Artikel "Semasa" Terkini
MBI Terengganu Komited Terokai Potensi Gas Cecair Asli
KUALA TERENGGANU, 21 November - Mentri Besar Trengganu (Incorporated), MBI Terengganu sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam meneroka potensi projek pembekalan dan perdagangan gas cecair asli (LNG).
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, MBI Terengganu telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan cadangan pembangunan loji hidrogen hijau dan ammonia hijau di Hulu Terengganu, Besut dan Dungun.
“Pihak kerajaan pada ketika ini telah selesai melaksanakan libat urus bersama agensi-agensi kerajaan dan syarikat yang berpotensi bagi memperhalusi cadangan pembangunan loji hydrogen hijau dan ammonia hijau pada bulan Oktober dan bulan ini.
“Hasilnya, perkara yang berkaitan dengan teknikal akan diteliti oleh agensi yang berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), PLANMalaysia, Jabatan Perhutanan Negeri serta agensi-agensi lain yang berkaitan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penggulungan Belanjawan 2025 Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini, semalam.
Tambah beliau, kerjasama sepenuhnya dari agensi bagi memastikan permohonan oleh pelabur serta perincian teknikal oleh agensi harus juga diberi penelitian mengikut lunas undang- undang agar ia dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Dalam pada itu katanya, Terengganu sedang memperkenalkan industri CCUS yang dijangka akan menjadi sumber baharu pendapatan negara dan negeri serta menyumbang kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
“Selain itu, projek solar terapung di Tasik Kenyir dijangka menjana tenaga solar sehingga satu gigawatt (GW) dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan projek permulaan dijangka akan dibina pada tahun 2025 secara berfasa.
“Dengan semua inisiatif ini di bawah portfolio pelaburan, kerajaan negeri berusaha untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan penggunaan bahan api fosil, serta mencipta peluang pekerjaan dan pendapatan baharu bagi negeri,” ujarnya.
21 Nov 24
968
Kemasik Perlu Dibangunkan Sebagai Hab Penerbangan dan Pusat Teknologi
Dalam usaha memperkasakan ekonomi Terengganu, kerajaan negeri dicadangkan menggunakan strategi inovatif untuk membangunkan kawasan Kemasik sebagai hab penerbangan berskala sederhana dan pusat teknologi masa depan.
21 Nov 24
93
Terengganu Tidak Berganjak, Hukuman Sebat Tetap Diteruskan
KUALA TERENGGANU, 21 November - Kerajaan negeri tidak berganjak dan akan tetap meneruskan hukuman enam sebatan di khalayak ramai walaupun telah ada suara-suara dari golongan tertentu yang tidak mahu ia dilaksanakan sehingga melabelkan Terengganu sebagai negeri taliban.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Kerajaan Terengganu tidak sesekali berganjak ke belakang dari tidak melaksanakan hukuman itu semata-mata dengan suara-suara yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Menurutnya, hukuman itu adalah selari dengan tuntutan agama Islam dan ia selari dengan polisi kerajaan negeri yang menetapkan agenda pemerkasaan sebagai satu agenda utama.
"Dalam konteks ini kita akan 'move forward' tidak akan undur ke belakang untuk terus memperkasakan syariah di negeri Terengganu ini.
"Jadi kita akan terus melangkah ke hadapan dan tidak akan undur ke belakang, hasrat kita yang paling utama dalam pelaksanaan sebatan di khalayak ini adalah hendak memperkenalkan kepada masyarakat bahawa hukuman ini berbeza dengan undang-undang sivil untuk lebih mendidik bukannya untuk mencederakan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa menghadiri Dialog EXCO Peringkat Daerah Kuala Terengganu di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini, semalam.
Mengulas lebih lanjut katanya, hukuman sebat yang bakal dilaksanakan itu adalah kepada pesalah jenayah syariah yang melakukannya berulang kali.
"Jadi hakim (Mahkamah Syariah) boleh menentukan hukuman sebat ini di khalayak ramai mengikut bidang kuasa yang ada.
"Manakala agensi-agensi yang terlibat nanti akamn menjadi pelaksana dan setakat ini kita telah berbincang dan jawapannya sangat positif untuk memberikan kerjasama kepada kita," ujarnya.
