lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Permintaan Lepasan IKBN Terengganu Seperti 'Goreng Pisang'
Permintaan Lepasan IKBN Terengganu Seperti 'Goreng Pisang'
Marang, 25 November – Kadar kebolehpasaran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Terengganu diibaratkan seperti pisang goreng dengan peningkatan peratusan sehingga 90 peratus dan permintaan pasaran yang masih luas. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Laporan Pencapaian KPI Utama Kementerian Belia dan Sukan menunjukkan kadar kebolehpasaran Graduan ILKBS telah meningkat daripada 80% pada tahun 2013 kepada 90.94% pada tahun 2020 dengan gaji purata RM1,711 sebulan. “Kebanyakkan lepasan graduan telah ‘dicop’ atau ditempah daripada pemain industry yang memerlukan kepakaran mereka dalam pelbagai bidang kemahiran. “Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada IKBN Wakaf Tapai di atas penganjuran majlis ini bagi meraikan kejayaan para graduan, para pendidik serta pengorbanan ibu bapa yang telah membentuk insan intelek masa depan yang murni sahsiahnya. “Diharapkan IKBN Wakaf Tapai terus melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi yang dapat memberi sumbangan kembali kepada keluarga, kerajaan Negeri Terengganu dan negara,” katanya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Graduan IKBN Wakaf Tapai 2020/2021, pagi tadi. Sementara itu, Pengarah IKBN Wakaf Tapai, Zaini Abd Aziz berkongsi, antara pemain industri yang sering berhubung dengan pihaknya bagi mendapatkan kepakaran pelajarnya seperti industri minyak dan gas di Paka (bidang kimpalan) serta kedai jahitan sekitar Kuala Terengganu. “Ini kerana mereka mempunyai skil yang diperlukan pasaran seperti Noor Arfa Batek dan jahitan t-shirt. Walaupun lepasan kita tidak ramai, namun permintaan industry sentiasa luas,” jelasnya. Menurut penganjur, seramai 273 orang graduan telah tamat latihan 2020/2021 iaitu seramai 176 orang bagi lepasan tamat latihan sesi 2020 dan 97 orang bagi lepasan tamat latihan sesi 2021, dengan 100 orang hadir pada majlis penyampaian hari ini.    
25 Nov 21
1441
Terengganu Perluas Dakwah Banteras Kesalahan Zina
Terengganu Perluas Dakwah Banteras Kesalahan Zina
MARANG, 25 November - Golongan yang mempunyai niat untuk melakukan maksiat Zina di Terengganu khususnya sekitar daerah ini perlu membatalkan hasrat mereka kerana aktiviti membanteras kesalahan syariah itu kini sedang giat dijalankan. Satu program memasang bunting kempen 'Jauhi Maksiat Zina' telah diadakan di beberapa premis seperti chalet, hotel, dan resort bagi memberi kesedaran kepada masyarakat akan kesalahan zina yang membawa kepada dosa besar dalam agama islam. Ketua Pertubuhan Amal Maaruf Nahi Mungkar Marang (SKUAD AMAR), Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya telah mengeluarkan satu bunting untuk dipasang di hadapan kaunter setiap premis sebagai isyarat bahawa mereka telah diberi amaran berkaitan kesalahan tersebut. "Kami telah memberikan kesedaran melalui penerangan dan amaran, malah operasi ke premis-premis juga sering dibuat dan diadakan bagi membanteras perkara yang merosakkan masyarakat khususnya golongan muda ini. "Menurut statistik tangkapan di daerah ini, sebenarnya kebanyakannya mereka yang ditangkap bukan berasal daripada Terengganu dan merupakan pelancong luar yang datang menginap di sini,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika Program Serahan Roll Up Bunting Jenayah Syariah Kesalahan Maksiat di Pejabat Agama Daerah Marang yang dirasmikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman. Menurutnya lagi, program seperti itu juga akan diteruskan ke peringkat belia atau pelajar sekolah pada masa akan datang bagi memberikan kesedaran kepada anak muda akan bahaya dan dosa zina. "Kita mendapat kerjasama yang baik daripada DUAT, Pejabat Agama Daerah Marang, Majlis Daerah Marang dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang di atas cadangan yang akan dibawa kepada pihak sekolah serta pihak bertanggungjawab. "Hal ini perlu diberikan keutamaan kerana masalah yang berlaku dikalangan anak muda dan pelajar tidak boleh dipandang ringan kerana mereka adalah penyambung generasi kita pada masa akan datang," katanya lagi. Tambah beliau, Skuad AMAR berperanan besar dalam memberikan sumbangan tenaga sukarelawan, disamping orang-orang luar serta masyarakat yang turut membantu pihak penguatkuasa. "Sebelum ini, NGO dakwah ini telah mengadakan kempen pencegahan berkaitan kesalahan syariah seperti tidak berpuasa, tidak menunaikan solat jumaat, dan perbuatan tidak sopan ditempat awam," katanya.  
