lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

125 Taska Dibenar Beroperasi Jika Cukup Syarat
125 Taska Dibenar Beroperasi Jika Cukup Syarat
KUALA TERENGGANU, 11 November - Sebanyak 125 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di negeri ini dibenar beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekiranya mematuhi syarat dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, permohonan kesemua taska tersebut sedang diteliti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum apa-apa keputusan dibuat. Menurut Hanafiah, daripada 125 taska, 122 merupakan institusi taska berpusat, manakala tiga lagi taska di rumah melibatkan 1,870 kanak-kanak. “Kerajaan putuskan supaya taska dan pusat jagaan harian yang menjaga anak-anak petugas barisan hadapan dan ibu bapa perlu keluar bekerja dalam tempoh PKPB dibenarkan operasi sekiranya mereka memenuhi syarat. “Antara syarat itu adalah pendaftaran taska dengan JKM masih sah, mematuhi SOP PKP Pemulihan iaitu Garis Panduan Pencegahan Penularan Covid-19 pasca PKP dan mendapat kebenaran daripada JKM. “Selain itu, taska yang memohon juga perlu melampirkan surat pengesahan dan arahan bekerja di pejabat oleh majikan ibu bapa kanak-kanak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Hanafiah berkata, kebenaran operasi taska dan pusat jagaan harian dalam tempoh PKPB adalah selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) yang sedang dikuatkuasakan. “Bancian dilakukan kerajaan pada 23 hingga 25 Oktober lalu mendapati ada keperluan kebenaran operasi taska dan pusat jagaan harian yang menjaga anak-anak petugas barisan hadapan serta ibu bapa yang keluar bekerja. “Bagaimanapun, kebenaran ini akan dibatalkan sekiranya terdapat arahan terkini daripada mana-mana pihak berkuasa berhubung perkara ini,” katanya.  
11 Nov 20
2340
Longkang Baharu Atasi Banjir Kilat Di Kampung Telaga
Longkang Baharu Atasi Banjir Kilat Di Kampung Telaga
HULU TERENGGANU, 11 November - Pembinaan longkang baharu berjaya mengatasi masalah banjir kilat sekaligus memberikan kelegaan kepada penduduk Kampung Telaga. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata pembinaan longkang baharu ini telah pun berjaya disiapkan dan dijangkakan dapat mengatasi masalah banjir walaupun berlakunya hujan lebat. "Kita baru siap bina longkang di Kampung Telaga yang mana kosnya lebih kurang RM100 ribu dan ini adalah untuk kemudahan penduduk di sini. "Saya telah bertanya kepada penduduk kawasan sekitar dan mereka beritahu bahawa walaupun hujan selama tiga atau empat hari secara berterusan, tidak lagi berlaku banjir di kawasan dapur atau rumah mereka," jelasnya. Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan longkang tersebut di Kampung Telaga, baru-baru ini. Menurut Dr Mamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrasturktur, Kemudahan Awam, Utiliti, dan Teknologi Hijau negeri, longkang yang disiapkan ini perlu ditutup dengan baik untuk keselamatan penduduk kampung. "Kita harapkan akan disiapkan batu baur dan penutup longkang bagi mengelakkan sebarang kecelakaan kepada penduduk disini kerana keadaan penduduk di sini yang agak padat. "Kita tahu bahawa penduduk disini sekian lama telah menghadapi masalah banjir kilat di kawasan rumah mereka dan saya sangat bersyukur kerana kita semua berjaya menyelesaikan masalah ini," katanya.
