lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Kesedaran Islam, Suasana Tenang Faktor Terengganu Digemari Siswa Antarabangsa
Kesedaran Islam, Suasana Tenang Faktor Terengganu Digemari Siswa Antarabangsa
KUALA NERUS, 20 Februari – Tahap Kesedaran Islam yang baik serta suasana tenang adalah diantara faktor utama mengapa Terengganu digemari sebagai destinasi pembelajaran dan tempat tinggal, menurut pendapat mahasiswa-mahasiswi antarabangsa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi, Dr Umar Muhammad Dabachi Bida, 38, yang menyifatkan penghayatan Islam di negeri ini amat berprinsip termasuk semangat Ukhwah tinggi setiap kali beliau berkunjung ke masjid di sekitar universiti. “Bila lihat di sekitar Kampus Gong Badak dan Kuala Nerus, ini adalah tempat yang sangat aman, tahap jenayah di sini sangat rendah berbanding Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, keselamatan memuaskan ada disini. “Anda jarang melihat mana-mana orang Islam berpakaian menjolok mata, Masjid di mana-mana, malah dalam masyarakat orang menghormati integriti dan kemanusiaan.Semuanya di sini amat sederhana dan mudah. Sebagai seorang Muslim daripada Nigeria, saya berada di tempat yang selamat. “Dari segi ekonomi, kos sara hidup di sini juga agak murah, dengan dua ringgit anda boleh membeli makanan di luar, sesiapa sahaja terutama pelajar asing mampu tinggal di sini,” kata ilmuwan Nigeria itu. Selain itu, Umar turut menasihatkan penduduk setempat agar terus memperkasakan cara hidup beragama dengan ilmu, mempelajari bahasa Inggeris, bahasa Arab sambil menyarankan kerajaan tempatan dan ibu bapa mengajar al-Quran dan Hadis untuk generasi akan datang. Beliau juga menyifatkan UniSZA sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bermutu tinggi, dilengkapi kemudahan dan tenaga pengajar bertaraf dunia yang membolehkannya menguasai bidang pembangunan, alam sekitar dengan minyak dan gas. Seorang lagi pelajar yang turut berkongsi pengalaman positifnya mengenai persekitaran Islamik ialah Fatimah Abdullah (Xu Jing), 38, berkata UNISza bahawa adalah tempat yang lebih mudah baginya untuk mengamalkan agama Islam. “Sejak pertama kali datang ke sini pada 2013, surau dan masjid adalah perkara biasa dan mudah didapati, saya boleh memakai hijab dan mencari makanan halal dengan mudah, pengalaman yang sama sekali berbeza berbanding di China. “Selain itu, saya berasa lebih selesa tinggal di sini dengan tempat-tempat yang indah untuk dikunjungi dan orang-orang serta rakan-rakan yang mesra sepanjang perjalanan,” kata guru bahasa Mandarin itu. Jelas seorang pula mahasiswa PhD dalam Pemasaran Pelancongan dari Pakistan, Asif Sanaullah Balti, sifat aktif dan kecantikan masjid tempatan juga diantara faktor kenapa beliau serta anaknya meminati Terengganu. Bapa berusia 35 tahun yang tinggal di Tok Jembal itu berkongsi rasa cintanya rumah ibadat tersebut yang indah dan banyak di sekitar Kuala Nerus, berkata khutbah dan bacaan al-Quran setiap hari membuatkan dia merasa tenang. Sementara itu, Pengarah Pusat Antarabangsa UniSZA, Anuar McAfee menyebut bahawa persekitaran majoriti Islam disamping perkhidmatan pendidikan kualiti tinggi, memainkan pengaruh besar dalam membawa masuk pelajar asing baru datang dan tinggal di sini. “Berbanding cabaran dan dugaan di luar pantai timur, Terengganu mampu menjadi ‘kampung’ buat mereka, kami pada mulanya bimbang sama ada warga luar ini akan menyesuaikan diri di sini atau tidak, tetapi nampaknya mereka sebati dengan baik dan diterima masyarakat,” katanya.
20 Feb 22
537
Program Penghayatan Islam Dekati Komuniti Setempat
Program Penghayatan Islam Dekati Komuniti Setempat
HULU TERENGGANU, 19 Februari - Penganjuran Program Penghayatan Islam anjuran TDM Plantation Sdn Bhd menjadi salah satu usaha bersama kerajaan negeri dalam mendekati komuniti setempat. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, program itu juga mengetengahkan sikap cakna syarikat kepada mereka yang terkesan berikutan wabak pandemik. "Inisiatif ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menyebarkan syiar Islam dan membantu mereka yang memerlukan. "Perlu diingat, tanggungjawab menjaga kesejahteraan dan kebajikan individu, negeri dan negara perlu dikongsi bersama," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Siri 1 Karnival Penghayatan Islam Bersama Masyarakat Hulu Terengganu di Dataran Kuala Berang, di sini hari ini. Dalam majlis yang sama, TDM turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 400 golongan asnaf di kawasan Parlimen Hulu Terengganu. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ajil, Maliaman Kasim. Tambah Dr Mamad lagi, kerajaan negeri pula akan terus perkasa usaha memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan dalam semangat kebersamaan 'Keluarga Malaysia'. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TDM Plantation, Hamdan Ibrahim, berkata karnival  yang dianjurkan itu merupakan salah satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berbentuk kemasyarakatan  dan program ilmiah bagi mendekati masyarakat. Katanya, dengan pelbagai pengisian sepanjang program berlangsung, secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhuwah dan melahirkan masyarakat seimbang.
