Artikel "Semasa" Terkini
Penerima Bantuan JKM Belanja Guna Kad JKMPAY
KUALA TERENGGANU, 23 November– Sejumlah 41,673 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri ini membabitkan peruntukan keseluruhan hampir RM126 juta bakal menerima bantuan melalui Program Bayaran Bantuan Kewangan Tanpa Tunai secara berperingkat-peringkat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, program tersebut bertujuan meningkatkan lagi perkhidmatan JKM dan memastikan bantuan diterima dimanfaatkan sepenuhnya oleh penerima demi kelangsungan hidup mereka.
Beliau berkata, sebelum ini program perintis inisiatif tersebut telah dilaksanakan di Perlis, Kedah dan Melaka selama enam bulan bermula Februari lalu.
“Kajian kebolehlaksanaan projek rintis melibatkan 1,066 penerima di tiga negeri itu mendapati program tersebut menerima sokongan penuh.
“Majoriti penerima memaklumkan pembayaran bantuan kewangan tanpa tunai tersebut memudahkan mereka membuat kawalan perbelanjaan bagi menampung keperluan harian,” katanya selepas melancarkan program tersebut peringkat Terengganu di Taman Sinar Harapan di sini , semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat, Ketua Setiausaha KPWKM, Dr Maziah Che Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad Mohd Muazzam Mohamed.
Mengulas lanjut, Rina berkata, program berkenaan adalah kolaborasi strategik di antara kerajaan dengan pihak swasta dalam meningkatkan perkhidmatan JKM dan memastikan bantuan yang diterima dimanfaatkan sepenuhnya untuk kelangsungan hidup.
Katanya, kementerian sentiasa mengalu-alukan dan membuka peluang kepada institusi kewangan di Malaysia untuk bekerjasama dengan berkongsi perkhidmatan yang boleh ditawarkan di samping menjalankan tanggungjawab sosial korporat untuk keselesaan golongan memerlukan.
"Sehingga kini, kita sudah membantu seramai 513,826 penerima membabitkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion,”katanya.
23 Nov 21
1266
KERAJAAN BELANJA LEBIH RM6 JUTA BAIKI PAIP USANG TERTINGGI SEJAK 2015
21 Nov 21
189
LIPUTAN 4G TERENGGANU BAKAL CAPAI 96 PERATUS
21 Nov 21
187
Waspada Amaran Cuaca Kuning Di Tujuh Lokasi
KUALA TERENGGANU, 21 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning membawa hujan lebat yang dijangka berlaku sepanjang hari ini di tujuh daerah di Terengganu.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora.
“Amaran dikeluarkan bagi beberapa kawasan tersebut yang dijangka berterusan sehingga esok,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, amaran angin bertiup dari arah timur laut dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit.
20 Nov 21
435
HAMPIR ENAM RIBU WARGA TANI NIKMATI MANFAAT BERNILAI RM3 JUTA
19 Nov 21
212
TERENGGANU HARAMKAN PENJUALAN TELUR PENYU SEPENUHNYA
19 Nov 21
212
PEMOHON BERISTERI RAMAI LAYAK MOHON RMR
19 Nov 21
151
NURIDAH DIPILIH SEMULA SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA TERENGGANU
19 Nov 21
244
Tiada Pasangan Terengganu Terlibat Sindiket Lebai Loh
19 Nov 21
203
Tiada Hutan Simpan Kekal Terengganu Dijadikan Kawasan Pembalakan
19 Nov 21
126