lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empat Loji Rawatan Air SATU Terima Penarafan Bintang Oleh CGSO
Empat Loji Rawatan Air SATU Terima Penarafan Bintang Oleh CGSO
KUALA TERENGGANU, 20 Julai - Komitmen Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) dalam memastikan keselamatan fizikal fasiliti air dan persekitaran kerja yang selamat mendapat pengiktirafan apabila empat buah Loji Rawatan Air (LRA) kendaliannya dianugerahkan penarafan bintang oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Antara yang menerima pengiktirafan tertinggi ialah LRA Bukit Bunga di Besut yang berjaya memperoleh penarafan lima bintang, manakala LRA Sungai Tong (Setiu), LRA Kepong dan LRA Losong (Kuala Terengganu) masing-masing dianugerahkan empat bintang. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ts. Abdul Karim Endut berkata, pencapaian itu merupakan hasil daripada pelaksanaan berterusan prosedur keselamatan ketat serta pematuhan kepada standard keselamatan yang digariskan oleh CGSO. "SATU telah berjaya meraih pengiktirafan lima bintang dalam audit Jabatan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia buat pertama kalinya sejak penubuhan SATU pada 1999. "Pencapaian bersejarah ini mencerminkan komitmen seluruh warga kerja SATU dalam memastikan tadbir urus keselamatan maklumat, infrastruktur dan operasi yang terbaik bagi menjamin kelangsungan bekalan air bersih kepada rakyat Terengganu. "Ia juga membantu mengurangkan potensi ancaman keselamatan dalaman dan luaran selain memberi dorongan untuk penambahbaikan berterusan dalam aspek operasi dan HSSE," katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Minggu Keselamatan, Kesihatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE Week) SATU 2025 yang berlangsung di Permai Hotel, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri, Ir. Noorazman Soud; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, PPjB Nor Mahathir Muhamad; wakil CGSO negeri, Nazrul Hisyam Sidik serta rakan operator air dari negeri lain seperti Ranhill SAJ dan PAIP. Tambah Abdul Karim, melalui penarafan bintang tersebut tahap keyakinan pelanggan terhadap servis SATU dari segi profesionalisme dan keselamatan operasi loji SATU dijangka akan meningkat. "Pencapaian ini juga mencerminkan Keselamatan infrastruktur kritikal nasional (critical national infrastructure) terjamin. SATU mempunyai enam Loji Rawatan Air berstatus 'Sasaran Penting' sekaligus menunjukkan bahawa SATU mampu membekalkan bekalan air yang berkualiti dan terjamin," katanya lagi. Beliau juga berkata,  WEEK 2025 dengan tema 'Safe Steps, Green Future' merupakan program tahunan SATU bagi menunjukkan komitmen anak syarikat kerajaan negeri itu dalam penjagaan aspek keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar.  
20 Jul 25
172
Proses Pembangunan LNG 'On Track'
Proses Pembangunan LNG 'On Track'
Hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk membangunkan kilang pembotolan Liquefied Natural Gas (LNG) kini berada di landasan yang tepat dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2028.
20 Jul 25
66
MoU TESDEC-MRDC-Sabasun Wujudkan 3,000 Peluang Pekerjaan
MoU TESDEC-MRDC-Sabasun Wujudkan 3,000 Peluang Pekerjaan
Kerajaan Negeri Terengganu terus proaktif memperkasa tenaga kerja tempatan apabila satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Terengganu Skills Development Center Berhad (TESDEC), Malaysia Rail Development Corporation (MRDC) dan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd.
20 Jul 25
77
CEO : Penyokong Terengganu Perlu 'Trust The Process'
CEO : Penyokong Terengganu Perlu 'Trust The Process'
Hasrat penyokong untuk melihat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC masih tidak kesampaian apabila kelibatnya masih tidak kelihatan dalam sesi Dialog dan Soal Jawab Terengganu FC.
