lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Sang Penyu Masih Bermandi Pasir
Sang Penyu Masih Bermandi Pasir
Sumber foto: FB Terengganu FC KUALA TERENGGANU, 7 Jun - Disaat pasukan-pasukan ternama Liga Super Malaysia sedang sibuk mengejar pemain-pemain yang telah 'dibebaskan' bagi memperkukuh saingan musim hadapan, Terengganu FC masih menyepi. Ibarat sang penyu yang sedang bermandi pasir sebelum bertelur, geraknya amat perlahan seakan-akan kaku. Sementelah, bayang ketua pegawai eksekutif (CEO) pun masih belum kelihatan, bagaimana agaknya persediaan gergasi kesayangan rakyat Terengganu ini? Mahu mencabar kejuaraan, atau kekal 'enjoy' seperti musim lalu? Berdepan pula kekangan kewangan yang menjangkiti hampir semua pasukan di pelbagai peringkat liga, berapa kebal dan 'tebal' Terengganu FC mampu bertahan pada musim depan? Ditambah keputusan Malaysian Football League (MFL) untuk membenarkan 15 pemain import bagi setiap pasukan, ke mana arah pasukan? Mengikut atau menongkah arus yang jadi pilihan? Pastinya ini antara pertanyaan yang bermain di fikiran penyokong-penyokong Terengganu FC.  Berbaki lebih kurang dua bulan sebelum saingan bermula pada awal Ogos, MFL mengumumkan tarikh perpindahan pemain Liga Malaysia 2025/2026 bermula 9 Jun hingga 31 Ogos nanti. Tempoh ini dilihat kritikal buat Sang Penyu untuk menetapkan hala tuju dan persiapan pasukan. Sebarang pemilihan pemain, jurulatih termasuk CEO tentu menjadi tumpuan samada ia mampu 'memujuk' peminat berdarah hitam dan putih untuk kembali memenuhi stadium yang kelihatan semakin kosong dalam beberapa perlawanan terakhir kebelakangan ini. Segalanya kini sunyi dan sepi, tetapi peminat masih sabar menanti apa keputusan yang bakal disepakati.        
28 May 25
156
Amzad Cadang Pendekatan Lebih Fleksibel, Bantuan eKasih Lebih Berkesan
Amzad Cadang Pendekatan Lebih Fleksibel, Bantuan eKasih Lebih Berkesan
KUALA TERENGGANU, 27 Mei - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mencadangkan supaya dasar penyaluran bantuan kewangan di bawah program eKasih disemak semula agar lebih fleksibel mengikut situasi semasa. Beliau berkata, pemberian bantuan yang seragam tanpa mengambil kira faktor lokasi dan keperluan sebenar penerima berisiko menjejaskan keberkesanan program tersebut dalam membantu golongan miskin dan miskin tegar. "Saya mencadangkan supaya dasar penyaluran bantuan kewangan eKasih harus disemak semula agar lebih bersifat adaptif dan mengambil kira realiti kos sara hidup.  "Tidak wajar pemberian bantuan diseragamkan tanpa mempertimbangkan perbezaan lokasi (bandar atau luar bandar) serta keperluan sebenar penerima. "RM100 mungkin mencukupi untuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, tetapi ia tidak memadai bagi mereka di kawasan bandar seperti di Kuala Terengganu, di mana kos sara hidup jauh lebih tinggi. Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran sosial media rasminya, sorotan daripada Mesyuarat Jawatankuasa 'Focus Group' Kesejahteraan Rakyat Daerah Kuala Terengganu yang telah berlangsung di Pejabat Daerah Kuala Terengganu, baru-baru ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu itu turut membincangkan isu-isu berkaitan kemiskinan dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang meliputi DUN (Dewan Undangan Negeri) Bandar, Ladang, Wakaf Mempelam dan Batu Buruk.  Menurutnya, perbincangan mesyuarat menjurus kepada usaha bagi mempercepat penyelesaian kes-kes yang masih berada dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih. "Alhamdulillah, hasil usaha pelbagai pihak termasuk inisiatif  'unit mobile' daerah dan kerjasama di peringkat DUN dan JPKK, lebih 7,000 individu telah berjaya dikeluarkan daripada garis kemiskinan.  "Malah, kes miskin tegar di Parlimen Kuala Terengganu yang dahulu berjumlah enam kes kini tinggal hanya dua, kedua-duanya di DUN Wakaf Mempelam.  "Insya-Allah, kedua-dua kes ini dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi melalui intervensi MAIDAM (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu) dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)," ujarnya. Dalam masa sama, Ahmad Amzad merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda kesejahteraan rakyat termasuk MAIDAM, JKM, Tabung Darul Iman dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Penambahbaikan terhadap program bantuan seperti eKasih adalah penting agar setiap sen yang disalurkan benar-benar memberikan impak kepada kehidupan rakyat, terutamanya dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
