lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Semua PPS Di Terengganu Ditutup
Semua PPS Di Terengganu Ditutup
KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya tengah hari ini. PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor yang menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga menjadi PPS terakhir yang ditutup secara rasminya pada pukul 12 tengah hari. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, walau bagaimanapun semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah masih dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi musim Monsun Timur Laut 2021/2022. "Keadaan cuaca semasa ketika ini baik dan cerah disemua daerah. "Sungai-sungai utama telah kembali normal kecuali di Paya Paman Kemaman Sungai Kemaman masih aras bahaya tetapi menunjukkan trend menurun," ujarnya. Menurutnya, bencana banjir gelombang kedua di Terengganu yang melanda tiga daerah iaitu Setiu, Dungun dan Kemaman bermula 17  hingga 21 Disember melibatkan 423 mangsa daripada 122 keluarga yang ditempatkan di sepuluh PPS.
21 Dec 21
1053
UniSZA Beri Cuti Bencana Lapan Hari Kepada Pelajar
UniSZA Beri Cuti Bencana Lapan Hari Kepada Pelajar
KUALA NERUS, 21 Disember - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menangguhkan semua aktiviti kuliah melibatkan pelajar prasiswazah dan pascasiswazah (mod kerja kursus dan campuran) susulan kejadian banjir yang melanda negara. Naib Canselornya (Yang Menjalankan Fungsi), Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, cuti bencana selama lapan hari bermula 19 hingga 26 Disember itu,  diberikan kepada pelajarnya yang terkesan. “Bagaimanapun, bagi Fakulti Perubatan, hanya pelajar Tahun 1 sahaja yang terlibat dengan pelaksanaan cuti ini, manakala pelajar lain perlu mengikuti pembelajaran dan pengajaran (PdP) seperti biasa.  “Pengurusan dan seluruh warga UniSZA mendoakan agar semua pelajar yang terlibat dengan bencana banjir dipermudahkan urusan, dikurniakan kesabaran serta dilindungi daripada perkara yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Tambah beliau, cuti bencana tersebut sebagai tanda kecaknaan dan keprihatinan pengurusan universiti terhadap kebajikan golongan sasar yang terjejas dengan musibah. Fadzli berkata, mana-mana pelajar yang terjejas dan memerlukan bantuan boleh menghubungi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di talian 09-6687945 (Norsuhaila) dan 09-6687811 (Siti Aminah). Katanya, mereka yang terlibat juga boleh menghubungi pihak fakulti masing-masing untuk sebarang bantuan.
21 Dec 21
403
Laluan Mendap, Jalan Tepus-Kuala Jengai Ditutup
Laluan Mendap, Jalan Tepus-Kuala Jengai Ditutup
KUALA TERENGGANU, 21 Disember – Jalan Tepus-Kuala Jengai (UiTM Bukit Besi) di Dungun ditutup kepada semua kenderaan akibat keadaan laluan tersebut yang mendap. Berdasarkan laporan bencana dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada pagi ini, kejadian tersebut yang berlaku pada 29 November lalu melibatkan laluan T125 manakala pengguna boleh melalui jalan alternatif di Jalan Baru Besol Lama-Rantau Panjang. Dalam pada itu, daerah Kemaman melaporkan satu laluan Jalan Cukai-Air Putih (Loji Air Sg. Pinang) dibuka hanya kepada kenderaan berat sahaja susulan kejadian banjir. “Susulan itu, pengguna jalan raya disarankan menggunakan laluan alternatif di T13 Jalan Paman-Mardi,” katanya. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan laporan bencana membabitkan lokasi jalan raya boleh melayari pautan bencanaalam.jkr.gov.my
21 Dec 21
1318
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu tekad dalam mencapai standard ISO9000 bagi memendekkan urusan birokrasi supaya lebih efisyen dalam memudahkan golongan usahawan negeri memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan perniagaan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, sebelum ini susun atur pendaftaran sehingga perolehan dana usahawan mengambil masa sedikit lama. “Sehubungan dengan itu, YPU akan menambahbaikkan perkhidmatannya dengan menyingkirkan mana-mana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak diperlukan. “Apa pentingnya ISO ini, ia adalah satu siri standard yang wujud untuk pengurusan kualiti dan berterusan yang berterusan, saya letakkan sekarang paling lama bagi mendapat keputusan ialah dua bulan (sebelum lima bulan) untuk menentukan insentif usahawan itu berjaya atau tidak. “Garis panduan ini akan disegerakan dan sasaran pelaksanaan pada tahun hadapan, YPU akan ada ISO9000 tersendiri bersama pihak konsultan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Pembentangan Program & Aktiviti Tahun 2022 Di Bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna di Hotel Seri Pacific, baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi YPU, Zulkifli Yunus menjelaskan, perancangan dan peruntukkan diberi kerajaan negeri menerusi pihaknya sejak tempoh 2019 adalah memuaskan dan sangat tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. “Oleh itu, dengan pelaksanaan Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) berjumlah RM10 juta bersama Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT), ISO ini dapat memberi standard dan integriti pada tahap tinggi buat pegawai dan mutu perkhidmatan kami. “Sejajar dengan Jubli Perak YPU 25 tahun, SOP yang bakal julung kali diadaptasikan dalam kerja kami bakal membuka ruang lebih luas dengan sasaran 1000 usahawan mendapat suntingan kewangan dengan pelbagai skim pembiayaan ditawarkan,” katanya lagi.
