lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Terengganu Pilihan Utama Pelabur Industri Tenaga Hijau
Terengganu Pilihan Utama Pelabur Industri Tenaga Hijau
HULU TERENGGANU, 12 Julai - Syarikat pelaburan utama negeri, Terengganu Inc memberi komitmen kukuh dalam memajukan ekonomi hijau negeri melalui pembangunan solar terapung di Tasik Kenyir. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dato’ Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata Terengganu boleh menjadi pilihan utama pelaburan tenaga hijau di rantau ini.  “Projek-projek ini membuktikan bahawa Terengganu mempunyai potensi untuk menerajui tenaga hijau dan mewujudkan peluang ekonomi baharu untuk rakyat. "Dengan sokongan daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kami yakin Terengganu boleh menjadi peneraju  serantau dalam rantaian nilai hab hidrogen hijau di samping menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR)," katanya kepada pemberita.  Terdahulu, Majlis Peluncuran Pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud di Kenyir. Tambahnya, sebagai cabang pelaburan negeri, Terengganu Inc akan memastikan projek-projek itu mencapai matlamat yang ditetapkan, di samping membina bakat tempatan dan memindahkan teknologi. "Ini merupakan peluang terbaik untuk meletakkan Terengganu di pentas dunia sebagai hab tenaga hijau," ujarnya.
12 Jul 25
374
Terengganu Lakar Langkah Pertama ke Arah Hab Tenaga Hijau
Terengganu Lakar Langkah Pertama ke Arah Hab Tenaga Hijau
HULU TERENGGANU, 12 Julai – Tasik Kenyir terus mencipta sejarah apabila menjadi lokasi peluncuran projek mega tenaga boleh baharu melibatkan pembangunan Solar Terapung Hidro Hibrid dan Hab Hidrogen Hijau, hari ini. Majlis yang berlangsung di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud itu disifatkan sebagai satu langkah berani dan futuristik, sekali gus membuka lembaran baharu dalam pembangunan tenaga hijau negara. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata projek berimpak tinggi itu bakal menyaksikan pembinaan ladang solar terapung berskala besar sehingga 2,500 megawatt (MW) di atas permukaan air Tasik Kenyir, menjadikannya antara yang terbesar di Asia Tenggara. "Projek ini bukan sahaja simbol komitmen kerajaan terhadap agenda kelestarian alam sekitar, malah bukti kerjasama erat antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti TNB Genco, PETRONAS dan anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Inc. “Kita sedang menyaksikan transformasi sektor tenaga melalui penerokaan sumber bersih seperti hidro dan solar, selari dengan hasrat mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya. Kerjasama dimeterai menerusi pertukaran dokumen semasa majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud, di Kenyir. Menurut beliau lagi, pelaksanaan projek ini akan turut merintis kepada pembinaan Hab Hidrogen Hijau pertama di Terengganu, yang dijangka menjadi pemacu ekonomi hidrogen negara. "Kerajaan Negeri yakin bahawa peralihan tenaga ini bukan halangan, sebaliknya peluang untuk mengukuhkan daya saing ekonomi serta mencipta peluang pekerjaan baharu. “Dengan sokongan Kerajaan Persekutuan, pelabur dan penyelidik, kita bukan sahaja menunaikan janji, tetapi membina legasi. Inisiatif ini bakal memberi manfaat besar kepada generasi kini dan akan datang,” jelasnya. Tambah beliau lagi, dengan peluncuran projek tersebut, Terengganu kini melakar langkah pertama ke arah menjadi hab tenaga hijau serantau, selari dengan misi nasional membina masa depan yang lebih bersih dan mampan. “Insya-Allah, ini akan menjadi legasi berpanjangan buat anak cucu kita nanti,” katanya.
