lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

SUTERA 2025: Kontijen Kuala Terengganu Bolot Emas Terbanyak Acara Balapan
SUTERA 2025: Kontijen Kuala Terengganu Bolot Emas Terbanyak Acara Balapan
KUALA NERUS, 25 September - Kontinjen Kuala Terengganu muncul unggul di hari kedua kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA) edisi ketiga apabila mendominasi acara balapan dengan meraih enam pingat emas, lima perak dan satu gangsa. Acara berlangsung di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, yang menjadi gelanggang utama bagi pertandingan olahraga SUTERA kali ini. Antara emas yang diraih adalah menerusi acara 100 meter wanita, 400 meter lelaki dan wanita, 800 meter wanita, 1500 meter wanita serta 3000 meter lari berhalangan lelaki. Saingan sengit turut diwarnai oleh kontinjen Kuala Nerus yang mengutip lima emas, tiga perak dan tiga gangsa hasil kejayaan dalam acara seperti 100 meter lelaki, 800 meter lelaki, 1500 meter lelaki, 3000 meter lari berhalangan wanita dan lompat kijang lelaki. Bagi kategori balapan, daerah lain yang turut mencuri tumpuan termasuk Setiu dengan emas dalam acara 4x400 meter wanita, serta Dungun dan Marang yang berjaya membawa pulang beberapa pingat perak dan gangsa. Sementara itu, dalam acara padang, Kuala Nerus menambah koleksi pingat dengan kejayaan di lempar cakera lelaki (emas), selain pingat dalam lompat kijang dan lontar peluru lelaki. Setiu pula cemerlang apabila membawa pulang emas dalam lompat kijang lelaki dan merejam lembing wanita, manakala Kemaman mendominasi acara lontar peluru lelaki. Hulu Terengganu tidak pulang tangan kosong selepas menjuarai lompat jauh dan lompat kijang wanita, disusuli Marang yang mencatat kemenangan dalam lompat tinggi wanita. Dengan baki beberapa acara olahraga dan sukan lain yang masih berlangsung, kedudukan pungutan pingat dijangka akan terus berubah dan menjanjikan saingan sengit antara kontinjen daerah.
25 Sep 25
714
38 Ribu Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Setiu
38 Ribu Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Setiu
SETIU, 25 September – Sebanyak 38,000 benih ikan dilepaskan ke Sungai Setiu dalam usaha memulihara dan meningkatkan sumber perikanan nelayan setempat. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato' Dr. Azman Ibrahim berkata, program yang dijalankan secara tahunan dan setiap daerah menerima sejumlah benih ikan bagi tujuan memperkayakan sumber. "Jangan ada aktiviti tuba, bom dan karen ikan yang semua ini menyebabkan kerosakan kepada sumber dan ekosistem. "Sumber yang ada ini penting kepada generasi dan sebolehnya biarlah anak cucu kita merasai hasilnya nanti," beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Program Pelepasan Benih Ikan, Penyerahan Bantuan Peralatan Nelayan Darat dan Insentif Input Akuakultur di Pengkalan Nyatoh, Kampung Beris Tok Ku. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Mohd Yusop Majid, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Dr. Sukati Sakka, Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Hasniah Othman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ahmad Ridzwan Abd Rahman. Terdahulu sebanyak 38,000 anak benih ikan dilepaskan termasuklah spesis ikan baung 6,000, ikan lampam sungai 2,000 dan udang galah 30,000 ekor. Program ini dilihat mampu memberi impak positif kepada kelestarian ekosistem sungai selain membantu meningkatkan pendapatan komuniti nelayan sungai. Pada majlis sama, turut diadakan penyerahan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 31 penerima, yang melibatkan 16 nelayan dari daerah Besut dan 15 nelayan dari daerah Setiu dan penyerahan insentif input akuakultur. 
25 Sep 25
75
Kuala Nerus Rangkul Emas Sepak Takraw SUTERA III
Kuala Nerus Rangkul Emas Sepak Takraw SUTERA III
KUALA NERUS, 25 September – Kuala Nerus membuktikan ketajaman aksi apabila menundukkan Dungun dalam perlawanan dramatik, sekali gus muncul juara acara sepak takraw berpasukan lelaki sempena Temasya Sukan Terengganu Kali Ke-3 (SUTERA III) yang berlangsung di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) hari ini. Kemenangan bermula di pusingan pertama apabila Regu A Kuala Nerus tampil garang dengan rentak bertenaga, menewaskan Dungun 15-10 dan 15-9 dalam straight set yang memukau penonton. Namun, di pusingan kedua, regu B Dungun cuba bangkit penuh bersemangat dengan kemenangan 15-7 pada set pertama, tetapi kebangkitan itu segera dipadamkan apabila Kuala Nerus Regu B kembali gah pada set kedua dengan kemenangan 15-10. Pertarungan penentuan menyaksikan regu Kuala Nerus B yang diterajui tekong Izham Putra M. Shaharin bersama gandingan Danish Irfan Azwan dan Adi Fikri M. Nasharuddin tampil penuh keyakinan, sebelum menutup kemaraan Dungun dengan kemenangan 15-10, sekali gus menghadiahkan pingat emas kepada pasukan mereka. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim, acara turut disaksikan ADUN Bukit Tunggal, Sr. Zaharuddin Zahid, Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.  
