lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Hubungan Baik Negeri, Persekutuan Beri Manfaat Kepada Rakyat
Hubungan Baik Negeri, Persekutuan Beri Manfaat Kepada Rakyat
Hubungan erat antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan dilihat mampu membawa manfaat besar kepada rakyat, khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan negeri.
14 Jul 25
23
Persekutuan Wajib Salur Peruntukan, Bukan Atas Dasar Ehsan
Persekutuan Wajib Salur Peruntukan, Bukan Atas Dasar Ehsan
KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Pembahagian hasil dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu difahami dengan tepat agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan sebenar negeri dalam kerangka Persekutuan Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato' Dr. Azman Ibrahim menegaskan bahawa segala bentuk peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada negeri termasuk negeri yang tidak sehaluan politik merupakan tanggungjawab berasaskan perjanjian persekutuan, bukannya ihsan atau pertimbangan politik. “Apabila negeri-negeri menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, segala hasil mahsul seperti minyak, gas, hutan, cukai dan sumber semula jadi diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Maka berdasarkan perjanjian tersebut, terdapat lebih 13 jenis pemberian yang wajib disalurkan semula kepada kerajaan negeri. “Kita tidak pernah menafikan pemberian tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada semua negeri, termasuk negeri pembangkang. Malah, negeri-negeri seperti Pulau Pinang menerima jumlah yang lebih besar. Namun, perlu ditegaskan bahawa pemberian ini bukanlah satu bentuk belas kasihan atau kemurahan hati PMX sebaliknya, ia adalah tanggungjawab mengikut perjanjian persekutuan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial rasminya, kelmarin. Beliau menegaskan bahawa pemberian itu tidak wajar dijadikan modal politik, seolah-olah negeri perlu berterima kasih atas ‘kebaikan’ kerajaan pusat. Tambah beliau, negeri hanya mempunyai akses kepada hasil daripada tanah, hutan dan air, manakala kutipan utama seperti cukai pendapatan, duti kastam, saman, denda, dan pelbagai jenis cukai lain dikutip dan disalurkan terus kepada kerajaan pusat. “Realitinya, hasil cukai menjadi tunjang kepada kewangan negara dan negeri. Semua hasil seperti cukai LHDN, lesen, saman polis, duti setem, duti kastam dan sebagainya masuk ke Persekutuan. “Negeri pula hanya bergantung kepada hasil tanah, hutan, air serta cukai premis. Ke mana perginya hasil minyak dan gas daripada Terengganu dan Kelantan, kita semua sudah maklum,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Dr. Azman turut mencadangkan agar semakan semula kadar pemberian kepada negeri-negeri dibuat, bersandarkan kepada peningkatan kutipan hasil negara yang sebahagiannya disumbangkan oleh negeri-negeri seperti Terengganu dan Kelantan. “Kita tidak mempersoalkan jika negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang mendapat peruntukan lebih besar kerana mereka mempunyai hasil yang tinggi. Namun, negeri lain juga berhak menerima kadar yang adil dan setimpal dengan sumbangan mereka kepada ekonomi negara,” katanya. Kenyataan beliau itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyatakan bahawa pembangunan di Kelantan akan terus ketinggalan tanpa peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan seolah-olah membayangkan bahawa kemajuan negeri bergantung kepada pertimbangan politik pusat semata-mata. “Asas pembentukan negara ini perlu difahami secara tuntas agar peranan dan tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak dipolitikkan. Kedua-duanya mempunyai bidang kuasa dan fungsi yang wajib dihormati,” tegas beliau.