21 Nov 24
1012
Letak Syarat Hanya Gadis Belum Baligh Boleh Menari di Khalayak
Kerajaan negeri disaran agar meletakkan syarat hanya anak-anak gadis yang belum mencapai usia baligh sahaja dibenar melakukan persembahan tarian.
21 Nov 24
101
Mahasiswa Perlu Bebas Dari Kongkongan Politik - Muhammad Khalil
KUALA TERENGGANU, 20 November - Kerajaan Negeri Terengganu menyatakan pendirian tegas untuk membela kebebasan mahasiswa selepas pembatalan Majlis Perasmian Penutup Islamic Youth Leadership Conference 2024 oleh pihak penganjur, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, menzahirkan rasa simpati terhadap situasi tersebut, menyifatkan tindakan tersebut sebagai langkah ke belakang yang mengekang kebebasan intelektual golongan mahasiswa.
“Mahasiswa adalah kumpulan terpilih dalam masyarakat, mereka memiliki daya intelektual yang tinggi dan seharusnya diberi ruang bebas untuk berkembang.
“Malangnya, apa yang berlaku menunjukkan satu tindakan tidak demokratis dan bercanggah dengan semangat politik matang serta terbuka,” katanya ketika mengulas tentang permohonan maaf dari pihak UniSZA.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Muhammad Khalil menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa menyokong program yang merangsang pemikiran kritis mahasiswa.
“Langkah-langkah yang menyekat mereka daripada mendengar pandangan berbeza, hanya akan merencatkan pembangunan intelektual golongan muda ini.
“Kita mahu mahasiswa diberi kebebasan untuk mendengar dan menilai pelbagai pandangan, tidak kira daripada mana-mana pihak.
“Mahasiswa perlu menjadi generasi yang berani bersuara untuk kebenaran, kerana hanya melalui cara itu mereka mampu menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Terengganu turut mengkritik tindakan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat mengongkong mahasiswa daripada mengadakan program-program ilmiah yang membuka minda.
Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk turut menyifatkan pendekatan mengongkong kebebasan mahasiswa sebagai tindakan tidak bertamadun dan bersifat dendam politik.
“Politik hari ini seharusnya bergerak ke hadapan, lebih terbuka, dan matang.
“Namun, apa yang kita lihat adalah politik lama yang bersifat kolot, yang cuba menyekat ruang intelektual mahasiswa, ini amat menduka citakan,” ujarnya dengan penuh kecewa sambil menyeru pihak Kerajaan Madani agar mengutamakan nilai demokrasi dan membuka ruang kebebasan berfikir kepada mahasiswa, tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Jelasnya lagi, komitmen kerajaan negeri dalam mendukung golongan mahasiswa adalah kerana belia berperanan menjadi agen perubahan yang mampu membawa idea-idea segar demi masa depan yang lebih gemilang.
“Kami di pihak kerajaan negeri amat menyokong segala usaha untuk memperkasakan minda mahasiswa. “Mereka adalah aset berharga negeri ini, jangan sesekali belenggu mereka dengan sekatan yang tidak perlu,” tambahnya.
20 Nov 24
191
TDM Bayar RM1.4 Juta Untung Kepada LTAWNT
KUALA TERENGGANU, 20 November - TDM Berhad telah menyerahkan pembayaran perkongsian keuntungan sebanyak RM1,439,723 kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).
Ia merupakan sebahagian daripada perjanjian bagi usahasama (JV) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FY2023).
Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, perjanjian usahasama itu merupakan satu cara bagaimana kerjasama yang strategik dapat memaksimumkan potensi sektor perladangan kelapa sawit.
"Hasil yang diperolehi bukan sahaja membawa keuntungan kepada syarikat tetapi juga memberikan nilai tambah kepada pembangunan ekonomi tempatan khasnya kerajaan negeri.
"TDM akan terus berusaha untuk memastikan usahasama seperti ini memberikan manfaat menyeluruh kepada semua pihak,"ujarnya menerusi, suatu kenyataan, di sini, hari ini.
Cek pembayaran berkenaan telah diserahkan secara rasmi kepada Setiausaha LTAWNT, Nor Azam A Rahman @ Yusof oleh Najman dalam majlis yang disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Nara Setia.
