lightning-solid
Berita :

Artikel "agama" Terkini

Masjid Dibaiki Pulih, Solat Jumaat Di Surau – MAIDAM
Masjid Dibaiki Pulih, Solat Jumaat Di Surau – MAIDAM
SETIU, 2 Oktober 2025 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) membenarkan Surau Kampung Baru Penarik mendirikan solat Jumaat bermula 3 Oktober ini, sebagai langkah sementara berikutan kerja-kerja baik pulih Masjid Kampung Penarik yang sedang dijalankan. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, M Rozi Bidin, menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat setelah mengambil kira faktor keselamatan dan keperluan jemaah setempat. "Kebenaran mendirikan solat Jumaat di surau berkenaan adalah bersifat sementara sahaja sehingga kerja-kerja baik pulih Masjid Kampung Penarik siap dilaksanakan sepenuhnya. "Kebenaran menggunakan bangunan surau berkenaan bagi solat fardhu dan Jumaat mulai Asar 26 September 2025," katanya dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa penggunaan surau ini bukan satu penggantian kekal, tetapi penyelesaian segera yang diperlukan demi kemaslahatan umat Islam di kawasan tersebut. "Kita melihat keperluan mendesak bagi menyediakan ruang ibadah yang selamat. "Penggunaan surau ini adalah langkah sementara dan telah dipersetujui selepas penilaian menyeluruh dilakukan," jelasnya. Pengerusi Masjid Kampung Penarik, Azri Yusof, menyambut baik keputusan MAIDAM dan memaklumkan keadaan bumbung masjid yang rosak kini tidak lagi selamat untuk digunakan. "Saya menyambut baik usaha semua pihak bagi kerja-kerja baik pulih memandangkan struktur bangunan masjid di bahagian bumbung tidak selamat digunakan. "Orang ramai dan masyarakat boleh bersama mengimarahkan Surau Kampung Baru Penarik yang berjarak 600 meter dari Masjid Kampung Penarik," kata beliau. Beliau turut menyeru masyarakat agar terus menghidupkan surau tersebut sebagai pusat ibadah utama sepanjang tempoh pembaikan. "Kita galakkan semua jemaah hadir ke surau dan meneruskan amalan seperti biasa. "Walaupun lokasi berubah buat sementara waktu, semangat kekitaan perlu terus diperkukuh," ujarnya Jelas Azri, hebahan rasmi telah dilakukan bagi memastikan seluruh komuniti mendapat makluman tepat dan tidak berlaku kekeliruan. "Perisytiharan dan pemakluman juga telah dibuat pada solat Jumaat baru-baru ini oleh Pegawai Agama Daerah mengenai kebenaran berkenaan. "Makluman telah disampaikan secara langsung kepada jemaah bagi mengelakkan sebarang salah faham," jelasnya. Sementara itu, rata-rata jemaah menyambut baik penyelesaian ini dan berharap agar kerja pembaikan masjid berjalan lancar serta selesai mengikut jadual. Mereka menzahirkan sokongan terhadap usaha MAIDAM dan kepimpinan tempatan yang proaktif dalam memastikan ibadah Jumaat tidak terhenti walau diuji dengan kesulitan.
02 Oct 25
46
Didik Dahulu, Hukum Kemudian – Dr. Khalil
Didik Dahulu, Hukum Kemudian – Dr. Khalil
Kerajaan Terengganu menegaskan pendekatan pelaksanaan Syariah di negeri ini memberi keutamaan kepada pendidikan dan kefahaman masyarakat, berbanding terus melaksanakan hukuman.
30 Sep 25
65
Penjawat Awam Terengganu Digalak Buat Potongan Zakat Bulanan
Penjawat Awam Terengganu Digalak Buat Potongan Zakat Bulanan
Penjawat awam di negeri ini digalak membuat bayaran zakat secara berjadual kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui gaji yang diterima.
28 Sep 25
32
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan komitmen untuk memastikan pembangunan negeri terus berkembang secara menyeluruh dengan menjadikan pentadbiran Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam memajukan negeri.
