Artikel "Semasa" Terkini
Tingkat Pemantauan, Penguatkuasaan Maritim Elak Kecurian Hasil Laut
KUALA TERENGGANU, 19 November - Kerajaan negeri sedang berusaha mengurangkan isu kecurian hasil laut dan pencerobohan nelayan asing dengan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan maritim.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) untuk meningkatkan rondaan serta operasi penguatkuasaan di kawasan perairan negeri seluas kira-kira 87,000 kilometer persegi.
“Selain itu, setiap nelayan tempatan bagi Zon C dan C2 diwajibkan untuk memasang sistem ‘Mobile Tracking Unit’ (MTU) bagi memudahkan pemantauan lokasi dan identifikasi di mana ia dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti dan membezakan antara vessel tempatan dan kapal asing yang memasuki perairan negara secara haram,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jabi berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini semalam.
Tambah beliau, tindakan perundangan yang lebih tegas dan kadar denda tinggi turut dikenakan terhadap penceroboh.
“Mengikut pindaan Akta Perikanan 1985, denda maksimum bagi pemilik vesel atau tekong vesel asing yang menceroboh perairan Malaysia untuk tujuan penangkapan ikan boleh mencecah RM 6 Juta, manakala bagi setiap awak-awak pula, denda boleh dikenakan sehingga RM 600,000 seorang, di samping peralatan dan vesel boleh dirampas kemudian dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.
“Dari tahun 2018 hingga 2024 sebanyak 196 buah bot nelayan asing telah ditahan oleh agensi penguatkuasaan negara iaitu Polis Marin, DOF dan APMM,” ujarnya.
Sementara itu katanya, bermula tahun 2006 sehingga 2024 sebanyak 1,579 unit tukun tiruan pelbagai jenis telah dilabuhkan di Perairan Terengganu mellibatkan kos lebih RM18 juta.
“Dalam satu kajian keberkesanan tukun di Perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia oleh DOF bersama IPT tempatan, antara dapatannya, purata kepadatan ikan di tukun-tukun Terengganu ialah 70.5 peratus, Kelantan (31.1 peratus), Pahang (50 peratus) dan Johor Timur (60.5 peratus).
“Kepadatan ikan yang tinggi di Perairan Terengganu adalah rahmat bagi nelayan Terengganu tapi dalam masa yang sama mengundang pencerobohan samada oleh nelayan asing atau nelayan dari negeri jiran,” katanya.
19 Nov 24
139
Terengganu Kembali Laksana Program Usahawan
KUALA TERENGGANU, 19 November - Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) mempunyai program khas keusahawanan untuk golongan muda mencipta kerjaya iaitu Program U-BES (Usahawan Belia Sejahtera).
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, program tersebut bertujuan melahirkan usahawan belia dan beliawanis lepasan SPM menjadi usahawan khususnya perniagaan atas talian selaras dengan perkembangan ekonomi digital.
“YPU telah menyelaraskan empat kumpulan U-BES dengan 40 peserta setiap peringkat dan peringkat kelima akan dimulakan pada tahun ini.
“YPU juga mengadakan program-program kursus secara berkala bagi usahawan 'Start-Up', 'Scale-Up' dan 'High Performing',” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Alur Limbat berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Tambah beliau, di bawah Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS), pembiayaan khas bagi perniagaan atas talian iaitu Skim Perniagaan Atas Talian (SPAN) juga adalah lebih menjurus bagi membantu Usahawan belia yang banyak terlibat dalam perniagaan atas talian.
Sementara itu, Ariffin memaklumkan, Pelan Strategik Pembangunan Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Terengganu 2024-2028 dirangka sebagai kesinambungan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan di Terengganu.
“Pelan ini mengambil kira perancangan jangka pendek, sederhana, dan panjang serta bertujuan menyokong pembangunan sosioekonomi negeri secara holistik.
“Beberapa teras strategik utama diambil kira antaranya mewujudkan usahawan berdaya saing di peringkat global, pembangunan data usahawan berpusat, infrastruktur perniagaan serta konsultasi pembangunan halal," katanya.
19 Nov 24
133
Pusat Pintar Bantu Warga Emas Ke Arah Pendigitalan
KUALA TERENGGANU, 19 November- Kerajaan negeri sedang berusaha memperkasakan Pusat Internet Akses Rakyat (Pintar) untuk memberi pendedahan kepada rakyat tentang pendigitalan terutamanya di kalangan warga emas dan penduduk di kawasan pedalaman.
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian, dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, selain menawarkan akses internet percuma kepada rakyat, pusat berkenaan turut dilengkapi dengan kemudahan PintarPay.
“PintarPay menawarkan pusat perkhidmatan setempat komunikasi seperti prepaid reload, postpaid dan pembayaran bil utiliti sekali gus memudahkan proses pembayaran bil tanpa perlu orang awam mengunjungi agensi yang berkaitan.
