lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Fenomena Air Termenung Segera Diatasi JPKK
Fenomena Air Termenung Segera Diatasi JPKK
MARANG, 16 Februari- Masalah air termenung disebabkan hujan lebat sehari dua ini di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong disini diberi perhatian segera oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan terbabit. Pengerusi JPKK Surau Haji Mat Zin, Mohd Nor A.Majid berkata, sebanyak 15 buah rumah di Jalan Sekulit dan dibelakang masjid tersebut terlibat dengan fenomena air bertakung dihalaman rumah mereka. "Bagi mengatasi masalah air termenung tersebut, pihak JPKK telah menjalankan proses pembinaan saliran air dengan menggali parit sepanjang 120 meter," ujarnya kepada pemberita. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan tanah yang terlibat kerana telah memberi kerjasama dengan membenarkan kerja-kerja menggali parit dilakukan.
16 Feb 22
343
Bantuan Khas Bazar Ramadan Diteruskan
Bantuan Khas Bazar Ramadan Diteruskan
KUALA TERENGGANU, 16 Februari – Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan memperuntukkan RM250 ribu dibawah  Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) khusus untuk ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar bagi tahun 2022. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, skim itu secara tidak langsung dapat membantu para peniaga meningkatkan modal dan memenuhi keperluan mereka sepanjang sebulan berniaga. “Oleh itu, kita bersedia meneruskan  pinjaman jangka masa pendek dengan tempoh pembayaran pada bulan Syawal dengan kadar RM1,000 hingga RM3,000 bagi setiap ahli di bawah jaminan persatuan. “Mereka boleh membuat permohonan daripada persatuan  bagi meringankan beban modal untuk memulakan perniagaan setelah kita umumkan kelak,”ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Tambah beliau, YPU yakin peniaga mampu membayarnya semula dalam tempoh tersebut kerana telah mendapat wang pusingan modal dan keuntungan hasil perniagaan sepanjang Ramadan. “Berdasarkan rekod sebelum ini, kita dapati seratus peratus mereka yang menggunakan skim ini mampu membayar balik mengikut syarat yang telah ditetapan dan ia merupakan satu penunjuk yang baik,” ujar Mohd Nurkhuzaini lagi. Justeru itu katanya, mereka yang berminat boleh menghubungi YPU atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu untuk maklumat lanjut, Skim ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM160,500 disalurkan kepada 141 ahli persatuan pada tahun tersebut, namun ia dihentikan pada 2020 kerana tiada penganjuran bazar Ramadan berikutan pandemik COVID-19.
16 Feb 22
1375
Terengganu Agih RM500 Kepada Warga Tani Positif Covid-19
Terengganu Agih RM500 Kepada Warga Tani Positif Covid-19
Kerajaan Negeri Terengganu mengagihkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada warga tani yang dijangkit Covid-19.
16 Feb 22
124
Rakyat Syukur Kerajaan Kembalikan Tanah Dirampas
Rakyat Syukur Kerajaan Kembalikan Tanah Dirampas
Seramai 16 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pertanian di Paya Kolam Marang bersyukur dan gembira apabila kerajaan PAS Terengganu mengembalikan semula tanah rakyat yang pernah dirampas oleh pentadbiran terdahulu.
16 Feb 22
164
Kerajaan Salur RM65.6 Juta Kepada Iman, Bilal, Guru Takmir Dan KAFA
Kerajaan Salur RM65.6 Juta Kepada Iman, Bilal, Guru Takmir Dan KAFA
Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan kewangan sebanyak RM65,580,285.60 kepada iman, bilal, guru takmir dan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Terengganu, tahun ini.
