lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

EPIC Berhad Salur RM2.3 Juta CSR Bantu Rakyat
EPIC Berhad Salur RM2.3 Juta CSR Bantu Rakyat
Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific International Corporation (EPIC) Berhad, telah memperuntukkan RM2.3 juta bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun ini.
20 Jan 25
101
Belia Terengganu Disaran Tubuh Koperasi Kembang Kemahiran
Belia Terengganu Disaran Tubuh Koperasi Kembang Kemahiran
KUALA TERENGGANU, 19 Januari- Belia di negeri ini disaran supaya menubuhkan koperasi yang mampu memberi manfaat besar kepada golongan berkenaan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Yusop Majid berkata, langkah tersebut bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang keusahawanan koperasi malah akan membantu anak-anak muda menimba berpengalaman dalam menguruskan perniagaan. “Inilah saat yang cukup sesuai kita dapat tampilkan banyak lagi koperasi yang dianggotai oleh anak-anak muda. “Kita juga wajar untuk membimbing golongan ini (menubuhkan koperasi) dan melatih mereka sebagai pelapis usahawan kerana sangat rugi sekiranya tenaga serta ilmu pengetahuan mereka tidak digunakan sebaiknya,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sesi Libat Urus Bersama Gerakan Koperasi Terengganu 2025 di Dewan Matahari di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu, Awang Ruslli Mohammad. Sementara itu Awang Ruslli berkata, Data Perangkaan Koperasi Negeri Terengganu merekodkan sebanyak 839 buah koperasi berdaftar di negeri ini setakat 30 Jun tahun lalu dengan kekuatan anggota seramai 240,748 orang. “Manakala pencapaian jumlah perolehan adalah sebanyak RM621 juta,” ujarnya.  
20 Jan 25
177
Tok Li Sedia Adakan Pertemuan Kali Kedua Dengan 'Buskers'
Tok Li Sedia Adakan Pertemuan Kali Kedua Dengan 'Buskers'
KEMAMAN, 20 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris sedia untuk bertemu sekali lagi golongan pemuzik jalanan atau 'buskers' bagi mencari jalan serta penyelesaian terhadap segala perkara berbangkit untuk dimuktamadkan. Ujarnya, pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun agensi-agensi pemegang taruh akan  dilibaatkan dalam sesi libat utus itu untuk mengadakan perbincangan.  "Saya sebenarnya secara peribadi telah berjumpa dengan mereka ini dan kita dapati ada lebih 45 pengiat muzik jalanan ini yang mencari makan melalui seni ini. "Kita telah berikan penerangan yang jelas mengenai garis panduan hiburan agar difahami oleh mereka, dan tiada niat untuk kita membebankan mereka dan tiada Prosedur Standard operasi (SOP) yang diwujudkan. "Cuma jika ia membabitkan penyanyi wanita itu memang tidak boleh dan kita mengambil pendirian yang tegas dalam usaha untuk memperkasakan syariat di negeri ini,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika mengadakan lawatan kali kedua melihat hakisan di Pantai Penunjuk, di sini, semalam.  Mengulas lebih lanjut, Razali berkata apa jua usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak yang ingin melakukan kegiatan seni dan hiburan di negeri ini tidak akan dihalang "Cuma perlu memahami dengan jelas setiap ketetapan yang dilakukan kerajaan negeri,"ujarnya.  