21 Dec 21
879
Banjir Terengganu Semakin Surut, Mangsa Tinggal Sembilan Orang
Banjir Terengganu Semakin Surut, Mangsa Tinggal Sembilan Orang
KUALA TERENGGANU, 21 Disember- Situasi banjir di Terengganu hari ini semakin pulih dengan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10.30 pagi kini hanya tinggal sembilan orang. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, cuaca cerah sepanjang hari membolehkan daerah Dungun dan sebahagian Kemaman pulih sepenuhnya daripada banjir. “Kesemua PPS di Dungun telah ditutup dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. “Di Kemaman pula, PPS Surau Kampung Ban Ho dan PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok turut ditutup pagi tadi,” ujarnya. Katanya, ketika ini hanya PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor yang masih dibuka dengan menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga. “Kita menjangkakan banjir akan semakin reda sekiranya cuaca berterusan cerah dalam tempoh beberapa hari ini. “Sekiranya tiada apa-apa, InsyaAllah tengahari ini semua PPS akan ditutup,” katanya.   
21 Dec 21
195
Orang Asli Tidak Ketinggalan Bantuan Persekolahan
Orang Asli Tidak Ketinggalan Bantuan Persekolahan
KEMAMAN, 20 Disember – Kerajaan negeri terus peka dengan keperluan persekolahan sehingga ke luar bandar dan pedalaman dengan penyampaian bantuan tersebut kepada anak-anak orang asli Kampung Sungai Pergam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, majlis penyerahan tersebut dihadiri ibubapa dan penjaga yang mewakili anak masing-masing bagi menerima sumbangan Bantuan Persekolahan 2021 berupa wang tunai sebanyak RM100. “Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri  dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa terutama di era pandemik ini di mana ramai yang terjejas pendapatannya. “Kita akan terus komited dalam memastikan pelajar yang memerlukan tidak tercicir dalam menerima bantuan tanpa mengira agama mahupun bangsa. “Komuniti orang asli di Kampung Sungai Pergam juga turut tidak terkecuali memandangkan ramai di kalangan mereka yang telah berfikiran terbuka akan kepentingan menuntut ilmu,” katanya ketika ditemu bual pemberita, baru-baru ini. Tambahnya, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam usaha penyampaian sumbangan tersebut seperti Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Pergam dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih.
21 Dec 21
356
Tabung Bencana Pertanian Salur RM588 Ribu Kepada 679 Penerima
Tabung Bencana Pertanian Salur RM588 Ribu Kepada 679 Penerima
KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Kerajaan negeri  telah memperuntukkan bantuan berjumlah RM588,000 kepada petani, penternak dan nelayan negeri tersebut yang terkesan akibat banjir dan ribut dalam tempoh dua tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bantuan berbentuk saguhati dari Tabung Bencana Pertanian Negeri itu diberikan kepada 679 penerima sejak tahun lalu. "Penerima paling banyak melibatkan pemain dalam sektor pertanian iaitu 496 orang dengan sumbangan berjumlah RM301,000 diikuti penternakan RM153,000 (89 penerima) dan perikanan sebanyak RM134,000 (83 orang). “Banjir, ribut dan kemarau antara bencana sering dihadapi para penternak, petani dan pemain sektor perikanan. Prosedurnya mudah, jika berlaku kerosakan pada tanaman atau ternakan akibat bencana alam, boleh segera buat laporan. “Petani, penternak dan nelayan boleh buat laporan kepada pejabat pertanian, veterinar dan perikanan di daerah masing-masing beserta gambar kemusnahan untuk pegawai membuat siasatan serta penilaian,” katanya kepada pemberita. Beliau juga  berkata, bantuan yang diberikan bukan ganti rugi tapi sebaliknya saguhati bagi meringankan beban dengan harapan petani, penternak, nelayan dan pengusaha ikan sangkar ini dapat membeli benih, baja atau keperluan lain untuk bangkit semula dalam bidang masing-masing. Tambah Dr Azman lagi, susulan banjir gelombang pertama yang telah berlaku baru-baru ini, pihaknya ada menerima beberapa permohonan bantuan dari petani dan penternak terjejas akibat bencana tersebut. "Setiap permohonan akan diproses oleh jabatan berkaitan sebelum diserahkan kepada urusetia bencana pertanian negeri untuk dinilai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri Terengganu," ujarnya.  