12 Jul 25
468
Candat Sotong Mampu Angkat Wajah Malaysia
Candat Sotong Mampu Angkat Wajah Malaysia
KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Aktiviti mencandat sotong memiliki potensi besar untuk mengangkat imej negeri dan negara di persada antarabangsa. Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datin Rafidah Idris berkata, pihaknya mendapat maklum balas dari media luar yang menyatakan bahawa aktiviti berkenaan dapat menarik minat pengunjung negara yang gemarkan makanan eksotik laut seperti Korea Selatan dan Jepun. "Merupakan salah satu program ikonik sektor pelancongan marin dan komuniti tempatan Terengganu, ia dirancang menjadi acara tahunan kalendar pelancongan negara pada masa akan datang. "Objektifnya, kita mahu angkat candat sotong sebagai produk pelancongan maritim bertaraf antarabangsa. "Ia dapat dijayakan dengan menawarkan pengalaman pelancongan menarik khususnya di Terengganu dan membangunkan pakej pelancongan baharu bertemakan laut dan budaya," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat di Payang Walk, semalam. Sebahagian peserta mencandat sotong sempena Karnival Candat Sotong X Program Madani Rakyat. Tambahnya, acara yang menjadi pengisian utama Program Madani Rakyat itu buat julung kali dianjurkan Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia bagi mempromosikan aktiviti tradisi yang cukup sinonim dalam komuniti maritim pantai timur, sekaligus merancakkan lagi musim mencandat sotong 2025 yang dilancarkan pada Mei lalu. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa MOTAC, Young Ee Chin yang diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pembangunan), Dato' Rosli Latif dan Datuk Bandaraya Kuala Terengganu, Dato' Jusman Ibrahim. Rafidah memaklumkan, Karnival Candat Sotong bakal diadakan pada sekali lebih besar tahun hadapan dengan jangkaan kehadiran lebih ramai pengunjung dalam dan luar negara. "Dari segi promosi kita akan besarkan lagi.  "Sebagai badan promosi, kami memberikan idea bagaimana infrastruktur yang boleh dibangunkan dalam usaha menerima lebih ramai pengunjung. "Penduduk tempatan sendiri turut teruja dengan penganjuran ini. Saya rasa ramai rakyat Malaysia yang belum merasai kesempatan ini, dan saya mengalu-alukan kedatangan mereka tahun hadapan," katanya.
12 Jul 25
138
Dr. Khalil Kunjungi Komuniti Melayu di Sri Lanka
Dr. Khalil Kunjungi Komuniti Melayu di Sri Lanka
SRI LANKA, 12 Julai – Rombongan Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke Sri Lanka dan berpeluang bertemu dengan komuniti Melayu tempatan yang telah lama menetap di negara tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, komuniti Melayu Sri Lanka dianggarkan berjumlah sekitar 50,000 orang. Menurutnya, mereka mempunyai sejarah yang panjang dan telah berakar umbi sejak lebih 100 tahun lalu. “Pada asalnya, mereka dibawa masuk oleh pihak Empayar British untuk berkhidmat dalam pelbagai sektor, terutamanya dalam bidang ketenteraan dan kepolisan. “Walaupun telah lama menetap jauh dari tanah air asal, komuniti ini tetap mempertahankan identiti, warisan budaya dan agama Islam dalam kehidupan seharian mereka,” katanya kepada pemberita semasa siri lawatan bersama komuniti Melayu di Sri Lanka semalam. Dr. Khalil berkata, pertemuan tersebut bukan sahaja membuka ruang untuk menyambung silaturahim, malah menjadi langkah penting dalam menyemarakkan semula hubungan rumpun Melayu yang sekian lama terpisah akibat faktor geografi dan sejarah penjajahan. Beliau turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan Terengganu International Summit pada November 2025. “Dengan tema Penyatuan Ummah Rumpun Melayu, sidang ini bakal menjadi platform untuk memperkukuh jalinan serantau serta memperingati warisan sejarah yang dikongsi bersama. “Moga ikatan ini mampu menyumbang kepada usaha penyatuan ummah di peringkat antarabangsa, bermula daripada akar budaya dan keturunan yang sama,” ujarnya.  