23 Sep 25
124
Barat Iktiraf Palestin : Gerakan Imperialisme Barat, Zionis Corak Kembali Peta Timur tengah
Barat Iktiraf Palestin : Gerakan Imperialisme Barat, Zionis Corak Kembali Peta Timur tengah
KUALA TERENGGANU, 22 September - Tindakan beberapa negara barat mengiktiraf kewujudan Palestin dilihat sebagai agenda Imperialisme Barat dan Zionis untuk mencorak kembali peta Timur Tengah demi kepentingan mereka. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, negara seperti United Kingdom, Australia Kanada, New Zealand mengisytiharkan kewujudan Palestin yang akan disertai oleh beberapa negara lain lagi dalam masa terdekat. Sedangkan menurutnya negara terbabit adalah pecahan rumpun negara yang dinamakan Anglo-Saxon yang merupakan teras kepada empayar Great Britain yang pernah menjadi tonggak utama imperialisme barat di era sebelum dan selepas perang dunia petama. "Umat Islam usah lupa bahawa penjajah British adalah pihak yang bertanggungjawab merampas bumi Palestin dan melaksanakan gerakan penghijrahan dan penempatan Yahudi Eropah ke bumi Palestin seterusnya penubuhgan negara haram 'Israel' pada tahun 1948. "Tiba-tiba hari ini mereka mahu menjadi 'hero' kononnya mahu menyerahkan kembali bumi Palestin, apa yang sedang berlaku sekarang, tidak lain dan bukan adalah penyusunan semula gerakan Imperilisme Barat dan Zionis bagi mencorak kembali peta Timur Tengah demi kepentingan mereka,"ujarnya melalui kenyataan di media sosialnya, di sini, hari ini. Tegas beliau, agenda 'two state solution' hanyalah omong kosong untuk mengaburi mata Umat Islam sedangkan dalam masa yang sama ia merupakan langkah bagi menyelamatkan negara haram Israel yang sedang berada di ambang kehancuran. "Tindakan dramatik barat (mengiktiraf Palestin) lebih kepada meredakan kemarah rakyat di negara masing-masing kerana melampaui batas Zionis Israel ke atas rakyat Palestin khususnya di Gaza, jika tidak bertindak kedudukan mereka juga akan terjejas. "Sebagai langkah berjaga-jaga demi untuk menjaga gerakan Zionis, Menteri Luar United Kongdom dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pengiktirafan negara Palestin tidak bererti penuhan negara Palestin sekarang ini,"katanya. Namun katanya, tidak dinafikan terdapat beberapa negara bukan Islam yang berada di luar orbit seperti Sepanyol yang mempunyai sejarah hitam dengan bangsa yahudi sejak ratusan tahun dan juga majoriti negara-negara Amerika Selatan di atas asas menentang agenda 'imperialisma barat'. "Perkembangan terkini menunjukkan kita sedang menyaksikan satu lagi gerakan halus yang akan merubah landskap politik dunia. "Dunia Islam mestilah bersatu serta kembali kepada penyelesaian Islam dan seterusnya memposisikan maslahah umat Islam tanpa mengikut telunjuk mana-mana kuasa,"jelas beliau.  
22 Sep 25
67
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
Terengganu Pacu Pembangunan Ikut Teladan Rasulullah
MARANG, 22 September – Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan komitmen untuk memastikan pembangunan negeri terus berkembang secara menyeluruh dengan menjadikan pentadbiran Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam memajukan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, langkah itu selari dengan kedudukan Terengganu yang kini menjadi sebutan ramai sebagai negeri paling bahagia di Malaysia. Justeru katanya, masyarakat diseru agar menghidupkan roh perjuangan Rasulullah dalam mendaulatkan Islam, menyuburkan rasa cinta serta mengangkat syiar Baginda di bumi bertuah ini. “Kerajaan negeri bersama seluruh rakyat sebagai pewaris negeri ini mesti terus bertekad berusaha dan berikhtiar bagi memastikan semua sektor termasuk ekonomi, pendidikan, pelancongan, dakwah dan pemerkasaan syariah terus berkembang secara berkesan. “Matlamat ini adalah untuk mencapai slogan pentadbiran kerajaan, Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya ketika merasmikan Program Malam Kasih dan Mahabbah Rasulullah SAW ‘Marang Berselawat’ Peringkat Daerah Marang, di Dataran Pejabat Daerah Marang, semalam. Dalam ucapannya, Ariffin turut menekankan bahawa ramai yang mencemburui kelebihan Terengganu, khususnya kerana negeri ini melahirkan ramai alim ulama serta ilmuan Islam. “Namun, persoalan utama ialah sejauh mana kita benar-benar mengambil manfaat daripada nikmat yang terhidang ini. Hal ini perlu difikirkan bersama dan menjadi medan muhasabah,” jelasnya lagi. Majlis yang diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul itu turut diserikan dengan ceramah khas oleh penceramah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, serta persembahan selawat dan qasidah.  
