita akan cadang kepada kedua pasar, Pasar Payang 1 dan Pasar Payang 2. "Saya sendiri dapat lihat, memang begitu ceria sekali para peniaga, dan ramai yang sudah berniaga hingga 30-40 tahun serta diwarisi anak cucu," ujarnya.    
03 Aug 25
1594
Terengganu Launches Motorcycle Financing Scheme with Zero Interest Charges
Terengganu Launches Motorcycle Financing Scheme with Zero Interest Charges
KUALA TERENGGANU, August 3 – The Terengganu state government, through the Terengganu Entrepreneur Development Foundation (YPU), has allocated RM844,000 under the Zero-Interest Motorcycle Financing Scheme to assist low-income individuals in acquiring motorcycles for business and employment purposes. Chairman of the State Committee on Entrepreneurship, Human Resources, and Consumer Affairs, Dato’ Ariffin Deraman, said the initiative aims to ease the financial burden of individuals who rely on motorcycles as a primary tool for their daily operations. He explained, as a start, the scheme is expected to benefit 160 recipients across all 32 state constituencies (DUN), with five eligible individuals to be selected from each area. “Each constituency coordinator will identify five qualified entrepreneurs within their respective areas, verify their backgrounds, and ensure that applicants meet all criteria outlined under the Motorcycle Financing Scheme. “The target group includes gig economy workers such as food delivery riders, couriers, and those involved in e-commerce services, as well as individuals starting small businesses who require a motorcycle as their main operational asset,” he said. Ariffin added that the assistance not only helps increase income opportunities but also contributes to the state's economic growth by supporting the development of micro and small enterprises. “With access to motorcycles, entrepreneurs can expand their market reach, participate in services like e-hailing or delivery, and manage their daily operations more efficiently, ultimately paving the way for more stable and sustainable incomes,” he said.
03 Aug 25
307
UBSNT Sokong Usaha Wujudkan Padanan Kerja Tangani Pengangguran
UBSNT Sokong Usaha Wujudkan Padanan Kerja Tangani Pengangguran
SENAI, 3 Ogos – Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berterusan Kerajaan Terengganu dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia melalui program padanan kerja bersama pelbagai pihak industri. Pengarah UBSNT, Muhammad Irsyad Syafiq berkata, program padanan kerja yang dilaksanakan menerusi Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) sejak penubuhannya pada tahun 2019 telah membuktikan keberkesanan dalam menangani masalah pengangguran di negeri ini. Menurut beliau, ramai anak muda Terengganu telah berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor termasuk industri berteknologi tinggi seperti di Syarikat FOZ One yang beroperasi di Johor. “Kerajaan negeri melalui pelbagai agensi terus memainkan peranan secara aktif dan menyeluruh dalam mencari serta mencipta peluang pekerjaan kepada anak-anak muda Terengganu. “Kita tidak hanya tertumpu kepada sektor pekerjaan tradisional, sebaliknya turut memberi perhatian terhadap bidang baharu seperti teknologi digital, industri kreatif, keusahawanan sosial dan ekonomi gig yang kian berkembang,” katanya baru-baru ini.   Mengulas lanjut, beliau berkata kejayaan program padanan kerja yang telah membolehkan seramai 400 anak Terengganu bekerja di syarikat tersebut menjadi bukti bahawa golongan muda negeri ini berpotensi besar untuk menguasai pelbagai bidang pekerjaan sekiranya diberikan pendedahan dan peluang secukupnya. “Usaha ini bukan sekadar menyediakan peluang pekerjaan, malah membuka minda mereka terhadap dunia luar serta memperkukuh kemahiran agar mereka mampu menjadi pemimpin dan mencorakkan masa depan negeri,” jelas beliau.  