Selain itu, pembayaran itu juga menunjukkan prestasi kukuh TDM serta komitmen berterusan terhadap rakan-rakan kongsi strategik dalam memastikan nilai jangka panjang untuk para pemegang saham dan komuditi.
20 Nov 24
95
Padah Khalwat Berulang, Buruh Bakal Disebat di Khalayak Ramai
KUALA TERENGGANU, 20 November- Seorang tukang rumah menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai kerana kesalahan khalwat berulang.
Hukuman itu diputuskan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.
Memetik laporan Harian Metro, Kamalruazmi menjatuhkan hukuman enam sebatan, denda RM4,000 atau enam bulan penjara sekiranya jika gagal menjelaskan denda berkenaan terhadap tertuduh.
Kamalruazmi turut memerintahkan hukuman sebatan dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah Kuala Terengganu pada 6 Disember depan selepas solat Jumaat sebaik tamat tempoh rayuan.
Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakiman berkata, dalam menjatuhkan apa-apa hukuman, matlamat utama dalam syariat dan daripada segi agama adalah memberi pengajaran, pendidikan dan sebagainya.
"Ia suatu pencegahan supaya perkara yang sama tidak berulang khususnya ke atas tertuduh dan juga sebagai peringatan pencegahan ke atas orang awam secara amnya.
"Seorang mukmin itu tidak jatuh dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Kamu (pesalah) pernah disebat dan dipenjara tetapi buat lagi (berkhalwat).
"Hukuman kali pertama (sebatan kerana khalwat) sepatutnya sudah memberi keinsafan," katanya.
Hukuman sebat dikenakan ke atas tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan ketiga tertuduh.
Sebelum ini, tertuduh pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat pada 11 Julai 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman.
Bapa kepada lima anak itu sekali lagi melakukan kesalahan sama pada 25 Januari lalu sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 19 Februari lalu menjatuhkan hukuman empat sebatan, denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.
Untuk rekod, tertuduh sebelum ini menjadi pesalah khalwat pertama di Terengganu dikenakan empat sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana melakukan kesalahan khalwat berulang.
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita yang berusia 52 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada jam 1.40 pagi pada 16 Jun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
20 Nov 24
1617
PBT Terengganu Diarah Tidak Keluarkan Lesen Perniagaan Vape
KUALA TERENGGANU, 20 November- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarahkan untuk tidak membenarkan lesen perniagaan vape atau rokok elektronik di negeri ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan semua PBT di Terengganu supaya tidak mengeluarkan lesen untuk perniagaan tersebut.
"Kalau dari segi pengharaman, memang negeri-negeri sudah terima pakai fatwa daripada sebelum ini bahawa vape itu haram.
"Di peringkat negeri, kita ada kuasa di bawah PBT untuk tidak membenarkan premis perniagaan milik PBT digunakan sebagai tempat penjualan vape selepas ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sesi Penggulungan Belanjawan 2025 Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Ahmad Samsuri berkata, keputusan untuk tidak membenarkan PBT memperbaharui lesen perniagaan vape adalah untuk menjaga kemaslahatan umum terutama golongan muda.
Baru-baru ini Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.
Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang terutamanya dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).
Namun begitu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menegaskan Kerajaan Persekutuan berpendirian belum tiba lagi masa untuk pihaknya mengharamkan penjualan vape seperti yang sudah dilaksanakan beberapa negara maju di dunia.
Bagaimanapun, beliau tidak keberatan jika ada negeri-negeri yang mahu melarang penjualan produk tersebut.
20 Nov 24
1270
Pelabuhan LKIM Chendering dan Pulau Kambing Bakal Siap Sepenuhnya Pada 2031
Pelabuhan LKIM Chendering (PLC) akan kembali menjadi pusat pendaratan utama hasil laut Terengganu apabila projek pembangunan bernilai RM192 juta yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 2031.
20 Nov 24
369
'Jangan Ganggu PASTI' - ADUN Sura
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi, memberi amaran keras terhadap pihak tertentu yang cuba mengganggu atau mempolitikkan institusi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
20 Nov 24
128