21 Dec 21
449
Segera Ambil Dos Penggalak Sebelum Terlambat - Dr Alias
Segera Ambil Dos Penggalak Sebelum Terlambat - Dr Alias
KEMAMAN, 21 Disember – Kerajaan Negeri menyeru kepada semua penerima dos lengkap vaksin COVID-19, Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas agar mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan kadar antibodi bagi melawan kesan virus itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak berkata, kajian berterusan yang dijalankan pelbagai pihak menunjukkan keberkesanan vaksin tersebut berkurang selepas tempoh lebih enam bulan. “Setakat ini, stok vaksin di Terengganu masih banyak di klinik kesihatan dan swasta, namun kedatangan warga negeri kurang memberangsangkan berbanding kempen suntikan pertama dan kedua. “Dos disimpan mempunyai tarikh luput dan akan rosak jika tidak digunakan dalam tempoh tertentu, jadi amat penting bagi rakyat kita untuk mendapatkan suntikan booster ini selewat-lewatnya pada Februari tahun depan bagi mengekalkan status vaksin lengkap. “Sekarang ini juga, siapa yang belum menerima tarikh temu janji di aplikasi MySejahtera boleh berjalan masuk segera bagi mengambil suntikan dos terutamanya yang disediakan di pelbagai klinik swasta seluruh negeri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis MoU diantara TDMP dan MPOGCF di Resort World Kijal, semalam. Jelasnya lagi, jumlah kes kematian yang masih tinggi di dalam negeri juga diantara sebab kenapa suntikan vaksin penting bagi mengurangkan jangkitan dan keparahan kes COVID-19. Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, hanya 10 peratus penerima berumur 18 tahun keatas telah menerima suntikan penggalak dengan peratusan lengkap divaksinasi dua dos sebanyak 93 peratus. Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan.
20 Dec 21
380
TDM Plantation, MPOGCF Meterai Usaha Pulihara Habitat Liar
TDM Plantation, MPOGCF Meterai Usaha Pulihara Habitat Liar
KEMAMAN, 20 Disember - TDM Berhad menerusi bahagian perladangan, TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) untuk menambah baik inisiatif pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak berkata, usaha tersebut dilihat tepat bagi menjaga hubungan baik antara manusia dan haiwan liar yang berpindah disebabkan pembangunan sektor sawit di Terengganu. “Oleh itu, kita perlu memastikan pembangunan seimbang seperti usaha 'Living Together with Elephants' adalah satu inisiatif yang dijalankan bagi menangani isu pencerobohan gajah liar di ladang kelapa sawit syarikat yang berada di Kemaman dan Setiu,” katanya ketika ditemu bual pemberita. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TDMP, Hamdan Ibrahim berkata, pihaknya telah merintis rangkaian pengurusan gajah liar pertama di Terengganu. Katanya, mereka mengumpulkan pemain industri kelapa sawit tempatan dalam mengatasi isu pencerobohan dan hidup harmoni bersama binatang tersebut. “Pasukan kami baru-baru ini telah berjaya memasang kolar satelit pada seekor ketua kawanan gajah di Ladang Pelung kami dengan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri dan Tabung Gajah Terengganu bagi menjejaki pergerakan kawanan terbabit. “Pihak syarikat juga turut bekerjasama dengan PERHILITAN Terengganu untuk memilih beberapa lokasi di unit operasi syarikat untuk menubuhkan bank makanan gajah dan mengenal pasti spesies tumbuhan yang akan ditanam di sana. 'River of Life' pula adalah merupakan usaha peremajaan sungai bagi menggalakkan perlindungan, pemulihan dan penggunaan lestari sungai-sungai yang terletak di unit operasi syarikat. Tambahnya lagi, TDMP juga berusaha untuk mentransformasi sungai-sungai tersebut menjadi tempat tarikan perlancongan dan rekreasi dengan penglibatan badan-badan kerajaan dan juga orang ramai. Di majlis tersebut, TDMP adalah diwakili oleh En. Mohd Salwadi Mazlan, Pengurus Pentadbiran Perladangan TDMP bersama Pengerusi MPOGCF Dato' Mustafa @ Hasan Ali, dan Pengurus Besar MPOGCF, Zamakhshari Muhamad.  
20 Dec 21
508
Banjir : Masjid, Surau Disaran Buat Solat Hajat
Banjir : Masjid, Surau Disaran Buat Solat Hajat
KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Semua masjid dan surau di negeri ini disaran mengadakan solat hajat selepas solat Isyak. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad berkata, tindakan itu perlu bagi memohon supaya Allah mempermudahkan segala urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri dilanda bencana banjir ketika ini. "Sebahagian besar kawasan di negara kita sedang diuji hebat dengan hujan yang tidak henti-henti turun menyebabkan paras air telah naik ke tahap yang membimbangkan. "Dipohon semua pengerusi jawatankuasa masjid serta pegawai agama setiap daerah untuk melaksanakan solat sunat hajat di masjid dan surau selepas solat Isyak agar diberikan kemudahan dan keselamatan daripada musibah banjir yang sedang melanda ini kepada semua rakyat diseluruh negara," ujarnya.          
20 Dec 21
811