03 Aug 25
175
Kasma Daniel Tawan Litar Terengganu
Kasma Daniel Tawan Litar Terengganu
KUALA NERUS, 3 Ogos - Pelumba Petronas Sprinta Yanaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin, 25 tidak menyangka mampu memenangi perlumbaan kategori CP150, kelas tertinggi dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Terengganu. Kasma menang dengan catatan masa 22.41.557 meninggalkan pelumba kelahiran Terengganu, Ahmad Afif Amran di tempat kedua dan Danial Syahmi Ahmad Shahril di kedudukan ketiga. Jelasnya, saingan sengit dari Afif yang lebih serasi di halaman sendiri memberikan cabaran getir kepadanya. "Alhamdulillah, saya tidak jangka boleh menang, sasaran saya cuma podium kali ini disebabkan Afif agak cemerlang di kampung halamannya. "Saya cuma kekalkan tunggangan dan konsisten 'lap time', Alhamdulillah akhirnya saya sampai juga pada Afif dan dia ada sedikit kesilapan membolehkan saya memintas pada dua pusingan terakhir," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Piala kejuaraan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim di Litar Permotoran Terengganu, semalam. Perlumbaan kategori CP150 kali ini dihiasi kemalangan pada pusingan keempat menyaksikan bendera merah diangkat dan perlumbaan dihentikan buat sementara. Menurut Kasma, insiden berkenaan hamoir menjejaskan tumpuannya. "Sebelum 'red flag', saya rasa motosikal saya mampu memberi saingan, tetapi selepas itu saya agak kecewa sebab saya takut perlumbaan kedua (sambungan) tidak menjadi. "Alhamdulillah, saya berjaya menang di sini, kampung halaman isteri saya," ujarnya. Kedudukan terkini menyaksikan Kasma berada di kedudukan kedua keseluruhan selepas lima pusingan dengan 72 mata. Manakala, Afif masih mendahului dengan 115 mata secara keseluruhan.
03 Aug 25
324
Pindah 100 Kubur Dijangka Perlu Dua Bulan
Pindah 100 Kubur Dijangka Perlu Dua Bulan
KUALA NERUS, 3 Ogos – Usaha memindahkan kira-kira 100 kubur di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras di sini ke lokasi baharu dijangka mengambil masa sehingga dua bulan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pengkalan Maras, Mohd Isshamudin Ismail, beliau menjangkakan tempoh masa tersebut berikutan peoses pemindahan yang dilakukan secara gotong-royong. “Anggaran kita ada 100 kubur yang perlu dipindahkan, hari ini gerak kerja kita baru bermula pukul 9 pagi tadi dan berjaya alihkan 11 kubur ke kawasan baharu. “Kita jangka sekitar 10 hingga 11 kubur sahaja dapat dialihkan setiap kali gotong-royong jadi kita dah buat keputusan, setiap Sabtu orang kampung akan bergotong-royong untuk alihkan kubur ini,” katanya ketika ditemui di lokasi hari ini. Proses pemindahan itu dilaksanakan penduduk kampung dengan usahasama Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus. Tambah Ishamuddin, proses pemindahan mengambil masa hampir tujuh jam melibatkan penyertaan penduduk kampung yang bergotong-royong mengangkat dan memindahkan kepuk, batu nisan serta jenazah ke tapak baharu. Kubur-kubur berkenaan dialihkan ke Tanah Perkuburan Islam Hajar Kampung Gong Awang Lid yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi asal. Menurut beliau, tanah perkuburan baharu yang dipilih itu lebih luas dan berada jauh dari pantai sekaligus dapat mengelakkan risiko hakisan dan kejadian kubur runtuh akibat ombak besar yang pernah berlaku sebelum ini. “Kita ambil keputusan drastik ini sebab tak mahu kejadian tahun lepas berulang.  "Ini hasil perbincangan dengan Pejabat Agama negeri dan semua waris juga telah bersetuju untuk jenazah dipindahkan,” jelasnya. Akhbar dan media di Terengganu sebelum ini melaporkan, lima kubur termasuk tiga jenazah yang masih berbalut kain kafan dihanyutkan ombak dalam kejadian pada November tahun lalu, selepas sebahagian kawasan tanah perkuburan berkenaan runtuh akibat hakisan pantai. Susulan insiden itu, beberapa siri perbincangan dan rundingan telah diadakan bersama pihak berkuasa agama dan waris bagi merancang pemindahan jenazah ke lokasi lebih selamat.  
