lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Terengganu Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Perantau
Terengganu Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Perantau
KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Kerajaan negeri akan bertemu anak Terengganu yang berada di perantauan sekali gus akan meraikan mereka di dalam satu majlis berbuka puasa istimewa. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Urus Setia Majlis berbuka Puasa Anak Terengganu di Perantauan di Wisma Darul Iman bagi memastikan agenda itu berjalan lancar. "Alhamdulillah, kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan acara tahun di bulan Ramadan bersama anak-anak Terengganu di perantauan. "Majlis berbuka puasa ini akan diadakan pada 15 Mac di Dewan D'MAEPS Serdang Selangor," jelasnya dalam satu kenyataan. Justeru beliau menjemput anak-anak perantau yang berada di sekitar Lembah Kelang untuk sama-sama hadir bagi memastikan majlis itu nanti akan meninggalkan kenangan yang penuh bermakna. "Pihak kami memohon jutaan kemaafan ekoran kapasiti muatan dewan agak terhad dan terpaksa membuat sistem pendaftaran. "Semoga majlis ini dipermudahkan," ujarnya.  
10 Mar 25
2242
JPNT Senarai 101 Aktiviti Meriahkan Ramadan
JPNT Senarai 101 Aktiviti Meriahkan Ramadan
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) buat julung kalinya telah menyenaraikan 101 aktiviti termasuklah Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, Bazar Moreh, Madinah Ramadan serta pelbagai program lain bagi memeriahkan Ramadan di negeri ini. 
09 Mar 25
246
Kerajaan Terengganu, Giant Lancar 'Jom Sedekah' Sempena Ramadan
Kerajaan Terengganu, Giant Lancar 'Jom Sedekah' Sempena Ramadan
  Kerajaan Terengganu dengan kerjasama pasar raya besar Giant yang dimiliki oleh GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'Jom Sedekah' bagi membantu golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
09 Mar 25
516
Terengganu Inc Peruntuk RM130 Ribu Laksana CSR Sempena Ramadan
Terengganu Inc Peruntuk RM130 Ribu Laksana CSR Sempena Ramadan
Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memperuntukkan sebanyak RM 130,000 untuk program-program di sepanjang bulan Ramadan tahun 2025.
09 Mar 25
67
Kerajaan Negeri Terima Satu Tan Kurma, Air Mineral Dari Giant
Kerajaan Negeri Terima Satu Tan Kurma, Air Mineral Dari Giant
KUALA TERENGGANU, 9 Mac- Kerajaan negeri menerima satu tan kurma dan 20 karton air mineral yang disumbangkan oleh pasar raya besar Giant untuk dibahagikan kepada umat Islam di negeri ini sempena Ramadan. Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Hal Ehwal Korporat Dan Kerajaan, GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd, Azahari Mohamed Noh kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Maliaman Kassim dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pasar raya berkenaan, hari ini. Maliaman berkata, kerajaan negeri menghargai dan berterima kasih kepada pasar raya terkemuka itu atas inisiatif yang dilakukan. Katanya, kurma dan air mineral itu akan diagihkan ke beberapa masjid dan surau di negeri ini bagi dijadikan juadah sampingan sewaktu berbuka puasa kepada jemaah. Sementara itu, Azahari berkata, sumbangan kurma dan air mineral merupakan antara aktiviti kebajikan yang dirancang pihaknya sepanjang bulan Ramadan ini dan Terengganu merupakan negeri pertama yang menerima sumbangan itu.  "la bertepatan dengan kedatangan Ramadan yang mulia dan sumbangan ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak kami yang diharap dapat memberi impak positif kepada komuniti," ujarnya.
09 Mar 25
172
Thailand, Bangladesh, Myanmar, Nepal Sahkan Sertai Pelita Raya Terengganu
Thailand, Bangladesh, Myanmar, Nepal Sahkan Sertai Pelita Raya Terengganu
Pelita Raya Terengganu 2025 bakal mencipta sejarah baru dengan penyertaan negara luar antaranya Thailand, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Nepal.