22 Sep 25
225
SG4 Inspirasi Strategik Asia Tenggara Bela Palestin
SG4 Inspirasi Strategik Asia Tenggara Bela Palestin
JITRA, 14 September – Model SG4 gabungan negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis boleh dijadikan inspirasi strategik untuk direalisasikan dalam konteks Asia Tenggara bagi membela Palestin. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama SG4 membuktikan bagaimana empat negeri ini mampu bergabung menggerakkan kekuatan bersama meskipun berhadapan keterbatasan kuasa pusat. Katanya, inisiatif yang berteraskan pembangunan Islam, pengukuhan pendidikan, ekonomi halal serta solidariti ummah ini boleh dijadikan rujukan penting bagi kerjasama lintas negara di rantau Asia Tenggara. “Jika negeri-negeri dalam Malaysia mampu membentuk satu kerangka solidariti dinamik, rantau ini juga boleh membina Blok Solidariti ASEAN untuk Palestin yang lebih tersusun,” jelasnya ketika menyampaikan Ucaptama Muslim Ummah International Forum di BDB Darul Aman Golf Resort, di sini, kelmarin.  Menurutnya, SG4 menjadikan aspek pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai tonggak utama. Universiti serta sekolah-sekolah di negeri berkenaan telah mengintegrasikan isu Palestin dalam program kesedaran, kajian akademik, dan aktiviti pelajar. “Model ini boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN dengan menggalakkan universiti Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei, Thailand Selatan dan Filipina Selatan membentuk Konsortium Akademik ASEAN-Palestin. Ia boleh berfungsi sebagai pusat penyelidikan, wacana ilmiah, serta penerbitan naratif alternatif bagi menangkis propaganda Zionis,” ujarnya. Beliau menambah, SG4 turut menekankan pembangunan ekonomi berdaya tahan melalui industri halal, koperasi, serta agihan zakat. “Strategi ini boleh dijadikan asas untuk menggerakkan Tabung Waqaf ASEAN-Palestin, di mana dana kolektif daripada zakat, wakaf dan sumbangan masyarakat disalurkan bagi membiayai bantuan kemanusiaan serta menyokong agenda BDS di rantau ini. Pendekatan ekonomi Islam sebagai wahana solidariti ini juga sejalan dengan kajian Antonio,” katanya. Dalam bidang media dan diplomasi rakyat pula, jelasnya, SG4 sering menekankan kepentingan naratif Islam dan tempatan bagi menentang hegemoni wacana Barat. “Pendekatan ini boleh diperluas ke tahap serantau menerusi penubuhan ASEAN Media Collective For Palestine. Media Islam, portal berita dan badan penyiaran di rantau ini boleh diselaraskan untuk menghasilkan liputan konsisten mengenai Palestin, sekali gus mencabar dominasi media pro-Zionis,” ujarnya.
15 Sep 25
64
SG4 Sepakat Jadi Hab Solidariti Palestin di Asia Tenggara
SG4 Sepakat Jadi Hab Solidariti Palestin di Asia Tenggara
JITRA, 14 September – Empat negeri dalam blok SG4 iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis bersepakat memperkukuh kedudukan sebagai ‘hab solidariti’ Asia Tenggara melalui penganjuran pelbagai program kemanusiaan termasuk kempen kesedaran, kutipan derma serta mobilisasi sukarelawan bagi membela nasib rakyat Palestin. Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, usaha tersebut telah diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif yang bersifat menyeluruh dan berterusan. “Kerajaan Negeri Kedah bersama rakan-rakan dalam SG4 turut meneroka bidang pendidikan dan pembangunan modal insan bagi membantu rakyat Palestin secara berstruktur, termasuk tawaran biasiswa, pertukaran akademik, latihan kemahiran dan peluang ekonomi. “Inisiatif ini bertujuan memastikan bantuan yang kita salurkan bukan hanya reaktif semata-mata, tetapi membina daya tahan jangka panjang rakyat Palestin serta memperkukuh suara dan gerakan ummah di rantau ini,” ujarnya ketika berucap merasmikan Muslim Ummah International Forum (MUNIF 2025) di BDB Darul Aman Golf Resort, di sini, hari ini. Program tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi. Dalam pada itu, Dr. Haim Hilman menyatakan keyakinan bahawa model kerjasama SG4 mampu diperluas dan dijadikan contoh bukan sahaja kepada negeri-negeri lain di Malaysia, malah juga kepada negara jiran di Asia Tenggara. “Melalui kerjasama serantau, kita dapat menggabungkan sumber dan kepakaran bagi melaksanakan program bantuan kemanusiaan, memperkukuh diplomasi rakyat ke rakyat, serta meningkatkan tekanan moral terhadap pihak-pihak yang terus menzalimi Palestin,” tegasnya.  