11 Nov 20
961
Agih Peralatan Berniaga Percuma
Agih Peralatan Berniaga Percuma
KUALA NERUS, 11 November - Kerajaan komited untuk meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil dan membantu mereka keluar daripada kemiskinan dengan mengagihkan peralatan berniaga secara percuma. Pegawai Penyelaras Dewa Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, golongan terbabit telah dipilih oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menerima peralatan perniagaan bernilai RM10,000.  “Objektif program ini adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran. “Selain itu, kita mahu meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan-latihan di bawah program Rezeki Tani dan latihan teknikal," katanya ditemui pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di rumah salah seorang penerima bantuan hari ini. Mengulas lanjut, beliau memberitahu, penerima dipilih melalui sistem e-Kasih terutama melibatkan golongan miskin serta isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,614 atau pendapatan per kapita tidak melebihi RM650. Shafizi berkata keutamaan akan diberikan kepada calon berminat, berpengalaman dan berkemahiran yang sedang menjalankan aktiviti berkaitan pertanian, penternakan, perikanan dan pemprosesan produk berasaskan pertanian serta perniagaan tani. “Mereka juga dipilih setelah saya sendiri turun padang dan meninjau keadaan penerima bantuan,” katanya. Sementara itu, salah seorang penerima, Zaharah Zainon, 46, yang menerima bantuan tersebut berkata, sumbangan seperti kuali, periuk kukusan, ‘multi functional disintegrator’dan beberapa peralatan lagi itu membantunya mengembangkan lagi perniagaan. “Saya mengusahakan perniagaan menjual ketupat frozen, pau goring sambal ikan (woh bom orang ganu panggil), kuih keppa dan kuih woh gomok secara serius sejak 5 tahun lalu bermula tahun 2015. "Setiap bulan kami memperolehi hasil jualan sekitar RM3,000 sehingga RM3,500 setiap hari dapat RM 100 sehingga 150 daripada hasil jualan secara atas talian, pasar pagi dan tempahan daripda rakan-rakan dan keluarga terdekat. Kadang-kala kami terpaksa menolak tempahan pelanggan kerana tidak sempat untuk menghasilkan kuih woh gomok, pau goreng dan kuih keppa kerana kekurangan peralatan. "Dengan bantuan sebegini, kami benar-benar bersyukur. Kalau sekarang kami dapat hasilkan 300 biji woh gomok dan kuih keppa, selepas ini mungkin dapat mencecah 1000 biji lebih dengan bantuan yang telah diberikan," katanya.
11 Nov 20
3450
Cadang Bina Jalan dan Jambatan Ke Madrasah Darul Zahraa- Dr Mamad
Cadang Bina Jalan dan Jambatan Ke Madrasah Darul Zahraa- Dr Mamad
HULU TERENGGANU, 11 November - Kerajaan negeri akan mencadangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membina infrastruktur jalan dan jambatan menghala ke Madrasah Darul Zahraa milik Ustaz Muhammad Abdullah @ Ustaz Mad Kecik. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri ,Dr Mamad Putih berkata, usaha telah dilakukan bagi mendapatkan infrastruktur berbentuk jalan dan jambatan ke madrasah ini. "Kita sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan dan kita cadangkan kepada JPS kerana belum ada jalan dan jambatan yang sebaiknya untuk digunakan ke Madrasah Darul Zahraa ini. "Jambatan yang sedia ada bermasalah apabila hujan kerana ianya akan ditenggelami air sungai," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak cadangan jalan dan jambatan ke Madrasah Darul Zahraa milik Ustaz Muhammad Abdullah @ Ustaz Mad Kecik di Kampung Kuala Dura, Kuala Berang baru-baru ini. Menurut beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Berang berkata kos kesemua ini kemungkinan menelan belanja dalam RM500 ribu. "Jambatan sementara yang sedia ada, berada dalam kawasan tanah milik individu. Kita akan buat jalan sama ada jalan 'crusher run' dulu, atau jalan 'premix', yang dianggarkan bernilai sekitar RM500 ribu," katanya. Turut hadir, Pegawai JPS Hulu Terengganu, Roslan, Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Safari Abu, dan Guru Madrasah Nasrun Abdullah.