25 Nov 21
1349
Covid-19: 74 Kematian Dalam Tempoh 14 Hari Di Terengganu
Covid-19: 74 Kematian Dalam Tempoh 14 Hari Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 24 November - Terengganu merekodkan 74 kes kematian akibat Covid-19 sejak dua minggu lepas. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, trend peningkatan itu agak membimbangkan dengan lapan kematian direkodkan pada 18 November, sembilan kematian pada 15 November dan 17 November, manakala kematian tertinggi dilaporkan pada 20 November iaitu sebanyak 12 kes. Katanya, peningkatan kes kematian ini berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor. "Antaranya seperti kelewatan mendapatkan rawatan, pesakit yang mempunyai faktor komorbid berganda (melebihi dua), belum mendapatkan vaksinasi dan pesakit berumur lebih 50 tahun. "Contoh komorbid adalah seperti diabetes, penyakit jantung, obesiti dan tekanan darah tinggi yang meningkatkan risiko seseorang itu mudah dijangkiti dan mendapat gejala serius," katanya kepada pemberita. Tambahnya, jumlah kumulatif kematian Covid-19 di Terengganu hingga Selasa ialah 558 kes, manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 pula sebanyak 75,051. Manakala kematian tertinggi direkodkan di daerah Kuala Terengganu dengan 118 kes, diikuti Besut (105), Kemaman (92), Dungun (91), Marang (54), Kuala Nerus (52), Setiu (27) dan Hulu Terengganu (19) sejak bermula pandemik Covid-19. Sehingga kini, terdapat 4,297 kes aktif di seluruh Terengganu. Justeru itu, Kasemani menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. 
24 Nov 21
3014
Kes Denggi Di Terengganu Turun 90.1 Peratus
Kes Denggi Di Terengganu Turun 90.1 Peratus
KUALA TERENGGANU, 24 November -Jumlah kumulatif kes demam denggi di negeri ini menurun kepada hanya 37 kes sepanjang 11 bulan pertama tahun ini berbanding 374 kes dalam tempoh sama, tahun sebelumnya. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, pengurangan sebanyak 90.1 peratus itu turut menyaksikan tiada kes jangkitan kematian akibat denggi dilaporkan di negeri ini, setakat Sabtu lalu. Katanya,  daripada jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan bilangan kes tertinggi sebanyak 12 kes manakala masing-masing lima kes di Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Nerus di samping Besut dan Dungun pula tiga kes, namun sifar di Setiu. “Selain itu, hanya dua episod wabak didaftarkan iaitu di Kuala Nerus dan Hulu Terengganu berbanding 23 episod dalam tempoh masa pada tahun lalu. “Bagaimanapun, memasuki musim monsun, terdapat beberapa kawasan yang berkemungkinan dilanda banjir dan berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes seperti lopak-lopak air, longkang dan sebagainya, jadi saya minta penduduk setempat mengambil langkah wajar bagi memastikan persekitaran rumah sentiasa bersih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Sehubungan itu, Kasemani menyarankan orang ramai agar meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk aktiviti mengesan dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di dalam mahu pun luar rumah di samping lokasi tempat kerja. Katanya, semburan aerosol di kediaman perlu dijalankan di samping mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa awal pagi dan lewat petang bagi mengelakkan gigitan nyamuk. -UTUSAN ONLINE  
24 Nov 21
209
Terengganu Rekod 35 Aduan Kes Pinjaman Ah Long
Terengganu Rekod 35 Aduan Kes Pinjaman Ah Long
