lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Ungkit Isu Lapuk Rosakkan Muafakat
Ungkit Isu Lapuk Rosakkan Muafakat
19 Nov 21
250
Sedia Siasat Dakwaan Berkenaan Hutan Simpan Gunung Tebu
Sedia Siasat Dakwaan Berkenaan Hutan Simpan Gunung Tebu
19 Nov 21
357
BANTUAN KEPADA USAHAWAN TERENGGANU NAIK MENDADAK SEJAK 2019
BANTUAN KEPADA USAHAWAN TERENGGANU NAIK MENDADAK SEJAK 2019
19 Nov 21
223
‘ABANG LONG SEBUAH PARTI MAHUKAN TIGA PENJURU’
‘ABANG LONG SEBUAH PARTI MAHUKAN TIGA PENJURU’
19 Nov 21
157
Berpuluh Tahun Cuci Baju Guna Tangan, Keluarga Pekebun Dibantu
Berpuluh Tahun Cuci Baju Guna Tangan, Keluarga Pekebun Dibantu
SETIU, 18 November - Seorang pekebun tepi rumah, Che Nik Ibrahim meluahkan perasaan terharu apabila menerima sumbangan mesin basuh daripada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail Katanya, berpuluh tahun sebelumnya, dia terpaksa membasuh pakaian hanya dengan menggunakan kudrat sendiri untuk keluarganya kerana tidak mampu membeli sebuah mesin mencuci. “Saya gembira di atas pemberian ini dan sangat bersyukur, sebelum ini saya hanya membasuh baju dengan tangan sahaja di luar rumah. "Terima kasih atas keprihatinan Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung disini,” katanya yang juga ibu kepada seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU). Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika diziarahi Pegawai Penyelaras DUN berkenaan untuk menyampaikan bantuan berkenaan, di kediamannya baru-baru ini. Shafizi memaklumkan selain menyampaikan bantuan mesin basuh berkenaan, rumah penerima berkenaan juga baru sahaja dibalik pulih melibatkan ruang tamu dan bilik tidur. "Saya berharap dengan sumbangan ini akan meringankan beban atau urusan keluarga,” ujarnya. Katanya tindakan yang diambilnya dalam menggembirakan rakyat di DUN tersebut setelah menerima aduan daripada Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Maras Hilir yang menyatakan ada seorang pekebun yang juga merupakan suri rumah memerlukan bantuan mesin basuh. "Dengan syarat-syarat yang dipenuhi, kami menyerahkan sebuah mesin basuh dengan segera untuk kegunaan hariannya sekeluarga,” katanya. 
18 Nov 21
75
SIDANG DUN : Hampir Enam Ribu Warga Tani Nikmati Manfaat Bernilai RM3 Juta
SIDANG DUN : Hampir Enam Ribu Warga Tani Nikmati Manfaat Bernilai RM3 Juta
KUALA TERENGGANU, 17 November – Pelaksanaan pelbagai program dan bantuan daripada Kerajaan Negeri dari Januari hingga November tahun ini telah memberi manfaat kepada sejumlah 5,949 orang warga tani dengan nilai RM3 juta. Data tersebut dilaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi  dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim yang memperincikan jumlah tersebut melibatkan 3,447 orang petani. “Disamping itu, seramai 622 penternak dan 1880 nelayan turut menerima nikmat pelbagai bantuan sejak bermulanya Tahun Pertanian Terengganu (TPT) 2021. “Apabila tamat pelaksanaan TPT 2021 pada Januari 2022 nanti, Sekretariat TPT bertanggungjawab mengukur pencapaian dan keberkesanan kepada semua golongan sasar melalui soal selidik di lapangan. “Sekretariat TPT turut bertanggungjawab memantau pelaksanaan serta menyediakan perancangan untuk menambahbaik Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023,” katanya. Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan bajet 2022 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri, semalam. Tambahnya, Terengganu turut menyediakan perancangan kearah penubuhan Perbadanan Pertanian Negeri Terengganu. “Negeri-negeri lain yang menjadikan pertanian sebagai teras ekonomi rakyat mempunyai perancangan yang bersistematik melalui Perbadanan Pertanian Negeri. “Terengganu juga mempunyai perancangan ke arah penubuhan Perbadanan ini melalui perancangan yang tuntas dan berbekalkan data yang tepat,” katanya lagi.
