lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Tiada Pasangan Terengganu Terlibat Sindiket Lebai Loh
Tiada Pasangan Terengganu Terlibat Sindiket Lebai Loh
KUALA TERENGGANU, 18 November - Tiada pasangan di Terengganu yang dikesan terjebak dengan sindiket nikah tanpa tauliah di Thailand atau dikenali sebagai Lebai Loh. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) serta pejabat agama daerah mendapati tiada warga negeri yang terlibat sehingga kini. “Sebaik pembongkaran sindiket nikah tanpa tauliah dibongkar di Kelantan, saya telah mengarahkan semua pegawai agama setiap daerah di negeri ini untuk melakukan siasatan. “Diharapkan rakyat Terengganu tidak termakan dengan isu dan sikap sebegini yang tidak bertanggungjawab, setakat ini tiada maklumat dibangkitkan pegawai-pegawai daerah. “Kahwin atas talian juga tidak terlepas kerana perlu mengikuti peraturan dan pendaftaran dibawah JHEAT,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, semalam. Tambah Mohd Nor, Terengganu antara negeri yang memudahkan perkahwinan menerusi anjuran program Walimatulurus Perdana yang telah diperuntukkan di dalam Bajet 2022 bernilai RM1.2 juta. “Kita tanggung kos perkahwinan, tiada alasan kerana kita telah memudahkan persiapan buat mereka yang ingin membina rumah tangga,” katanya lagi. Menurutnya lagi, Terengganu juga diantara negeri mudah bagi prosedur poligami dengan pegawai Syariah menjadi pemudah cara, bergantung kepada kemampuan suami. “Bagi ingin mengetahui siapa jurunikah sah, ada senarai jurunikah di seluruh mukim-mukim dan ada label di rumah mereka, semua pegawai agama daerah di pejabat agama daerah juga adalah bertauliah,” tambahnya.
18 Nov 21
611
KEMATIAN DILPAOR TERUS MENINGKAT DALAM TEMPOH TIGA MINGGU
KEMATIAN DILPAOR TERUS MENINGKAT DALAM TEMPOH TIGA MINGGU
18 Nov 21
46
JANGAN 'PANASKAN' DEWAN ADUN AJIL
JANGAN 'PANASKAN' DEWAN ADUN AJIL
17 Nov 21
202
ADUN PUJI BAJET TRG TIDAK HANYA FOKUS BANTUAN TUNAI
ADUN PUJI BAJET TRG TIDAK HANYA FOKUS BANTUAN TUNAI
17 Nov 21
97
KERAJAAN NEGERI DISARAN 'MATANGKAN' ORANG MUDA
KERAJAAN NEGERI DISARAN 'MATANGKAN' ORANG MUDA
17 Nov 21
39
TERENGGANU BENTUK MODUL KURSUS KAHWIN BAHARU BENDUNG KES CERAI
TERENGGANU BENTUK MODUL KURSUS KAHWIN BAHARU BENDUNG KES CERAI
17 Nov 21
111
SIDANG DUN : Liputan 4G Di Terengganu Bakal Capai 96 Peratus
SIDANG DUN : Liputan 4G Di Terengganu Bakal Capai 96 Peratus
KUALA TERENGGANU, 17 November – Terengganu menjangkakan peratusan liputan jalur lebar mudah alih 4G akan mencapai 96.18 peratus bagi kawasan berpenduduk di dalam negeri setelah semua projek di bawah pelan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa 1 siap. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, sebanyak 112 struktur komunikasi baharu akan dibina dalam fasa 1 tersebut. “Ini termasuk 1,109 stesen pemancar akan dinaik taraf kepada liputan 4G/LTE dan 123,246 premis akan diliputi gentian optik (FTTH) dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun 2022. “Sehingga suku ke 3 tahun 2021, sebanyak 33 struktur pemancar baharu telah siap dan 762 struktur pemancar telah dinaik taraf kepada liputan 4G/LTE demi memastikan kesalinghubungan liputan rangkaian 4G. “Perkembangan ini bakal menggantikan secara tetap liputan rangkaian 3G yang akan ditutup pada hujung tahun ini,” katanya. Beliau berkata demikian semasa penggulungan bajet 2022 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri, hari ini. Tambahnya, bagi liputan talian tetap sebanyak 26,398 premis telah diliputi gentian optik (FTTH) yang mampu memberikan liputan internet yang lebih pantas dan stabil berkelajuan sehingga 100 Gigabit per second (Gbps). “Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini telah menyumbang kepada peningkatan peratusan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Negeri Terengganu dari 93.68 peratus pada suku kedua tahun 2020 kepada 94.22 peratus setakat suku kedua tahun 2021. “Sasaran telah ditetapkan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) iaitu 100 peratus kawasan berpenduduk akan mendapat rangkaian liputan 4G berkelajuan purata 100 Megabyte per second menjelang tahun 2025 termasuk di Negeri Terengganu.
