lightning-solid
Berita :

Artikel "agama" Terkini

Anak Pemandu Van Juara Hafazan Al-Quran Terengganu
Anak Pemandu Van Juara Hafazan Al-Quran Terengganu
Hasil dorongan ibu bapa, seorang anak pemandu van muncul johan sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu bagi kategori satu hingga 30 juzuk bahagian perempuan yang diumumkan sebentar tadi.
02 May 20
271
Terengganu Sambut Baik Kunjungan Wakil Uyghur
Terengganu Sambut Baik Kunjungan Wakil Uyghur
Kerajaan negeri menyambut baik kunjungan dua wakil kaum Uyghur ke Terengganu dalam sesi jelajah Malaysia bagi menceritakan keadaan sebenar umat Islam di China.
02 May 20
56
RMM Tempinis Perintis Rumah Patuh Syariah Terengganu - MB
RMM Tempinis Perintis Rumah Patuh Syariah Terengganu - MB
Rumah Mampu Milik (RMM) Mukim Tempinis Kerandang di sini menjadi projek perintis rumah berciri mesra syariah pertama di Terengganu.
02 May 20
238
Tilawah Al-Quran Jadi Acara Tahunan Sejak 1960
Tilawah Al-Quran Jadi Acara Tahunan Sejak 1960
Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran merupakan acara tahunan yang dianjurkan sejak 63 tahun lalu dan buat julung kalinya diadakan tahun 1960 di Padang Paya Bunga, Kuala Terengganu.
02 May 20
178
Tambahan 8 Minit Waktu Subuh Terengganu Bermula 25 Januari
Tambahan 8 Minit Waktu Subuh Terengganu Bermula 25 Januari
Terdapat perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan di negeri ini bermula 25 Januari dengan tambahan lapan minit daripada waktu semasa.
01 May 20
769
Rohani Dan Jasmani Yang Sihat Jadikan Hidup Lebih Bermakna
Rohani Dan Jasmani Yang Sihat Jadikan Hidup Lebih Bermakna
Alias Harun   Oleh : Nooreni Abu Bakar   DUNGUN, 6 Mei - Kesihatan tubuh badan iaitu jasmani dan rohani perlu dijaga sebaik mungkin untuk menjadikan kehidupan yang lebih bermakna.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, kesihatan merupakan aspek terpenting dalam menjamin kehidupan yang bahagia bersama keluarga.   Jelasnya, kesihatan yang tidak dijaga dengan baik bukan hanya akan menggangu keharmonian rumah tangga tetapi turut dilarang dalam agama.    “Kita mesti menjaga fizikal kita, tubuh badan kita, jangan kita rosakkan, sesiapa yang merosakkan tubuh badan, dengan dia tahu perkara-perkara yang menyebabkan fizikalnya makin hari susuk makin lemah ini amat dimurkai Allah,” ujarnya.   Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program ‘Family On Alert’ di Dewan Sivik Seberang Pintasan, di sini, semalam.    Alias turut berkata, kesihatan rohani juga memainkan peranan dalam memelihara keharmonian sesebuah keluarga. Tambah beliau, kekuatan rohani itu akan lahir apabila setiap ahli keluarga mendekatkan diri dengan perkara-perkara berbentuk keagamaan.   "Kita tidak boleh lari, kita kena dekatkan dengan al-Quran kerana al-Quran merupakan penyembuh bagi setiap penyakit yang ada.   “Apabila badan dan rohani kita sihat maka sebagai ketua keluarga, maka kita akan dapat menjalankan tanggungjawab untuk mencari nafkah dan akan hidup bahagia tanpa terpaksa dibebani tugas tersebut kepada isteri yang sepatutnya menguruskan anak-anak,” katanya lagi.   Program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu adalah  untuk memberi  pemahaman serta kemahiran kepada keluarga Orang Kena Pengawasan (OKP) untuk bersama-sama berganding bahu membanteras dadah dan membebaskan anggota keluarga  daripada musuh negara itu.  
05 May 19
419