13 Jul 25
860
Terengganu Terus Komited Memperkasa Pembangunan Sukan
Terengganu Terus Komited Memperkasa Pembangunan Sukan
KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Kerajaan Negeri Terengganu terus komited memperkasa pembangunan sukan melalui pelbagai inisiatif di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) demi memastikan kelangsungan prestasi atlet dan kemudahan sukan yang mampan serta inklusif. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus MSNT yang dipengerusikannya pada Selasa lalu. Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi tahun ini untuk melaksanakan beberapa projek penting, termasuk menaik taraf Litar Latihan MiniGP dan Pocket Bike, serta pembinaan baharu gelanggang futsal, pickleball dan sukan padel. “Pembangunan sukan di Terengganu bukan sahaja memberi fokus kepada atlet elit, malah turut merangkumi penyediaan infrastruktur yang memberi manfaat kepada pembangunan akar umbi dan generasi muda,” katanya menerusi satu kenyataan. Jelas beliau, pihaknya turut membincangkan persediaan awal kontinjen negeri bagi menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan PARASUKMA Selangor 2026. Sehubungan itu katanya, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan dan segala perancangan akan dikemas kini secara berterusan. Tambahnya lagi, program sukan berprestasi tinggi bagi atlet Para juga akan dikendalikan oleh MSNT, sebagaimana arahan terkini daripada KBS. “Walaupun begitu, kerjasama erat bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) akan terus diperkukuh dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet para yang berpotensi. “Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, KBS, Majlis Sukan Negara (MSN) dan JBSNT atas sokongan berterusan mereka. “Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan agensi persekutuan amat penting bagi memastikan Terengganu kekal cemerlang dalam bidang sukan dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sukan negara,” katanya.
13 Jul 25
348
Hubungan Baik Negeri, Persekutuan Beri Manfaat Kepada Rakyat
Hubungan Baik Negeri, Persekutuan Beri Manfaat Kepada Rakyat
KUALA TERENGGANU, 14 Julai – Hubungan erat antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan dilihat mampu membawa manfaat besar kepada rakyat, khususnya dalam aspek pendidikan dan pembangunan negeri. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan kesyukuran atas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat dengan peruntukan RM5.27 juta sebagai projek rintis yang dimulakan di Terengganu, melibatkan seramai 9,408 pelajar. “Kita berasa amat teruja dan terharu dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri. Saya difahamkan Menteri Pendidikan sendiri turut terkejut dengan pengumuman itu,” katanya kepada media. Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat di Pasar Payang semalam, yang disempurnakan oleh Perdana Menteri. Mengulas lanjut, beliau berkata inisiatif itu diyakini dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa serta membuka peluang kepada pelajar untuk mengikuti kelas tuisyen secara percuma, sekali gus meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar di negeri ini. Tambahnya lagi, pelaksanaan program itu memerlukan penyelarasan rapi antara pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri, agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh merangkumi pelajar cemerlang, sederhana dan juga yang tercicir. “Kesemua kumpulan ini harus diberikan perhatian secara seimbang agar tiada yang tercicir daripada menerima manfaat di negeri Terengganu ini,” katanya. Dalam perkembangan lain, Dr Ahmad Samsuri turut menyatakan bahawa kerajaan negeri sentiasa mengemukakan permohonan peruntukan pembangunan berdasarkan keperluan semasa, termasuk bagi projek-projek di luar Rancangan Malaysia. “Alhamdulillah, walaupun perinciannya belum diperincikan dari segi lokasi dan jenis projek, yang lebih penting ialah wujudnya hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat kerana kedua-duanya saling memerlukan,” ujarnya.
13 Jul 25
63
Kecurian Kabel Jejas Projek ECRL
Kecurian Kabel Jejas Projek ECRL
BESUT, 11 Julai – Isu kecurian kabel yang berlaku di beberapa jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak pelaksana termasuk Kerajaan Negeri kerana dikhuatiri menjejaskan kelancaran pembinaan serta proses pentauliahan projek nasional berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, insiden itu sememangnya berlaku dan perlu ditangani segera agar tidak memberi kesan negatif terhadap jadual 'testing and commissioning'. “Apabila kita uar-uarkan isu kecurian kabel ini, ia membuka mata banyak pihak agar lebih berwaspada dalam memastikan kelangsungan projek nasional ini. “Kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ‘titik panas’ dan mengambil tindakan dengan melantik beberapa perkhidmatan kawalan keselamatan untuk pemantauan serta mempergiat rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke Tapak Cadangan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) ECRL di Jerteh, kelmarin. Tambah beliau, usaha pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan sejak tiga bulan lalu telah menunjukkan pengurangan kes kecurian. “Harapan kita adalah untuk memastikan momentum pembinaan ECRL dapat diteruskan tanpa gangguan,” ujarnya. Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata pihak Kerajaan Negeri akan meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Daerah supaya bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam memantau sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan projek. “JPKK boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa, bukan untuk mengambil tindakan, tetapi bagi memerhati dan melaporkan segera sekiranya terdapat sebarang aktiviti luar biasa,” katanya.
