lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Dua rentung Toyota Vios terbakar selepas rempuh pokok sawit
Dua rentung Toyota Vios terbakar selepas rempuh pokok sawit
KOTA TINGGI: Dua rentung selepas kereta mereka naiki merempuh pokok dan terbakar dalam kawasan ladang sawit di Jalan Tanjung Balau di sini, hari ini.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan II, Faizal Ahmad, berkata lelaki dan wanita berkenaan dipercayai terperangkap dalam kereta Toyota Vios terbabit.Katanya, Bomba terima panggilan kecemasan jam 4.48 pagi. Di lokasi didapati ada dua mangsa dalam kereta terbakar selepas merempuh pokok."Seorang mangsa adalah lelaki dewasa berusia 21 tahun manakala seorang lagi wanita dewasa yang belum diketahui identitinya," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, kedua-dua mangsa terperangkap dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kebakaran..
22 Oct 25
6
Kerajaan Persekutuan Digesa Naik Taraf Hospital Hulu Terengganu
Kerajaan Persekutuan Digesa Naik Taraf Hospital Hulu Terengganu
KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid, mendesak Kerajaan Persekutuan memberi perhatian segera terhadap kemudahan asas dan infrastruktur penting di daerah Hulu Terengganu yang semakin uzur dan tertangguh. Ketika membahaskan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, beliau menegaskan bahawa Hospital Hulu Terengganu yang telah beroperasi sejak tahun 1991 kini berada dalam keadaan usang dan tidak lagi mampu menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat. “Fasiliti sedia ada sudah tidak mencukupi dan perlu dinaik taraf segera. Rakyat Hulu Terengganu berhak mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang selesa dan moden,” katanya. Rosol turut menyentuh mengenai Kompleks Sukan Paya Besar yang telah siap dibina tetapi masih belum dibuka kepada orang ramai. Beliau berkata, kemudahan tersebut sepatutnya dimanfaatkan segera bagi merancakkan aktiviti sukan dan riadah khususnya dalam kalangan belia tempatan. Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Kerja Raya atas usaha berterusan dalam pembangunan laluan di sekitar Tasik Kenyir yang menjadi nadi pelancongan utama negeri Terengganu. “Saya akan terus memantau setiap tuntutan dan memastikan rakyat Hulu Terengganu mendapat kemudahan terbaik dalam aspek kesihatan, sukan dan pembangunan,” jelasnya.
21 Oct 25
62
UC TATI Perkukuh Ekosistem Inovasi TVET, Selaras PITAS 2030
UC TATI Perkukuh Ekosistem Inovasi TVET, Selaras PITAS 2030
KUALA TERENGGANU, 21 Oktober - Usaha Kolej Universiti TATI (UC TATI) memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan tinggi teknikal negeri Terengganu melalui lawatan akademik ke Jepun pada awal Oktober yang lalu disifatkan selari dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, kerana melalui pelan strategik negeri Terengganu itu antara perkara yang ditekankan adalah pembangunan modal insan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai Islam. "Apabila pelajar TVET (pendidikan dan latihan teknikal) berupaya mencipta dan berinovasi, ia bukan sahaja memperkukuh UC TATI, tetapi juga membuka peluang eknomi baharu untuk rakyat Terengganu," katanya dalam satu kenyataan. Mengulas lebih lanjut, beliau berkata apa yang bermakna delegasi Terengganu telah didedahkan dengan pengalaman Jepun dalam memupuk budaya 'Science driven innovation'. Dalam pada itu Satiful berkata, dalam kunjungan ke negara terbabit pihak UC TATI, Leave A Nest Japan dan Hadid Group yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). "Di mana 'Leave A Nest' akan menyediakan bimbingan dan akses kepada rangkaian inovasi Jepun, Hadid Group akan menyokong pembangunan industri dan komersialisasi produk pelajar. "Manakala UC TATI, akan berfungsi sebagai hub pelaksanaan program yang mengabungkan TVET dengan keusahawanan teknologi," katanya.  
