Artikel "Utama" Terkini
Ahmad Razif Berjumpa Jemaah Haji Terengganu Di Mekah Dan Melancarkan 'World Quran Hour'
Jemaah haji dari Terengganu yang berada di tanah suci Mekah hari ini berpeluang bersama sama Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Puan Hajah Halina dalam satu perjumpaan di Hotel Abraj Janadriyah, tidak jauh dari Masjidilharam.Lebih kurang 400 jemaah haji Terengganu menginap di situ pada masa ini, terletak cuma 650 meter dari Masjidilharam.Semasa berucap kepada jemaah haji dalam perjumpaan itu, Ahmad Razif meminta semua jemaah menjaga kesihatan.Pada petang tadi juga, Menteri Besar ke hospital TH Shisha, melawat Cikgu Nara bin Sidek , guru SMK Kompleks Gong Badak dan Puan Rosnani yang berasal dari Kg Geliga Kemaman yang sakit dan menerima.rawatan.Ahmad Razif dan isteri petang tadi juga berkesempatan memberi sumbangan kepada Puan Junaini Abdul Rahman, isteri Allahyarham Che Isa bin Che Awang yang meninggal dunia pad a 25 Ogos baru baru ini di tanah suci.Allahyarham dan Puan Junaini berasal dari Taman Adis Indah, Tok Adis Kuala Terengganu.Ahmad Razif turut berkesempatan petang tadi melancarkan 'World Quran Hour' untuk menjurus ke arah mencintai Al.Quran, membaca dan menghayatinya dan melahirkan masyarakat yang Quranik.Demikian Ahmad Razif Abd Rahman pembawa obor Transformasi Terengganu Baharu (TTB) .Semoga Allah memberkati perjuangan suci beliau.Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman
08 Sep 16
341
YT Agih RM196,290 Kepada 27 Pelajar Luar Negara
Yayasan Terengganu (YT) mengagihkan sejumlah RM196,290 sebagai wang pendahuluan kepada 27 pelajar tajaannya untuk ke luar negara.Daripada jumlah itu, 15 pelajar dijadualkan melanjutkan pelajaran di bidang perubatan Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA), Jakarta, bulan ini.Masing-masing menerima wang tunai RM6,750 bagi membiayai wang saku, penempatan dan pembelian buku-buku.Pengarah YT, Mohamad Sulong berkata, manakala 12 pelajar lagi akan melanjutkan pelajaran di tiga universiti di United Kingdom (UK) dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, farmasi dan akauntan.``Tujuh orang di Universiti Of Nottingham, empat orang Universiti Of Manchester dan seorang di Universiti Of Kent (UK). Setiap seorang menerima RM7,920 bagi membiayai penempatan dan pembelian pakaian panas.``Manakala wang saku yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM7,000 seorang akan dimasukkan dalam akaun masing-masing,’’ katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas masjlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar Tajaan YT ke luar negara 2016 yang disampaikan Dato’ Mohd Zubir Embong di Duyong Marina & Resort , Pulau Duyong, Kuala Nerus, hari ini.Setiap tahun YT terpaksa menambah perbelanjaan kira-kira RM10 juta menjadikan RM60 juta pada tahun ini untuk membiayai pelajar tajaannya yang sedang dan akan melanjutkan pelajaran di luar negara .Katanya, perbelanjaan tambahan itu berikutan kejatuhan wang ringgit yang turut memberi kesan kepada YT, tetapi ianya tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak Terengganu.Dalam pada itu, YT sedang menaja seramai 636 pelajar di lapan negara termasuk Rusia, Jordan, Mesir, Indonesia, UK, Jerman, Amerika Syarikat, Maghribi dan Australia.“Daripada jumlah itu, seramai 188 orang akan menamatkan pengajian masing-masing pada hujung September ini,” katanya.
08 Sep 16
86
Sebaran Maklumat Media Sosial Perlu Ditapis
Kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram membolehkan setiap maklumat disalurkan secara pantas, bagaimanapun ianya boleh membutakan fikiran masyarakat untuk mentafsir sama ada berita itu benar atau sebaliknya.Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, bagaimanapun apa yang dikesalkan ada juga pihak tertentu, termasuk media arus perdana, agensi kerajaan dan swasta mengguna pakai maklumat yang dipaparkan media sisoal sebagai bahan berita.“Maka di sinilah peranan dan kerjasama agensi media berdaftar diperlukan bagi memastikan kesahihan dan ketepatan fakta sesuatu perkara.“Saya percaya, komuniti media di Terengganu, masih mengekalkan profesionalisme kewartawanan dalam memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat, kejujuran etika kerja dan keadilan kepada semua yang terlibat,”katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Nik Wan Nik Omar pada Majlis Anugerah Kewartawanan UniSZA 2016, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Ahmad Zubaidi turut memberitahu, pihaknya menyasarkan UniSZA untuk menjadi antara sepuluh universiti awam di Malaysia dan terbaik di Pantai Timur.Katanya, apabila Hospital Pengajar UniSZA beroperasi kelak, aspirasi itu diyakini mampu dicapai.“Pada masa sama, faktor peningkatan mendadak kemasukan pelajar antarabangsa, termasuk Iraq, Yemen, Iraq, Pakistan, Vietnam, Syria, Cina, Sudan, Jordan, Mesir, Brunei dan Thailand.“Semua ini membuktikan UniSZA bukan saja menjadi pilihan pelajar tempatan malahan pelajar luar negara,” katanya.