11 Jul 25
133
TFC Berbelanja Sederhana Hadapi Musim Baharu
TFC Berbelanja Sederhana Hadapi Musim Baharu
KUALA TERENGGANU, 10 Julai – Terengganu FC (TFC) tampil sebagai sebuah pasukan yang berbelanja sederhana namun berjiwa besar dalam menghadapi musim baharu Liga Malaysia yang bakal bermula Ogos ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, TFC sedang giat menjalani persiapan rapi menjelang sepak mula liga. “Tahun ini kita tampil sebagai pasukan ‘underdog’, berbelanja secara sederhana dan mengukur baju di badan sendiri. “Namun, semangat juang kita tetap tinggi. Sokongan daripada semua pihak amat diperlukan agar semangat ini terus menyala hingga ke penghujung musim,” katanya dalam satu hantaran di media sosial. Mengulas mengenai siri perlawanan pramusim yang sedang berlangsung, Hishamuddin menyifatkannya sebagai pentas penting untuk membina keserasian dari segi teknikal dan taktikal antara pemain. “Yang paling utama, pemain berjaya mendapatkan minit permainan yang mencukupi sebelum menghadapi saingan liga yang panjang. “Amat positif apabila ketua jurulatih memberi kepercayaan kepada pemain tempatan baharu seperti Baqiuddin Shamsudin dan Saiful Jamaluddin, termasuk pemain gantian, Khalaif Naskam. “Bagi pemain import, hanya seorang diturunkan dalam kesebelasan utama, manakala separuh masa kedua menyaksikan kemunculan pemain import baharu yang turut mempamerkan prestasi memberangsangkan,” katanya. Tambah beliau, aksi persahabatan kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) turut membuktikan bahawa TFC masih memiliki sokongan peminat yang kukuh, dengan kehadiran penonton yang memberangsangkan. “Ini memberi petanda positif bahawa fan base TFC masih kuat, dan saya amat menghargai kehadiran penyokong ke stadium. “Kita masih di fasa awal, dan cabaran sebenar akan bermula apabila liga bermula Ogos nanti. Pasukan memerlukan beberapa lagi aksi persahabatan bagi memperkukuh persediaan,” ujarnya. Beliau turut mengingatkan agar pasukan tidak memandang ringan kemampuan lawan, kerana setiap pasukan lain juga sedang melakukan persediaan rapi dan mampu memberikan saingan sengit.  
11 Jul 25
223
Kadar Pengangguran Terengganu Menyusut
Kadar Pengangguran Terengganu Menyusut
Kadar pengangguran di Terengganu mencatat penurunan ketara kepada 3.4 peratus pada suku keempat tahun 2024, berbanding 4.6 peratus dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.
10 Jul 25
98
Perdagangan Terengganu Catat Lonjakan, Imbangan Dagangan Naik 60.1 Peratus
Perdagangan Terengganu Catat Lonjakan, Imbangan Dagangan Naik 60.1 Peratus
Sektor perdagangan negeri Terengganu mencatat pencapaian memberangsangkan sepanjang tahun 2024, apabila jumlah perdagangan meningkat sebanyak 26.5 peratus, manakala imbangan dagangan melonjak 60.1 peratus.