11 Nov 20
698
Jasa Petugas Barisan Hadapan Dihargai
Jasa Petugas Barisan Hadapan Dihargai
DUNGUN, 11 November- Bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menghadapi wabak COVID-19, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman turut padang memberikan sumbangan kepada mereka. Katanya, beliau akui sumbangan petugas barisan hadapan amat besar sama ada kepada negara dan masyarakat. "Apabila dikuatkuasakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 November sudah tentu petugas barisan hadapan akan menjadi watak penting didalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19 justeru sangat wajar mereka dihargai oleh masyarakat. "Saya juga turut menyantuni mereka yang bertugas menjaga Sekatan Jalan Raya (SJR) yang terdiri daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan RELA di Simpang Mek Bulu yang menghubungkan antara Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan Hulu Paka.Saya dimaklumkan sekatan berkenaan diadakan selama 24 jam melibatkan tiga 'shift', dengan menempatkan enam petugas didalam satu-satu masa melibatkan PDRM dan Rela," ujarnya Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Abadi, Zulkifli Yusof. Dalam pada itu, Ghazali turut berharap agar masyarakat dapat mematuhi arahan PKPB yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. "Jangan ambil mudah serta perlu memandang serius akan usaha yang perlu dijayakan bersama ini bukan hanya petugas barisan hadapan sahaja bertanggungjawab malah kita juga perlu bersama-sama menangani dan berusaha memutuskan rantaian COVID-19 ini agar tidak berlaku penularan secara berterusan. "Sama-samalah kita menjaga kita, dan teruskan berdoa agar wabak ini akan dilenyapkan oleh Allah SWT serta tahun 2021 akan membuka lebaran baru buat kita semua, bersamalah kita bergantung harap akan kekuasaan Allah yang memiliki segala kekuasaan meliputi langit dan bumi," ujar beliau.
11 Nov 20
398
ADUN AJIL Hargai Pengorbanan 'Hero' Negara
ADUN AJIL Hargai Pengorbanan 'Hero' Negara
HULU TERENGGANU, 10 November – Pengorbanan besar setiap anggota keselamatan, petugas kesihatan, Bomba dan agensi-agensi lain berhadapan cabaran ketika melaksanakan tugas masing-masing dalam mengekang gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 ini sewajarnya dihargai oleh rakyat Malaysia. Bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada wira dan wirawati negara yang bertungkus-lumus berkhidmat selama ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil,Maliaman Kassim telah mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan bekalan makanan khususnya kepada anggota polis dan RELA yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya disekitar Pekan Ajil, Hulu Terengganu. Beliau berkata, usaha itu bertitik tolak untuk meringankan kepayahan dilalui petugas  barisan hadapan yang memainkan peranan penting dalam menangani dan menghentikan penularan wabak pandemik COVID-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dilaksanakan bermula 9 November hingga 6 Disember.  “Penyaluran bantuan makanan itu bertujuan menyuntik semangat anggota PDRM dan RELA untuk terus memberi perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.Sumbangan berkenaan akan dilakukan secara konsisten selepas ini membabitkan pemberian kepada semua barisan hadapan di sekitar Hulu Terengganu. "Kami akan menyalurkan sumbangan makanan ini untuk pastikan anggota barisan hadapan terus bersemangat. Jumlah pek makanan itu juga akan ditambah sekiranya terdapat permintaan tinggi," katanya ketika mewakilkan Pegawai Khasnya menyerahkan sumbangan di Pondok Sekatan jalan raya Pekan Ajil hari ini. Tambah Maliaman, pengorbanan mereka sepanjang PKP dilaksanakan wajar dihargai dan diiktiraf oleh semua lapisan masyarakat kerana mereka ini berisiko terdedah kepada jangkitan wabak Covid-19 kerana perlu bergerak setiap hari bagi menjaga keselamatan, namun mereka menjalankan kewajipan masing-masing.