21 Oct 25
26
Wakaf Mempelam FC Julang Piala YB ADUN 2025, Sorakan 5,000 Penyokong Gegar Stadium
Wakaf Mempelam FC Julang Piala YB ADUN 2025, Sorakan 5,000 Penyokong Gegar Stadium
Oleh: Khairi Ramzan KUALA TERENGGANU, 19 Oktober – Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bergema dengan sorakan lebih 5,000 penyokong malam tadi apabila Wakaf Mempelam FC menamatkan penantian penuh dramatik dengan menjulang Piala YB ADUN Wakaf Mempelam 2025, selepas menewaskan Durian Burung FC 2-1 dalam aksi final yang sengit dan mendebarkan. Perlawanan yang bermula tepat jam 9 malam itu menyajikan pertarungan dua gergasi tempatan yang masing-masing mempamerkan semangat juang tinggi dan corak permainan pantas sejak wisel pertama. Gol kemenangan Wakaf Mempelam FC hadir hasil gerakan berpasukan kemas, sekaligus mengundang gegaran sorakan penyokong setia yang membanjiri stadium. Kejayaan tersebut disifatkan hasil latihan rapi dan disiplin tinggi yang ditunjukkan pasukan muda itu di bawah bimbingan jurulatih tempatan berbakat besar. Turut hadir memberikan sokongan serta menyampaikan trofi kejuaraan iala ADUN Wakaf Mempelam, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah, yang menzahirkan rasa syukur dan bangga dengan semangat pasukan kampung halamannya itu. “Kejohanan ini bukan sekadar medan persaingan bola sepak, tetapi juga platform mencungkil bakat baharu dan mengeratkan ukhwah dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya ketika berucap selepas perlawanan. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Amzad Hashim, yang turut menyampaikan penghargaan kepada semua pasukan atas semangat kesukanan tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Menurut penganjur, edisi 2025 kali ini antara yang paling meriah sejak penganjurannya, dengan penyertaan pasukan dari seluruh kawasan DUN Wakaf Mempelam serta sambutan luar biasa daripada komuniti setempat. Dengan kemenangan ini, Wakaf Mempelam FC bakal membawa cabaran DUN ke Liga Ahli Parlimen yang dijangka membuka tirai tidak lama lagi. Tahniah turut dihulurkan kepada Durian Burung FC yang tetap menampilkan semangat juang kental hingga ke wisel penamat, bukti bola sepak tempatan terus hidup dan subur di hati rakyat Terengganu.
21 Oct 25
92
Tidak Wajar Jemput Donald Trump ke Malaysia - Khalil
Tidak Wajar Jemput Donald Trump ke Malaysia - Khalil
KUALA TERENGGANU, 21 Oktober – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Batu Burok) Muhammad Khalil Abdul Hadi menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjemput Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 pada 26 Oktober ini. Menurut beliau, langkah itu tidak wajar memandangkan Trump pernah menjadi antara penyokong utama rejim Zionis Israel. “Kita sebagai rakyat Malaysia menganggap bahawa Donald Trump ini kedudukannya sama seperti Benjamin Netanyahu. Amerika Syarikat di bawah pimpinan Trump adalah antara penyokong terbesar Israel dari segi kewangan, senjata dan pelbagai bantuan lain,” katanya. Dr. Khalil menegaskan, Malaysia perlu berhati-hati agar tidak menghantar mesej yang salah terhadap perjuangan membela Palestin. “Rakyat Malaysia sentiasa bersama Palestin. Jangan sampai kita mengguris perasaan mereka dengan meraikan tokoh yang pernah menyokong kezaliman terhadap umat Islam,” ujarnya. 
