lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

422 Aduan Kes Gajah Liar Ceroboh Kampung
422 Aduan Kes Gajah Liar Ceroboh Kampung
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menerima 422 aduan dari tahun 2020 sehingga April lalu mengenai pencerobohan gajah dalam penempatan penduduk.
08 Jul 25
42
75 Peratus Program PITAS2030 Sedang, Telah Dilaksana
75 Peratus Program PITAS2030 Sedang, Telah Dilaksana
Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) berjaya melaksanakan lebih 75 peratus daripada keseluruhan 93 Program Pembangunan Berimpak Tinggi (High Impact Portfolio Programs - HIPP) yang dirancang setakat ini.
08 Jul 25
28
Terengganu Pertimbang Tambah Anak Angkat Pelajar UPSI
Terengganu Pertimbang Tambah Anak Angkat Pelajar UPSI
Kerajaan Terengganu kini mempertimbangkan cadangan dan kemungkinan menambah jumlah anak angkat kerajaan negeri di kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tercedera dalam tragedi nahas bas pelajar di Gerik, Perak, awal Jun lalu.
08 Jul 25
398
Mercu Tanda ‘Allah Peliharakan Terengganu’ Kritikal, Kini Dibina Semula
Mercu Tanda ‘Allah Peliharakan Terengganu’ Kritikal, Kini Dibina Semula
Mercu tanda ikonik ‘Allah Peliharakan Terengganu’ yang terletak di Bukit Besar berada dalam keadaan struktur kritikal dan tidak lagi selamat, menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan membina semula keseluruhan struktur dengan anggaran kos mencecah RM5 juta termasuk operasi perobohan.
08 Jul 25
102
Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Ditutup Kerana Tidak Aktif
Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Ditutup Kerana Tidak Aktif
Usul Membatalkan Kumpulan Wang Amanah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu yang dibawa di Dewan Mesyuarat Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terenggganu Kelima Belas, Wisma Darul Iman hari ini kerana akaun itu tidak lagi aktif dan hanya mempunyai baki sekitar RM3 sahaja.
08 Jul 25
31
Terengganu Salur RM34 Ribu Bantu Mangsa Hakisan Pantai
Terengganu Salur RM34 Ribu Bantu Mangsa Hakisan Pantai
KUALA NERUS, 9 Julai – Sebanyak RM34,500 bantuan tunai disalurkan Kerajaan Negeri kepada 45 keluarga yang terjejas akibat hakisan pantai di Batu Rakit, sebagai tanda keprihatinan terhadap penduduk yang kehilangan rumah, gerai dan tanah tempat bergantung hidup. Dalam kepedihan kehilangan tempat berteduh, hadir sedikit sinar apabila bantuan segera itu diagihkan mengikut tahap kerosakan, sekali gus memberi nafas baharu kepada mangsa untuk bangkit semula. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, bencana itu bukan sekadar melibatkan kerosakan fizikal, tetapi turut menggugat kestabilan hidup penduduk yang bergantung sepenuhnya kepada laut dan tanah sebagai sumber rezeki. "Antara kerosakan yang berlaku termasuk runtuhan jalan sepanjang 50 meter di Kampung Tanjung, kerosakan gerai dan jeti nelayan, serta kehilangan rumah dan tanah penduduk," katanya. Beliau berkata demikian dalam satu majlis penyerahan sumbangan di Masjid Al-Abrar, Kampung Tanjung, di sini baru-baru ini. Beliau memaklumkan bahawa bantuan tunai disalurkan berdasarkan tahap kerosakan harta masing-masing. "Jumlah keseluruhan bantuan tunai yang disalurkan adalah sebanyak RM34,500. "Bantuan ini melibatkan pemberian RM500 kepada pengusaha kiosk yang terjejas dan RM2,000 kepada pemilik rumah serta kedai yang mengalami kerosakan teruk,", jelasnya. Tambah Shafizi, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 bagi menangani kesan hakisan secara menyeluruh, termasuk pembinaan benteng dan baik pulih infrastruktur terjejas. "Sebagai langkah segera, Kerajaan Negeri telah meluluskan RM80,000 bagi pembinaan benteng perlindungan sementara di Kampung Pengkalan Maras. "Selain itu, sebanyak RM120,000 turut diluluskan untuk kerja baik pulih dan pencegahan hakisan di Kampung Tanjung," tambahnya. Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa keluarga terpaksa dipindahkan ketika kejadian, terutama semasa musim tengkujuh yang lalu. "Ketika kejadian musim tengkujuh lalu, beberapa keluarga terpaksa dipindahkan ke Kampung Kolam demi keselamatan. "Langkah ini diambil sementara menunggu penyelesaian jangka panjang yang lebih menyeluruh," ujarnya. Salah seorang penerima bantuan, Zamri Sulong, 43, kehilangan rumah dan tanah miliknya yang dianggarkan bernilai RM30,000 akibat ombak besar yang melanda secara tiba-tiba. "Rumah dan tanah yang kami bina bertahun-tahun hilang dalam satu malam. "Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu kerana prihatin terhadap nasib kami semua,” ujarnya.  