10 Nov 20
1154
Belanjawan 2021 : Peruntukan RM510 Juta, TEKUN Pacu Usahawan IKS
Belanjawan 2021 : Peruntukan RM510 Juta, TEKUN Pacu Usahawan IKS
KUALA LUMPUR, 10 November - TEKUN Nasional akan terus memberikan komitmen sepenuhnya dalam membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) melalui pembiayaan perniagaan. Pengerusinya, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, peruntukan sebanyak RM510 juta yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada jumaat lalu menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional komited membantu usahawan IKS yang terjejas mata pencarian akibat penularan wabak COVID-19. "Pengumuman Kerajaan bagi menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada TEKUN bagi tahun 2021 menunjukkan Kerajaan memberi keprihatinan yang konsisten kepada golongan usahawan dan PKS yang mengalami kemerosotan perniagaan akibat penguatkuasaan PKP. "Justeru, sebagai Pengerusi TEKUN Nasional, saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan peruntukan yang besar ini dapat dimanfaatkan kepada rakyat sepenuhnya terutamanya kepada para usahawan dan PKS di negara ini," ujar beliau ketika ditemuramah wartawan hari ini. Sebelum ini ujaranya, sebanyak hampir RM300 juta telah disalurkan kerajaan kepada TEKUN Nasional dalam menjana semula pertumbuhan ekonomi negara melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang menyasarkan peniaga dan usahawan IKS.  "Kerajaan ada menyalurkan peruntukan RM200 juta melalui Dana Prihatin bagi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) manakala RM100 juta melalui Dana Penjana bagi Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS). "Begitu juga, TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 bagi membantu golongan yang terlibat dengan aktiviti ekonomi Gig untuk membaikpulih dan membeli kenderaan baharu," tambah beliau. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiu berkata, masyarakat India dan kaum wanita juga tidak ketinggalan dalam menerima faedah dari Belanjawan 2021 ini. "Dalam usaha membantu golongan usahawan wanita, peruntukan pembiayaan berbentuk mikro kredit turut disalurkan kepada TEKUN Nasional, MARA dan Agrobank dengan jumlah RM95 juta. "Peruntukan sebanyak RM20 juta bagi Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan selain itu dua skim baru diwujudkan iaitu RM5 juta untuk masyarakat Orang Asli dan Siam,"
10 Nov 20
1275
Jadikan Masjid, Surau Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat
Jadikan Masjid, Surau Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat
HULU TERENGGANU, 10 November - Fungsi masjid atau surau sebagai institusi menimba ilmu agama perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Ajil, Maliaman Kassim. Beliau berkata, selain bersolat, masjid dan surau memainkan peranan mustahak sebagai tempat bagi masyarakat Islam berkumpul dan menganjurkan aktiviti selain yang menjurus kepada aspek keagamaan.   “Tidak salah jika ahli jawatankuasa masjid menganjurkan aktiviti (sukan) seperti pertandingan sepak takraw, badminton dan sebagainya di pekarangan masjid.Jadi, ahli jawatankuasa masjid harus menetapkan di mana untuk membina gelanggang permainan untuk golongan tersebut. “Program-progam tuisyen juga boleh dianjurkan selain pertandingan nasyid, tilawah al-Quran, zikir dan sebagainya yang mampu membentuk golongan belia,” katanya. “Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan masyarakat serta pembangunan minda dan fizikalnya memberikan isyarat bahawa institusi masjid juga perlu berkembang untuk mengimbangi keperluan dan perkembangan masyarakat Islam," katanya ketika ditemubual selepas Program Sambutan Maulidur Rasul di Masjid, Kampung Gunong, semalam. Dalam pada itu, Maliaman turut menyeru semua ahli masjid dan surau di negeri ini agar lebih aktif menganjurkan aktiviti keagamaan yang dapat menarik pembabitan golongan belia. “Saya menyeru semua ahli jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini agar memahami kehendak golongan berkenaan (belia) agar tugas untuk menarik penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan lebih mudah. “Aktiviti mengimarahkan atau menyemarakkan masjid tidak sewajarnya tertumpu kepada penglibatan warga emas sebaliknya menuntut kehadiran generasi muda dan wanita,” ujarnya.  