21 Oct 25
63
Terengganu Lawat The Weststar Group Teroka Kerjasama Strategik
Terengganu Lawat The Weststar Group Teroka Kerjasama Strategik
KUALA TERENGGANU, 21 Oktober - Kunjungan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke The Weststar Grup bukan hanya sekadar pertemuan rasmi sebaliknya ia menjadi platform bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama strategik antara negeri dan industri. Menurut Ahmad Samsuri, pertemuan berlangsung dalam suasana penuh positif dalam suasana santai, perbincangan berlangsung dengan penuh nilai hormat dan keterbukaan. "The Weststar Group yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim telah membuktikan keupayaan syarikat tempatan untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa," ujarnya dalam satu kenyataan di media sosialnya, di sini, hari ini. Jelasnya lagi, kerajaan negeri sentiasa bersedia dan terbuka dalam menjalin hubungan dengan pelbagai pihak demi kepentingan serta pembangunan negeri Terengganu. "Demi masa depan Terengganu yang lebih berdaya maju, kami sedia mendengar, berfikir dan membina jalinan," ujar beliau.
21 Oct 25
98
Kerajaan Digesa Kaji Semula Projek ‘Juta-Juta’ Termasuk Sungai Chepoh
Kerajaan Digesa Kaji Semula Projek ‘Juta-Juta’ Termasuk Sungai Chepoh
KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2025 – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid, menggesa kerajaan pusat agar menilai semula pelaksanaan beberapa projek bernilai jutaan ringgit di kawasan Hulu Terengganu yang didakwa tidak memberi kesan langsung kepada rakyat setempat. Menurutnya, pembangunan yang dirancang mesti memberi impak sebenar dan menyelesaikan masalah rakyat, bukannya sekadar menghabiskan peruntukan tahunan tanpa hasil yang jelas. Gesaan itu disuarakan semasa beliau membahaskan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, dengan menumpukan kepada isu Projek Naik Taraf Sungai Chepoh oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Rosol berkata, projek berkenaan menerima bantahan besar daripada penduduk Kampung Nasi, Kampung Chepoh serta Kampung Getah Hulu dan Hilir, kerana dikatakan tidak menyelesaikan masalah banjir malah melibatkan pengambilan kira-kira 100 lot tanah milik penduduk. “Saya bangkitkan isu ini kerana ia membabitkan nasib rakyat. Projek tersebut bukan sahaja gagal mencapai matlamat asal, malah menjejaskan tanah dan kediaman penduduk tempatan. Mengapa permohonan mereka untuk penyelesaian banjir sebenar diabaikan?,” tegasnya. Beliau menegaskan, suara rakyat perlu diutamakan dan setiap projek yang dilaksanakan di Hulu Terengganu wajar melalui kajian mendalam bagi memastikan manfaatnya sampai kepada penduduk yang terkesan secara langsung.
21 Oct 25
164
Projek RM78 Juta Bukit Tebuk Untuk 420 Keluarga Dungun
Projek RM78 Juta Bukit Tebuk Untuk 420 Keluarga Dungun
DUNGUN, 19 Oktober – Harapan lebih 420 keluarga di Dungun untuk memiliki kediaman sendiri bakal menjadi kenyataan apabila kerajaan negeri Terengganu melancarkan Projek Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) dan Bercampur Bukit Tebuk bernilai RM78 juta, di atas tanah seluas 36.83 ekar yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, projek berimpak tinggi itu merupakan hasil kerjasama antara kerajaan negeri dan pemaju swasta bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat memiliki rumah berkualiti. "Pembangunan ini melibatkan kos sebanyak RM78 juta di atas kawasan seluas 36.83 ekar dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember 2030. "Projek ini adalah hasil usahasama kerajaan negeri dan pemaju swasta yang akan memberi manfaat besar kepada penduduk Dungun," katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek berkenaan di sini hari ini. Turut hadir, ADUN Sura, Dr.Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato' Ab Rasid bin Jusoh; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato' Wan Adnan Wan Derahman. Menurut beliau, projek ini merangkumi 444 unit kediaman dan komersial, termasuk 120 unit Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Jenis A, 112 unit RMM Jenis B, 140 unit rumah teres setingkat Jenis C, 38 unit rumah link banglo 1.5 tingkat Jenis D, 18 unit rumah berkembar setingkat Jenis E dan 16 unit kedai satu tingkat. "Harga jualan bagi RMM Jenis A ditetapkan pada RM90,000 manakala Jenis B bermula RM185,000. "Penetapan harga bagi unit komersial akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak pemaju," jelasnya. Wan Sukairi berkata, tawaran pembelian rumah akan dibuat mengikut kategori pendapatan isi rumah bagi memastikan golongan sasar benar-benar menikmati manfaatnya. "RPMM Jenis A ditawarkan kepada mereka berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, manakala RMM Jenis B untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM8,000. "Bagi rumah dan kedai komersial pula, proses jualan serta tawaran akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak pemaju," tambah beliau. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada bekas ADUN Sura, atas peranan beliau mencetuskan idea asal projek berkenaan. "Idea dan cadangan projek ini sudah ada sejak zaman mantan ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik yang turut bersama-sama kita pagi ini. "Walaupun mengambil masa agak lama, akhirnya kita berjaya melaksanakan acara pecah tanah yang sangat bermakna ini.” Menurutnya lagi, kerajaan negeri akan terus melaksanakan lebih banyak projek perumahan rakyat di seluruh Terengganu bagi memenuhi impian rakyat memiliki rumah sendiri. "Akan ada beberapa lagi projek yang akan diumumkan pada masa akan datang mengikut jadual yang telah ditetapkan. "Ini menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu rakyat Terengganu yang masih belum memiliki rumah," jelasnya lagi. Menutup ucapannya, Wan Sukairi menyeru agar projek berkenaan menjadi simbol kemajuan dan kesejahteraan baharu buat penduduk Dungun. "Hari ini kita berdiri di atas tanah kosong. Namun, Insyaa Allah, dalam beberapa tahun akan datang, di sinilah akan berdiri deretan rumah-rumah indah, tempat bersemainya kasih sayang dan kehidupan baharu buat ratusan keluarga," ujarnya.  
20 Oct 25
1926
“Dia Gembira Sangat Hari Tu” – Suami Reda Isteri Pergi Selepas Selamatkan Anak Saudara
“Dia Gembira Sangat Hari Tu” – Suami Reda Isteri Pergi Selepas Selamatkan Anak Saudara
KEMAMAN, 19 Oktober – “Dia gembira sangat hari tu… tak sangka itu hari terakhir kami bersama,” luah Syafiq Azril Mohd Nasis, 40, suami kepada Allahyarhamah Nor Hidayah Zakaria, 39, yang maut dalam tragedi lemas di Pantai Penunjuk, Kijal, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, mangsa, Nor Hidayah disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman sekitar jam 5.42 petang, manakala anak saudaranya, Urshia Medina Noor Didi Hilmi, 12, turut terkorban dan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kijal pada jam 5.23 petang. Tiga lagi anak saudara Nor Hidayah yang berusia lingkungan 14 hingga 20 tahun berjaya diselamatkan hasil bantuan ahli keluarga dan nelayan tempatan yang berada berhampiran lokasi kejadian. Suami mangsa, Syafiq Azril berkata mereka sekeluarga baru sahaja selesai mengadakan hari keluarga di Cherating, Pahang, dan singgah ke Pantai Penunjuk kerana isterinya teringin makan ikan celup tepung sebelum pulang ke Kedah. “Sebenarnya kami tak rancang nak mandi, Cuma nak singgah makan sebab isteri teringin sangat nak makan tepi pantai. “Lepas makan, ramai yang turun ke air sebab pantai tu cantik dan nampak landai. Isteri pun mandi dengan anak-anak saudara,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kemaman malam tadi. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris bagi melihat ahli keluarga mangsa di hospital berkenaan. Syafiq berkata, suasana gembira bertukar cemas apabila isterinya menjerit meminta tolong selepas melihat tiga anak saudaranya dihanyutkan ombak ke kawasan lebih dalam. “Isteri cuba selamatkan mereka dan alhamdulillah, ketiga-tiganya berjaya diselamatkan. Tapi isteri pula semakin jauh ke tengah. Saya terus naik sampan dengan bantuan nelayan, tapi bila sampai, dia dah terapung,” ujarnya. Nor Hidayah yang juga Penolong Jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah baru sahaja disahkan bebas daripada kanser payudara awal bulan ini selepas hampir setahun menjalani rawatan. “Dia gembira sangat sebab doktor sahkan dah bebas kanser. Katanya nak bercuti dulu sebelum sambung kerja tahun depan. “Semua yang dia nak, saya usahakan sebab saya tahu dia banyak berkorban untuk kami,” katanya lagi. Sementara itu, datuk saudara kepada Urshia Medina, Megat Rosli Megat Dewa, 68, berkata seluruh keluarga tidak menyangka percutian yang dirancang penuh kegembiraan berakhir dengan kehilangan dua insan tersayang. “Lebih sedih, Medina sepatutnya sambut hari lahirnya hari ini, 19 Oktober. Kami dah sambut awal Jumaat lepas, tapi dia tak sempat nak buka hadiah,” katanya. Kedua-dua jenazah disempurnakan di Unit Forensik Hospital Kemaman sekitar jam 2 pagi sebelum dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hijrah, Jitra, hari ini.  
19 Oct 25
386
Impian Jadi Nyata, 420 Keluarga Bakal Miliki Kediaman Sendiri
Impian Jadi Nyata, 420 Keluarga Bakal Miliki Kediaman Sendiri
DUNGUN, 19 Oktober – Impian lebih 420 keluarga di sekitar DUN Sura untuk memiliki kediaman sendiri kini semakin hampir menjadi kenyataan apabila Projek Perumahan Rumah Mampu Milik Bukit Tebuk dilancarkan secara rasmi hari ini. Projek pembangunan bercampur bernilai RM78 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas 36.83 ekar dan melibatkan pembinaan keseluruhan 444 unit rumah serta premis komersial yang dijangka siap menjelang tahun 2030. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelaksanaan projek ini merupakan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat memiliki kediaman selesa dan mampu dimiliki. “Projek RMM Bukit Tebuk ini bukan sekadar pembinaan rumah, tetapi satu manifestasi kasih sayang kerajaan negeri terhadap rakyatnya. “Ia melambangkan kesungguhan kita untuk memastikan setiap keluarga mempunyai tempat berteduh yang selesa dan berkualiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Bukit Tebuk di Sura hari ini. Beliau berkata, pembangunan tersebut merangkumi 120 unit Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Jenis A berharga RM90,000 seunit, 112 unit Rumah Mampu Milik (RMM) Jenis B berharga RM185,000 seunit, manakala selebihnya ialah komponen komersial terdiri daripada 140 unit rumah teres setingkat (Jenis C), 38 unit link banglo 1.5 tingkat (Jenis D), 18 unit rumah berkembar setingkat (Jenis E) dan 16 unit kedai setingkat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi pula menzahirkan penghargaan kepada mantan ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik atas usaha awal beliau dalam merancang projek tersebut ketika masih berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu. “Selama empat hingga lima tahun beliau berurusan, berdepan pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19, dan Alhamdulillah hari ini kita dapat menyaksikan permulaan rasmi pelaksanaannya,” katanya. Menurutnya, projek ini bukan sahaja memenuhi keperluan perumahan rakyat, malah bakal merancakkan aktiviti ekonomi tempatan melalui penyediaan ruang komersial yang dapat membuka peluang pekerjaan serta perniagaan baharu. “Apabila siap kelak, kawasan ini bukan sekadar menjadi penempatan baharu untuk rakyat, tetapi juga pusat komuniti dan ekonomi setempat yang memberi manfaat kepada penduduk Sura dan Dungun secara keseluruhan,” katanya.
19 Oct 25
1989