03 Aug 25
143
RMK13: Wajar Fokus Sektor Berimpak Tinggi Pantai Timur- Amzad
RMK13: Wajar Fokus Sektor Berimpak Tinggi Pantai Timur- Amzad
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim menzahirkan penghargaan atas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri hari ini, namun dalam masa sama menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa keutamaan pembangunan yang tidak diberi perhatian sewajarnya, khususnya di Pantai Timur. Menurut beliau, antara kekecewaan utama ialah ketiadaan sebarang pengumuman berhubung projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) yang menghubungkan Gemuroh, Terengganu ke Kelantan, meskipun ia pernah diumumkan sebelum ini sebagai projek infrastruktur penting. “Setiap kali musim perayaan, pengguna dari Kelantan ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh kesesakan teruk sebelum sampai ke Gemuroh. LPT3 sepatutnya menjadi keutamaan untuk mengurangkan beban perjalanan rakyat dan memacu sambungan antara negeri secara lebih efisien,” tegas beliau dalam satu kenyataan, hari ini. Selain itu, beliau turut menyentuh tentang keperluan kerajaan memberi fokus yang lebih menyeluruh terhadap sektor berimpak tinggi di Pantai Timur seperti tenaga boleh diperbaharui, pelabuhan perindustrian dan teknologi hijau, bukan sekadar menumpukan kepada sektor pertanian semata-mata. “Memang benar pertanian penting untuk sekuriti makanan negara, tetapi ia tidak cukup untuk mengangkat negeri seperti Terengganu dan Kelantan keluar daripada kelompok yang rendah sumbangan kepada KDNK negara,” katanya. Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap ketiadaan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan hab tenaga boleh diperbaharui di Terengganu yang pernah diumumkan Perdana Menteri sebelum ini. Begitu juga dengan peranan strategik Pelabuhan Kemaman yang dijangka menjadi kawasan pertumbuhan baharu apabila disambungkan dengan spurline ECRL, namun tidak disebut dalam pembentangan. “Malah, inisiatif berkaitan Carbon Capture and Utility Storage (CCUS) yang sebelum ini dibawa oleh Kementerian Ekonomi dan dikatakan mampu merancakkan pelaburan berimpak tinggi juga tidak dijelaskan. Sama juga halnya dengan potensi eksploitasi mineral nadir bumi – semuanya senyap tanpa penjelasan dalam RMK13,” jelasnya. Beliau menegaskan bahawa peluang pekerjaan bernilai tinggi perlu diperluas di Pantai Timur, memandangkan modal insan dari rantau tersebut sering membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik. “Tanpa sektor high-tech dan berpendapatan tinggi yang mampu menampung graduan tempatan, rakyat kita tiada pilihan selain berhijrah ke luar negeri. Sektor pertanian yang tidak diautomasikan hanya mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja asing,” katanya. Beliau berharap segala keperluan mendesak yang diketengahkan dapat dipertimbangkan secara serius dalam pelaksanaan RMK13 demi memastikan pembangunan yang lebih seimbang dan inklusif.