27 May 25
98
Empat Individu Terima Anugerah Peserta Terbaik Program YDSM
Empat Individu Terima Anugerah Peserta Terbaik Program YDSM
KUALA TERENGGANU, 27 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli mengurniakan anugerah kepada lima individu di Majlis Santapan Malam sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Terengganu ke-63. Baginda berkenan berangkat mengurniakan anugerah tersebut pada Majlis Santapan Malam sempena Sambutan Dua Dekad Yayasan Diraja Sultan Mizan Zainal Abidin (YDSM) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail serta paduka-paduka anakanda, Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Sri Setia Mahkota Raja dan Tengku Puteri Daulath Raja. Hadir sama Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri. Sebanyak empat kategori penganugerahan, iaitu Peserta Program Usahatani Terbaik, Peserta Program Seni Kraf Warisan Terbaik, Perserta Usahaniaga Terbaik dan Anugerah Khas Penyumbang, telah dikurniakan oleh Sultan Mizan, di sini, semalam. Peserta-peserta yang telah menerima penganugerahan tersebut adalah merupakan Pengerusi Fastpora, Wan Naimah Wan Mat Ali (Peserta Program Usahatani Terbaik); Pemilik Restoran R&R Gawi, Siti Zubaidah Ismail (Peserta Usahaniaga Terbaik); Pemilik Qieyza Collection, Ahmad Taqiuddin Mohammad (Peserta Program Seni Kraf Warisan Terbaik) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kategori Anugerah Khas Penyumbang. Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Dato' Mohd Fadzli Yusof dalam melengkapkan majlis yang telah berlangsung di taman kegiatan luar didik hibur tempatan itu.  
27 May 25
751
ADUN Kijal, PHT Ambil Berat Nasib Asmawi
ADUN Kijal, PHT Ambil Berat Nasib Asmawi
KEMAMAN, 27 Mei - Nasib bekas penjaga gol skuad hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi, mendapat perhatian serius daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris dan Persatuan Hoki Terengganu (PHT) selepas tular sebuah video yang memaparkan keadaan dirinya dalam situasi menyayat hati baru-baru ini. Razali berkata saudara Asmawi pernah mengharumkan nama negara dan beliau tidak boleh membiarkan wira-wira sukan terabai selepas bersara. “Usaha membantu beliau bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi satu penghargaan atas jasa dan pengorbanan beliau,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program ziarah kebajikan di Kampung Pondok Pasir, Ibok semalam. Turut hadir Penaung PHT, Ir Saiful Azmi Suhaili, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kemaman, Mohd Fadzli Ismail, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal, serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat. Razali berkata, dalam pertemuan itu, pihaknya bersama PHT dan JKM telah berbincang pelbagai bentuk bantuan dan sokongan jangka pendek serta jangka panjang bagi menjamin kebajikan Asmawi. “Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Asmawi dan keluarganya, serta dikurniakan kesembuhan dan ketenangan buat beliau,” ujarnya. Untuk rekod, Mohamad Asmawi Zaidi pernah menyarung jersi Malaysia Bawah 16 Tahun dalam kejohanan di Jerman, India dan Pakistan, serta beraksi mewakili Terengganu dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA). Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental yang serius. Awal Mei lalu, video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dalam keadaan tidak terurus, berkaki ayam dan meracau di sekitar Taman Kerang, Kuantan. Individu tersebut kemudiannya dikenal pasti sebagai Asmawi. Menurut ahli keluarganya, beliau pernah mengalami episod serupa kira-kira lima tahun lalu. Tekanan hidup, pemutusan kontrak dengan kelab pada 2018 serta kemurungan antara faktor yang dipercayai menyumbang kepada keadaan semasa beliau. Selain itu, PHT bersama JKM dan agensi lain kini giat merangka pelan bantuan susulan, termasuk membawa beliau mendapatkan rawatan sewajarnya. Sementara itu, pihak Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menyatakan kesediaan untuk membantu dalam bentuk sokongan kesihatan, perkhidmatan kaunseling dan bantuan sara hidup.  
