lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Pegawai Syariah Malaysia Sokong Terengganu Sebat Pesalah Khalwat di Masjid
Pegawai Syariah Malaysia Sokong Terengganu Sebat Pesalah Khalwat di Masjid
KUALA TERENGGANU, 22 Disember - Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) menyokong usaha memperkasa kewibawaan Mahkamah Syariah di negara ini. Presidennya, Abu Suffian Abu Yaziz berkata, PPSM percaya bahawa pengukuhan institusi kehakiman Syariah merupakan asas penting dalam memastikan sistem perundangan Islam terus relevan, dihormati, dan dilaksanakan dengan penuh integriti.  "Usaha ini merangkumi penambahbaikan institusi, pemerkasaan undang-undang, serta pelaksanaan penghakiman yang berlandaskan kehendak undang-undang dan hukum syarak. "Sehubungan dengan itu, PPSM amat menghormati keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 11 November lalu berhubung hukuman sebatan di khalayak umum, iaitu di masjid terhadap pesalah tegar jenayah khalwat," ujarnya dalam satu kenyataan. Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya melihat keputusan tersebut sebagai cerminan ketegasan dan keadilan Mahkamah Syariah dalam menegakkan undang-undang Islam serta usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat Islam tentang keseriusan terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan syariah. "PPSM juga menegaskan prinsip ihtiram (penghormatan) terhadap keputusan kolektif panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mengekalkan hukuman tersebut.  "Keputusan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 31(A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Hukuman Sebatan di Luar Penjara yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan telah diendorskan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu melalui Arahan Amalan No. 11 Tahun 2023," ujarnya. Jelas beliau, penyediaan SOP terbabit telah dibuat secara kolaborasi di antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Mahkamah Syariah Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia dengan cukup teliti, cermat dan mengambil kira hak pihak-pihak yang terlibat dengan hukuman, yang melaksanakan hukuman dan pihak yang hadir menyaksikan hukuman. "Dalam usaha mempertahankan kedaulatan undang-undang Islam, PPSM menolak sebarang pandangan yang mempertikaikan keputusan tersebut kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang, tetapi juga boleh diklasifikasikan sebagai satu penghinaan terhadap institusi kehakiman Syariah," katanya. Tambah beliau, pihaknya komited untuk terus mendukung dan mempertahankan pelaksanaan undang-undang Syariah yang adil dan berkesan berdasarkan akta enakmen/ordinan dan Perlembagaan Persekutuan. "Untuk itu, PPSM menyeru semua pihak agar memahami dan menghormati peranan Mahkamah Syariah sebagai institusi perundangan dan kehakiman yang berteraskan hukum Allah dan keadilan sejagat.  "Prinsip mempertahankan Mahkamah Syariah merupakan asas utama kepada kelangsungan ke arah menterjemahkan sistem perundangan Islam yang mementingkan prinsip keadilan, kemaslahatan umum dan menolak perkara yang merosakkan ummah," jelasnya.
22 Dec 24
1233
Kerajaan Laksana Dua Strategi Segera Atasi Banjir di RMM Teluk Kalong
Kerajaan Laksana Dua Strategi Segera Atasi Banjir di RMM Teluk Kalong
KEMAMAN, 22 Disember - Kerajaan negeri mencari jalan bagi menyelesaikan masalah 500 buah rumah yang didiami 2,000 penduduk di Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong yang berhadapan musibah banjir setiap tahun. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya setelah berbincamg dengan Majlis Perbandaran Kemaman, Kontraktor Utama Arus Juta dan pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu telah bersetuju untuk membina longkang parit tanah sementara. "Kita juga akan meninggikan sedikit ban di kawasan terbabit bagi mengurangkan risiko banjir. "Supaya limpahan hujan ini yang mengalir dari bukit akan turun ke dalam parit tanah dan akan pergi ke saluran hadapan. "Kedua, kita minta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memeriksa semula aliran di luar jalan utama yang mengalir ke laut, memang (sebelum ini) telah dibina jambatan dan air pun sangat laju supaya ada satu aliran untuk memastikan air keluar dengan cepat. "Selain itu, tidak dinafikan sepanjang 10 tahun ini berlaku hujan yang sangat lebat sehingga melebihi 270 hingga 300 milimeter (mm) sehari dan saya juga bersetuju supaya dekat kawasan padi itu dibuat satu takungan dan saya akan cari tanah untuk alirkan air ini secepat mungkin," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika mengadakan lawatan ke RMM Teluk Kalong, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut Hanafiah berkata, setelah banjir di situ dapat diatasi maka projek untuk membina perumahan baru di kawasan itu akan dapat diteruskan. "Selepas projek ini siap akan dibina 600 unit rumah komersial pelbagai akan dibina dengan 20 peratus daripadanya akan dibina Rumah Mampu Milik (RMM)," ujarnya.  