12 Jul 25
114
14.5 Juta Pelawat Domestik Serbu Terengganu
14.5 Juta Pelawat Domestik Serbu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 11 Julai – Terengganu mencatatkan kehadiran seramai 14.5 juta pelawat domestik sepanjang tahun 2024, sekali gus melepasi sasaran awal kerajaan negeri sebanyak 13.2 juta pelawat. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, daripada jumlah itu, 4.9 juta adalah pelancong yang memilih Terengganu sebagai destinasi utama, mengatasi sasaran awal sebanyak 4.5 juta orang. “Alhamdulillah, kita menyasarkan seramai 13.2 juta pelawat domestik termasuk 4.5 juta pelancong bagi tahun 2024. Namun angka sebenar jauh melepasi jangkaan dengan pencapaian 14.5 juta pelawat termasuk 4.9 juta pelancong,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman kelmarin. Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan keberkesanan strategi yang dilaksanakan oleh negeri Terengganu. “Kita berjaya capai apa yang kita sasarkan. Ini hasil usaha bersepadu semua pihak termasuk,” ujarnya.  
11 Jul 25
2241
Kecurian Kabel Jejas Projek ECRL
Kecurian Kabel Jejas Projek ECRL
BESUT, 11 Julai – Isu kecurian kabel yang berlaku di beberapa jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pihak pelaksana termasuk Kerajaan Negeri kerana dikhuatiri menjejaskan kelancaran pembinaan serta proses pentauliahan projek nasional berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, insiden itu sememangnya berlaku dan perlu ditangani segera agar tidak memberi kesan negatif terhadap jadual 'testing and commissioning'. “Apabila kita uar-uarkan isu kecurian kabel ini, ia membuka mata banyak pihak agar lebih berwaspada dalam memastikan kelangsungan projek nasional ini. “Kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ‘titik panas’ dan mengambil tindakan dengan melantik beberapa perkhidmatan kawalan keselamatan untuk pemantauan serta mempergiat rondaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke Tapak Cadangan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) ECRL di Jerteh, kelmarin. Tambah beliau, usaha pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan sejak tiga bulan lalu telah menunjukkan pengurangan kes kecurian. “Harapan kita adalah untuk memastikan momentum pembinaan ECRL dapat diteruskan tanpa gangguan,” ujarnya. Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata pihak Kerajaan Negeri akan meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Daerah supaya bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam memantau sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan projek. “JPKK boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa, bukan untuk mengambil tindakan, tetapi bagi memerhati dan melaporkan segera sekiranya terdapat sebarang aktiviti luar biasa,” katanya.
11 Jul 25
134
TFC Berbelanja Sederhana Hadapi Musim Baharu
TFC Berbelanja Sederhana Hadapi Musim Baharu
KUALA TERENGGANU, 10 Julai – Terengganu FC (TFC) tampil sebagai sebuah pasukan yang berbelanja sederhana namun berjiwa besar dalam menghadapi musim baharu Liga Malaysia yang bakal bermula Ogos ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, TFC sedang giat menjalani persiapan rapi menjelang sepak mula liga. “Tahun ini kita tampil sebagai pasukan ‘underdog’, berbelanja secara sederhana dan mengukur baju di badan sendiri. “Namun, semangat juang kita tetap tinggi. Sokongan daripada semua pihak amat diperlukan agar semangat ini terus menyala hingga ke penghujung musim,” katanya dalam satu hantaran di media sosial. Mengulas mengenai siri perlawanan pramusim yang sedang berlangsung, Hishamuddin menyifatkannya sebagai pentas penting untuk membina keserasian dari segi teknikal dan taktikal antara pemain. “Yang paling utama, pemain berjaya mendapatkan minit permainan yang mencukupi sebelum menghadapi saingan liga yang panjang. “Amat positif apabila ketua jurulatih memberi kepercayaan kepada pemain tempatan baharu seperti Baqiuddin Shamsudin dan Saiful Jamaluddin, termasuk pemain gantian, Khalaif Naskam. “Bagi pemain import, hanya seorang diturunkan dalam kesebelasan utama, manakala separuh masa kedua menyaksikan kemunculan pemain import baharu yang turut mempamerkan prestasi memberangsangkan,” katanya. Tambah beliau, aksi persahabatan kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) turut membuktikan bahawa TFC masih memiliki sokongan peminat yang kukuh, dengan kehadiran penonton yang memberangsangkan. “Ini memberi petanda positif bahawa fan base TFC masih kuat, dan saya amat menghargai kehadiran penyokong ke stadium. “Kita masih di fasa awal, dan cabaran sebenar akan bermula apabila liga bermula Ogos nanti. Pasukan memerlukan beberapa lagi aksi persahabatan bagi memperkukuh persediaan,” ujarnya. Beliau turut mengingatkan agar pasukan tidak memandang ringan kemampuan lawan, kerana setiap pasukan lain juga sedang melakukan persediaan rapi dan mampu memberikan saingan sengit.  