09 Mar 25
88
Qabil Irfan Bersiap Sedia Ke Jerez, Sepanyol Untuk Cabaran ESBK 2025
Qabil Irfan Bersiap Sedia Ke Jerez, Sepanyol Untuk Cabaran ESBK 2025
KUALA TERENGGANU, 8 Mac – Pelumba cilik sensasi negara, Qabil Irfan, bakal berangkat ke Jerez, Sepanyol pada 11 Mac ini bagi menghadapi Ujian Pra-Musim dan Pusingan Pertama Espana Superbike Championship (ESBK) 2025. Kejohanan itu bakal menjadi satu lagi medan penting buat pelumba berusia 13 tahun berkenaan untuk mengasah kemahirannya di peringkat antarabangsa. Qabil, yang baru sahaja dinobatkan sebagai ‘Young Rider of The Year’ semasa MAM Award Night anjuran Persatuan Sukan Bermotor Malaysia, akan bersaing dalam kategori ‘ESBK Talent Cup’ menggunakan jentera NSF 250. Ini merupakan satu lagi pencapaian besar dalam kariernya selepas menjuarai MiniGP World Championship 2023 dan memenangi perlumbaan ESBK Moto4 pada awal tahun ini. Menerima kunjungan istimewa Qabil bersama ibu bapanya di Wisma Darul Iman baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan anak muda itu. Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus menyokong dan membimbing atlet muda berbakat untuk mencapai kejayaan di peringkat global. “Selamat berangkat ke Jerez, Sepanyol pada 11 Mac 2025 untuk menghadapi Ujian Pra-Musim dan Pusingan Pertama ESBK. “Sesungguhnya, ramai lagi atlet muda berbakat yang perlu digilap agar potensi mereka tidak disia-siakan. “Pihak Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa menyokong atlet sukan kelahiran Terengganu untuk terus berjaya dalam apa jua jenis sukan,” ujarnya dalam satu hantaran melalui laman sosial media rasminya baru-baru ini. Qabil, yang sering mengunjungi Hishamuddin sebelum berlepas ke luar negara, menyatakan kesyukurannya atas sokongan berterusan yang diterima daripada pihak kerajaan negeri serta rakyat Malaysia.
08 Mar 25
128
TATI UC Raih Status 'Reporter' dalam Ranking Universiti Dunia
TATI UC Raih Status 'Reporter' dalam Ranking Universiti Dunia
KUALA TERENGGANU, 8 Mac - Institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri, Kolej Universiti TATI (TATI UC) mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih status 'Reporter' dalam ranking Universiti Dunia 2025 oleh Times Higher Education (THE). Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, mengucapkan tahniah kepada seluruh warga TATI UC atas pencapaian tersebut. Beliau menekankan bahawa kejayaan itu adalah hasil usaha gigih semua pihak institusi berkenaan dalam memastikan ia terus berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. "Tahniah diucapkan kepada Kolej Universiti TATI atas pencapaian yang cemerlang dalam mencapai status 'Reporter' dalam ranking Universiti Dunia 2025 Times Higher Education (THE). “Pencapaian ini merupakan bukti kesungguhan dan dedikasi pasukan Kolej Universiti TATI dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta penyelidikan. “Melalui usaha gigih semua pihak, terutama para akademik dan pengurusan, kejayaan ini sudah pasti akan mengukuhkan lagi kedudukan sebagai institusi pendidikan yang berwibawa serta mampu bersaing di peringkat global. Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran Facebook rasminya, sebentar tadi. Dr. Ahmad Samsuri turut menyatakan harapan beliau agar kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan graduan yang berdaya saing serta mampu memberikan sumbangan signifikan kepada pembangunan negeri dan negara. Pengiktirafan ini menjadi bukti kesungguhan dan dedikasi institusi itu dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta penyelidikan. “Melalui status ini, semoga Kolej Universiti TATI terus memperluas jaringan antarabangsa, mengukuhkan kerjasama dengan institusi pendidikan global, serta memacu penyelidikan yang lebih inovatif,” ujar beliau dalam hantaran tersebut. Pencapaian ini menandakan langkah positif bagi TATIUC dalam mengorak langkah ke arah menjadi sebuah institusi pendidikan yang lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, diharapkan TATIUC akan terus mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Sebagai makluman, status 'Reporter' diberikan kepada institusi yang mengambil bahagian dalam penilaian THE tetapi tidak memenuhi kriteria untuk disenaraikan dalam ranking utama. Walaupun begitu, status ini menunjukkan keterlibatan TATIUC dalam penilaian global serta komitmen terhadap peningkatan kualiti akademik dan penyelidikan.