02 Aug 25
163
Terengganu Kekal Subsidi Air Percuma Rakyat B40, Masjid
Terengganu Kekal Subsidi Air Percuma Rakyat B40, Masjid
KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) mengekalkan subsidi air percuma kepada isi rumah B40 serta masjid dan surau berdaftar, walaupun pelarasan tarif air mula berkuatkuasa 1 Ogos 2025. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Abdul Karim Endut berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan pelarasan tarif bagi semua negeri di Malaysia di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi tempoh pelaksanaan kedua, melibatkan pengguna domestik dan bukan domestik. Namun ujar beliau, sebagai langkah menjaga kebajikan rakyat, subsidi air percuma 20 meter padu sebulan untuk golongan B40 yang layak dikekalkan.  "Pada masa sama, penggunaan air di masjid dan surau berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan terus ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu. "Subsidi ini bukan sahaja diteruskan, malah ditingkatkan daripada RM2.5 juta kepada RM3.0 juta setahun," jelas Abdul Karim kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam satu kenyataan hari ini.  Untuk rekod, sebanyak 13,715 akaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.5 juta setahun telah menerima air percuma 20 meter padu sejak 2019 hingga kini.  Manakala, bagi masjid dan surau, ia melibatkan 1,883 akaun dengan jumlah keseluruhan RM1.5 juta setahun.  Mengulas mengenai pelarasan tarif baharu, Abdul Karim menjelaskan pengguna domestik dengan meter individu yang menggunakan sehingga 20 meter padu air sebulan mengalami perubahan melibatkan 8 sen bagi setiap meter padu.  Sementara itu, untuk kategori bukan domestik seperti industri dan perniagaan, kadar baharu mencerminkan kos sebenar operasi dan kekal kompetitif berbanding negeri lain. "Tarif untuk rumah ibadat dan institusi kebajikan kekal tanpa perubahan sebagai tanda sokongan kerajaan kepada peranan sosial dan keagamaan yang dimainkan oleh institusi tersebut. "SATU turut memperuntukkan kira-kira RM50 juta setahun bagi membangunkan infrastruktur bekalan air termasuk pembinaan dan naik taraf loji rawatan, sistem agihan serta pengurangan kadar Air Tidak Terhasil (NRW)," katanya. Berdasarkan laporan Malaysiakini, Johor kekal tarif tertinggi dengan nilai RM1.05 bagi setiap 0-20 meter padu, Melaka kedua (RM0.94) dan Labuan ketiga (RM0.92). 
02 Aug 25
2597
Litar Cukup Rasa, Kasma Daniel Harap Cuaca Tambah Rencah Perlumbaan
Litar Cukup Rasa, Kasma Daniel Harap Cuaca Tambah Rencah Perlumbaan
KUALA NERUS, 1 Ogos - Pelumba Petronas Sprinta Yanaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin, 25, menyifatkan Litar Permotoran Terengganu 'cukup rasa' bagi pelumba kapcai sepertinya. "Bagi saya litar ini cukup rasa kerana ada teknikal, ada 'high speed corner' dan 'corner' patah. "Trek ini cukup sempurna untuk perlumbaan motosikal kapcai yang mana aspek keselamatannya dan jalannya juga cukup baik," katanya yang ditemui selepas sesi kelayakan dalam saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, hari ini. Pada sesi kelayakan terakhir tadi, Kasma Daniel berjaya mencatatkan masa terpantas kategori CP150 dengan catatan 49.098, sekaligus melayakkannya bersaing dalam Superpole, pagi esok. Anak kelahiran Johor itu turut berharap cuaca pada perlumbaan esok 'menyebelahinya' dalam usaha beliau menunjukkan prestasi terbaik pada pusingan kelima ini. "Pagi tadi agak panas terik, litar agak sukar juga. Kalau cuaca berterusan (kurang panas) begini, mungkin esok lebih ramai pelumba dapat menunjukkan sesuatu (dalam perlumbaan). "Kalau cuaca seperti panas pagi, Alhamdulillah. Saya mengharapkan cuaca okey esok, tetapi kalau hujan layan sajalah," ujarnya. Terengganu menjadi tuan rumah pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang berlangsung sehingga esok.  Buat masa ini, pelumba kelahiran Terengganu, Ahmad Afif Amran dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, mendahului kedudukan keseluruhan kategori CP150, kelas tertinggi dalam arena Cub Prix apabila merangkul empat kemenangan dan satu kedudukan kedua, menjadikan dirinya pendahulu carta kejuaraan.    
01 Aug 25
134