20 Jul 25
175
64,130 Benih Ikan Air Tawar Dilepaskan Di Kampung Jongok Batu
64,130 Benih Ikan Air Tawar Dilepaskan Di Kampung Jongok Batu
 Kira-kira sebanyak 64,130 ekor benih ikan air tawar pelbagai spesis termasuk udang galah telah dilepaskan di Sungai Dungun, Kampung Jongok Batu,Dungun.
20 Jul 25
30
'Bersenam Waktu Malam Tidak Salah, Asal Ikut Syarat'- Pakar
'Bersenam Waktu Malam Tidak Salah, Asal Ikut Syarat'- Pakar
KUALA TERENGGANU, 19 Julai – Aktiviti bersenam tidak menjadi masalah asalkan dilakukan dengan kaedah yang betul, terutama bagi mereka yang baru berhasrat memulakan gaya hidup sihat. Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah, berkata orang ramai digalakkan bersenam pada bila-bila masa, termasuk pada waktu malam, asalkan langkah keselamatan dan persediaan fizikal diberi perhatian. “Bersenam pada waktu malam tiada masalah, tetapi pastikan ia dilakukan mengikut cara yang betul. Jangan terus melakukan senaman berat tanpa pemanasan badan (‘warm-up’), terutamanya bagi individu yang sebelum ini jarang atau tidak pernah bersenam,” katanya ketika dihubungi. Beliau menasihatkan golongan berusia 40 tahun ke atas yang baru mahu memulakan rutin senaman agar menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu bagi menilai tahap kesesuaian fizikal. “Tidak kira sama ada anda bersenam pada waktu pagi, petang, atau malam, langkah berhati-hati amat penting untuk mengelakkan sebarang risiko kesihatan,” ujarnya. Menurutnya lagi, individu perlu memulakan senaman dengan intensiti rendah sebelum beralih kepada bentuk senaman yang lebih mencabar, agar tubuh dapat menyesuaikan diri secara berperingkat. Nasihat tersebut selari dengan saranan umum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang menekankan kepentingan mengekalkan gaya hidup aktif secara selamat dan beransur-ansur mengikut kemampuan setiap individu.
19 Jul 25
98
64,130 Benih Ikan Air Tawar Dilepaskan Di Kampung Jongok Batu
64,130 Benih Ikan Air Tawar Dilepaskan Di Kampung Jongok Batu
DUNGUN, 17 Julai - Kisa-kira sebanyak 64,130 ekor benih ikan air tawar pelbagai spesis termasuk udang galah telah dilepaskan di Sungai Dungun, Kampung Jongok Batu, pagi tadi. Menariknya, pelepasan benih dengan peruntukan berjumlah RM 36,300.00 pada kali ini turut menyaksikan 130 ekor benih ikan Kelah di kawasan perairan tersebut. Benih lain juga termasuk 6000 ekor baung, 12,000 ekor lampam sungai, 5000 ekor terbul, 1000 ekor sebarau serta 40,000 ekor udang galah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi, Dato' Dr. Azman Ibrahim berkata, pemilihan spesis yang juga dijolok sebagai 'raja sungai' itu merupakan sesuatu kelainan dalam program itu. "Saya rasa di sini yang paling istimewa, sebab ada kelah. Tempat lain tiada kelah. Jadi biar dia membiak. "Alhamdulillah, hasil daripada pelbagai program pelepasan pelepasan benih ikan yang kita buat dan masyarakat di sini pula pakat jaga, itu yang paling penting," katanya. Beliau menegaskan kepentingan dalam menjaga kelestarian sumber rezeki, khususnya bagi para nelayan untuk menggunakan kaedah yang betul apabila melakukan penangkapan. "Ikan ini tidak akan habis. Kalau kita setakat memukat, tahan taut, mengail,menyelam, (ikan) tidak akan habis. Yang habisnya bila kita pergi racun dia. Pergi tuba, bom, 'karan' (menggunakan elektrik) lagi dan macam-macam, maka, habislah anak cucu dia. Jadi bila habis, sampai setakat itu sahajalah. "Kalau kita tuba, kita ambik setakat yang kita nak. Selepas itu kita tinggal, lihat ke belakang yang terapung itu siapa yang nak kutip?, " soalnya. Menurutnya lagi, kajian inventori yang telah dijalankan oleh Pejabat Perikanan Negeri menggunakan