08 Mar 25
255
Kerajaan Terengganu, Giant Lancar 'Jom Sedekah' Sempena Ramadan
Kerajaan Terengganu, Giant Lancar 'Jom Sedekah' Sempena Ramadan
KUALA TERENGGANU, 7 Mac- Kerajaan Terengganu dengan kerjasama pasar raya besar Giant yang dimiliki oleh GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) 'Jom Sedekah' bagi membantu golongan memerlukan sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Ketua Hal Ehwal Korporat Dan Kerajaan, GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd, Azahari Mohamed Noh berkata, melalui inisiatif berkenaan, Bank Makanan Ramadan (Jom Sedekah) akan diperkenalkan di semua cawangan Giant di Terengganu. "Ia melibatkan Giant Kuala Terengganu, Giant Jerteh, Giant Dungun, dan TMC Mesra Mall.  "Melalui program ini, pelanggan boleh membeli barangan keperluan asas pada harga istimewa dan menyumbang ke dalam (Kotak Donasi) yang disediakan di pintu masuk pasar raya," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran program tersebut yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Maliaman Kassim di Pasaraya Giant Kuala Terengganu, semalam. Menurut beliau, setiap sumbangan akan dikumpulkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan disalurkan kepada masjid serta golongan asnaf di seluruh negeri.  "Pelanggan boleh memilih untuk menyumbang sama ada dalam bentuk set kotak makanan bernilai RM30 atau barangan secara individu," ujarnya. Selain itu katanya, kempen 'Jom Sedekah' turut merangkumi program khas di mana Giant bersama Kerajaan Negeri Terengganu akan menaja anak-anak kurang berkemampuan pada 15 Mac ini untuk mendapatkan pakaian baharu sempena Aidilfitri. "Pada hari sama kita juga akan menganjurkan program agihan bubur lambuk percuma yang akan diedarkan kepada masyarakat di beberapa lokasi terpilih di Terengganu," katanya. Dalam pada itu Azahari berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kerajaan Terengganu bagi menjayakan kempen tersebut yang telah bermula 1 Mac lalu sehingga 23 Mac ini. "Kerjasama erat ini membolehkan kami menyalurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, terutama dalam menghadapi bulan Ramadan. "Kami percaya bahawa usaha ini bukan sahaja meringankan beban golongan kurang bernasib baik, tetapi juga menggalakkan budaya bersedekah dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat," ujarnya. Sementara itu, Maliaman merakamkan penghargaan kepada Giant kerana memperkenalkan program yang memberikan manfaat besar kepada rakyat Terengganu.  "Dengan adanya inisiatif ini, lebih ramai golongan memerlukan termasuk asnaf dan masjid dapat menikmati bantuan sepanjang Ramadan ini.  "Kami berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang," ujarnya
07 Mar 25
2750
JPNT Senarai 101 Aktiviti Meriahkan Ramadan
JPNT Senarai 101 Aktiviti Meriahkan Ramadan
KUALA TERENGGANU, 6 Mac - Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) buat julung kalinya telah menyenaraikan 101 aktiviti termasuklah Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, Bazar Moreh, Madinah Ramadan serta pelbagai program lain bagi memeriahkan Ramadan di negeri ini.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, memaklumkan bahawa kesemua aktiviti yang dianjurkan di setiap daerah telah disenaraikan sebagai acara utama dalam program Indahnya Ramadan @ Terengganu. "Diharapkan pendekatan baharu ini, yang kini dimasukkan dalam kalendar tahunan pelancongan, akan menjadi daya tarikan baharu bagi menggalakkan kehadiran pelancong ke Terengganu sepanjang bulan Ramadan. "Selain menikmati pelbagai variasi makanan tradisional Terengganu, pelancong juga berpeluang menyertai pelbagai program keagamaan yang diadakan di seluruh daerah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam sidang media Program Peliter Raya @ KSNT yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa 1, Tingkat 6, Wisma Darul Iman (WDI), semalam. Mengulas lebih lanjut, semua aktiviti itu akan dihebahkan secara e-brosur untuk rujukan para pelancong sebelum dan semasa berada di negeri ini. "Di antara acara utama Indahnya Ramadan @ Terengganu yang disenaraikan adalah Bazar Ramadan Pasar Chabang Tiga, Moreh Ramadan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Carfood Sahur 8.0, Terengganu Drawbridge Moreh Festival, Selepek Sahur Payang Walk. "Antaranya lagi ialah, program Madinah Ramadan Peringkat Negeri Terengganu dan Sambutan Nuzul Quran dan Badan Qubra Peringkat Negeri di Kuala Terengganu. "Selain itu turut tersenarai membabitkan daerah Kula Nerus ialah Bazar Ramadan Teluk Ketapang dan Moreh Nostalgia Studio Jalan Ampas (NoSJA). Manakala di Kemaman ialah Bazar Ramadan Persatuan Usahawan Perwira dan Bazar Moreh Kelab Anak Muda Prihatin Kampung Tengah,"ujarnya. Tambah beliau lagi antara aktivti yang tersenarai membabitkan Daerah Dungun pula ialah Bazar Ramadan Sura Gate dan D'Moreh. "Untuk Daerah setiu ialah Bazar Ramadan Rhu 10 dan Program Qiamullail Perdana dan Pahlawan Subuh. "Di Hulu Terengganu Bazar Aidilfitri Bandar Kuala Berang dan Bazar Ramadan Ajil, turut tersenarai Bazar Ramadan Bandar Marang di Daerah Marang. "Besut pula yang tersenarai ialah Bazar Ramadan Dataran Limbongan dan Bazar Ramadan di Kampung Raja,"jelasnya.
06 Mar 25
363