19 Feb 22
518
Jabatan Perhutanan Terengganu Pantau 22 Kawasan Panas
Jabatan Perhutanan Terengganu Pantau 22 Kawasan Panas
KUALA TERENGGANU, 18 Februari –Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengenalpasti 22 lokasi panas yang kerap berlaku kesalahan hutan di kawasan hutan simpan kekal di negeri ini. Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Azni Rahman A Wahid berkata, lokasi itu telah dikesan pihaknya hasil pemantauan dan rondaan dijalankan ke atas lebih 540 ribu hektar hutan simpanan kekal. “Antara bentuk penguatkuasaan dan rondaan yang diadakan dari semasa ke semasa seperti empat operasi bersepadu sempena musim perayaan tahun baru cina bermula 29 Januari sehingga 6 Februari. “Operasi rimba ini melibatkan 75 orang kakitangan jabatan menjalankan pemantauan 24 jam bersama pelbagai agensi selama seminggu adalah bagi memastikan sumber hutan negeri terjamin daripada segala anasir-anasir penerokaan dan pencerobohan hutan. “Sementara itu, penggunaan kaedah teknologi terkini turut dipraktikkan seperti pemantauan secara udara yang dilakukan tahun lepas menerusi helicopter bersama pasukan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,” katanya  ketika ditemubual pemberita baru-baru ini. Tambahnya, teknologi dron turut diterbangkan bagi tujuan sama di samping Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan penggunaan imej satelit secara berkala. “Ini bagi melihat dan merekod sebarang perubahan gambaran hutan, jika didapati berlaku perbezaan keadaan hutan maka siasatan lanjut akan digerakkan di lapangan tersebut. Bercakap tentang dakwaan berlaku isu menduduki hutan simpan tanpa kebenaran di Hutan Simpan Rasau Kertih, Azni Rahman menjelaskan, masalah tersebut telah dikenalpasti pihaknya di seluruh kawasan dalam negeri. “Mana-mana penduduk tempatan yang didapati meneroka kawasan hutan dengan tanaman kelapa sawit dan buah-buahan boleh diambil tindakan jika sekiranya ia selaras dengan kelulusan Majlis Tanah Negara (MTN). “Kita juga telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan negeri bagi mendapat kelulusan untuk tindakan bersepadu, sama ada untuk dimusnahkan atau sebaliknya, ini bergantung kepada beberapa kriteria. “Jika penanaman haram tersebut baru lagi, kita akan ambil tindakan segera dan menanam kembali hutan tersebut, jika telah lama diteroka maka kita perlu mengambil keputusan merujuk kepada kerajaan negeri supaya Jabatan Perhutanan boleh bertindak tanpa implikasi perundangan,” katanya lagi. Jelasnya lagi, pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengambil langkah drastik jika berlaku kes pencerobohan atau sebarang aduan berkaitan penerokaan, penebangan haram dan kecurian balak. “Jabatan Perhutanan sentiasa peka dan akan menjalankan fungsi tanpa memilih bulu, itu memang peranan kami dalam menjaga dan memelihara sumber hutan di sini,” tambahnya. Ujar Azni Rahman, pihaknya juga mengalu-alukan sebarang aduan jika berlakunya sebarang kes kesalahan hutan untuk tindakan selanjutnya disamping pemantauan dari semasa ke semasa yang dijalankan.
18 Feb 22
1418
Masjid Diarah Sedia Kanopi Mencukupi
Masjid Diarah Sedia Kanopi Mencukupi
KUALA TERENGGANU, 18 Februari - Semua masjid di negeri ini diarah menyediakan kanopi yang mencukupi di ruang luar, sama ada di kawasan parkir atau mana-mana ruang kosong yang bersesuaian bagi memberi peluang lebih ramai jemaah dapat mendirikan solat Jumaat. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas pada 11 Januari lalu. "Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, menzahirkan kebimbangan baginda terhadap situasi kehadiran dan sikap segelintir sambil lewa jemaah lelaki ke masjid, terutama pada hari Jumaat. "Oleh itu, ahli jawatankuasa masjid perlu memainkan peranan berterusan, dalam menggalakkan jemaah hadir menunaikan solat Jumaat. Selain parkir, mana-mana masjid yang mempunyai ruangan solat bertingkat, hendaklah dibuka bagi digunakan sepenuhnya untuk ibadah berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau turut meminta Ahli jawatankuasa masjid dan surau, agar terus memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan dengan sebaiknya. "Walaupun penggunaan pengimbas suhu tidak lagi diwajibkan, namun jemaah diwajibkan merekodkan butiran diri menerusi aplikasi MySejahtera atau ditulis di dalam buku rekod yang disediakan. "Mesyuarat juga bersetuju menangguhkan bacaan qunut nazilah ketika solat Jumaat dan solat hajat selepas Jumaat. Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu melalui semua pejabat agama daerah diminta membuat pemantauan kehadiran ahli kariah lelaki ke masjid untuk solat Jumaat,” katanya. Shaikh Harun berkata, mana-mana masjid atau surau yang dikenakan arahan penutupan di bawah Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), adalah tidak dibenarkan melaksanakan apa-apa aktiviti sepanjang tempoh penutupan.