11 Jul 25
223
Terengganu to Host Malaysia’s Largest Floating Solar Project at Kenyir Lake
Terengganu to Host Malaysia’s Largest Floating Solar Project at Kenyir Lake
KUALA LUMPUR, July 10 – Terengganu has taken another bold step in reinforcing its leadership in clean energy as the state government formalised a joint development agreement for a large-scale floating solar project at Kenyir Lake, with a minimum capacity of 1 gigawatt (GW) poised to become the largest in Malaysia and among the largest in Southeast Asia. The agreement was signed between the Terengganu Inc Consortium, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco), and Riyadh-based energy company ACWA Power in conjunction with the 46th ASEAN Summit held at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Terengganu Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, said the Floating Photovoltaic (FPV) project marks a major milestone in the nation’s renewable energy landscape while opening up significant opportunities in investment and green jobs. “This project is in line with Terengganu’s aspiration to achieve 35 percent Renewable Energy (RE) share by 2025. “We hope this collaboration will proceed smoothly and achieve its intended goals,” he said in a media statement. The Heads of Terms (HoT) for the Joint Development Agreement (JDA) were exchanged in the presence of Malaysia’s Deputy Prime Minister, Dato’ Sri Fadillah Yusof, and Minister of Investment, Trade and Industry (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Also present were Saudi Arabia’s Deputy Minister for International Affairs at the Ministry of Investment, Sara Al Sayed, and Deputy Foreign Minister for Economic and Development Affairs, Abdullah Zarah. The floating solar technology not only provides clean energy, but also offers additional advantages such as reducing water evaporation and enabling more efficient land use, making it one of the most sustainable energy development approaches. President and Group CEO of Terengganu Inc, Dato’ Burhanuddin Hilmi Mohamed, described the agreement as a strategic breakthrough in Malaysia’s renewable energy journey. “With a minimum capacity of 1GW, this floating solar installation will significantly contribute to the national RE target while showcasing an innovative and practical clean energy solution. “This tripartite partnership will strengthen Terengganu’s position as a regional hub for floating solar technology and contribute meaningfully to the national net-zero goal by 2050,” he said. He added that the collaboration reflects Terengganu’s readiness to lead the green transformation, proving that the state is no longer solely reliant on petroleum but is actively embracing a diversified and sustainable energy future.