22 Dec 24
508
Polis Terengganu Rampas Dadah RM1.15 Juta
Polis Terengganu Rampas Dadah RM1.15 Juta
 Polis Terengganu berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas dadah dianggarkan bernilai RM1.15 juta dalam satu operasi di Lebuhraya Pantai Timur 2(LPT2) kawasan Kemaman, pada Selasa.
22 Dec 24
95
Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap individu yang melakukan kesalahan khalwat berulang dilihat lebih menepati 'maqasid syariah' dalam menjaga maslahat umum berbanding perasaan malu pesalah.
22 Dec 24
90
Hafl Al-Takrim Kokurikulum Usaha JPINT Lahir Pelajar Berminda Kelas Pertama
Hafl Al-Takrim Kokurikulum Usaha JPINT Lahir Pelajar Berminda Kelas Pertama
Majlis Hafl Al-Takrim Kokurikulum Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Kali Ke-2  yang diadakan pada tahun ini merupakan usaha Jabatan pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) bagi melahirkan pelajar agama yang memiliki minda kelas pertama.
22 Dec 24
103
Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
Menjaga Maslahat Umum Lebih Utama Berbanding Perasaan Malu Pesalah
KUALA TERENGGANU, 19 Disember - Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap individu yang melakukan kesalahan khalwat berulang dilihat lebih menepati 'maqasid syariah' dalam menjaga maslahat umum berbanding perasaan malu pesalah. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tidak wajar jika masih ada golongan yang mahu hukuman itu diteliti sepenuhnya demi menjaga maruah individu terbabit. Ujarnya, setelah diberikan kefahaman telah ramai yang mengakui bahawa hukuman mengikut perundangan Islam dan lebih baik berbanding sivil. "Betul dari segi mudaratnya ia akan memalukan pesalah terbabit tetapi di sana ada maslahat yang lebih besar di mana kita hendak menyedarkan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan ini. "Kerana perbuatan ini merosakkan masyarakat bukan hanya diri (pesalah), bahkan (jika dibiarkan tanpa diberi pendidikan dan pengajaran) akan meruntuhkan institusi kekeluargaan dan merosakkan masyarakat secara umumnya. "Bila dilaksanakan hukuman ini kita hendak menjaga masyarakat agar sentiasa berkeadaan baik dalam suasan harmoni, kita perlu berfikir secara waras iaitu menjaga masyarakat lebih besar daripada menjaga perasaan malu pesalah yang degil," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Pejabatnya di Tingkat 6, Wisma Darul Iman (WDI), di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, Muhammad khalil berkata daripada sudut ilmu perundangan Islam, ada perkara memalukan diizinkan syarak dan ada yang tidak dibenarkan. "Perkara memalukan yang diizinkan syarak bahkan digalakkan syarak jika sekiranya terdapat maslahat yang lebih besar. "Contohnya, sebagaimana melaksanakan hukuman takzir sebat terhadap pesalah degil di khalayak ramai bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan ini dan menjauhinya," ujarnya.  
