lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

PENJAWAT AWAM PERLU PEGANG PRINSIP FASTER
PENJAWAT AWAM PERLU PEGANG PRINSIP FASTER
23 Dec 21
228
PTG,SUK TERENGGANU MENANG ANUGERAH ADUAN AWAM CEMERLANG
PTG,SUK TERENGGANU MENANG ANUGERAH ADUAN AWAM CEMERLANG
23 Dec 21
157
1,000 Sukarelawan Bawa Tiga Misi Utama Ke Pahang
1,000 Sukarelawan Bawa Tiga Misi Utama Ke Pahang
KUALA TERENGGANU, 23 Disember – Lebih 1,000 sukarelawan PAS Terengganu menerusi badan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) membawa tiga misi utama bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang. Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata selain kerja-kerja mencuci dan membersih sisa banjir serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan, program dapur rakyat antara yang menjadi misi utama. “Program dapur rakyat akan menyediakan makan tengahari selama dua hari kepada 2,000 mangsa banjir di lapan kawasan yang terjejas di Kuantan. “Kita menyasarkan 16 ribu mangsa banjir akan dibantu menerusi program itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelepasan Misi Kemanusiaan Ke Pahang di hadapan Muzium Losong, di sini hari ini. Menurut beliau, misi kemanusian selama dua hari sehingga sabtu  itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membantu mangsa banjir di lapan kawasan yang terjejas teruk. “Sebaik sampai di sana, mereka akan dipecahkan kepada  25 hingga 30 kumpulan yang terdiri daripada enam orang yang mana kita sasarkan dapat membersihkan enam buah rumah dalam tempoh tiga hari. “Kesemua peralatan membersihkan turut disertakan dalam misi ini supaya dapat melicinkan lagi pergerakan jentera di kesemua kawasan,” ujarnya lagi. Dalam perkembangan yang sama, Wan Sukairi berkata, misi bantuan ke Temerloh terpaksa ditunda kepada hari Sabtu ini disebabkan kawasan bencana masih terlibat dengan banjir termenung. Selain itu, PAS Terengganu turut menyumbang RM50 ribu kepada PAS pahang untuk disalurkan kepada mangsa banjir. 
23 Dec 21
714
Banjir: UMT Tangguh Kuliah Sehingga Sabtu Ini
Banjir: UMT Tangguh Kuliah Sehingga Sabtu Ini
KUALA NERUS, 23 Disember- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  menangguhkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di kampusnya hingga Sabtu ini susulan kejadian banjir kilat luar biasa yang melanda beberapa buah negeri. Naib Canselornya, Prof Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, penangguhan itu berkuat kuasa seminggu bermula Ahad lalu bagi menzahirkan rasa prihatin dengan nasib yang menimpa warga IPTA yang terkesan dengan musibah yang berlaku. "Kita faham ada pelajar yang berasal dari negeri-negeri yang terjejas banjir dan bersimpati atas nasib menimpa mereka.  "Sehubungan itu, para pelajar dikecualikan daripada kuliah dan pembelajaran sepanjang tempoh bertenang dari 19 hingga 25 Disember ini bagi memberi ruang buat para pelajar yang terjejas banjir bertenang sepanjang tempoh mencabar ini," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan Petugas Barisan Hadapan UMT di Dewan Sultan Mizan, di kampus itu semalam.  Dalam majlis itu, lebih 300 barisan hadapan diraikan antaranya polis, bomba, petugas kesihatan, pengamal media dan kakitangan UMT.  Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata, seramai 400 sukarelawan UMT digerakkan ke Selangor dan Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir.  Katanya, kumpulan sukarelawan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia itu dijadualkan berada tiga hari di negeri berkenaan bermula Sabtu ini.  "Misi bantuan melibatkan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa yang dipenuhi lumpur.  Bagi fasa pertama ini, seramai 50 sukarelawan akan berkhidmat di Selangor dan Pahang," katanya.   
