lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Benteng Sungai Runtuh Timbulkan Kerisauan Penduduk
Benteng Sungai Runtuh Timbulkan Kerisauan Penduduk
Oleh: Naim Fadhilah DUNGUN, 27 Januari - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Buaya, Kuala Dungun bimbang apabila benteng di tebing sungai itu mendap dan runtuh, sekaligus membahayakan keselamatan penduduk. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Sungai Buaya, Mukhtar Che Man berkata, beliau telah menerima aduan daripada penduduk yang menyedari kejadian tanah runtuh terbabit. "Setelah menerima aduan, saya terus ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kejadian tanah runtuh itu," ujarnya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi  Wan Nik berkata, beliau telah mengambil maklum kejadian itu dan akan terus berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tindakan lanjut. "Saya telah memaklumkan kepada pihak berkenaan untuk ambil tindakan dengan kadar yang segera kerana kita bimbang kemungkinan runtuhan menjadi lebih buruk apabila air pasang besar," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu meninjau lokasi kejadian. Beliau turut meminta JPKK untuk sentiasa membuat pemantauan di kawasan tersebut dan memastikan keselamatan penduduk terjamin.  "Pihak JPKK akan membuat pemantauan secara berkala dan memaklumkan kepada penduduk supaya lebih berhati-hati apabila melalui jalan berdekatan kawasan itu terutamanya apabila air sungai pasang," ujarnya.
27 Jan 22
947
Tuah Rezki Putri Uda Mahu Jadi Contoh Bangsa Muda Orang Asli
Tuah Rezki Putri Uda Mahu Jadi Contoh Bangsa Muda Orang Asli
KUALA NERUS, 27 Januari- “Saya sangat gembira dan bersyukur serta mahu menjadi contoh yang terbaik untuk bangsa muda orang asli," kata Tuah Rezki Putri Uda. Tuah Rezki, 23, menerima Diploma Pengajian Bank yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Fadzli Adam bersama 254 graduan yang lain di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-12, di sini, hari ini. Tuah dari suku kaum Semai merupakan anak kelima dari enam beradik kini menyambung pegajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan dan Rekreasi di UKM, Bangi. Bapa Tuah, Minit a/l Bah Los, 59, dan ibunya, Juliana a/p Bah Uda, 54, tidak dapat hadir pada majlis konvokesyen kerana tiada kenderaan dan perjalanan yang agak jauh. “Walaupun saya datang seorang diri, saya tetap bangga kerana dapat menamatkan diploma dan menyambung pengajian di peringkat sarjana muda demi mengubah nasib hidup keluarga saya. “Sepanjang pengajian diploma banyak perkara yang saya belajar sendiri dari segi pelajaran, pengurusan kewangan, pengurusan diri dan berkomunikasi dengan rakan-rakan," katanya yang berasal dari perkampungan orang Asli Chenderong Kelubi, Perak.  Katanya lagi, menjadi seorang perempuan Orang Asli yang berpelajaran tinggi dan berkarier adalah impian Tuah agar dapat menjadi contoh untuk diikuti oleh orang asli yang lain. “Saya tidak pernah malu menjadi orang asli sebab saya nak orang asli ini setara dengan bangsa yang lain”, katanya yang bercita-cita menajdi seorang pensyarah.
27 Jan 22
364
Gajah, Kerapu Gergasi Tarikan Unik Karnival Tahun Pertanian 2021
Gajah, Kerapu Gergasi Tarikan Unik Karnival Tahun Pertanian 2021
KUALA TERENGGANU, 27 Januari – Pameran Gajah Denak, ikan kerapu gergasi dan pelbagai lagi acara menarik bakal memeriahkan Karnival Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 (KTPNT2021) yang bermula sejak hari ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim, program penutup Tahun Pertanian 2021 tersebut akan diadakan di Dataran Pekan Jabi, Besut pada 29 Januari. “Program ini akan menutup tirai Tahun Pertanian 2021, kita anggap ia sebagai acara kemuncak dengan kita menganjurkan sebuah karnival besar-besar dalam calendar tersebut. “Setakat ini kita berjaya laksanakan 92 program, tinggal lagi dua iaitu pemecahan tanah perumahan penempatan nelayan di Setiu dan karnival ini, menyempurnakan semua 94 program menjadikan 99.9 peratus pelaksanaan kesemua inisiatif. “Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti pameran penyu, pertunjukan gasing terbang, bicara ilmu, demonstrasi pertanian dan industry makanan, jualan Happy Hour dan lain-lain lagi,” katanya dalam satu kenyataan. Menjelas lanjut, susunan projek dan program-program sepanjang Tahun Pertanian Terengganu 2021 ialah mengikut keperluan dan kesesuaian setempat. “Dataran Pekan Jabi memang kami khususkan untuk Himpunan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Himpunan Lembu Sado, Karnival Pertanian dan lain-lain yang sewaktu dengannya,” katanya lagi.  