KUALA TERENGGANU, 24 November – Sebanyak 35 aduan membabitkan kes pinjaman ah long diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari sehingga Oktober lalu di Terengganu. Menurut kenyataan itu, jumlah aduan tahun ini meningkat daripada tahun sebelumnya iaitu 21 kes pada 2019 dan 18 kes pada 2020. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, berdasarkan statsitik dalam tempoh tiga tahun sejak 2019 sehingga bulan Oktober lalu, sebanyak 3,149 aduan membabitkan pinjaman ah long direkodkan di seluruh negara dengan 74 aduan dicatatkan di negeri ini. Katanya, kesemua aduan yang diterima membabitkan golongan seperti ahli perniagaan, peniaga, pengawal keselamatan dan pemandu grab dengan jumlah pinjaman sebanyak RM27.77 juta dalam tempoh itu. “Sebanyak 2,283 kes direkodkan sepanjang 2019 sehingga tahun lalu membabitkan jumlah keseluruhan pinjaman bernilai RM24 juta. “Bagi tahun ini pula, sebanyak 839 kes diterima sejak Januari lalu sehingga Oktober lalu membabitkan jumlah pinjaman RM3.7 juta. “Meskipun tahu kesan dan risiko yang bakal dihadapi bukan sahaja terhadap diri sendiri bahkan turut mengancam keselamatan ahli keluarga, masih ramai terjerat membuat pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long ini,” katanya sepertimana dilaporkan Utusan Malaysia. Tegas Mohd. Kamarudin, masalah jenayah tersebut akan terus berlaku selagi permintaan untuk perkhidmatan ah long wujud. “Sindiket ah long melakukan bermacam-macam tindakan termasuk mengancam nyawa peminjam dan keluarga semata-mata untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjam mangsa,” jelasnya. Sehubungan itu, pihaknya terus mengambil langkah membanteras kegiatan tersebut dengan penahanan sebanyak 3,269 individu dalam tempoh tersebut atas penglibatan pelbagai kesalahan jenayah membabitkan ah long. Tambahnya, pecahan jumlah melibatkan sebanyak 952 orang dituduh di bawah pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 5(2) dan Seksyen 29B (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ancaman dan ugutan jenayah) serta Seksyen 420 Kanun Keseksaan (menipu selain Seksyen 4(1) Akta ) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATPUAA 2001) serta Akta Pencegahan Jenayah 1959. Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai agar melakukan semakan dan pengesahan lesen berdaftar syarikat pinjaman wang berlesen dengan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) melalui laman sesawang www.kpkt.gov.my sebelum melakukan sebarang pinjaman.
24 Nov 21
1220
MINIMAKAN IMPAK BURUK BANJIR DI SEKTOR PERTANIAN
MINIMAKAN IMPAK BURUK BANJIR DI SEKTOR PERTANIAN
23 Nov 21
232
PENERIMA BANTUAN JKM BELANJA GUNA KAD JKMPAY
PENERIMA BANTUAN JKM BELANJA GUNA KAD JKMPAY
23 Nov 21
449
1452 Pelajar Seberang Takir Terima Manfaat Bantuan Persekolahan
1452 Pelajar Seberang Takir Terima Manfaat Bantuan Persekolahan
KUALA NERUS, 23 November – Seramai 1452 orang pelajar telah menerima manfaat bantuan persekolahan daripada Kerajaan Negeri dalam membantu ibu bapa membuat persiapan sekolah. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, sebanyak RM100 disalurkan kepada 911 orang ibu-bapa atau penjaga yang mempunyai anak bersekolah darjah satu sehingga tingkatan satu di kawasannya. “Antara syarat lain juga seperti mempunyai dua orang anak dalam satu keluarga. “Bantuan permulaan persekolahan sudah lama dirancang, sejak 2019, namun akibat kekangan COVID-19, ia menerbataskan usaha pihak kami. “Namun begitu, sejak pembukaan sekolah di dalam fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) beserta kelonggaran ekonomi, kita dapat melancarkan kerja agihan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK),” katanya. Tegas beliau, arahan telah dikeluarkan kepada semua JPKK supaya kerja pengagihan sumbangan tersebut diberi mengikut syarat tanpa siaf ‘memilih bulu’. Sementara itu, menemubual seorang ibu, Lizawati Deraman, 38 menyifatkan pemberian tersebut amat diperlukan memandangkan suaminya hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19. "Setelah dua tahun tidak dapat bantuan sekolah, namun Alhamdulillah saya terpilih salah sebagai salah seorang penerima,” katanya kepada pemberita. Bagi Syarifah Mohd Nor, 48, dari Tok Jembal, masalah pembelian barangan sekolah buat anaknya dapat diselesaikan terutamanya masih merasai kesan ekonomi COVID-19. “Tambahan pula apabila ketua keluarga bekerja sendiri dengan hasil pendapatan tidak menentu, ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga kami,” jelasnya.