23 Dec 21
1418
Anak Ikan Paus Ditemui Terdampar Di Pantai Merchang
Anak Ikan Paus Ditemui Terdampar Di Pantai Merchang
MARANG, 23 Disember – Beberapa kakitangan sebuah resort persendirian dikejutkan dengan penemuan seekor anak ikan paus dianggarkan seberat kira-kira satu tan di Pantai Merchang, di sini hari ini.  Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mamalia berkenaan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan berikutan keadaannya yang terlalu lemah.  Pemilik resort, Abd. Latif Jamaludin berkata, beliau menghubungi Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Dungun dan mereka bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan anak ikan paus tersebut. "Saya bersama beberapa kakitangan, pengunjung resort dan orang kampung cuba menolak ikan paus itu ke laut, namun keadaannya terlalu lemah untuk berenang jauh, lalu hanya terdampar di pantai. "Usaha menolak mamalia itu ke laut turut dilakukan kakitangan Jabatan Perikanan tetapi masih gagal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.  Tambah beliau, anak ikan paus ini adalah penemuan kali kedua kerana pihaknya pernah menemui bangkai paus di lokasi sama pada tahun 2017. Sementara itu, Pengarah FRI Rantau Abang, Sharum Yusof berkata, anak ikan paus berkenaan, bagaimanapun gagal diselamatkan dan siasatan lanjut dilakukan terhadap bangkainya.   
23 Dec 21
1783
PETRONAS Sumbang Zakat RM79,900 Kepada Sekolah Agama
PETRONAS Sumbang Zakat RM79,900 Kepada Sekolah Agama
KEMAMAN, 22 Disember – PETRONAS Peninsular Malaysia Assets (PMA) melalui Badan Kebajikan Kakitangan Islam PETRONAS (BAKIP) menyampaikan sumbangan zakat kakitangan PETRONAS berjumlah RM79,900 kepada empat buah sekolah agama terpilih di daerah tersebut. Pengurus Besar Kanan PMA, Hafiz Azzad Zubir berkata, sumbangan berbentuk wang tunai kepada 239 pelajar dan guru itu diharapkan dapat membantu meringankan beban mereka. “Sebagai sebuah syarikat yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat dan pembangunan pendidikan di negara ini, kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak akan dapat menolong mereka dalam apa jua urusan berkaitan pendidkan dan kebajikan pelajar di sini. "Sumbangan zakat tersebut adalah hasil kerjasama yang dijalankan di antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) Terengganu dan PETRONAS. "Melalui kerjasama tersebut, BAKIP dilantik sebagai wakalah zakat yang berperanan mengagihkan zakat yang dikeluarkan oleh kakitangan PETRONAS kepada MAIDAM pada tahun 2021," katanya semasa majlis ringkas di Markaz Dirasat Al Islamiah, Kampung Semanyor, Kemasik baru-baru ini. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi dan Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.  
22 Dec 21
1167
Permintaan Tinggi Punca Gangguan Air Di KT
Permintaan Tinggi Punca Gangguan Air Di KT
KUALA TERENGGANU, 22 Disember – Permintaan tinggi antara punca gangguan bekalan air di beberapa kawasan dalam daerah ini yang melibatkan tangki Bukit Kecil 2. Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam satu kenyataan berkatalah, 15 kawasan didapati terkesan telah mencapai tahap maksima penggunaan daripada tangki terbabit. “Sehubungan dengan itu, pihak SATU kini mengaktifkan sistem pengurusan tekanan secara serta merta agar bekalan air diterima secara berterusan di kawasan-kawasan terlibat dan mengurangkan impak gangguan bekalan. “Pembekalan air secara berjadual telah dijalankan dan bekalan air alternatif menggunakan tangki statik yang mencukupi di kawasan-kawasan terbabit turut disediakan,” katanya dalam kenyataan tersebut. Jelasnya, pihak SATU akan memaklumkan perkembangan status terkini bekalan air dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi kami seperti laman sesawang www.satuwater.com.my. “Informasi terkini juga boleh didapati di aplikasi MySATU, Facebook, Instagram, Linkedin, atau hubungi careline di talian 1300-88-2111 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan," kata kenyataan itu.
22 Dec 21
1271
Sistem SAMPAI Promosikan Kerja Kosong Di Setiap Daerah
Sistem SAMPAI Promosikan Kerja Kosong Di Setiap Daerah
BESUT, 22 Disember – Kerajaan negeri menerusi Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) bakal menyediakan satu platform pekerjaan kosong di setiap daerah menerusi Sistem Maklumat Pekerjaan Akar Umbi (SAMPAI). Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, sistem tersebut memfokuskan kepada mempromosikan kerja kosong, peluang latihan dan kemahiran yang bakal dilaksanakan Januari tahun hadapan. “Pada peringkat awal ini, kita akan memasang paparan digital ini di setiap lapan Pejabat Daerah dalam negeri kemudian akan diperkembangkan di Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Pengumuman digital ini akan dilangsungkan secara 24 jam dengan penambahbaikkan dan maklumat secara berterusan oleh THRDC. “Kenapa tidak buat menerusi aplikasi Whatsapp?, dapatan kami adalah 70 peratus maklumat tidak sampai kepada penerima dan menerusi platform luar talian ini, kita ingin capaian lebih baik lagi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu yang diadakan di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, baru-baru ini. Tambahnya yang juga ADUN Kota Putera, informasi diwar-warkan turut boleh digunapakai oleh golongan majikan yang boleh berpandukan statistik bidang tenaga di sesebuah kawasan.