25 Sep 25
231
Penjawat Awam Terengganu Digalak Buat Potongan Zakat Bulanan
Penjawat Awam Terengganu Digalak Buat Potongan Zakat Bulanan
KUALA TERENGGANU, 25 September – Penjawat awam di negeri ini digalak membuat bayaran zakat secara berjadual kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui gaji yang diterima. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Nara Setia berkata, beliau difahamkan kadar agihan zakat kini telah melebihi 100 peratus daripada jumlah kutipan, justeru sumbangan kakitangan awam mampu membantu mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Terengganu.  ”Mudah-mudahan ia dihitung Allah S.W.T sebagai amal yang baik demi meraih keredaanNya,” ujarnya. Beliau berkata demikan ketika berucap menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Pada majlis tersebut, seramai 42 orang penerima APC Bulanan WDI yang terdiri daripada pelbagai jabatan, bahagian dan unit dalam Wisma Darul Iman menerima insentif kecemerlangan sebanyak RM500 berserta sijil penghargaan. Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar penjawat awam mempertimbangkan untuk membuat potongan gaji bulanan kepada Tabung Darul Iman. “Ia sebagai satu lagi inisiatif kebajikan membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam kalangan rakyat Terengganu.  “Sumbangan berterusan ini bukan sahaja menyemai semangat solidariti, malah memberi impak besar kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat,” ujarnya. Menurut beliau, Tabung Darul Iman membiayai pelbagai jenis bantuan antaranya dalam kategori bantuan perubatan dan juga bencana alam. “Kedua-dua potongan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat namun layak mendapat pengecualian cukai selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” jelasnya.  
25 Sep 25
116
SUTERA : Kuala Terengganu, Kemaman Raih Emas Pertama
SUTERA : Kuala Terengganu, Kemaman Raih Emas Pertama
Kontinjen Kuala Terengganu dan Kemaman menguasai acara berbasikal kriterium pada temasya Sukan Terengganu (SUTERA 2025) apabila masing-masing berjaya membawa pulang pingat emas menerusi kategori wanita dan lelaki di Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Shah,kuala Nerus.
25 Sep 25
40
Skuad Tenpin Boling Kuala Terengganu Raih Emas
Skuad Tenpin Boling Kuala Terengganu Raih Emas
KUALA TERENGGANU, 24 September - Skuad tenpin boling Kuala Terengganu terus menampilkan aksi cemerlang apabila menyumbang pingat emas pada Temasya Sukan Terengganu Kali-3 (SUTERA-III) 2025 selepas pasangan Nur Saadah Mohd Zamri dan Khairina Fatiha Abd Latif mengungguli acara tenpin boling beregu (wanita) di pentas akhir yang berlangsung di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral di sini, hari ini. Kejayaan itu hadir selepas gandingan tersebut mengumpul keseluruhan 2,052 mata untuk mengatasi pencabar terdekat iaitu pasangan Sulaiha Sulaiman dan Teh Sufia Danisha Mohd Sufian dari kontinjen Kuala Nerus yang terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan meraih keseluruhan 1,950 mata. Pingat gangsa menjadi milik pasangan kontinjen Kemaman, Nur Alia Hqadeeja Zawawi dan Nur Atikah Abdul Rahim yang mengutip keseluruhan 1,945 mata. Temasya Sukan Terengganu Kali-3 (SUTERA-III) 2025 berlangsung dari 23 hingga 27 September ini menampilkan 332 pingat yang menjadi rebutan semua kontinjen bertanding. Sebanyak 13 acara dipertandingkan dalam kejohanan dwi tahunan itu antaranya bola sepak, olahraga, bola tampar, tenis, lawn bowls, berbasikal, badminton, bola jaring, tenpin boling, sepak takraw, pencak silat, ping pong dan e-sports.  