17 Nov 21
56
SIDANG DUN : Terengganu Galakkan Penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan
SIDANG DUN : Terengganu Galakkan Penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan
KUALA TERENGGANU, 17 November – Kerajaan Negeri amat menggalakkan penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam projek-projek pembangunan khususnya projek perumahan dan bangunan kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, SPAH merupakan salah satu kaedah Best Management Practice (BMP) dalam pengurusan air larian permukaan secara kawalan dipunca (control at source). “Selain melambatkan aliran air larian permukaan, SPAH juga dapat mengoptimumkan penggunaan air secara efisien. Antara bangunan yang menggunakan SPAH adalah pejabat JPS Daerah Dungun dan Kilang Eletronik LED di Perindustrian Gong Badak. “Kerajaan Negeri melalui JPS juga telah mensyaratkan pematuhan kepada pemakaian garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) edisi ke-2 tahun 2012. “Dalam setiap permohonan pembangunan bagi tujuan pengurusan air larian permukaan yang berkesan dengan menyediakan struktur-struktur kawalan dipunca seperti On-site detention (OSD), kolam takungan dan lain-lain struktur,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menjawab perkara berbangkit oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi semasa perbahasan bajet 2022 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri, semalam. Terdahulu, Muhammad Khalil mencadangkan penggunaan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) yang lebih banyak di Terengganu seperti negara-negara maju seperti Jepun dan Australia. “Bagi menukar musibah kepada kebaikan melalui rawatan air tersebut, antara manfaat sistem tersebut adalah ia mengurangkan kesan banjir kilat dan mengatasi krisis bekalan air dengan bekalan asas digunakan semula. “Kita perlu manfaat dan maskimakan sumber air supaya dapat dimanfaat oleh rakyat,” katanya lagi.
17 Nov 21
262
SIDANG DUN : Sedia Siasat  Dakwaan Berkenaan Hutan Simpan Gunung Tebu
SIDANG DUN : Sedia Siasat  Dakwaan Berkenaan Hutan Simpan Gunung Tebu
KUALA TERENGGANU, 17 November - Kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan berhubung pembatalan status Hutan Simpan Gunung Tebu di Besut yang merupakan kawasan eko-pertanian negeri. Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya memerlukan maklumat lanjut bagi memudahkan siasatan dibuat untuk tindakan seterusnya. “Kita memerlukan maklumat lanjut untuk membuat siasatan tetapi saya ingin menjelaskan terdapat 12 kategori hutan simpan kekal berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984. "Kita  akan menilai sama ada  Hutan Simpan Kekal diwartakan dan berfungsi sebagai kawasan tadahan air terlibat atau telah dibatalkan bagi tujuan pembalakan,”ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Langkap, Dato Sabri Mohd Noor di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. Menurut Ahmad Samsuri, antara kategori  tersebut adalah hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan kekal, hutan perlindungan tanah, hutan tebus guna tanah, hutan kawalan banjir, hutan tadahan air, hutan perlindungan hidupan liar, hutan lipur dan hutan penyelidikan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.
17 Nov 21
130
LEBIH 19 RIBU WARGA EMAS TERIMA RM300 AKHIR BULAN INI
LEBIH 19 RIBU WARGA EMAS TERIMA RM300 AKHIR BULAN INI
17 Nov 21
54