10 Jul 25
406
PETRONAS Backs Terengganu as Future of Malaysia’s Energy Transition
PETRONAS Backs Terengganu as Future of Malaysia’s Energy Transition
KUALA TERENGGANU, July 10 – Terengganu is now on the right track to emerge as the leading state in the development of renewable energy in the country. This was stated by PETRONAS Senior Vice President of Malaysia Petroleum Management, Datuk Ir. Bacho Pilong, during his speech at the East Coast Energy (ECE) 2025 Seminar in Kuala Terengganu on 23 June. He said this can be seen through the implementation of high-impact projects, including the Kenyir Hybrid Floating Solar Farm and the development of the first green hydrogen hub in Terengganu. "The Kenyir Hybrid Floating Solar Farm project has the potential to generate up to 1,000 megawatts of solar power, with half of that capacity specifically allocated for the green hydrogen hub project in Terengganu, a collaboration between Terengganu Inc, PETRONAS, and TNB," he said. He added that this initiative not only continues Terengganu’s legacy as a key player in the national oil and gas industry but also marks the beginning of a new era in which the state leads the transition towards clean and sustainable energy. "This project will continue to place Terengganu on the map, strengthening its oil and gas legacy while taking the lead in renewable energy," he further stated. In addition to the focus on green energy development, PETRONAS, he said, remains committed to empowering local communities and preserving environmental sustainability in Terengganu. "Among the key initiatives driven by PETRONAS in the state is the PETRONAS Energy Transition Academy, established at the PETRONAS Institute of Petroleum Technology (INSTEP) in Terengganu, to train the future workforce for the low-carbon industry. "The Vendor Development and Financing Programme has disbursed more than RM342 million to 54 Terengganu-based companies since 2018 and actively involves 10 local vendors under the Bumiputera vendor development programme. "Marine conservation projects such as Rigs-to-Reef and Tubular-to-Reef have successfully increased fish biodiversity by up to 30 percent, recorded a 10 percent annual rise in fish nutrients, and detected 42 unique species around artificial reef structures near Pulau Kapas," he explained. Ir. Bacho also stressed that the rapid development of the energy sector should not be limited to industrial profits alone, but must also have a meaningful impact on society and the environment. "With various strategic initiatives and comprehensive support from all parties, Terengganu is seen to be strengthening its position in facing change and has the potential to become the nation’s new energy hub making the East Coast not only a major energy producer, but also a leader in the transformation towards a more sustainable and resilient future," he added.
10 Jul 25
222
Perdagangan Terengganu Catat Lonjakan, Imbangan Dagangan Naik 60.1 Peratus
Perdagangan Terengganu Catat Lonjakan, Imbangan Dagangan Naik 60.1 Peratus
KUALA TERENGGANU, 9 Julai – Sektor perdagangan negeri Terengganu mencatat pencapaian memberangsangkan sepanjang tahun 2024, apabila jumlah perdagangan meningkat sebanyak 26.5 peratus, manakala imbangan dagangan melonjak 60.1 peratus. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rekod baharu itu jauh mengatasi sasaran awal peningkatan lima peratus yang ditetapkan kerajaan negeri. Katanya, kejayaan itu merupakan bukti jelas terhadap keberkesanan strategi perancangan ekonomi negeri serta kecekapan pelaksanaan oleh jentera pentadbiran. “Kita sasarkan peningkatan sekitar lima peratus sahaja bagi jumlah dan imbangan perdagangan. "Namun angka sebenar menunjukkan peningkatan yang jauh lebih besar iaitu jumlah perdagangan meningkat 26.5 peratus, manakala imbangan dagangan meningkat 60.1 peratus. Ini sangat signifikan,” katanya.  Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman semalam. Beliau turut mengakui bahawa pencapaian ini adalah hasil usaha kolektif penjawat awam dan pelbagai agensi pelaksana yang telah merealisasikan dasar yang dirangka di peringkat dasar. “Saya hanya merangka arah dan sasaran. Tetapi yang melaksana dan memastikan kejayaan ini berlaku adalah tuan-tuan dan puan-puan. Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita dah capai lebih daripada apa yang kita sasarkan,” katanya. Tambah beliau, kejayaan melebihi sasaran dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan membuktikan jentera pentadbiran negeri berjalan dengan cekap, walaupun secara ‘senyap’ atau seolah-olah bergerak secara automatik. “Sedangkan realitinya, semua ini berlaku kerana adanya pasukan kerja yang komited dan berdisiplin di semua peringkat. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas pencapaian luar biasa ini,” ujarnya. Beliau turut menegaskan bahawa Terengganu berada di landasan yang kukuh untuk terus mara ke hadapan dan menjadi model pembangunan ekonomi negeri yang progresif dan mampan.
09 Jul 25
566