22 Dec 21
503
Op Khas Penjaja Jalanan, Nasihat Sebelum Saman
Op Khas Penjaja Jalanan, Nasihat Sebelum Saman
KUALA TERENGGANU, 21 Disember- Op Khas Penjaja Jalanan telah dilaksanakan Polis Terengganu bermula 13 Disember lalu selepas menerima aduan orang ramai yang bimbang berlaku kemalangan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, pihaknya menggunakan kaedah advokasi dengan memberi teguran dan nasihat kepada penjaja terbabit yang menjalankan aktiviti itu di persimpangan jalan serta lampu isyarat. Bagaimanapun katanya, kesemua mereka akan dikenakan tindakan saman jika masih berdegil. "Kita juga sedia maklum berhubung video tular yang menunjukkan dua anggota mendekati seorang penjaja jalanan di Bandar Chukai, Kemaman. Anggota itu hanya melakukan advokasi atau memberi nasihat kepada penjaja berkenaan," katanya kepada pemberita. Sebelum ini tular video berdurasi 14 saat yang dikatakan dua anggota terbabit mengenakan saman kepada penjaja jalanan di sekitar bandar Chukai, Kemaman. Beliau berkata, tindakan saman boleh diambil di bawah Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 (LN 166/59), tidak ada seorang pun boleh menjual sesuatu kepada orang dalam kenderaan di persimpangan jalan atau di atas jalan dan boleh dikompaun jika melanggar kaedah ini. "Selain itu, di bawah Kaedah 10A(2) dalam kaedah yang sama, tidak ada seorang pun boleh cuba membeli atau membeli sesuatu semasa berada dalam kenderaan di persimpangan jalan atau di atas jalan. Kesalahan ini tidak boleh dikompaun dan hendaklah menjelaskan di Mahkamah," ujarnya. Dalam masa sama, Ismail turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan perniagaan terutama di kawasan lampu isyarat kerana mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya.      
21 Dec 21
1242
800 Sukarelawan Khidmat Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Pahang
800 Sukarelawan Khidmat Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Pahang
KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Sayap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PAS, Khidmat Malaysia Terengganu bertindak proaktif menghantar 800 sukarelawan ke Kuantan dan Temerloh, Pahang bagi membantu mangsa banjir selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Khidmat Malaysia Pusat. Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kumpulan sukarelawan tersebut menghulurkan bantuan kepada kepada mangsa banjir terlibat termasuk membersihkan rumah masing-masing yang dipenuhi lumpur tebal. Katanya, ini termasuk sumbangan kewangan sebanyak RM50,000 kepada PAS Pahang bagi melancarkan proses bantuan kepada mangsa banjir. “Hasil mesyuarat pagi tadi, kami telah tetapkan bahawa setiap kawasan akan menghantar seramai 100 orang sukarelawan dan mereka akan digerakkan bermula Khamis ini dan akan berkampung selama tiga hari di sana. “Kita melihat bantuan tenaga kerja amat diperlukan untuk melakukan pembersihan pasca banjir di rumah-rumah mangsa yang terjejas di samping menghulurkan sumbangan keperluan asas seperti barangan makanan, keperluan asas dan dapur rakyat,”ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemantapan Wanita Siri 1 di Hotel Permai di sini hari ini. Tambah Hanafiah lagi,  peserta misi bantuan itu turut diingatkan untuk mengutamakan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19. Dalam perkembangan sama, Hanafiah yang juga Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata bermula Selasa hadapan hampir 1,000 sukarelawan daripada agensi-agensi kerajaan di Terengganu  akan diarahkan untuk memberikan sumbangan termasuk membersihkan rumah dan sebagainya yang perlu bagi meringankan mangsa banjir, Terdahulu, Khidmat Masyarakat PAS Pusat telah mengeluarkan arahan kepada Terengganu dan Kelantan  untuk turun ke Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk ekoran hujan lebat secara berterusan, pada Jumaat lepas.
21 Dec 21
649