27 May 25
99
Veledrom Dungun Pikat Delegasi Kedah
Veledrom Dungun Pikat Delegasi Kedah
DUNGUN, 28 Mei - Komitmen untuk memperkukuh pembangunan sukan negeri terus diperlihatkan apabila delegasi Kerajaan Negeri Kedah mengadakan lawatan kerja ke Veledrom Dungun dalam usaha menjadikan kemudahan berprestij itu sebagai rujukan dan aspirasi pembangunan sukan di Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah, Radhi Mat Din memaklumkan, lawatan ke lokasi yang juga dikenali dengan gelaran Velodrom Dato' Azizulhasni Awang itu, bertujuan meninjau secara lebih dekat kemajuan projek yang dilihat sebagai model pembangunan infrastruktur sukan yang strategik dan berimpak tinggi. “Kami ingin melihat sendiri bagaimana projek ini dibangunkan daripada aspek struktur, pelaksanaan pembinaan hingga kepada peranan kerajaan negeri dalam memastikan ia memberi manfaat kepada pembangunan sukan tempatan.  "Ini akan menjadi panduan yang amat berguna untuk negeri Kedah,” katanya ketika ditemui selepas lawatan tersebut, di sini pada Isnin. Radhi yang hadir bersama timbalannya, Baddrol Bakhtiar disertai oleh beberapa pegawai kanan kerajaan negeri dan wakil daripada agensi berkaitan belia dan sukan. Dalam sesi taklimat dan lawatan tapak yang diadakan, delegasi Kedah diberi penerangan terperinci mengenai reka bentuk veledrom, spesifikasi teknikal serta potensi penggunaannya untuk program pembangunan atlet sukan berbasikal. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia,Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli menyambut baik kehadiran delegasi negeri Kedah. "Pembangunan sukan tidak seharusnya bersifat bersendirian di peringkat negeri, tetapi perlu diperkasakan melalui jaringan kerjasama yang lebih luas antara negeri.  "Insya-Allah, Terengganu sentiasa terbuka untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang ada,” katanya. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, turut menyatakan kesediaan Kerajaan Terengganu untuk bekerjasama dengan mana-mana negeri dalam memperkukuhkan ekosistem sukan, khususnya melalui pemerkasaan fasiliti dan program pembangunan akar umbi. Tambahnya, kehadiran delegasi itu merupakan satu penghormatan dan menunjukkan bahawa Veledrom Dungun bukan sekadar projek fizikal, tetapi simbol kepada kesungguhan dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Lawatan kerja berkenaan turut membuka ruang dialog antara kedua-dua negeri, dengan perbincangan awal ke arah jalinan kerjasama dalam bidang kejurulatihan, program pembangunan belia dan pemanfaatan fasiliti sukan secara bersama. Untuk rekod, Veledrom Dungun telah siap sepenuhnya pada 15 Mac 2022 dan kini telah mula digunakan oleh atlet berbasikal tempatan untuk sesi latihan secara rasmi. Kemudahan tersebut bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Terengganu, malah dilihat sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan berbasikal tanah air. Dengan prasarana yang lengkap dan berstandard antarabangsa, Veledrom Dungun kini bersedia menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan berbasikal serta menjadi pusat latihan yang mampu melahirkan lebih ramai pelumba bertaraf dunia seperti Dato’ Azizulhasni Awang.