19 Jan 25
75
EPIC Berhad Salur RM2.3 Juta CSR Bantu Rakyat
EPIC Berhad Salur RM2.3 Juta CSR Bantu Rakyat
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific International Corporation (EPIC) Berhad, telah memperuntukkan RM2.3 juta bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada tahun ini. Pengarah EPIC Berhad, Datuk Haji Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim berkata, program CSR akan menjadi simbol permuafakatan serta sokongan kepada usaha kerajaan negeri dalam menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada komuniti setempat. “Sejak 2018 lagi, saya ingin memaklumkan bahawa pihak EPIC Berhad memang sentiasa menjalankan tanggungjawab sosialnya dalam membantu komuniti rakyat di Terengganu. “Dan hari ini, kita (EPIC Berhad) memberikan bantuan kepada anak-anak bantuan persiapan kembali ke sekolah”, ujarnya kepada pihak media selepas menyempurnakan program ‘EPIC Back To School 2025’ edisi pertama, di Pusat Sains & Kreativiti (PSKT), hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EPIC Berhad, Dr. Ts. Haji Muhtar Suhaili. Kata Ahmad Amzad, seramai 100 orang penerima yang terdiri daripada pelajar prasekolah, PASTI, sekolah rendah dan sekolah menengah telah dipilih melalui penilaian daripada Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) di Dewan Undangan Negeri (DUN). Jelasnya, program ini telah diperuntukkan dana sebanyak RM100,000 .   “Kami memberikan bantuan dalam bentuk baucer bernilai RM200 untuk setiap penerima, bagi meringankan beban ibu-bapa untuk membeli persiapan anak-anak kembali ke sekolah”, katanya. Dalam pada itu, edisi kedua dan ketiga program itu seterusnya akan berlangsung di DUN Kijal dan Jabi pada bulan ini dengan jumlah penerima seramai 200 orang, menjadikan jumlah penerima bantuan secara keseluruhan seramai 300 orang pada tahun ini. Tambah beliau, dengan peningkatan pendapatan yang diperolehi pada masa akan datang, anak syarikat negeri Terengganu itu turut memasang hasrat untuk meningkatkan lagi saluran bantuan kepada masyarakat negeri.  “Saya selaku Ahli Lembaga Pengarah EPIC Berhad menyokong sebarang cadangan untuk meningkatkan lagi kadar bantuan kepada rakyat dan kadar bilangan penerima supaya lebih ramai dapat merasa daripada kemajuan yang dicapai oleh EPIC Berhad," tambah beliau. Menurut Ahmad Amzad, selain daripada program 'EPIC Back To School 2025' itu, pihaknya juga telah menjalankan program CSR mencantikkan surau Batu Burok baru-baru ini bagi memberi kemudahan dan keselesaan yang lebih baik kepada pengunjung.
19 Jan 25
388
Kerajaan Negeri Sedia Pertimbang Kaedah 'Crasmet' Atasi Hakisan Pantai Penunjuk
Kerajaan Negeri Sedia Pertimbang Kaedah 'Crasmet' Atasi Hakisan Pantai Penunjuk
KEMAMAN, 20 Januari - Kerajaan negeri mempertimbangkan kaedah terbaik dengan cara memasang 'crasmet' bernilai RM30 juta bagi mengatasi masalah hakisan yang berlaku di Pantai Penunjuk, Kijal yang merupakan salah satu produk pelancongan di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata kaedah pemasangan 'crasmet' itu akan menjadi 'pilot project' sekiranya ia berkesan mengelakkan hakisan yang serius dari berlaku. Menurutnya, beliau bekerjasama erat dengan Pejabat Daerah Kemaman dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuat satu penilaian 'break water' mana yang lebih sesuai bagi mengelakkan hakisan yang lebih teruk berlaku pada tahun-tahun mendatang. "Jadi kita telah dapat salah satu cadangan dari Pejabat Daerah iaitu memasang 'crasmet'. "Untuk menilai projek ini kita akan buat lawatan ke Pantai Bari sebagai rujukan kerana di sana kaedah ini telah digunakan sejak 15 tahun yang lalu dan masih kekal sampai ke hari ini.   Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas mengadakan lawatan kali kedua ke Pantai Penunjuk itu, di sini, semalam.  Tambah Razali, sekiranya projek tersebut benar-benar berkesan, beliau akan mencadangkan kepada pihak Agensi Pengurusan Bencana Banjir (NADMA) dengan kos dijangka menelan lebih kurang RM30 juta dengan jarak sepanjang tiga kilometer (KM).    