08 Jul 25
37
DUN Terengganu Kutuk Israel
DUN Terengganu Kutuk Israel
KUALA TERENGGANU, 8 Julai – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam sebulat suara meluluskan usul membantah dan mengutuk tindakan kejam rejim Zionis Israel yang telah melancarkan serangan ketenteraan ke atas Iran dengan menyasarkan kemudahan strategik dan infrastruktur penting negara tersebut baru-baru ini. Usul dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim itu menyeru Dewan mengambil maklum dan memandang serius tindakan agresif rejim Zionis Israel yang telah melancarkan serangan ketenteraan ke atas negara tersebut. “Serangan ini berlaku di luar wilayah Israel sendiri dan jelas merupakan satu bentuk pencerobohan yang melanggar undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta prinsip asas kedaulatan negara-negara bebas. “Tindakan Israel ini juga dilihat sebagai usaha untuk mencetuskan ketegangan yang lebih meluas di rantau Asia Barat, menjejaskan kestabilan serantau, dan membuka jalan kepada campur tangan kuasa luar demi kepentingan geopolitik mereka,” ujarnya. Katanya, umat Islam di seluruh dunia memandang serangan ini sebagai satu penghinaan terhadap prinsip keadilan, kedaulatan dan keselamatan negara umat Islam, serta satu bentuk penjajahan moden yang semakin berani dan biadab. “Umat Islam wajib bersolidariti menolak pencerobohan seumpama ini, menzahirkan pendirian tegas terhadap sebarang bentuk keganasan negara (state terrorism) yang dilakukan oleh Israel, serta menolak sebarang percubaan kuasa besar untuk memecah-belahkan kesatuan Ummah melalui konflik proksi dan adu domba mazhab atau bangsa. “Penubuhan Israel sendiri adalah hasil projek penjajahan untuk melindungi kepentingan Barat di Timur Tengah, mengawal sumber strategik, dan menjadi alat tekanan terhadap dunia Islam,” jelas beliau. Justeru, Kerajaan Negeri di bawah SG4 mengecam dan menolak sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Iran serta apa-apa bentuk pencerobohan ke atas mana-mana negara berdaulat. “Kerajaan Negeri melalui saluran diplomasi dan NGO Islam digesa untuk mendukung usaha kesedaran awam mengenai bahaya Zionisme dan peranan Israel dalam menaja ketidakstabilan di dunia Islam. “Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil pendirian konsisten untuk mengutuk pencerobohan ini di peringkat antarabangsa termasuk dalam sidang ASEAN, OIC, dan PBB, serta mendesak tindakan diplomatik dan undang-undang antarabangsa ke atas Israel,” ujarnya. Malah katanya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hendaklah segera bersidang dan mengeluarkan resolusi bersama yang tegas, termasuk langkah diplomatik dan ekonomi, untuk menekan Israel agar menghentikan sebarang tindakan agresif dan mematuhi undang-undang antarabangsa. “Semua negara Islam diseru untuk mengetepikan perpecahan dalaman dan bersatu menolak campur tangan kuasa luar yang hanya mahu melemahkan kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan dunia Islam,” ujarnya.  
08 Jul 25
121
Sungai Tiruan Kemaman Jangka Siap 2031
Sungai Tiruan Kemaman Jangka Siap 2031
Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman dengan peruntukan RM300 juta kini  diperingkat pra pelaksanaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.
08 Jul 25
47
422 Aduan Kes Gajah Liar Ceroboh Kampung
422 Aduan Kes Gajah Liar Ceroboh Kampung
KUALA TERENGGANU, 7 Julai – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menerima 422 aduan dari tahun 2020 sehingga April lalu mengenai pencerobohan gajah dalam penempatan penduduk.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, sepanjang Januari hingga April tahun ini 29 kes telah direkodkan. “Pada tahun lalu, sebanyak 114 aduan berkaitan isu gajah liar menceroboh masuk kebun dan kawasan penempatan penduduk di negeri ini. “Tahun 2023 (109 kes), 2022 (53 kes), 2021 (63 kes) dan 2020 (54 kes),” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Azmi Maarof pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini. Mengulas lanjut katanya, beberapa usaha jangka panjang dan pendek telah diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani isu ini.  “Antaranya menubuhkan pasukan Basong Rangers sebagai langkah pencegahan awal bagi konflik antara gajah dan manusia di mana pemantauan dan rondaan oleh komuniti setempat dilaksanakan di kawasan panas (hotspot) laluan gajah. “Kita juga mewujudkan ‘Food Bank’ dengan penanaman rumput napier dijadikan sebagai ‘food bank’ di kawasan yang telah dibalak dan terjejas serta di kawasan ladang sebagai langkah jangka panjang untuk mengelakkan mitigasi gajah ke kawasan luar habitat asal dalam menangani konflik manusia-gajah,” ujarnya. Katanya, pemasangan lampu di kawasan-kawasan ‘hotspot’ juga antara langkah yang diusahakan untuk mengurangkan gangguan gajah di kawasan kampung kerana gajah sensitif terhadap cahaya. Malah katanya, Perhilitan Terengganu turut melaksanakan pemasangan kolar satelit gajah bagi memantau pergerakkan dan perilaku gajah.  “Pemasangan kolar satelit ini juga adalah ‘early warning system’ yang dapat mengesan kedudukan gajah bagi membuat perancangan awal untuk menentukan strategi dan kaedah mengurangkan gangguan kedatangan gajah dikawasan yang terlibat.  “Sehingga kini, terdapat dua kolar satelit yang telah dipasang dan satu yang masih aktif iaitu di Ladang TDM, Cherul,” ujarnya. Jelas Dr Azman, kawalan populasi (tembak mati/ penakaian) merupakan tindakan yang akan diambil sekiranya tindakan - tindakan lain yang telah dibuat tidak berkesan.  
07 Jul 25
153
Terengganu Taja Anak Muda Jadi Juruteknik Pesawat Bertauliah
Terengganu Taja Anak Muda Jadi Juruteknik Pesawat Bertauliah
 Kerajaan Terengganu terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan berkemahiran tinggi apabila memperkenalkan Program Latihan Persijilan Juruteknik Pesawat Bertauliah (CAAM Category A1), hasil kerjasama bersama Yayasan Terengganu, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) dan syarikat penerbangan Batik Air.
07 Jul 25
251