14 Sep 25
80
Delegasi Antarabangsa Meriahkan Muslim Ummah International Forum di Kedah
Delegasi Antarabangsa Meriahkan Muslim Ummah International Forum di Kedah
JITRA, 14 September – Muslim Ummah International Forum (MUNIF 2025) yang berlangsung di BDB Darul Aman Golf Resort, Kedah, hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila menerima kehadiran delegasi dari Palestin, Turkiye, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa MUNIF 2025, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menyifatkan penyertaan negara-negara tersebut sebagai detik bermakna dalam usaha memperkukuh persaudaraan Islam dan solidariti ummah merentasi sempadan. “Bagi pihak Jawatankuasa Penganjur, saya mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu kehormat, para peserta serta rakan-rakan media. “Kehadiran anda semua memberikan suntikan semangat dan keyakinan bahawa usaha memperteguh suara dan gerakan umat Islam bukan sekadar retorik, tetapi boleh diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan strategi nyata,” katanya ketika berucap di forum tersebut. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah selaku tuan rumah, serta sokongan erat anggota SG4 iaitu Kerajaan Negeri Terengganu, Kelantan dan Perlis yang bersama menjayakan penganjuran forum ini. “Terima kasih juga kepada penganjur bersama serta para penaja daripada institusi dalam dan luar negara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO dan NGI), syarikat korporat, tokoh masyarakat dan para dermawan yang telah memberikan sumbangan, komitmen dan bantuan signifikan sehingga forum bersejarah ini dapat direalisasikan,” tambahnya. Forum antarabangsa ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama, memperkasakan wacana Islam global, selain mengangkat semangat kebersamaan umat Islam dalam menghadapi cabaran semasa dunia.
14 Sep 25
363
MUNIF Himpun Pemimpin Gerakan Islam, Cendekiawan Perkukuh Sinergi Bina Rangkaian Strategik
MUNIF Himpun Pemimpin Gerakan Islam, Cendekiawan Perkukuh Sinergi Bina Rangkaian Strategik
JITRA, 14 September - Muslim Ummah International Forum (MUNIF 2025) menjadi platform menghimpunkan pemimpin gerakan Islam, NGO dan Cendekiawan bagi memperkukuh sinergi serta membina rangkaian kerjasama strategik di Rantau Asia Tenggara dan dunia Islam. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia juga menjadi platform bagi membincangkan agenda tindakan segera dan praktikal bagi menyelamatkan rakyat Gaza dan membebaskan Masjid Al-Aqsa serta bumi Palestin daripada terus dijajah. "Tujuan Munif ini juga diadakan adalah untuk menjana idea serta cadangan berimpak tinggi yang boleh dilaksanakan bersama melalui saluran kemanusiaan, pendidikan, pembangunan modal insan, ekonomi dan diplomasi rakyat ke rakyat. "Melalui firmah Allah adalah menjadi kewajipan  kepada umat Islam untuk bersama dalam isu Palestin,"ujarnya ketika berucap di MUNIF yang diadakan di BDB Darulaman Golf Resort, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, katanya adalah menjadikan harapan agar forum yang diadakan itu akan menjadi pentas penting untuk berkongsi pandangan, pengalaman dan kepakaran. "Seterusnya melahirkan resolusi dan pelan tindakan yang lebih tersusun demi kebaikan ummah dan Islam tercinta,"ujarnya.
14 Sep 25
18