27 May 25
1137
Sultan Mizan Berangkat ke Santapan Malam Sempena Dua Dekad YDSM
Sultan Mizan Berangkat ke Santapan Malam Sempena Dua Dekad YDSM
KUALA TERENGGANU, 26 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat mencemar duli Majlis Santapan Malam Sambutan Dua Dekad Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) sempena Sambutan Ulang Tahun ke-63 Hari Keputeraan baginda. Keberangkatan baginda turut diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan paduka anakanda-anakanda, Tengku Puteri Utama Raja, Tengku Sri Setia Mahkota Raja dan Tengku Puteri Daulath Raja. Hadir sama Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri. Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan, Dato' Mohd Fadzli Yusof bagi melengkapkan majlis yang telah berlangsung di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, semalam. Mohd Fadzli berkata, matlamat utama YDSM ditubuhkan oleh tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mempertingkat dan memperkasakan tahap sosioekonomi rakyat, khususnya di Terengganu. "Pelbagai program yang telah dijalankan dan kini terdapat empat inisiatif baru dimana dua daripadanya telah berjalan akhir tahun lalu dan dua lagi akan dilaksanakan pada tahun ini. "Yang telah dilancarkan ialah kursus penyelenggaraan kenderaan elektrik (EV) dengan kerjasama Terengganu Skill Development Center (TESDEC), Yayasan Terengganu (YT), Motordata Research Consortium Sdn Bhd," katanya. Selain itu, YDSM telah dipajakkan satu kawasan di Setiu dengan keluasan sebanyak 70 ekar bagi tujuan pembangunan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Wilayah Pantai Timur. "Pembangunan pusat rehabilitasi ini telah pun berjalan dan dijangka akan siap dalam masa dua tahun. Kita doakan dengan pembukaannya nanti, banyak manfaat ekonomi dapat diluahkan kepada masyarakat setempat. "Seterusnya, seni anyaman kercut yang baru sahaja dilaksanakan awal tahun ini dengan dana daripada Hisbiscus Petroleum Berhad. Program latih seni ini bertujuan supaya anyaman warisan yang unik ini dapat dipelihara dan dipulihara.  "Kursus anyaman kercut ini disertai oleh 16 orang pelajar dan graduan di UniSZA Besut, juga dengan kerjasama daripada lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia," jelasnya. Tambah beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Dua Dekad YDSM itu,turut diadakan pelancaran program tajaan biasiswa penuh oleh kerajaan Arab Saudi, khusus buat anak-anak Terengganu dengan sebanyak 50 tajaan secara keseluruhan. Bagi memperingati peristiwa bersejarah sejak awal penubuhannya pada tahun 2005 yang kini telah mencapai usia dua dekad, tiga buah buku YDSM; 'Terengganu - Wajah-wajah Kehidupan', 'HRH Sultan Ismail Nasiruddin Shah - Life As A Pioneer Photographer King' serta 'Terengganu Islands and State Park' telah dilancarkan.   Majlis yang dihadiri lebih 300 orang tetamu daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan itu turut menyaksikan pelancaran 'Gold Bar' Edisi Khas Dua Dekad YDSM.
27 May 25
100
PETRA Tinjau Kelancaran Projek Air dan Tenaga di Terengganu
PETRA Tinjau Kelancaran Projek Air dan Tenaga di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 Mei – Kerajaan Persekutuan perlu memantau secara dekat kemajuan projek berkaitan sumber tenaga dan bekalan air yang sedang dijalankan di negeri itu. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Zawawi Ismail berkata kehadiran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Skuad ke beberapa lokasi di Terengganu sejak semalam adalah sebahagian daripada usaha agar segala perancangan dan pelaksanaan projek dapat diteruskan dengan lancar serta memberi manfaat secara langsung kepada kesejahteraan rakyat negeri Terengganu. Katanya, ia susulan lawatan Timbalan Perdana Menteri II, Dato' Sri Fadillah Yusof bersama rombongan PETRA selama dua hari ke Terengganu bagi meninjau pelaksanaan projek serta inisiatif strategik sektor air dan tenaga di negeri ini. “Lawatan ini penting dalam memastikan projek yang dirancang berjalan mengikut jadual dan memberikan impak positif kepada rakyat, khususnya dari segi kecekapan pengurusan air dan tenaga,” katanya dalam satu hantaran rasmi di facebook semalam.   Terdahulu ketibaan delegasi PETRA Skuad Zon Timur disambut oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu Majlis Makan Malam rasmi yang turut dihadiri oleh Zawawi yang juga merupakan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong,  Lawatan kerja dua hari ini dijangka melibatkan pemantauan ke beberapa tapak projek pembangunan termasuk pembaikan sistem bekalan air luar bandar, penyelenggaraan loji rawatan air serta kajian awal bagi pelaksanaan tenaga boleh baharu di kawasan tertentu.