19 Dec 24
1081
Nelayan Terjejas Kepala Air Terima Sumbangan Kerajaan
Nelayan Terjejas Kepala Air Terima Sumbangan Kerajaan
SETIU, 19 Disember – Nelayan di Kampung Telaga Papan yang terjejas akibat bencana kepala air menerima bantuan kerajaan negeri bagi meringankan beban mereka.  Kejadian pada 1 Disember 2024 itu mengakibatkan 17 bot rosak, termasuk 10 sampan milik nelayan tanpa lesen.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim, berkata bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat yang terjejas.  “Hari ini kita raikan mereka sambil menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban.  “Inisiatif ini turut menjadi pemangkin usaha menyelesaikan isu nelayan tanpa lesen melalui pendekatan lebih komprehensif. “Nelayan berlesen pula sedang dibantu melalui Tabung Bencana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),” katanya dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini. Menurut Azman, isu nelayan tanpa lesen menjadi persoalan utama.  “Kenapa masih ada nelayan sampan yang tak berlesen walaupun kita dah buat Task Force Lesen Sampan Nelayan pada 2019?. “Task force tersebut sebelum ini berjaya menyelesaikan masalah lesen untuk lebih 600 nelayan.  “Namun, ada yang tercicir sama ada kerana gagal memenuhi syarat atau tidak membuat permohonan,” ujar beliau. Dr. Azman turut mengumumkan inisiatif baharu Task Force Lesen Sampan Nelayan 2.0 untuk memastikan tiada lagi nelayan ketinggalan. “Saya dah bincang dengan Pengarah Perikanan Terengganu. Kita akan kutip baki nelayan yang masih tercicir.  “KPI saya jelas: selepas ini, tiada lagi nelayan tanpa lesen!” tegasnya. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini, termasuk Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu, Dato’ Rosli Latif. “Terima kasih kepada Dato’ Rosli, Pegawai Daerah, JPKK, dan Persatuan Nelayan Setiu yang membantu mempermudahkan urusan kita dalam menjaga kebajikan nelayan,” katanya lagi. Melalui langkah proaktif ini, kerajaan negeri komited untuk memastikan nasib semua nelayan terbela dan tiada lagi golongan yang terpinggir. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mereka yang terjejas, tetapi juga membuka jalan kepada penyelesaian jangka panjang yang lebih menyeluruh.
19 Dec 24
99
Dr. Sam Dedah Punca Letak Jawatan PN
Dr. Sam Dedah Punca Letak Jawatan PN
Peletakan jawatan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Perikatan Nasional (PN) adalah langkah memperkukuhkan parti tersebut.
17 Dec 24
460
Terengganu Komited Bangunkan Bidang Pengajian Al-Quran
Terengganu Komited Bangunkan Bidang Pengajian Al-Quran
Kerajaan Terengganu melalui Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Pembangunan Insan negeri komited untuk membangunkan sektor pendidikan tinggi khususnya dalam bidang pengajian al-Quran. 
17 Dec 24
136
Pahang Rayu Terengganu Kurangkan Harga Jual Air
Pahang Rayu Terengganu Kurangkan Harga Jual Air
KUANTAN, 17 Disember – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, merayu agar kadar harga air yang dibeli daripada Terengganu dikaji semula supaya lebih murah. “Terengganu kini menetapkan harga jualan air pada kadar RM1.40 semeter padu, jauh lebih tinggi berbanding kadar yang dikenakan oleh Pahang kepada Selangor dan Negeri Sembilan sebelum ini. “Sebagai jiran yang berkongsi sempadan, saya memohon agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan CEO Syarikat Air Terengganu (SATU) dapat berbincang untuk menyeimbangkan kadar harga ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembinaan Paip Agihan Air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng, Pahang yang berlangsung di Gebeng, di sini baru-baru ini. Turut hadir, Menteri Besar Terengganu; Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri; Dato’ Nara Setia Dato' Zulkifli Ali, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri; Hanafiah Mat. Menurut Wan Rosdy, Pahang sebelum ini menjual air kepada Negeri Sembilan pada kadar hanya 80 sen semeter padu.  “Namun, harga air yang kita beli daripada Terengganu kini RM1.40.  “Kalau boleh, saya harap harga tersebut dikurangkan walaupun sedikit,” tambahnya. Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama antara negeri jiran untuk mencapai situasi menang-menang.  “Kita saling memerlukan, jadi sewajarnya harga air ini lebih munasabah.  “Kalau lebih mahal sedikit daripada harga jualan kita ke Negeri Sembilan pun, kita masih boleh terima,” ujarnya lagi. Terdahulu, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menyerahkan projek paip agihan air terawat sepanjang 29.8 kilometer, yang menjadi penyelesaian penting kepada gangguan bekalan air di kawasan perindustrian Gebeng, Pahang. Paip ini, yang menghubungkan Tangki Bukit Kolam, Kemaman, ke Tangki Central B, Gebeng, menyalurkan tambahan 90 juta liter air terawat sehari. Bekalan ini akan memastikan keperluan air bersih kawasan Gebeng dipenuhi, seiring dengan pertumbuhan industri di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek ini juga dijangka menangani lonjakan permintaan air bersih, yang diunjur meningkat kepada 466 juta liter sehari menjelang 2025, berbanding bekalan semasa sebanyak 290 juta liter sehari. Projek ini kini membuka laluan kepada pertumbuhan industri yang lebih mapan, sekaligus memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus menyokong pembangunan ekonomi wilayah ini.
17 Dec 24
5692