16 Feb 22
96
Isu Bekalan Ayam, Telur Perlu Dipandang Serius
Isu Bekalan Ayam, Telur Perlu Dipandang Serius
KUALA NERUS, 16 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Tepoh), Hishamuddin Abdul Karim menggesa pihak kerajaan persekutuan agar isu kekurangan bekalan ayam dan telur dipandang lebih serius dalam menghadapi musim bulan Ramadan Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dan semua menteri terlibat secara langsung dengan sektor kepenggunaan perlu menggiatkan lagi usaha untuk memastikan bekalan ayam dan telur dapat dipulihkan seberapa segera khususnya menghadapi bulan puasa akan datang. "Ia tidak boleh dibebankan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semata-mata. “KPDNHEP hanya mengawal harga di peringkat akhir ketika turun kepada pembeli. Kesukaran penternak dengan modal semasa juga perlu dipertimbangkan," jelasnya kepada kepada pemberita ketika hadir di Karnival Jualan Keluarga Malaysia, perkarangan Pasaraya PXR Kampung Gong Datuk, baru-baru ini. Menurut Hishamuddin, pelbagai rungutan serta kebimbangan diluahkan oleh masyarakat susulan kekurangan bekalan telur di pasaran menjelang musim perayaan Islam tersebut. Jelasnya, ia memerlukan penglibatan semua kementerian berkait supaya dapat memberikan komitmen dan juga dapat memastikan supaya semua sumber bekalan ini dapat diselesaikan dengan segera. Sementara itu, beliau turut menjelaskan, pihaknya serta Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Khairuddin Aman Razali telah memperuntukkan subsidi buat penganjuran Karnival Jualan Keluarga Malaysia di kawasan yang sambutan luar biasa khususnya masyarakat dalam daerah tersebut. "Hari ini makanan seperti ayam ditaja oleh parlimen dengan memberikan sedikit subsidi jualan. Insya-Allah berkat kerjasama semua rakyat tidak terhimpit dan terbeban. “Maka harga dapat diturunkan dengan lebih rendah, sekadar untuk sokongan dalam program seperti ini dan kita juga memberikan potongan separuh harga ikan sangkar sungai yang berada di dalam kaunter jualan. “KPDNHEP telah memainkan peranan yang cukup baik dengan inisiatif penganjuran Karnival Jualan Keluarga Malaysia dan seumpamanya,” katanya lagi.
16 Feb 22
386
Sakit Kepala, Loya Antara Gejala Utama Omicron
Sakit Kepala, Loya Antara Gejala Utama Omicron
KUALA LUMPUR, 16 Februari - Varian Omicron virus Covid-19 tidak menyebabkan penghidapnya hilang deria bau seperti varian Delta. Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Dr Masita Arip berkata, itu merupakan satu daripada perbezaan ketara antara gejala varian Omicron dan Delta. "Selain itu, varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu yang tinggi sebagaimana pesakit Covid-19 varian Delta sebelum ini. Antara gejala utama yang dibawa oleh varian Omicron adalah sakit kepala dan loya. "Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit kepala dinasihatkan mendapatkan rawatan dengan segera," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi. Menurut Dr Masita, gejala yang dialami oleh penghidap varian Omicron adalah lebih singkat iaitu kurang lima hari berbanding varian Delta. Beliau berkata, masyarakat Malaysia perlu bersikap matang dalam menghadapi situasi melawan pandemik Covid-19 dengan segera mendapatkan rawatan apabila bergejala, sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dan mengambil dos penggalak supaya mempunyai imuniti terhadap varian berkenaan. "Individu yang melakukan ujian kendiri Covid-19 di rumah dan mendapati diri mereka positif perlu jujur dan bertanggungjawab dengan tidak keluar rumah dan membahayakan orang lain," katanya. - BERNAMA. Foto Ehsan - Harian Metro.
16 Feb 22
580
Madinah Ramadan Diteruskan Dengan Skala Kecil
Madinah Ramadan Diteruskan Dengan Skala Kecil
KUALA TERENGGANU, 16 Februari – Program Madinah Ramadan bakal mewarnai malam-malam bulan puasa di bandar raya ini dengan memilih dataran Drawbridge sebagai lokasi baharu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata namun disebabkan penularan Covid-19 melibatkan varian Omicron, program tersebut diadakan dalam skala lebih kecil mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. "Program Madinah Ramadan tahun ini kita tidak buat solat tarawih, hanya pasang kanopi untuk solat Maghrib dan tazkirah sebelum waktu solat sahaja berikutan keadaan semasa Covid-19 yang semakin meningkat," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Halaqah Darul Iman (HaDI) yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini, baru-baru ini. Sementara itu, kerajaan negeri juga membenarkan jemaah menunaikan solat tarawih di masjid dan surau kawasan masing-masing sepanjang Ramadan mengikut SOP ditetapkan pihak berkuasa. “Kita tidak menyekat pelaksanaan aktiviti lain  mengimarahkan bulan puasa seperti agihan bubur lambuk dan tadarus al-Quran dengan pematuhan SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyekat penularan jangkitan Covid-19," katanya.  