kaedah menjala mendapati spesimen yang diperolehi telah mencapai saiz yang memuaskan, menjadi indikasi yang baik bagi usaha memperkaya sumber air tawar yang sedang dilaksanakan oleh pihaknya. "Mereka jalalah nak tengok spesis apa yang ada, ikan lampan itu besar-besar daripada tapak tangan lagi. Maknanya ia membiak dengan baik," ujarnya dalam ucapan perasmian Program Pelepasan Benih Ikan, Penyerahan Bantuan Peralatan Nelayan Darat dan Insentif Input Akuakultur, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Dr. Sukati Sakka, Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Terengganu, Pang Yukang serta Pegawai Khas (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda. Mengulas lebih lanjut, saiz benih yang dilepaskan kali ini juga lebih besar dengan tujuan untuk meningkatkan kelangsungan hidup benih. "Saiz ikan yang kita lepas di Jongok Batu ini besar sedikit daripada yang kita lepas di tempat lain. Jadi maknanya, ikan kelah itu memang nampak besar, ikan baung pun besar, bila besar itu dari segi kadar hidup kita harap akan menjadi lebih tinggi.  "Kalau kita lepas anak kecil itu kemungkinan yang hidup kalau 10 peratus pun kita dah Alhamdulillah. "Tapi bila lepas yang besar semoga dia hidup dengan lebih tinggi dan membiak. sebab spesis yang kita lepas ini spesis yang jenis membiak dan spesis tempatan," jelasnya.
17 Jul 25
117
"'Scammer' Ke Ni?’ – Peniaga Tak Sangka Zizan Razak Sedekah
"'Scammer' Ke Ni?’ – Peniaga Tak Sangka Zizan Razak Sedekah
KUALA TERENGGANU, 17 Julai – Seorang peniaga kecil tidak menyangka menerima sumbangan mengejut daripada pelakon dan pelawak popular tanah air, Zizan Razak ketika sedang menjalankan siaran langsung di TikTok pada awal pagi. Kejadian itu dikongsikan oleh pengguna Threads, Arinah Ahmad, yang ketika itu sedang melapis kek sambil membuat siaran langsung sekitar jam 2 pagi. Lebih mengejutkan kata Arinah, figura terkenal yang juga anak jati Terengganu itu muncul secara tiba-tiba di ruangan komen siaran langsung tersebut. "Semalam saya melapis lewat malam sebab anak tidur lambat. Jadi saya buat 'live' di TikTok. Tak ramai pun yang tengok, dalam 8 ke 10 orang sahaja," tulisnya. Menurut Arinah, ketika sedang menyiapkan lapisan terakhir keknya, dia mendapati akaun bernama Zizan Razak masuk ke siaran langsung itu dan memberi komen. "Dia komen ‘hai’ dan tanya ‘sale berapa hari ini?’ Saya baca, tapi memang saya fikir itu akaun palsu. Saya pun balas, kata tak banyak sangat sekitar ratus-ratus sahaja untuk hari itu," katanya. Arinah turut memaklumkan bahawa dia baru seminggu berniaga secara langsung di platform TikTok. Lebih mengujakan, Zizan kemudiannya meminta nombor akaun bank untuk memberi sumbangan sebagai tanda sokongan terhadap perniagaan kecil yang diusahakan Arinah. "Saya kata, ni mesti ';fake account'. Tapi saya layan saja sebab saya pun dah mengantuk dan tak tahu nak sembang apa. Bagus jugak ada orang tanya-tanya," katanya. Siaran langsung itu berakhir tanpa sebarang jangkaan besar, namun, tidak lama kemudian, Arinah menerima satu notifikasi daripada Maybank. "Tertera nama Mohd Zizan Bin Razak. Memang sah, itu akaun betul," katanya teruja. Menurut Arinah lagi, Zizan turut menyampaikan rasa terharu melihat kesungguhan orang berniaga hingga lewat malam dan menyatakan hasratnya untuk bersedekah kerana Allah. "Dia ucap terima kasih sebab izinkan dia bersedekah. Sekarang saya sedang cari surau atau masjid yang ada program untuk saya salurkan sumbangan yang Zizan berikan ini," ujarnya. Tindakan Zizan Razak itu menerima pujian ramai warga maya yang menyifatkannya sebagai contoh selebriti yang merendah diri dan prihatin terhadap rakyat marhaen.
