Artikel "Semasa" Terkini
Ayuh, Tawaran 2,500 Peluang Kerja Masih Dibuka
BESUT, 20 Disember- Sebanyak 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan dalam program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu yang diadakan di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, sehingga esok.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu perlu dimanfaatkan rakyat Terengganu untuk membina kerjaya.
"Sebenarnya, untuk tahun ini kita rancang ini yang terakhir, tetapi kita dapat permintaan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Setiu untuk mengadakan program 'outreach' di daerah itu. Jadi, sekiranya sempat kita akan cuba buat. Jika tak sempat hujung tahun ini, kita akan buat awal tahun depan bermula di Setiu.
"Untuk makluman, selepas 'outreach' dilakukan dengan kerjasama Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd.(PAPAMY) baru-baru ini, Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (T-HRDC) dihubungi beberapa lagi syarikat untuk menjalinkan kerjasama dan dengan kesempatan yang ada kami cuba menawarkan peluang ini kepada rakyat kita," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi, hari ini.
Jelasnya, program berkenaan juga terbukti apabila T-HRDC berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak-anak negeri.
"Setakat ini, dari segi pencapaian kita 88 peratus calon yang hadir ke program 'outreach' ini telah diberikan pekerjaan.
"Dari segi jumlahnya, sebanyak 138 orang anak Terengganu yang telah ke PAPAMY di mana ia menjadi rekod bagi Panasonic sendiri yang berjaya merekrut pekerja sebanyak itu dalam satu program santunan kerja ini," katanya.
Beliau berharap kesempatan satu hari lagi dimanfaatkan lebih ramai anak muda terutama di kawasan Besut untuk membina kerjaya.
20 Dec 21
683
Jihad Dadah 2.0 Bukti Komitmen PDRM Terengganu Hapus Dadah
SETIU, 20 Disember - Pelancaran Jihad Dadah 2.0 membuktikan komitmen Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontijen Terengganu dalam mencegah dan membanteras aktiviti jenayah berkaitan dadah.
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir dalam ucapannya berkata, penglibatan semua pihak adalah penting dalam usaha mencegah aktiviti yang tidak sihat terutama aktiviti yang cenderung kepada najis dadah.
“Ibu bapa harus memainkan peranan yang terbaik dalam memantau aktiviti anak-anak, sekatan awal perlu dilakukan supaya tidak terjebak dengan aktiviti dadah seperti rokok elektronik atau ‘vape’, air ketum dan aktiviti yang tidak bermoral lain.
“Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik, Al-baqarah : 195, "ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Majlis Pelancaran Program Jihad Dadah 2.0 Peringkat Daerah Setiu di Dewan Komuniti Kampung Telaga Papan disini semalam.
Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Mohd Marzukhi Bin Mohd Mokhtar mewakili Ketua Polis Terengganu turut berucap.
Hadir sama, Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif, Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin, ADUN Langkap, Sabri Mohd Noor, ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Zul Bhari A Rahman dan ketua-ketua jabatan.
20 Dec 21
505
Inovasi Daun Neem Untuk Kosmetik, Penyelidik UC TATI Diiktiraf Antarabangsa
KUALA TERENGGANU, 20 Disember – Inovasi daun neem atau daun semambu sebagai kosmetik hasil kajian penyelidik dari University College TATI (UC TATI) berjaya memenangi dua anugerah antarabangsa pada Pertandingan Pameran Antarabangsa Ciptaan, Inovasi dan Teknologi (ITEX) 2021.
Projek yang diketuai pegawai penyelidik Ts. Dr. Norazlina Hashim telah memenangi Anugerah Emas Inovasi dan Anugerah Khas Best Innovation in Green Technology dari Japan Intellectual Property Association (JIPA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 13 dan 14 Disember.
Norazlina berkata, Moisturizing Neem Lotion ialah produk kosmetik berasaskan bahan semulajadi tempatan daun neem atau semambu melalui proses ACE technology.
“Inovasi ini berjaya mengekstrak pati minyak daun neem melalui kaedah mudah dengan kos rendah dan menghasilkan formulasi terbaharu untuk losyen bagi masalah kulit seperti kegatalan dan kekeringan.