27 Jan 22
1038
Sedia Insentif Khas Bakal Pengundi 18 Tahun
Sedia Insentif Khas Bakal Pengundi 18 Tahun
KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Kerajaan bersetuju untuk meneliti cadangan berhubung pemberian insentif khas kepada golongan muda khususnya mahasiswa berusia 18 tahun kerana mereka bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi. Perkara itu dicadangkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam pertemuan beliau dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini. Beliau memberi contoh, pemberian insentif yang boleh dipertimbangkan ialah penyediaan dana bagi menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kata beliau, pertemuan itu antara lain bagi membincangkan dan membangkitkan sembilan perkara penting membabitkan kesejahteraan serta kepentingan rakyat. “Antaranya ialah insentif pengundi 18 tahun, isu Skim Wakaf berkaitan pendidikan percuma dengan geran padanan, Kadar Dasar Semalaman (OPR), cukai digital ekonomi dan  penggabungan bank fasa ketiga,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini. Khairuddin berkata, Tengku Zafrul turut  memaklumkan bahawa Kabinet sudah membincangkan cadangan mewujudkan semula konsep ‘Build-Own-Lease-Transfer’ (BOLT) dan ‘Deferred Payment’ hanya untuk projek infrastruktur yang tertentu seperti pembinaan hospital, sekolah, air dan universiti. “Saya harap dengan keputusan-keputusan penting ini akan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara. Insya-Allah,” katanya.
26 Jan 22
470
RM2 Juta Diperuntukkan Bina Masjid Baharu
RM2 Juta Diperuntukkan Bina Masjid Baharu
KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk pembinaan Masjid Felda Belara baharu, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Jelasnya, kerajaan bersetuju menyalurkan dana berkenaan bagi menampung pertambahan jumlah jemaah di kawasan tersebut. "Saya menyampaikan hasrat ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas ahli kariah bertemu dengan saya sebelum ini bagi mengemukakan permohonan untuk membina masjid baharu, Alhamdulillah beliau memberikan reaksi yang amat positif. "Jadi sukacita saya umumkan bahawa kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk pembinaan masjid baharu," katanya di Kampung Felda Belara, Kuala Nerus, baru-baru ini. Khairuddin berkata, usaha segera dilakukan oleh pihaknya selepas menerima permohonan berkenaan memandangkan masjid yang sedia ada hanya mampu menampung seramai 500 jemaah saja. "Saya mencuba sedaya-upaya untuk membantu bagi merealisasikan hasrat rakyat di kampung ini apatah lagi masjid adalah simbol kekuatan syiar Islam," tambahnya. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana merealisasikan hasrat penduduk kampung berkenaan. "Rata-rata penduduk kampung ini turut bersyukur di atas keprihatinan kerajaan atas permintaan tersebut," katanya lagi.
26 Jan 22
308
Kebajikan Penduduk Jadi Keutamaan
Kebajikan Penduduk Jadi Keutamaan
SETIU, 26 Januari 2022 - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sentiasa mengutamakan kebajikan penduduk dengan sentiasa turun padang bagi memastikan segala keperluan dan bantuan yang bersesuaian dapat dihulurkan demi kesejahteraan komuniti, di sini. Pegawai Penyelarasnya, Mohd Shafizi Ismail berkata, melalui aktiviti ziarah yang sering kali diadakan menjadi tanda bahawa kerajaan kini sangat mengambil berat serta cakna tanpa mengira latar belakang masyarakat yang berada di dalam sesebuah komuniti. "Melalui aktiviti ziarah dan juga agihan bantuan telah dijadikan rutin bagi PKM untuk melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat serta orang awam dimana setiap bantuan yang diagihkan adalah berdasarkan keperluan dan keutamaan yang diteliti daripada maklumat yang diterima daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing. "Agihan setiap bantuan tidak hanya datang daripada pihak kita, tetapi juga daripada agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tabung Darul Iman (TDI), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan lain-lain,"katanya. Beliau berkata demikian kepada pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas melakukan ziarah kebajikan serta telah menyerahkan bantuan kerusi roda kepada seorang penduduk uzur di Kampung Mengadang Telong bagi memudahkan pergerakan warga emas terbabit, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Pemuda PAS DUN Batu Rakit, Mohd Nasrullah Kamaruddin, Pegawai Kebajikan PKM DUN Batu Rakit, Mohd Fadol Ismail serta JPKK Mengabang Telong. Mengulas lanjut, katanya bantuan seperti itu dan seumpamanya adalah penting bagi golongan yang memerlukan dalam kalangan rakyat yang telah uzur atau sakit bagi memudahkan untuk menuruskan diri. "Selain daripada serahan kerusi roda, sedikit sumbangan berupa barangan keperluan asas dan buah-buahan,"ujarnya.
