lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Sekat Wakil Rakyat ke Sekolah: Kerajaan Persekutuan Tidak Matang
Sekat Wakil Rakyat ke Sekolah: Kerajaan Persekutuan Tidak Matang
KUALA TERENGGANU, 20 November - Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) menyelar tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa menyekat Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada memasuki institusi pendidikan, termasuk sekolah dan universiti.  ADUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail menyifatkan tindakan itu sebagai tidak matang dan bertentangan dengan prinsip keterbukaan yang dijanjikan kerajaan. “Semasa pentadbiran Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan, kami masuk ke sekolah dan universiti untuk bertemu guru serta pelajar, dan mereka menyambut kami dengan mesra dan baik.  “Namun, selepas Pakatan Harapan dan Umno mengambil alih (Kerajaan Persekutuan), kami disekat atas alasan politik,” katanya dengan penuh kecewa. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, disini, hari ini. Menurut Mohd Shafizi, wakil rakyat PAS dan PN hanya ingin menyampaikan mesej penting kepada pelajar, seperti kepentingan fokus terhadap pengajian, pemahaman agama, dan kesedaran politik yang membina.  Beliau turut menegaskan bahawa PAS dan PN tidak berminat untuk berpolitik secara kepartian dalam institusi pendidikan. “Ramai orang Melayu-Islam hari ini tidak memandang serius politik, sehingga menyebabkan ia dikuasai pihak bukan Islam dan bukan bumiputera.  “Ini satu masalah besar yang perlu ditangani, dan usaha itu harus bermula dari pusat pengajian,” ujarnya. Mohd Shafizi juga mengkritik insiden yang berlaku di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di mana Exco kerajaan negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, dibatalkan daripada merasmikan sebuah program di saat-saat akhir atas alasan politik. “Tindakan ini memalukan, lebih-lebih lagi jika isu ini diketahui oleh pihak luar.  “Sepatutnya, mereka perlu berpegang kepada janji pilihan raya untuk bersikap adil dan terbuka. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,” tegasnya. Beliau turut menyeru golongan pendidik, termasuk guru dan pensyarah, agar menjadi teladan baik kepada pelajar dengan menunjukkan keberanian dalam menghadapi sebarang ketidakadilan. “Jika kita sebagai pendidik tunduk kepada tekanan dan membiarkan perkara yang salah berlaku, bagaimana pelajar mahu menghormati kita? Keberanian perlu ada, walau dalam apa jua keadaan,” ujarnya lagi. Mohd Shafizi mengakhiri kenyataannya dengan menasihatkan kerajaan persekutuan supaya melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan tidak menggunakan pendidikan sebagai medan politik sempit. Tindakan sekatan ini, menurut beliau, bukan sahaja mencemar prinsip demokrasi, tetapi juga memberi contoh buruk kepada generasi muda yang bakal memimpin negara.
20 Nov 24
117
Akta 672: Terengganu Kaji Sebelum Buat Keputusan
Akta 672: Terengganu Kaji Sebelum Buat Keputusan
Terengganu dalam peringkat kajian serta pertimbangan berhubung menerima pakai penswastaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam mengikut Akta 672 di negeri ini.
20 Nov 24
298
Tembak Mati Kera, Babi Hutan Langkah Akhir Perhilitan Tangani Ancaman
Tembak Mati Kera, Babi Hutan Langkah Akhir Perhilitan Tangani Ancaman
Menembak mati terhadap kera dan babi hutan merupakan langkah terakhir yang terpaksa diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dalam menangani konflik gangguan hidupan liar yang dikesan mengganggu penduduk di negeri ini.
20 Nov 24
86
Kerajaan Terengganu Dicadang Ambil Pemandu Wanita
Kerajaan Terengganu Dicadang Ambil Pemandu Wanita
Kerajaan Terengganu disaran agar membuka penjawatan pemandu wanita di setiap agensi kerajaan di negeri ini supaya kebajikan dan keselesaan penjawat awam wanita lebih terjaga.
20 Nov 24
89
Banjir Landa DUN Ajil, Tiga PPS Dibuka Untuk Mangsa
Banjir Landa DUN Ajil, Tiga PPS Dibuka Untuk Mangsa
HULU TERENGGANU, 20 November - Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di Negeri Terengganu, termasuk di DUN Ajil, dilanda banjir.  Keadaan ini memaksa tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, yang juga merangkap ADUN Ajil, memaklumkan bahawa pihaknya segera turun padang bagi meninjau keadaan semasa dan memberikan sokongan moral kepada mangsa banjir. “Tiga PPS yang telah dibuka ialah PPS Surau Kolam yang menempatkan 6 keluarga, PPS Masjid Hadhari dengan 5 keluarga, dan PPS Masjid Tok Gebok yang menempatkan 3 keluarga,” ujar Maliaman menerusi hantaran di Facebook, semalam. Beliau turut memberi jaminan bahawa Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ajil akan terus memantau keadaan dan memastikan bantuan segera diberikan kepada semua yang memerlukan. Maliaman turut menyeru orang ramai untuk berdoa agar keadaan kembali pulih dan banjir cepat surut.  “Semoga semua mangsa diberi kekuatan menghadapi ujian ini,” ujarnya dengan penuh simpati. Keadaan banjir yang melanda ini mencetuskan kebimbangan penduduk setempat, khususnya bagi mereka yang terpaksa meninggalkan rumah demi keselamatan.  Penduduk dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikut arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa.