19 Jan 25
232
MB Puji Langkah Proaktif GPB Tangani Krisis Kelapa
MB Puji Langkah Proaktif GPB Tangani Krisis Kelapa
KUALA TERENGGANU, 19 Januari- Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memuji langkah proaktif anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Bhd (GPB) dalam usaha menangani krisis kekurangan bekalan kelapa dengan mengimport bahan mentah itu dari Indonesia. Kira-kira 30,000 biji atau 30 tan bekalan kelapa tua diterima daripada pembekal utama itu, Selasa lalu. “Tahniah kepada Golden Pharos Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri atas usaha proaktif dalam menangani krisis kekuarangan bekalan kelapa dalam pasaran negeri kita,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini. Samsuri berkata, masalah ini (kekurangan bekalan kelapa) telah memberi kesan kepada banyak pihak terutama para peniaga yang menjadikan kelapa sebagai bahan asas kepada bisnes mereka. “Bagi yang berminat untuk membeli secara borong atau runcit, boleh hubungi nombor yang tertera dalam poster tersebut,” ujarnya.  
19 Jan 25
353
Perantau Faham, Simpati Kekangan Dihadapi Terengganu
Perantau Faham, Simpati Kekangan Dihadapi Terengganu
Rata-rata rakyat Terengganu yang berada di perantauan memahami situasi semasa dan kekangan yang dihadapi kerajaan Terengganu dalam membangunkan negeri.
19 Jan 25
63
Genjatan Senjata : Warga Palestin Akan Mula Kecapi Kebebasan
Genjatan Senjata : Warga Palestin Akan Mula Kecapi Kebebasan
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Warga Palestin diharap akan mula mengecapi kebebasan dan kemerdekaan serta Masjid Al-Aqsa turut bebas dari kepungan regim zionis Israel.  Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr. Muhammad Khalid Abdul Hadi berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri Qatar, Mohammed Abdulrahman Al-Thani dalam sidang medianya sebentar tadi berhubung kejayaan rundingan gencatan senjata di Semenanjung Gaza. “Hamas serta kumpulan pejuang Palestin dan regim zionis Israel telah bersetuju dengan syarat dan ketetapan gencatan senjata.  “Ia sekaligus menamatkan perang dan kekejaman regim zionis Israel selama 15 bulan di semenanjung Gaza yang telah mengorbankan lebih 46,707 warga Palestin dengan lebih 110,265 yang lain dilaporkan cedera,” ujarnya dalam satu hantaran di laman rasmi Facebooknya, hari ini. Menurut Muhammad Khalil, semenanjung Gaza ketika ini hampir 70 peratus musnah, tiada kemudahan asas dan dalam keadaan amat memerlukan khususnya makanan, ubat-ubatan dan barangan keperluan asas. “Gencatan senjata tersebut akan bermula Ahad ini yang dikategorikan sebagai fasa pertama selama 43 hari dan diikuti fasa seterusnya sehingga bertukar menjadi 'permanent ceasefire' jika kesemua syarat dan ketetapan dipatuhi.  “Ketika ini ratusan lori yang membawa bantuan kemanusiaan mula memasuki semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Rafah,” ujarnya. Katanya, berita gembira tersebut disambut meriah di seluruh pelusuk semenanjung Gaza termasuk di tebing barat dengan warga Palestin keluar ke jalanan untuk menyambut hari yang bersejarah ini.  “Ia turut disambut gembira di Yaman, Lubnan, Iran, Iraq, Turkiye dan Insya-Allah akan dikuti oleh negara dunia Islam yang lain. “Sepanjang konflik ini berlangsung, zionis Israel gagal mencapai objektif yang ditetapkan khususnya untuk menghancurkan Hamas.  “Sokongan rakyat Palestin kepada Hamas tidak berbelah bagi. Warga Palestin tidak mengalah dan tidak mampu ditewaskan,” ujarnya. Muhammad Khalil berkata, Allah SWT tidak menghampakan doa-doa hambanya yang dizalimi dan dianiaya apatah lagi oleh zionis yahudi laknatullah.