26 Jan 22
304
Graduan Cina Terima PhD Pendidikan Di Fakulti Pengajian Islam
Graduan Cina Terima PhD Pendidikan Di Fakulti Pengajian Islam
KUALA NERUS, 25 Januari- Seorang graduan berbangsa Cina menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA kali-12 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Kampus Gong Badak, kelmarin. Datuk Dr. Ang John Sun, 55, berkata, dia begitu gembira kerana dapat menunaikan amanat mendiang ibunya yang memintanya menyambung pengajian sehingga peringkat PhD. “Ibu saya teringin sekali melihat saya mendapat PhD dan hari ini saya sangat gembira kerana dapat merealisasikan impian dia walaupun sudah tiada. “Sedih juga sebenarnya kerana semasa mendaftar Phd di UniSZA, dia datang menemani saya dan dia sangat gembira saya melanjutkan pengajian sehingga peringkat PhD,” katanya. Katanya lagi, tinggal bersama masyarakat Melayu membuatkannya sentiasa berkomunikasi bahasa Melayu dengan fasih serta minat mendalami ilmu Pendidikan Islam.  “Saya mula pengajian PhD pada tahun 2018 dan sebelum ini Sarjana Sains di UPM dan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Kemanusiaan di USM. “Masa SPM saya ambil mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekarang pun saya mengajar Bahasa Melayu di sekolah," katanya yang juga Ketua Bidang Bahasa di SMK Badak Bachok, Kelantan.  Bapa kepada anak kembar lelaki dan perempuan itu hadir ke majlis konvokesyen bersama isterinya, Datin Kee Hui Bin, 50.
25 Jan 22
746
Tujuh Buah Rumah Baharu Akan Dibina Untuk Mangsa Kebakaran Taman Islam
Tujuh Buah Rumah Baharu Akan Dibina Untuk Mangsa Kebakaran Taman Islam
KEMAMAN, 25 Januari- Kerajaan negeri akan membina tujuh buah rumah baharu untuk keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Taman Islam Kampung Bakau Tinggi di sini, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pembinaan kediaman itu adalah melalui peruntukan Tabung Darul Iman. "Saya telah meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan secepat mungkin laporan dan hantar ke Tabung Darul Iman untuk saya angkat dan meluluskan peruntukan rumah PPRT yang bernilai RM60,000 sebanyak tujuh unit. "InsyaAllah, kita akan segerakan pembinaannya bermula Mac ini dan berharap menjelang Aidilfitri keluarga terlibat  dapat berpindah ke rumah baru," ujarnya ketika dihubungi pemberita, hari ini. Hanafiah yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai turut menyampaikan sumbangan segera berbentuk bantuan kewangan ketika menziarahi mangsa kebakaran.  "Saya juga telah memohon dengan JKM untuk menyediakan makanan tiga kali sehari sehingga mangsa kebakaran dapat tempat tinggal yang selesa. "Setakat ini mereka ditempatkan dirumah tetamu di pejabat Taman Islam dan ada juga yang balik ke rumah keluarga," katanya. Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan takziah kepada mangsa terlibat disamping mengucapkan terima kasih kepada yang membantu memadamkan kebakaran. "Terima kasih kepada semua anggota bomba, JPKK serta orang ramai yang telah memberi khidmat mereka bagi memastikan kebakaran ini tidak merebak ke rumah yang lain," katanya. Dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 7.40 pagi tadi, seramai 32 penduduk di taman berkenaan hilang tempat tinggal sekelip mata, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
25 Jan 22
887
Program Jualan Keluarga Malaysia Catat Jualan RM7.8 Juta
Program Jualan Keluarga Malaysia Catat Jualan RM7.8 Juta
Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) berjaya merekodkan RM7.8 juta hasil jualan sejak dilancarkan bermula 2 Disember 2021 sehingga 9 Januari 2022.
25 Jan 22
246
KPDNHEP Siasat Penyelewangan Bekalan Minyak Masak
KPDNHEP Siasat Penyelewangan Bekalan Minyak Masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat kegiatan sesetengah pihak yang mencampur minyak masak subsidi dengan minyak masak terpakai bagi mengaut keuntungan.
25 Jan 22
322