20 Nov 24
141
1,579 Tukun Tiruan Berlabuh di Perairan Terengganu Sejak 2006
1,579 Tukun Tiruan Berlabuh di Perairan Terengganu Sejak 2006
Sebanyak 1,579 unit tukun tiruan pelbagai jenis telah dilabuhkan di Perairan Terengganu melibatkan kos lebih RM18 juta sejak tahun 2006 sehingga tahun ini.
20 Nov 24
72
Terengganu Buat Persiapan Rapi Hadapi Tengkujuh
Terengganu Buat Persiapan Rapi Hadapi Tengkujuh
Kerajaan negeri telah melakukan persiapan rapi dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir di Terengganu yang dijangka berlaku dalam beberapa siri gelombang bermula minggu ini sehingga berakhirnya Monsun Timur Laut pada Mac tahun depan.
19 Nov 24
85
Kerajaan Terengganu Dicadang Ambil Pemandu Wanita
Kerajaan Terengganu Dicadang Ambil Pemandu Wanita
KUALA TERENGGANU, 19 November - Kerajaan Terengganu disaran agar membuka penjawatan pemandu wanita di setiap agensi kerajaan di negeri ini supaya kebajikan dan keselesaan penjawat awam wanita lebih terjaga. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata langkah menyediakan pemandu wanita itu akan turut memberikan satu nafas baru kepada kakitangan penjawat awam khususnya membabitkan golongan itu untuk menggunakan kenderaan kerajaan atas urusan rasmi. "Terutamanya ketika kakitangan wanita perlu keluar kawasan seorang diri. "Dengan adanya pemandu wanita ini, ia dapat menjamin keselesaan agar lebih memelihara keadaan dan meraikan fitrah wanita sebagai pekerja, ibu dan juga muslimah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbahasan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, Zuraida berkata kerap kali beliau mendengar pendapat mereka yang menyatakan kurang selesa ketika bermusafir berdua bersama pemandu lelaki. "Kadangkala pegawai wanita terpaksa melakukan perjalanan jauh demi tugasan seperti menghadiri mesyuarat, program rasmi dan sebagainya," ujarnya. Dalam pada itu tegasnya, di sebalik pengambilan pemandu wanita tersebut perlulah seiring dengan aspek keselamatan dan kebajikan mereka. "Contohnya, menyediakan tempat yang mesra wanita di depoh kenderaan serta menyediakan jadual waktu fleksibel bergantung kepada arahan ketua jabatan," ujarnya.
19 Nov 24
257
YPU, Platform E-Dagang Terkemuka Jalin Kerjasama Bantu Usahawan Muda
YPU, Platform E-Dagang Terkemuka Jalin Kerjasama Bantu Usahawan Muda
 Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), TAJDID dan TD1303 akan mengadakan kerjasama dengan platform e-dagang terkemuka bagi mengembangkan perniagaan usahawan tempatan.
19 Nov 24
89
Kerajaan Negeri Laksana Pemutihan Di Kawasan Perindustrian Pulau Serai
Kerajaan Negeri Laksana Pemutihan Di Kawasan Perindustrian Pulau Serai
KUALA TERENGGANU, 19 November- Kerajaan negeri ketika ini dalam proses melaksanakan pemutihan bagi kawasan perindustrian Pulau Serai, Dungun yang melibatkan lot-lot industri tidak aktif dan terbengkalai. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian, dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pada awalnya terdapat 19 lot di kawasan tersebut yang dipajak oleh pemain industri, namun malangnya selepas pandemik Covid-19 melanda, beberapa syarikat terpaksa menamatkan operasi. “Kini hanya tinggal lima syarikat yang masih meneruskan operasi di kawasan perindustrian ini setelah yang lain menghentikan pengoperasian. “Ia disebabkan faktor-faktor ekonomi yang tidak menentu, menyebabkan terdapat beberapa syarikat tidak dapat beroperasi dan keadaan di lot-lot industri yang berkaitan terbengkalai,” ujarnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian bagi ketika menjawab soalan lisan ADUN Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Mohd Fadhli mengemukakan soalan mengenai apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi memajukan Kawasan Perindustrian di Pulai Serai. Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri akan mengambil langkah yang perlu untuk mengaktifkan semula kawasan tersebut selepas proses pemutihan selesai.  
19 Nov 24
72