27 May 25
354
DUIT Terengganu Bantu Usahawan 'Upgrade' Perniagaan
DUIT Terengganu Bantu Usahawan 'Upgrade' Perniagaan
KUALA NERUS, 26 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dato' Ariffin Deraman menyifatkan, geran Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT) yang diperuntukkan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dapat menyuntik semangat usahawan pemula untuk lebih fokus dalam perniagaan. Menurutnya, DUIT bertujuan untuk membantu peniaga-peniaga kecil serta Industri Mikro melalui dua kategori bantuan iaitu Program Gerai Maju (PGM) dan Bantuan Perniagaan Peniaga Kecil (BPPK). "Kita mencari peniaga yang bersungguh-sungguh memajukan diri dengan keupayaan kewangan yang ada.  "Jadi, kita sebagai kerajaan negeri membantu mengikut kesesuaian perniagaan yang mereka telah mulakan.  "Maknanya, kita sudah nampak usaha yang dibuat dan dengan apa yang diberikan dapat menambahkan lagi peluang dan ruang untuk mereka di luar meneruskan perniagaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan geran DUIT kepada pengusaha produk pastri, Rosnewati Jusoh di Kampung Bukit Tok Beng, di sini hari ini. Hadir sama ialah Pengurus Pembangunan Pengurusan Aset & Pembiayaan YPU, Samihah Abdul Rahman. Rosnewati atau lebih dikenali Kak Ani, menerima bantuan lima peralatan iaitu Dapur Masak, 'Mixer', 'Mixer Waffle', 'Oven Gas' dan 'Freezer Sow' dengan nilai keseluruhan sebanyak RM7,000. Ariffin memaklumkan, dari jumlah tersebut sebanyak RM5,000 dibayar oleh YPU, jumlah maksimum bagi peruntukkan DUIT dalam kategori BPPK. Manakala, baki RM2,000 ditambah oleh Kak Ani sendiri. "Dengan peralatan yang ada ini, kita mengharapkan supaya beliau dapat meneruskan tempahannya.  "Saya yakin dengan apa yang kita beri hari ini dapat meningkatkan lagi pendapatannya," jelasnya.    
26 May 25
933
Permit Khas Candat Sotong Percuma, Jamin Keselamatan Rakyat
Permit Khas Candat Sotong Percuma, Jamin Keselamatan Rakyat
KUALA TERENGGANU, 26 Mei  – Permit khas candat sotong yang diperkenal bertujuan menjamin keselamatan pelancong khususnya peserta mencandat sotong dan tiada sebarang bayaran permohonan akan dikenakan.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pengeluaran Surat Kebenaran Khas bagi aktiviti mencandat sotong dikendalikan oleh Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur (JLMWT) bagi memastikan keselamatan pelancong dan pengendalian aktiviti pelancongan marin berjalan lancar. "Permit khas ini adalah langkah penyelarasan untuk membantu pengusaha bot mematuhi garis panduan keselamatan yang sedia demi manfaat bersama. “Kerajaan Negeri hanya menjadi perantara dan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk permohonan ini,” jelasnya.  Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan dalam laman sosialnya, semalam. Menurutnya, permit khas ini hanya diwajibkan sepanjang musim mencandat, iaitu dari April hingga Oktober, dan hanya terpakai bagi bot pesisir yang beroperasi dalam jarak 15 hingga 20 kilometer dari pantai.  "Pengusaha yang telah memiliki lesen ‘sport fishing’ tidak perlu memohon permit khas ini kerana lesen tersebut telah merangkumi kebenaran mencandat sotong secara sah," ujarnya. Selain itu, Kerajaan Negeri turut mencadangkan penetapan zon khas mencandat sotong yang bebas daripada aktiviti pukat tunda, demi melindungi sumber marin dan memastikan kelestarian habitat mencandat. "Pihak kami bercadang untuk membentangkan kepada Jabatan Laut Malaysia (JLM) melalui sesi libat urus berkenaan penetapan zon khas mencandat sotong dari bulan April hingga September setiap tahun," kata Razali. Beliau menambah, Kerajaan Negeri kini dalam perbincangan lanjut dengan JLM untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan permit khas ini. Justeru itu, semua pengusaha bot diseru memberikan kerjasama penuh demi menjamin keselamatan pelancong dan memastikan industri pelancongan mencandat sotong terus berkembang secara mampan.
26 May 25
418
170 Kakitangan WDI Sertai Tanggathon, Zumba
170 Kakitangan WDI Sertai Tanggathon, Zumba
KUALA TERENGGANU, 26 Mei – Seramai 170 kakitangan Wisma Darul Iman (WDI) hari ini menyertai aktiviti tanggathon dan zumba anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Daripada jumlah itu, 70 kakitangan lelaki mengambil bahagian dalam aktiviti Relay-Tanggathon Darul Iman dan 100 penjawat awam wanita pula menyertai aktiviti Zumba. Program yang diadakan serentak di laluan tangga hadapan dan Dewan Jamuan, Tingkat 18, WDI adalah bersempena Karnival Cakna Sihat Penjawat Awam Di Negeri Terengganu 2025. Bertemakan ‘Cakna Kesihatan, Tolak Ubat Tak Sah’, karnival tersebut berlangsung bermula hari ini sehingga 28 Mei ini dengan pelbagai aktiviti termasuk pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.    
26 May 25
114