lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Terengganu's GDP Grows 4.5 Percent, Exceeds Budget Forecast
Terengganu's GDP Grows 4.5 Percent, Exceeds Budget Forecast
KUALA TERENGGANU, July 9 – Terengganu's Gross Domestic Product (GDP) recorded a growth of 4.5 percent in 2024, surpassing the initial projection of between 3.5 and 4.1 percent as outlined in the state's 2024 Budget. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar said, the achievement reflects the effectiveness of the state government's approach in restructuring the economy to be more resilient and sustainable. "Alhamdulillah, we have achieved what we aimed for. According to the Department of Statistics Malaysia (DOSM), Terengganu's GDP grew by 4.5 percent to RM39.9 billion in 2024, compared to 2.3 percent in the previous year. "This growth was driven by the global economic recovery and the success of our state's structural economic reforms," he said. He said this while speaking at the Terengganu State-Level Excellent Service Awards Ceremony at Wisma Darul Iman, yesterday. Moreover, Dr. Samsuri likened the state's development journey to climbing a staircase steadily and cautiously, rather than taking risky leaps. "If we want to reach the top and there are 15 steps, we can choose to jump two steps at a time or climb them one by one. What matters is that we reach the top. "But is it practical to leap like in parkour? We don't want to trip or fall. Let's move slowly and take our time, as long as we're headed in the right direction," he said. In line with the state's vision, the chief minister added that the state government remains committed to pursuing strategic measures to ensure Terengganu's progress continues to be sustainable and inclusive.
09 Jul 25
122
Tafsir Al-Tibyan Tan Sri Abdul Hadi Bakal Terbit Tahun Hadapan
Tafsir Al-Tibyan Tan Sri Abdul Hadi Bakal Terbit Tahun Hadapan
KUALA TERENGGANU, 9 Julai – Karya agung tafsir al-Quran, Al-Tibyan, hasil suntingan melalui kuliah tafsir lengkap 30 juzuk al-Quran oleh Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang disampaikan di Masjid Rusila sejak 1975 dijangka akan diterbitkan secara rasmi pada awal tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kitab tafsir tersebut akan diterbitkan dalam bentuk 15 jilid dan merupakan salah satu sumbangan besar dalam dunia keilmuan dan dakwah tanah air. Menurutnya, beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Yayasan Permata Ummah baru-baru ini bagi meninjau perkembangan semasa proses penerbitan karya tersebut. “Alhamdulillah, kesemua 15 jilid yang merangkumi keseluruhan 30 juzuk al-Quran telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sebahagian besarnya kini telah disunting,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Permata Ummah berkata, proses seterusnya adalah menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk kelulusan akhir sebelum diterbitkan secara rasmi. “Insya-Allah ia bakal menjadi salah satu rujukan kepada masyarakat bagi memahami al-Quran dalam konteks semasa,” ujarnya. Menurut beliau, jika segala proses berjalan lancar tanpa sebarang halangan maka cetakan pertama akan dapat direalisasikan pada awal tahun 2026. "Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan," ujar beliau.  
09 Jul 25
109
Dua Stadium Utama Terengganu Dalam Proses Penambahbaikan
Dua Stadium Utama Terengganu Dalam Proses Penambahbaikan
KUALA TERENGGANU, 9 Julai – Dua stadium utama negeri, iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), kini sedang menjalani proses penambahbaikan yang melibatkan aspek padang dan sistem pencahayaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerja-kerja penyelenggaraan itu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bagi SSMZA dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi SSINS. “Padang SSMZA kini berada dalam fasa akhir kerja menaik taraf sistem saliran, manakala rawatan rumput sedang dilaksanakan secara berperingkat mengikut zon,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Menurut beliau, kerja menaik taraf sistem saliran dijangka siap sepenuhnya penghujung Julai ini, sementara kerja rawatan semula rumput padang sedang berjalan secara berfasa. Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri turut memberi tumpuan terhadap aspek pencahayaan lampu limpah di stadium tersebut. “Usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan tahap pencahayaan lampu limpah di SSMZA dapat dinaik taraf dan melepasi piawaian minimum ditetapkan. Kita mahu pastikan semua aspek teknikal memenuhi standard semasa,” jelasnya. Beliau memberi jaminan akan terus memantau perkembangan penyelenggaraan kedua-dua stadium tersebut agar ia dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk pembangunan sukan negeri. “Insya-Allah, saya akan berikan perhatian terbaik terhadap kedua-dua venue ini melalui pengurusan MSNT untuk SSMZA dan MBKT bagi SSINS. Sama-sama kita doakan semua urusan dipermudahkan oleh Allah SWT,” tambahnya. Mengulas perlawanan persahabatan pramusim antara Terengganu FC dan Penang FC yang berlangsung malam tadi di SSINS, Hishamuddin menyifatkannya sebagai penuh nostalgia buat penyokong setia bola sepak negeri. “Venue perlawanan di SSINS menggamit memori indah penyokong Terengganu. Kedudukan tempat duduk yang dekat dengan padang memberi keselesaan menonton dan suasana yang cukup nostalgik,” ujarnya.  
09 Jul 25
3747
Terengganu Paling Awal Tubuh Majlis Halal Negeri
Terengganu Paling Awal Tubuh Majlis Halal Negeri
Terengganu menjadi antara lima negeri terawal yang menubuhkan Majlis Halal Terengganu (MHT) sebagai langkah memperkukuh sektor itu ke arah pembangunan progresif dan mampan.