“Banyak aplikasi yang ada tetapi penggunaannya tidak begitu memberangsangkan kerana kurang kesedaran di kalangan rakyat terutamanya golongan warga emas,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Ghazali mengemukakan soalan mengenai apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memberi pendedahan khususnya dari sudut pendigitalan terutamanya bagi golongan warga emas dan penduduk di kawasan pendalaman memandangkan Kerajaan Terengganu telah merasmikan program Terengganu Smart City dan akan dilaksanakan di seluruh Negeri Terengganu.
Mengulas lanjut Nurkhuzaini berkata, kerajaan negeri akan berusaha memberikan kesedaran kepada rakyat bagi menggalakkan mereka menggunakan aplikasi-aplikasi yang disediakan ke arah merealisasikan Terengganu Smart City.
19 Nov 24
42
Terengganu Anjur Karnival Indahnya Hidup Bersyariat di 32 DUN
Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan karnival induk bertemakan 'Indahnya Hidup Bersyariat' di kesemua 32 DUN sebagai langkah komprehensif untuk memperkukuh penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat.
19 Nov 24
81
Terengganu 'Ajak' Bakat Muda Sertai Sektor Agromakanan
Kerajaan Terengganu mengajak anak muda untuk menceburi sektor agromakanan sekali gus mengangkat negeri terbabit sebagai pelopor utama pengeluar makanan.
19 Nov 24
37
‘Menyusahkan’ - Respon MB Berhubung Sekatan Royalti
Terengganu menganggap kaedah pembayaran royalti petroleum ketika ini sangat menyusahkan Kerajaan Negeri dan pegawai di Kementerian Kewangan (MOF).
19 Nov 24
54
Kerajaan Tubuh Majlis Pakar Terengganu, Himpun Cendekiawan Tempatan
Kerajaan Negeri akan menubuhkan Majlis Pakar Terengganu (Terengganu Experts Council) bermula tahun depan bagi merealisasikan "Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera” menjelang tahun 2030.
19 Nov 24
36
Bebaskan Institusi Pendidikan Awam Daripada 'Tangan Politik'
KUALA TERENGGANU, 18 November - Institusi pendidikan adalah medan ilmu yang perlu dibebaskan daripada kehendak politik kepartian.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi meluahkan rasa kesal setelah program pendidikan yang dijadualkan dirasmikan beliau baru-baru ini di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus dibatalkan kurang dari 24 jam sebelum ia diadakan.
Katanya, lebih membingungkan beliau, program berunsur politik melibatkan UMNO, Barisan Nasional (BN) pula dibenarkan tanpa gangguan.
"Tindakan ini bukan sahaja melanggar prinsip demokrasi, tetapi juga mengabaikan janji-janji Kerajaan Madani untuk menghormati neutraliti institusi awam.
“Terdapat situasi di mana program yang jelas berunsurkan politik kepartian dianjurkan di institusi pendidikan, seperti kempen 'kesedaran pendidikan' yang melibatkan pemimpin UMNO dan BN di sekolah-sekolah, ini jelas melanggar peraturan kerajaan sendiri.
“Tindakan sedemikian tidak menghairankan kerana Kerajaan Madani hari ini adalah ‘kerajaan sonsang’ yang sering memungkiri janji. Namun, rakyat kini bijak menilai, dengan adanya media sosial, tindakan sebegini mudah didedahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Muhammad Khalil turut menjelaskan bagaimana Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Perikatan Nasional (PN) konsisten membezakan program kerajaan dan program parti.
“Jika melibatkan program kerajaan, kami hadir dengan identiti kerajaan. Tetapi, jika ia program parti, kami hadir dengan 'baju' parti.
“Pendekatan ini memastikan rakyat tahu membezakan tanggungjawab kerajaan dan agenda parti, selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negeri ini,” jelasnya.
Menurut Muhammad Khalil, tindakan UMNO, BN turut menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan penjawat awam.
Jelasnya, campur tangan politik ini memberi tekanan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menjaga integriti institusi awam.
“Kami berharap perkara ini mendapat perhatian segera, institusi pendidikan perlu bebas daripada unsur politik.
“Jangan sesekali menjadikannya alat untuk propaganda parti, biarkan pendidikan fokus kepada tujuan utamanya, iaitu melahirkan generasi berilmu dan berintegriti,” ujarnya.
18 Nov 24
1228
Terengganu Bentang Belanjawan 2025 Berjumlah RM1.887 Bilion
Kerajaan Terengganu memperuntukkan sejumlah RM1.887 bilion bagi Belanjawan 2025 untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu bagi tahun depan.
18 Nov 24
174
196 Vessel Nelayan Asing Dijadikan Tukun Tiruan
Sebanyak 196 vessel serta bot nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu sejak 2018 sehingga 2024 telah dijadikan tukun tiruan.
18 Nov 24
96