18 Nov 21
214
Pendaratan Penyu Di Pantai Terengganu Meningkat
Pendaratan Penyu Di Pantai Terengganu Meningkat
KUALA TERENGGANU, 18 November – Jumlah pendaratan penyu di sekitar pantai Terengganu didapati melonjak sebanyak 68 peratus berbanding tahun lalu. Menurut maklumat dikeluarkan Jabatan Perikanan, sejumlah 3,783 ekor penyu dikesan mendarat di negeri itu untuk bertelur meliputi 3,780 ekor jenis penyu agar dan baki tiga penyu karah. Menerusi infografik dimuat naik agensi tersebut, perbandingan tempoh sama pada tahun lepas hanya 2,583 ekor dan tahun sebelumnya 2,573 ekor direkodkan di Terengganu. “Antara faktor berlakunya peningkatan tersebut seperti kekurangan trafik bot pelancong ke pulau peranginan dan gangguan manusia tidak bertanggungjawab di pantai. “Justeru, ayuh kita bersama-sama terus menjaga kebersihan pantai agar segala ekosistem hidupan marin dapat terpelihara dengan lebih baik,” katanya menerusi Facebook rasminya, hari ini. Terengganu turut muncul sebagai negeri paling tinggi pendaratan penyu dari 2016 sehingga 2019 dengan merekodkan sebanyak 25,106 ekor, sebahagian besarnya dari jenis agar dan ini diikuti Melaka yang mencatatkan sejumlah 2,087 ekor untuk tempoh empat tahun tersebut selain Pahang (1,535), Johor (1,023), Perak (347), Kedah (186) dan Negeri Sembilan (113). Terbaharu, Kerajaan Negeri turut meluluskan pindaan Enakmen Penyu 2021 bagi mengharamkan aktiviti penjualan telur bagi semua spesies penyu serta memastikan aktiviti penguatkuasaan dan pemuliharaan penyu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.  
18 Nov 21
1037
Batik Warnai Hari Terakhir Persidangan DUN Terengganu
Batik Warnai Hari Terakhir Persidangan DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 18 November – Buat kali pertama persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu diwarnai dengan corak batik sekali gus memaparkan komitmen kerajaan negeri dalam memartabatkan identiti budaya negeri. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Haji Yahaya Ali berkata, pembaharuan tersebut berdasarkan peruntukan dalam perkara 121A (1) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap DUN. “Kita sebagai pengeluar utama batik di Malaysia, kita selaraskannya sama seperti di parlimen yang turut mempromosikan budaya ini. “Dalam waktu yang sama, kita boleh membantu industry ini bangkit kembali setelah mengalami kesan ekonomi pandemik COVID-19. “Ini adalah penambahan kedua selepas pakaian ‘mandarin collar’, termasuk penambahan baju melayu lengkap dan long sleeve,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas  Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri (DUN), Wisma Darul Iman, pada hari ini. Tambahnya, antara penambahbaikan terhadap sidang dun yang telah dipraktikan seperti penggabungan soalan Ahli Yang Berhormat (AYB) supaya isu berbangkit daripada dewan tidak berulang.
18 Nov 21
421
Nuridah Dipilih Semula Sebagai Ahli Dewan Negara Terengganu
Nuridah Dipilih Semula Sebagai Ahli Dewan Negara Terengganu
KUALA TERENGGANU, 18 November - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini bersetuju memilih semula, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Nuridah Mohd Salleh sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri berkenaan. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan pelantikan beliau apabila Speaker DUN, Dato' Yahaya Ali mengumumkan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara selepas terdapat kekosongan jawatan berkenaan. “Semoga dengan penyertaan beliau sebagai mewakili negeri Terengganu dalam Dewan Negara akan dapat memberikan suatu sumbangan kepada agama, negara dan negeri," ujar Ahmad Samsuri pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Nuridah yang merupakan ibu kepada 10 orang anak dan lapan cucu mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Kuala Rompin. Beliau yang juga berpendidikan dalam pengajian Ijazah Perubatan Islam Darusyifa’ dan Diploma Pendidikan Islam Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta berpengalaman dalam misi kemanusiaan ke Syria, Bangladesh, Myammar, German dan lain-lain. Tambah lagi, beliau turut aktif dalam bidang politik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Penguatkuasaan dan Ketua Dewan Muslimat Wilayah Persekutuan serta giat dalam pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO).
18 Nov 21
706
SIDANG DUN : Proses Pemuliharaan Muara Sungai Dungun Sedang Berjalan
SIDANG DUN : Proses Pemuliharaan Muara Sungai Dungun Sedang Berjalan
KUALA TERENGGANU, 17 November – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengangkat permohonan bagi cadangan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun yang kini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11). Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, kelulusan di dalam Rolling Plan-4 dianggarkan bernilain RM250 juta. “Kini projek tersebut berada di peringkat penyediaan reka bentuk terperinci oleh perunding bermula Disember 2020. “Jangkaan siap sepenuhnya reka bentuk pada Mac tahun hadapan. “Projek ini akan dilaksanakan setelah semua prosedur perolehan kontrak diselesaikan sewajarnya yang dijangka pada pertengahan tahun 2022,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menjawab perkara berbangkit oleh Rantau Abang semasa perbahasan bajet 2022 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri, semalam. Menjelaskan status terkini cadangan Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), Dr Mamad menambah, projek ini sedang dalam peringkat pelaksanaan kerja-kerja awalan melibatkan kajian, ujian tanah dan sebagainya. “Laporan bagi kerja-kerja awalan ini telah telah di peringkat akhir penyediaan dan dijangka dibentangkan kepada Kementerian Kewangan pada Mac 2022. “Kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa Projek Lebuh Raya Pantai Timur (Fasa 3) LPT 3 telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. “Projek ini melibatkan jajaran laluan daripada Gemuruh - Pemaisuri Kampung Raja-Tok Bali sepanjang 100KM. Anggaran awal bagi kos pelaksanaan projek ini adalah RM2.8 bilion,” katanya lagi.
18 Nov 21
895