24 Sep 25
524
SUTERA : Kuala Terengganu, Kemaman Raih Emas Pertama
SUTERA : Kuala Terengganu, Kemaman Raih Emas Pertama
KUALA NERUS, 24 September - Kontinjen Kuala Terengganu dan Kemaman menguasai acara berbasikal kriterium pada temasya Sukan Terengganu (SUTERA 2025) apabila masing-masing berjaya membawa pulang pingat emas menerusi kategori wanita dan lelaki di Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Shah, di sini, hari ini. Pelumba dari Kuala Terengganu, Ameera Alya Md Zahiruddin muncul juara kategori wanita selepas menamatkan saingan dengan catatan masa 49 minit 30 saat mengatasi wakil Kuala Nerus, Azri Masturina Batrisya Arzimawi yang meraih pingat perak dengan catatan maasa 49 minit 30.15 saat.   Dalam kategori lelaki pula, kontinjen Kemaman menonjol apabila Wan Muhammad Hamizan Ifwat Wan Abdul Fadhil Sham mencatat masa terpantas dengan catatan 46 minit 58 saat. Kemaman turut menambah kutipan pingat menerusi Tengku Najib Tengku Norizan yang membawa pulang gangsa dengan catatan masa 47 minit 53 saat. Sementara itu, Muhammad Rabbani Hashim dari Kuala Nerus yang menjadi tumpuan ramai pula terpaksa berpuas hati meraih pingat perak apabila mencatatkan masa 47 minit. Acara kriterium membuka temasya SUTERA hari ini, menyaksikan acara wanita disertai tujuh peserta membabitkan daerah Kemaman, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu telah berlangsung melibatkan enam pusingan kayuhan berjarak 24 kilometer. Manakala, kategori lelaki pula melibatkan penyertaan seluruh daerah kecuali Dungun dengan 17 peserta bersaing  dalam lapan pusingan bagi menghabiskan jarak 32 km.
24 Sep 25
121
Jalan Batu Rakit Runtuh 99 Peratus Siap Dibaiki
Jalan Batu Rakit Runtuh 99 Peratus Siap Dibaiki
KUALA NERUS, 23 September – Projek pembaikan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang rosak akibat hakisan kini hampir siap sepenuhnya apabila mencapai tahap 99 peratus kemajuan pembinaan. Perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Fasiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Dato' Hanafiah Mat ketika ditemui dalam satu lawatan ke tapak kerja pembaikan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit. Beliau berkata, kerja pembinaan 16 unit benteng pemecah ombak (breakwater) di kawasan berkenaan turut menunjukkan kemajuan positif dengan 13 unit daripadanya telah mencapai kira-kira 47 peratus pembinaan. "Kita dapat lihat di kawasan Jalan Kampung Tanjung, kerja-kerja pembinaan kini hampir 99 peratus siap dan dijangka diserahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 7 Oktober ini kepada Kerajaan Negeri.  "Bagi projek benteng pemecah ombak (breakwater) pula, sebanyak 13 daripada 16 struktur telah siap dibina, dengan kemajuan keseluruhan sekitar 47 peratus. "Saya berharap menjelang musim tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan November ini, projek ini dapat memberi perlindungan sekali gus menyelamatkan kawasan yang sebelum ini sering terjejas teruk akibat hakisan," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kerja Raya, Anuar Mohd Azlan, Jurutera Daerah Jabatan Perparitan Dan Saliran (JPS) Kuala Nerus, Ir. Aisyah Abu Bakar serta Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir. Dalam pada itu, Hanafiah juga mencadangkan langkah tambahan bagi mengukuhkan kawasan pesisir berhampiran, termasuk cadangan menambah pasir di beberapa kawasan tumpuan penduduk. "Selain itu, saya telah mencadangkan agar kawasan hadapan Kedai Pok Nong, atau sedikit ke hadapan berhampiran Warung Adik-Beradik, ditambah dengan lapisan pasir yang sesuai. "Langkah ini diharap dapat memberikan perlindungan tambahan dan memastikan kawasan tersebut lebih selamat menjelang musim monsun kali ini, insya-Allah," ujarnya. Mengulas lebih lanjut, beliau menegaskan bahawa projek berkenaan, buat masa ini telah dilaksanakan mengikut perancangan asal tanpa sebarang tambahan kos. "Dan rumah biru ni pun nampaknya tidak kritikal mana dah", katanya merujuk kepada keadaan terkini sekitar banglo biru selepas hampir roboh akibat hakisan teruk yang mula berlaku pada awal tahun ini.
23 Sep 25
1979
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan komitmen untuk memastikan pembangunan negeri terus berkembang secara menyeluruh dengan menjadikan pentadbiran Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam memajukan negeri.
23 Sep 25
126
BAS.MY Kuala Terengganu Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan Bersasar
BAS.MY Kuala Terengganu Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan Bersasar
Golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi kini menikmati tambang percuma menerusi penjenamaan baharu BAS.MY Kuala Terengganu.
23 Sep 25
122