08 Sep 16
66
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Masjid Balai Besar, Dungun
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Balai Besar, Dungun, hari ini.Turut berangkat, Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.Mengiringi baginda, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Pegawai Daerah Dungun, Dato' Mohd Yasim Awang, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.Sebelum menunaikan solat Jumaat, Sultan Mizan turut berkenan bertitah serta menandatangani plak perasmian masjid tersebut.Sultan Mizan dalam titah ucapan menyeru semua rakyat agar sama-sama memberi komitmen dalam menghidupkan institusi masjid."Jadikanlah urusan masjid sebagai tanggungjawab kita bersama seterusnya memastikan iltizam ini berterusan hingga ke generasi yang akan datang," titah baginda.Masjid Balai Besar yang siap sepenuhnya pada Jun 2013 dapat menampung kapasiti sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa.Pada tahun 1992, usaha dibuat oleh Jawatankuasa Surau Balai Besar untuk menaiktarafkan surau ini kepada masjid bagi membolehkan solat Jumaat.Pada Mac 2005, kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan Masjid Balai Besar, di atas tapak baharu yang berkeluasan 1.6 hektar dengan anggaran kos pembinaannya kira-kira RM 5.4 juta.
06 Sep 16
709
Khabar dari Menteri Besar di Tanah Suci Mekah
Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang kini berada di Mekah menunaikan fardhu haji berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu, khususnya di maktab maktab penempatan jemaah haji.Ahmad Razif bersama isteri Puan Hajah Halina Zakaria semalam telah melawat Maktab 90, salah satu penempatan jemaah haji dari Malaysia, termasuk Terengganu.Beliau membuat lawatan itu bersama sama dengan Pengerusi Tabung Haji,Datuk Seri Panglima Abdul Aziz Abdul Rahim.'Alhamdulillah, sebelah pagi tadi saya bersama Datuk Seri Azeez Rahim telah melawat Maktab 90 dan Hospital Tabung Haji. Saya sempat berjumpa dengan jemaah dari Terengganu," beritahu Ahmad Razif melalui whatsapp yang dihantar kepada Pengarang The Iman Tribune awal pagi ini, 7 September 2016.Ahmad Razif dan isteri, Puan Halina melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan menemui jemaah haji dari Terengganu dan bertanya khabar tentang keadaan jemaah berkenaan.Semalam juga Ahmad Razif dan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron turut menyertai Pengerusi Tabung melawat jemaah haji yang sakit di Pusat Rawatan TH Syisyah.Ahmad Razif bersama isteri berlepas ke tanah suci Mekah bagi menunaikan fardhu haji melalui pihak Tabung Haji pada 4 September baru baru ini.Menteri Besar Terengganu memberitahu, pada hari ini beliau bercadang hendak melawat guru Sekolah Kompleks Gong Badak, Cikgu Nara bin Sidek yang dimasukkan ke Hospital King Faisal Mekah kerana sakit.Ahmad Razif berkata pada hari ini juga beliau akan melawat keluarga jemaah haji dari Kuala Terengganu yang baru kehilangan suami yang meninggal dunia di Mekah di hotel Abraj Janadriyah.'Saya sempat juga bersama Pengerusi Tabung Haji melawat dan melihat persediaan khemah dan segala kelengkapan di Arafah, Muzdalifah dan Mina. Sempat sembahyang Zohor berjemaah dalam Khemah Operasi Tabung Haji di Mina diimamkan oleh Ketua Menteri Melaka," beritahu Ahmad Razif lagi.Beliau juga menghantar gambar gambar berkaitan kepada The Iman Tribune dan menyampaikan salam ingatan kepada semua rakan rakan seperjuangan, para pegawai serta kakitangan kerajaan dan rakyat Terengganu.Laporan Khas Oleh : Ruslan Abdul Rahman
06 Sep 16
219
T-Cakna Pemudahcara Pohon Bantuan Disediakan Kerajaan
Penubuhan Kaunter T- Cakna, di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang mula beroperasi hari ini, mampu memberi kemudahan kepada anak Terengganu untuk berurusan berkaitan pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan negeri.Antaranya permohonan berkaitan Dana Raya, Dana Remaja, Bantuan Pakaian Sekolah, Tabung Darul Iman, Bantuan Pendidikan dan pelbagai Skim Bantuan Perniagaan.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata, perkhidmatan yang beroperasi mengikut jadual itu akan diseliakan jabatan dan agensi berkaitan.Katanya, sebagaimana semua sedia maklum, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yayasan Terengganu (YT), Sekretariat Tabung Darul Iman, Yayasan Pembangunan Usahawan dan Yayasan Pembangunan Keluarga akan terlibat memudah cara perkhidmatan itu."Pihak kami berharap semua yang terlibat dapat menawarkan perkhidmatan sebaik mungkin kepada mereka yang berkelayakan."Pada masa sama, kami menyeru anak-anak perantau mengambil peluang yang ada, bukan sahaja untuk sebarang urusan bantuan, boleh juga untuk mendapatkan khidmat nasihat," katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Kaunter Bersepadu Perantau TTB ( Kaunter T-Cakna) yang dibacakan Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah YT, Mohamad Sulong.
06 Sep 16
408