23 Nov 21
470
Minimakan Impak Buruk Banjir Di Sektor Pertanian - Dr Azman
Minimakan Impak Buruk Banjir Di Sektor Pertanian - Dr Azman
BESUT, 23 November – Kerajaan Negeri mengambil langkah meminimakan impak buruk sekiranya berlaku bencana banjir akibat musim tengkujuh serta menyeru warga tani agar terus berwaspada akan sebarang kemungkinan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, antara risiko impak selesai dikurangkan seperti sektor padi yang telah selesai musim penuaian. “Antara kebimbangan kita bila musim kedua atau padi luar musim, selalunya kita agak kesuntukan waktu kerana terpaksa berkejar dengan musim banjir. “Namun begitu, Alhamdullilah hasil warga petani telah menyelesaikan kerja menuai dan dalam bulan Disember atau Januari tahun hadapan, musim utama dalam sektor penanaman padi dapat dimulakan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program penyerahan Bakul Makanan MAFI Prihatin Peringkat Negeri Terengganu 2021 di Dewan Sivik Jabi, semalam. Tambah beliau, peringatan turut dikeluarkan buat warga penternak ikan terutamanya ikan air paya yang bergiat di kawasan laguna atau kuala untuk peka dengan keadaan cuaca dan sekeliling. “Apabila berlaku hujan di kawasan tersebut, air tawar turun akan menyebabkan kadar kemasinan air di kuala menurun yang boleh menyebabkan berlaku kematian ikan ternakan. “Perkara ini sudah dimaklumkan buat para penternak akuakultur kita, seperti bias akita akan cuba mengurangkan impak apabila berlaku bencana sedemikian. “Walaupun tidak dapat mengelakkan bencana, kita sediakan Tabung Bencana Pertanian Terengganu bagi membantu penggiat tani yang mengalami kerosakan tanaman dan kematian ternakan akibat bencana,” katanya lagi.
23 Nov 21
283
200 Warga Tani Terima Bantuan MAFI Prihatin
200 Warga Tani Terima Bantuan MAFI Prihatin
BESUT 23 November – Seramai 200 orang warga petani telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyerahkan bantuan MAFI Prihatin Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bantuan berbentuk barangan keperluan harian tersebut melibatkan sumbangan pelbagai agensi pertanian. Menurutnya, pemberian sumbangan MAFI Prihatin dilaksanakan bagi membantu mereka yang terkesan akibat musibah yang melanda negara seperti banjir dan pandemik Covid-19. “Saya istilahkan inisiatif ini sebagai merapatkan hubungan di antara petani, penternak dan nelayan dengan jabatan-jabatan yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan. “Contohnya, seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Terengganu (LKIM), Kawasan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan lain lagi agensi dibawah MAFI. “Sehingga kini, pelbagai inisiatif dan bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah diagihkan dari Januari hingga November tahun yang memberi manfaat kepada lebih 6,000 warga tani dengan nilai RM3 juta,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program penyerahan Bakul Makanan MAFI Prihatin Peringkat Negeri Terengganu 2021 di Dewan Sivik Jabi, semalam. Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof. Setakat Oktober, seramai 125,724 orang telah menerima bantuan MAFI Prihatin di seluruh negara melalui 626 program MAFI Prihatin yang dilaksanakan oleh jabatan serta agensi di bawah MAFI.
23 Nov 21
427