10 Jul 25
136
'Jawatan Ini Pun Dah Berat' – Ahmad Samsuri Tak Terlintas Nak Pegang Jawatan Lain
'Jawatan Ini Pun Dah Berat' – Ahmad Samsuri Tak Terlintas Nak Pegang Jawatan Lain
  BESUT, 9 Julai – Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk merebut sebarang jawatan tambahan dalam parti menjelang Muktamar Tahunan PAS yang akan datang. Sebaliknya, beliau  yang juga Naib Presiden PAS lebih selesa memberi tumpuan penuh kepada amanah yang sedang diamanahkan kepadanya ketika ini. “Saya telah nyatakan sebelum ini, jawatan yang saya pegang sekarang pun sudah cukup berat untuk saya pikul. Jadi tidak timbul soal saya hendak jawatan lain,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke tapak pembangunan berorientasikan transit (TOD) bagi Projek ECRL di Stesen Jerteh, hari ini. Mengulas mengenai spekulasi kemungkinan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Ammar Nik Abdullah akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti akan datang, Ahmad Samsuri berkata perkara itu terpulang sepenuhnya kepada keputusan individu terbabit. “Sebagaimana disebut oleh beliau sendiri, dia nak tengok ‘anak bulan’ dahulu, kan? “Jadi, biarlah beliau tengok anak bulan dulu. Keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak itu ‘truly 100 percent’ bergantung kepada pertimbangan beliau,” ujar Ahmad Samsuri.  Tambah beliau, isu pemilihan adalah perkara biasa dalam PAS dan parti itu telah melalui pelbagai fasa serta muktamar sebelum ini. “Insya-Allah, PAS mempunyai sistem yang kukuh dan bersedia menghadapi apa sahaja yang berlaku dalam parti. “Parti akan terus bergerak ke hadapan dengan penuh keyakinan,” katanya.
09 Jul 25
207
MB Kemuka Cadangan TOD Kepada PM Sabtu Ini
MB Kemuka Cadangan TOD Kepada PM Sabtu Ini
BESUT, 9 Julai – Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan mengemukakan cadangan berkaitan pembangunan berorientasikan transit (Transit-Oriented Development, TOD) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerja beliau ke Terengganu pada hujung minggu ini. Menurut Ahmad Samsuri, cadangan tersebut penting bagi memastikan kawasan sekitar pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), khususnya di Stesen Jerteh, dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat. “Usaha menggerakkan pembangunan TOD ini bukan mudah kerana sebelum ini ia tidak dimasukkan dalam mana-mana Rancangan Malaysia atau pembentangan bajet di peringkat Persekutuan. “Jadi, saya bercadang untuk membangkitkan isu ini kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang akan berada di Terengganu pada hari Sabtu ini, dari pagi hingga ke petang. “Saya ingin mendapatkan pandangan beliau tentang pembangunan TOD kerana saya percaya ia bukan hanya membabitkan Terengganu, tetapi juga relevan di Kelantan dan Pahang. Jika tiada pembangunan sokongan di sekeliling stesen, maka ‘bottom line’ projek ini tidak memberi impak sebenar kepada rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak cadangan TOD ECRL di Jerteh, hari ini. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak. Mengulas mengenai status semasa projek, Ahmad Samsuri memaklumkan bahawa kemajuan pembinaan ECRL bagi Stesen Jerteh kini telah mencapai 51.8 peratus dan dijangka siap mengikut jadual yang ditetapkan. “Semua kemungkinan telah diambil kira, termasuk risiko banjir ketika musim tengkujuh nanti. Kerajaan negeri akan terus memudah cara segala keperluan yang diperlukan oleh pihak MRL dan kontraktor pelaksana, China Communications Construction Company (CCCC), demi memastikan projek ini dapat disiapkan seperti yang dirancang,” ujarnya. Sementara itu, Darwis berkata kemajuan keseluruhan projek ECRL kini telah mencecah 84.59 peratus setakat Jun lalu. “Bagi Terengganu sahaja, kemajuan kerja di negeri ini telah mencapai 91.78 peratus,” katanya.
09 Jul 25
344