16 Feb 22
258
Ikan Mati, Penternak Kerugian RM10,000
Ikan Mati, Penternak Kerugian RM10,000
DUNGUN, 15 Februari-Seorang penternak ikan sungai di Kampung Delong kerugian  hampir RM10,000 akibat fenomena perubahan aliran sungai yang berlaku.  Nozlin Mohammad, 42 berkata, jumlah itu hanya mengambil kira kos yang dikeluarkan untuk makanan ikan yang diternaknya bermula Julai tahun lepas.  "Pagi ni saja  sebanyak  220 ekor ikan patin mati, ada yang beratnya 700 gram, 600 gram dan yang paling banyak beratnya 400 gram seekor.  "Pagi kelmarin tilapia 120 ekor mati dan purata berat ikan dalam  tiga atau empat ekor sekilogram, " jelasnya.  Nozlin memberitahu demikian ketika ditemui semasa kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun untuk mengetahui lebih lanjut kejadian tersebut setelah dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Delong, Abu Bakar Mohamed.  Beliau yang mula berkecimpung dalam bidang ternakan  ikan dalam sangkar secara suka - suka tiga tahun lalu memberitahu kejadian yang serupa pernah berlaku tahun lepas. "Ianya berlaku masa musim hujan, air sungai banyak, aliran air laju... mulanya ikan-ikan ini akan timbul dan badan ikan ada bintik-bintik merah, mulutnya ada kudis sikit dan akhirnya badannya beransur - ansur bertukar menjadi hitam" jelasnya.  Sehubungan itu, Alias yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa penternak itu berharap dia segera mengemukakan permohonan bantuan kepada Tabung  Bencana Pertanian yang disediakan oleh kerajaan Negeri Terengganu.  "Tabung yang disediakan untuk petani, penternak dan nelayan yang mengalami keadaan seperti ini... boleh buat laporan beserta gambar kepada pejabat pertanian, veterinar dan perikanan  dan pegawai akan membuat siasatan serta penilaian,” katanya yang turut menghulurkan sumbangan sebagai meringankan beban Nozlin.   
15 Feb 22
388
36 Bazar Ramadan Di Kawasan MBKT
36 Bazar Ramadan Di Kawasan MBKT
KUALA TERENGGANU, 15 Februari- Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 36 lokasi bazar Ramadan termasuk di daerah Kuala Nerus tahun ini. Datuk Bandar MBKT, Rozali Salleh berkata, lokasi tersebut membabitkan 4,385 petak dengan 26 tapak membabitkan 3,694 petak di kawasan bandaraya manakala sepuluh tapak (691 petak) di Kuala Nerus. Katanya, empat daripada 26 tapak bazar Ramadan akan diswastakan dan tender dijangka buka minggu depan. "Empat tapak bazar Ramadan iaitu di Dataran Shah Bandar dan dua di kawasan tempat letak kereta serta di kawasan stesen teksi Kampung Tanjung, di sini akan diswastakan. "Tender untuk tapak bazar Ramadan berkenaan akan dibuka minggu depan," katanya kepada pemberita. Dalam perkembangan sama, Rozali berkata prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM)bagi menangani penularan pandemik Covid-19 akan disampaikan kepada peniaga bazar Ramadan. "MBKT tidak akan bertanggungjawab jika bazar Ramadan diarahkan ditutup oleh KKM atas kesalahan mengabaikan pematuhan SOP. "MBKT juga akan memulangkan bayaran pendahuluan kepada peniaga dan penganjur jika bazar Ramadan tidak dibenarkan dibuka susulan peningkatan kes Covid-19," katanya.
15 Feb 22
683