09 Jul 25
44
SATU Guna WORMS, Ganti Meter Lama Tangani Kehilangan Air
SATU Guna WORMS, Ganti Meter Lama Tangani Kehilangan Air
Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah mengambil pendekatan lebih holistik dalam mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) di negeri ini. 
09 Jul 25
36
Dr. Sam Persoal Integriti Pelantikan Hakim, Desak Tindakan Segera PM
Dr. Sam Persoal Integriti Pelantikan Hakim, Desak Tindakan Segera PM
Isu pelantikan hakim yang didakwa tidak mengikut prosedur wajar ditangani dengan tindakan segera dan tegas oleh Kerajaan Persekutuan bagi memelihara integriti sistem pentadbiran negara.
09 Jul 25
37
500 Penduduk Bukit Puteri Berhimpun
500 Penduduk Bukit Puteri Berhimpun
BESUT, 5 Julai – Lebih 500 penduduk sekitar Mukim Bukit Puteri berhimpun di Kampung Dengir sempena Program Sukan Rakyat Peringkat Mukim 2025 yang dianjurkan secara bersama oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta komuniti setempat. Program yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh harmoni itu bukan sekadar menjadi medan riadah dan hiburan, bahkan memperkukuh ukhuwah Islamiah, menyemai semangat kejiranan serta memartabatkan warisan sukan tradisional Melayu Islam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kekuatan sesebuah komuniti Islam bermula dari kampung yang bersatu dan membudayakan nilai kasih sayang serta akhlak yang baik. "sukan rakyat bukan semata-mata untuk hiburan tetapi menjadi platform membina silaturrahim dan menanam nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi dan semangat berpasukan dalam kalangan masyarakat setempat," ujarnya, di sini, semalam.  Beliau turut memuji penganjuran program yang menjaga adab, aurat serta waktu solat, selari dengan tuntutan syariah Islam, menjadikannya satu bentuk ibadah yang diterima apabila dilakukan dengan niat yang betul dan hati yang ikhlas. Pengerusi Mukim Bukit Puteri, Tuan Abdullah Mat Ismail pula melahirkan rasa syukur atas sambutan luar biasa yang diterima serta kerjasama erat daripada seluruh lapisan masyarakat. "Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dalam komuniti, malah menghidupkan semula semangat gotong-royong yang menjadi asas kepada kekuatan sesebuah kampung," ujarnya.  Antara acara yang dipertandingkan ialah Titi Basikal, Pukul Bantal Atas Air, Bowling Muslimat, Kupas dan Kukur Kelapa, Tiang Licin, Memancing, Igak Itik, Masak Ikan Darat, Bidas/Lastik, Tarik Tali dan pelbagai aktiviti santai keluarga serta cabutan bertuah. Keseluruhan program berjalan lancar dengan penyertaan peserta lelaki dan wanita yang mematuhi adab berpakaian serta tertib mengikut syariat Islam, menjadikan ukhuwah yang terjalin itu sebagai kemenangan sebenar yang diraih bersama. Program ini menjadi simbol kekuatan masyarakat Islam yang bersatu atas dasar agama, nilai kasih sayang dan kecintaan kepada komuniti.  
09 Jul 25
919
SATU Guna WORMS, Ganti Meter Lama Tangani Kehilangan Air
SATU Guna WORMS, Ganti Meter Lama Tangani Kehilangan Air
KUALA TERENGGANU, 8 Julai - Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah mengambil pendekatan lebih holistik dalam mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) di negeri ini.  Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dato’ Hanafiah Mat berkata, gerak kerja dan usaha dalam mengurangkan kadar NRW diberi keutamaan di dalam penyusunan perancangan oleh pihak SATU. “Antara yang dilaksanakan termasuk penukaran dan pengaktifan District Meter Zone (DMZ) bagi pemantauan NRW serta penambahbaikan sistem pelaporan dan pembaikian kebocoran paip menggunakan sistem di atas talian Work Order Repair Management System (WORMS) bagi kerja-kerja pembaikian paip. “Selain itu, pihak SATU juga mengadakan program penukaran meter berusia melebihi 10 tahun untuk mengurangkan kehilangan komersial disamping program pengurusan tekanan bagi mengurangkan jumlah kehilangan air disebabkan ‘background leak’ dan mengurangkan kekerapan paip pecah disebabkan tekanan tinggi,” ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, semalam. Tambah Hanafiah, penggantian 'attitude valve' yang rosak di semua tangki untuk mengelakkan berlakunya limpahan serta pengantian paip lama jenis asbestos cement (AC) yang kerap mengalami kebocoran dan paip pecah turut dilakukan. .  
08 Jul 25
159
Pertanian Hulu Terengganu Terus Diperkasa
Pertanian Hulu Terengganu Terus Diperkasa
Kerajaan negeri komited melaksanakan beberapa inisiatif dalam usaha memperkasakan agenda pertanian di Hulu Terengganu yang merupakan antara bidang utama sumber pendapatan rakyat di daerah itu suatu ketika dahulu.
08 Jul 25
81
Platform ADUN Belia Lonjak Potensi Pemimpin Muda Negeri
Platform ADUN Belia Lonjak Potensi Pemimpin Muda Negeri
Persidangan ADUN Belia Terengganu terus memberi impak signifikan terhadap landskap kepimpinan belia negeri, sekali gus memperkukuh peranan anak muda dalam sistem demokrasi dan tadbir urus negeri.
08 Jul 25
35