10 Nov 20
2276
Selesai Lantikan JPKK Menjelang Tahun Baharu
Selesai Lantikan JPKK Menjelang Tahun Baharu
BESUT, 10 November – Kerajaan Terengganu menyasarkan lantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diselesaikan menjelang tahun baharu 2021. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, berikutan itu senarai cadangan keanggotaan JPKK perlu disiapkan selewat-lewatnya akhir bulan ini. "Berbaki lebih kurang tiga minggu lagi untuk kita menyiapkan senarai. Akhir bulan 11 ini akan diangkat ke Pejabat Daerah yang juga memerlukan masa dalam tempoh sekitar 10 hari. Maknanya 10 Disember ini, senarai cadangan daripada Pejabat Daerah khususnya di Besut akan diangkat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK). Seterusnya, pelantikan akan dibuat oleh pihak berkuasa melantik iaitu Menteri Besar. "Makluman kekosongan ini akan dimaklumkan segera. Jadi ambillah perhatian terhadap jangka masa yang telah ditetapkan. Semoga menjelang 1 Januari 2021 kita boleh memberikan watikah pelantikan dan boleh memulakan tugas menjelang tahun baru.  "Saya mengharapkan setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) serta Pejabat Pegawai Penyelaras DUN boleh mengambil tindakan yang sepatutnya agar kita tidak terlewat daripada waktu yang ditentukan.  Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Taklimat JPKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Besut di Kota Putera Square semalam. Mengulas lanjut, kerajaan negeri mengesyorkan agar perbincangan dengan parti PN diadakan bagi mencadangkan calon-calon mengikut beberapa kriteria yang perlu dipatuhi. "Kita tidak tentukan bagaimana bentuk perbincangan yang mesti dibuat. Namun, biarlah berdasarkan kepada kesesuaian dan situasi setempat. "Antara syaratnya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur di antara 21 tahun sehingga 65 tahun, penduduk tetap, tidak muflis, tiada rekod atau sabitan terlibat dalam mana-mana kes jenayah, sihat mental dan fizikal, bebas dari penyalahgunaan dadah, aliran pemikiran dan daya kepimpinan yang boleh diterima oleh masyarakat dan seterusnya mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan yang berwibawa. "Bagi jawatan pengerusi dan setiausaha disyaratkan agar tiada pertalian keluarga. Syarat-syarat ini mesti digunapakai oleh semua parti dan syarat-syarat tambahan telah ditetapkan daripada masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan." katanya.  Walau bagaimanapun jelasnya, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempunyai kuasa untuk memberikan pengecualian kepada calon-calon yang tidak menepati syarat-syarat. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, prestasi MPKK Terengganu dalam tempoh dua tahun lebih berkhidmat ini agak terkedepan. "Saya yakin sebahagian besar daripada MPKK yang sedia ada boleh dikekalkan untuk meneruskan khidmat paling paling kurang dalam tempoh dua tahun lagi nanti," tambah beliau
10 Nov 20
1877
Terus Waspada, Jangan Alpa
Terus Waspada, Jangan Alpa
KUALA NERUS, 10 November – Orang ramai terutamanya di Seberang Takir diingatkan untuk terus berwaspada dan tidak alpa dalam menjalankan aktiviti seharian selepas wabak COVID-19 kembali meningkat. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadil Wahab berkata, peningkatan kes sejak 5 September dengan lonjakan kepada tiga digit adalah sangat membimbangkan. “Saya merasa terpanggil untuk mengingatkan kepada warga Seberang Takir untuk berwaspada dengan ancaman penyakit ini dan jauh di sudut hati saya, saya tidak mahu jika dikuat kuasakan PKP seluruh negara, ia akan memberi kesan lain terutama ekonomi kepada penduduk, katanya. “Memandangkan Seberang Takir pernah menjadi zon kuning September lalu, saya mohon agar kita terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berjalan ini,” katanya kepada pemberita. Dalam pada itu seorang penduduk Seberang Takir, Kahtijah Muda, 65, menyataan kebimbangan terhadap ekonomi keluarganya setelah PKPB dilaksanakan. “Anak saya bekerja dalam bidang pemasaran kolej, hilangan sumber pendapatan kerana ibu-bapa tidak mahu menghantar anak-anak ke kolej. “Akibat daripada pelaksanaan PKPB ini ramai yang diberhentikan kerja kerana majikan tidak mampu membayar gaji,” ujarnya.
09 Nov 20
874