“Bahan semulajadi tempatan seperti neem ini mempunyai ciri dan sifat anti-mikrobial yang sangat berkesan, malah masih terdapat banyak potensi dan kelebihan neem yang boleh dikomersilkan” kata beliau.
Tambahnya lagi, dengan penggunaan bahan-bahan organik seperti pati minyak daun neem, minyak kelapa dan aloe vera dalam penghasilan produk kosmetik menjadikan ia lebih selamat dan memberi kepuasan kepada pemakai.
“ Ia juga dapat membantu usahawan tempatan untuk penghasilan produk seperti produk kecantikan, kebersihan dan kesihatan dari bahan-bahan semulajadi tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada produk luar,”ujarnya.
20 Dec 21
480
Amaran Hujan Berterusan Ditamatkan Di Lapan Negeri
KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan di lapan negeri termasuk Terengganu.
Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata, negeri yang berkenaan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, dan Pahang.
"Keadaan cuaca di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangkakan bertambah baik.
"Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 11.30 pagi, 19 Disember lalu untuk negeri berkenaan dengan ini ditamatkan," katanya menerusi kenyataan media malam ini.
Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.
20 Dec 21
365
Orang Ramai Diminta Jauhi Sungai Dan Pantai - Polis
KUALA TERENGGANU, 20 Disember – Semua pantai dan sungai di kawasan peranginan Terengganu perlu dijauhi ketika ini kerana tidak selamat untuk aktiviti air terutama pada musim tengkujuh sekarang.
Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, orang ramai perlu peka terhadap keadaan cuaca dan persekitaran.
Katanya, sepanjang musim tengkujuh ini arus air lebih deras di samping ombak kuat berbanding kebiasaan sekali gus berisiko meragut nyawa jika berlaku kejadian tidak diingini.
“Setiap tahun, ada sahaja yang menjadi mangsa banjir, jadi kita minta ibu bapa mengawasi pergerakan ahli keluarga termasuk mengelakkan riadah atau jalan-jalan di sungai atau pantai.
“Walaupun kawasan itu sudah biasa dikunjungi, namun tetap berbahaya untuk sebarang aktiviti terutama pada musim tengkujuh,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.
Seramai 328 pelajar UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun menerima sijil lantikan masing-masing selepas berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang.
Dalam perkembangan sama, menurut Rohaimi, seramai 997 pegawai dan anggotanya terlibat dalam penugasan banjir kali ini bagi membantu penduduk yang terjejas di seluruh negeri.
20 Dec 21
1028
Dua Hospital Baru Bakal Beroperasi Tahun Hadapan
19 Dec 21
228
RUMAH SEMBELIHAN HALAL SIAP MAC DEPAN
19 Dec 21
273
PROJEK PERUMAHAN RAKYAT BAHARU AKAN DIBINA DI KEMAMAN
19 Dec 21
519
JPS Pasang Siren Hantar Amaran Banjir Kepada Penduduk
19 Dec 21
311
Beberapa Laluan Lebuhraya KLK Dan LPT1 Ditutup Akibat Tanah Runtuh, Banjir
KUALA TERENGGANU, 19 Disember- Beberapa laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)1 ditutup akibat tanah runtuh dan banjir berikutan hujan lebat sejak semalam.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Anih Berhad, sehingga jam 9 pagi tadi hanya laluan Lebuhraya KLK dari Genting menghala ke Gombak boleh dilalui, dan kesemua jalan lain adalah terhalang iaitu selepas KM66.
“Buat masa ini kebanyakan laluan masih terhalang dan pengguna boleh mendapatkan info semasa laluan alternatif menerusi JKR Pahang.
“Syarikat sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya,” ujar kenyataan tersebut.
Katanya, kerja-kerja membaik pulih kawasan terjejas akan dilakukan segera.
“Mangsa-mangsa yang terkandas di lebuhraya juga akan diberikan bantuan sewajarnya oleh petugas lebuhraya seperti bantuan makanan dan minuman,” jelas kenyataan itu.
19 Dec 21
789