16 Jan 25
206
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru orang ramai agar tidak mempolitikkan isu hakisan pantai Batu Rakit, sebaliknya mahu ia ditangani dengan pendekatan profesional.  Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan kesan hakisan yang didakwa berpunca daripada beberapa pembinaan terdahulu, termasuk Lapangan Terbang Sultan Mahmud. "Kita tak boleh nafikan kesan daripada pembinaan sebelum ini, tapi yang penting sekarang ialah bagaimana nak atasi kesan itu.  "Fokus kita adalah cari penyelesaian, bukan polemik atau tunding jari," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman, hari ini. Tambah beliau, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berautoriti dalam bidang ini, termasuk Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Ts. Osman Abdullah dan Pengarah Institut Oseanografi dan Alam Sekitar (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ts. Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir untuk menjalankan simulasi menangani kesan hakisan. "Kami sedar tentang kesan ini dan sudah ambil langkah proaktif dengan menjalankan simulasi bersama pakar-pakar. "Mereka sedang kaji bagaimana nak kurangkan impak hakisan ini, termasuk di kawasan Batu Rakit,” ujar Ahmad Samsuri. Jelasnya untuk langkah segera, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM120,000 untuk mengawal hakisan pantai di kawasan tersebut.  "Baru-baru ini, kita keluarkan RM50,000 dan RM30,000 secara berasingan untuk menyelesaikan beberapa perkara semasa di batu rakit. “Manakala RM40,000 adalah bajet sebelumnya,” katanya. Justeru itu, beliau menyeru semua pihak, termasuk netizen dan pihak berkepentingan, supaya tidak mempolitikkan isu tersebut. "Hakisan ini isu serius yang perlukan perhatian semua pihak, jangan jadikan ia alat politik. "Kita perlu fokus untuk selesaikan masalah dan jaga keindahan negeri,” ujarnya.
15 Jan 25
669
Faizal Saari 'Mengganas', THT Kekal Menang Bergaya
Faizal Saari 'Mengganas', THT Kekal Menang Bergaya
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Penyerang sensasi Pasukan Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari membantu melengkapkan kemenangan kelima dengan menjaringkan empat gol dalam aksi pada petang ini menyaksikan pasukan itu berjaya mengalahkan Armed Forces HT (AFHT). Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Faizal Saari berjaya menjaringkan gol seawal minit kedua menewaskan penjaga gawang AFHT, Mohamad Akmal Yussaini. Selang lima minit perlawanan, THT sekali lagi meneruskan aksi cemerlang menerusi Mohamad Akhirmullah Anuar Esook meletakkan THT mendahului pihak lawan 2-0 sehingga tamat babak pertama. Bersambung aksi babak kedua, THT terus garang meratah pasukan lawan  dengan jaringan gol cantik yang dihasilkan oleh Faizal Saari sekali hasil umpanan rakan sepasukan terus menyaksikan THT mendominasi perlawanan dengan kemenangan selesa. Akhirnya, pihak lawan berjaya menghasilkan satu jaringan menerusi tendangan sudut penalti pada minit 38 menerusi Muhamad Nazrey Din pada minit ke-38 yang menjadikan kedudukan 4-1. Tidak cukup dengan itu THT terus mendera pelawat dengan menambah dua lagi jaringan menerusi aksi yang cukup cemerlang dipamerkan oleh Faizal pada minit ke-46 dan 48 sekali gus melakarkan kemenangan cukup bergaya buat THT pada aksi Liga Hoki Malaysia (MHL). Kemenangan kelima itu menyaksikan skuad kendalian Mohd Hafizi Baharom mengumpul 15 mata menerusi lima perlawanan. THT bakal berdepan Kelab Liaoning Men's HT pada 20 Januari ini juga di SHBB yang akan menjadi perlawan terakhir di tempat sendiri.  
15 Jan 25
162