17 Jul 25
1074
102 Peserta Berjaya Tamatkan Kursus Auditor Dalaman Halal Bertauliah
102 Peserta Berjaya Tamatkan Kursus Auditor Dalaman Halal Bertauliah
KUALA TERENGGANU, 18 Julai – Seramai 102 orang peserta terdiri daripada pelajar universiti, pekerja industri sektor halal dan usahawan halal negeri ini berjaya menamatkan kursus Auditor Dalaman Halal Bertauliah. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, program yang bernilai RM3,700 seorang ini telah disubsidi sebanyak RM3,500 oleh Halal Development Corporation (HDC) dan Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) sebagai usaha melahirkan tenaga pakar halal tempatan bagi menyokong Pelan Induk Halal Negeri Terengganu. “Pemegang Sijil Auditor Dalaman Halal Bertauliah adalah individu yang berkelayakan dan bertauliah untuk menjalankan audit halal dalaman di premis syarikat, kilang atau restoran, bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian halal yang ditetapkan oleh JAKIM dan pihak berkuasa,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena perasmian Program Sembang Usahawan@Besut, di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemunting di sini, baru-baru ini. Pada majlis tersebut, Ariffin telah menyampaikan sijil kepada lima peserta yang telah berjaya menamatkan kursus berkenaan sebagai tanda simbolik dan selebihnya akan diraikan pada majlis akan datang. Katanya, kursus Auditor Dalaman Halal Bertauliah amat penting dalam membantu industri memelihara standard halal dan membangunkan keyakinan pengguna terhadap produk serta perkhidmatan yang ditawarkan.
17 Jul 25
123
Proses Pembangunan LNG 'On Track'
Proses Pembangunan LNG 'On Track'
KUALA TERENGGANU, 17 Julai – Hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk membangunkan kilang pembotolan Liquefied Natural Gas (LNG) kini berada di landasan yang tepat dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2028. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, meskipun pembangunan fizikal kilang itu belum bermula, projek berkenaan berjalan mengikut perancangan dan sasaran yang ditetapkan. “Dari segi perkembangan, projek ini boleh dikatakan 'on track'. Cuma pembinaan fizikal belum bermula dan dijangka akan mengambil masa antara 28 hingga 30 bulan untuk disiapkan. “Kita jangka kerja-kerja pembangunan fizikal akan bermula menjelang akhir tahun ini, di atas tanah yang telah dikenalpasti. Ketika ini, proses permohonan lesen daripada Kerajaan Persekutuan sedang berjalan,” katanya kepada media. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Development Centre (TESDEC), Malaysia Rail Development Corporation (MRDC) dan Sabasun HyperRuncit, di Wisma Darul Iman, semalam.  Menurut beliau, apabila urusan pelesenan selesai kelak, pembinaan projek dijangka akan berlangsung dengan lancar. “Insya-Allah, menjelang suku ketiga atau suku keempat tahun 2028, LNG akan ‘landing’ di Terengganu,” katanya lagi. Terdahulu, pada tahun 2024, kerajaan negeri mengumumkan hasrat untuk mendirikan kilang LNG ketiga di Malaysia selepas Johor dan Melaka. Kilang ini bakal memenuhi keperluan industri domestik dan pada masa sama menjadi sumber pendapatan baharu kepada negeri. Tambah beliau, gas berkenaan akan diimport dari luar negara dan dibawa masuk melalui Pelabuhan Kemaman, dengan kerjasama syarikat ENH Sdn. Bhd.
17 Jul 25
225