18 Feb 22
778
1,949 Notis Dikeluarkan Terhadap Perokok Di Terengganu Tahun Lepas
1,949 Notis Dikeluarkan Terhadap Perokok Di Terengganu Tahun Lepas
KUALA TERENGGANU, 17 Februari– Sebanyak 1,949 notis kepada individu atas kesalahan merokok di kawasan larangan dalam operasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) di seluruh negeri ini sepanjang tahun 2021. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, notis 32b di bawah peraturan 11(1) dan 22(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu melibatkan kompaun keseluruhan bernilai RM266,875. "Kesalahan tertinggi dikesan di Dungun dengan sebanyak 370 kompaun dikeluarkan diikuti Kemaman (214 kompaun), Marang (163 kompaun), Hulu Terengganu (85 kompaun), Setiu (63 kompaun), Besut (51 kompaun),  Kuala Terengganu (46 kompaun) dan Kuala Nerus (24 kompaun). “Bagaimanapun, kesemua kompaun itu sudah diselesaikan dengan melibatkan pembayaran sebanyak RM178,971," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, sepanjang tempoh 12 bulan operasi diadakan, seramai 73 anggota penguatkuasa JKNT di lapan daerah telah memeriksa 33,127 premis dan mengeluarkan notis kepada individu serta premis dikesan melanggar peraturan. “Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan ditetapkan dengan tidak merokok di kawasan larangan merokok bagi mengelak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. “Ia juga untuk melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok basi,” katanya. Kasemani berkata, pada 2020, sebanyak 1,820 kompaun di samping 3,226 notis 32B dikeluarkan melibatkan nilai RM425,200.   
17 Feb 22
271
SRIDI Pengkalan Berangan Model Bangunan Termoden
SRIDI Pengkalan Berangan Model Bangunan Termoden
MARANG, 17 Februari - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Pengkalan Berangan di sini adalah model bangunan termoden dalam Negeri Terengganu. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu Maliaman Kassim berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menjadikan bangunan tersebut sebagai lokasi kekal SRIDI. "Bangunan yang dijadikan SRIDI ini adalah model bangunan termoden dalam negeri Terengganu. Di pihak kerajaan negeri kita merancang untuk menjadikan bangunan ini kekal sebagai SRIDI," ujarnya kepada pemberita. Maliaman berkata, bangunan terbabit mampu menampung 300 orang pelajar untuk tahun satu hingga enam. "Blok baru yang terdiri daripada enam buah kelas juga hampir siap dibina.  "Alhamdulillah, blok bangunan yang baru ini  mampu menampung 150 orang pelajar, maka sasaran kita untuk menjadikan 12 kelas kesemuanya akan menjadi kenyataan," katanya. Tambah beliau, setiap darjah mempunyai dua kelas dan terdiri daripada 25 orang pelajar disamping fasiliti yang ada juga pada tahap memuaskan.   
17 Feb 22
1164
Tiada Kompromi, 72 Kesalahan Hutan Kena Tindakan
Tiada Kompromi, 72 Kesalahan Hutan Kena Tindakan
KUALA TERENGGANU, 17 Februari – Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pencerobohan dan pencurian sumber hutan, ujar Timbalan Pengarah JPNT, Azni Rahman A Wahid. Kata Azni Rahman, sepanjang tahun lepas, pihaknya telah mengesan 72 kes kesalahan hutan dengan 66 kertas siasatan dibuka membabitkan kompaun lebih RM619 ribu. Jelasnya, penguatkuasaan secara konsisten menemui banyak kesalahan seperti transit membawa hasil hutan tanpa kebenaran, penerokaan hutan dan penebangan balak tanpa lesen. “Hasil kompaun sebanyak RM619,666 tersebut melibatkan nilai duit daripada ganti rugi dan kompaun dikenakan, beberapa kenderaan digunakan bagi kegiatan haram tersebut turut dirampas dan dilucutkan hak kepada kerajaan negeri. “Pada tahun 2022, kita telah mengesan dua kes melibatkan tangkapan tiga lelaki warga Kemboja dijatuhi hukuman penjara lapan bulan di Mahkamah Sesyen kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu bulan lalu," ujar beliau kepada UPDI semalam. Menurut Azni Rahman, mahkamah turut mengarahkan semua peralatan kerja dan kayu gaharu yang disita dilucut hak kepada Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu. “Satu lagi kes adalah di daerah Besut dengan kes masih dalam siasatan, ini memberi isyarat jelas bahawa Jabatan Perhutanan tiada kompromi dengan sebarang bentuk pencerobohan dan pencurian sumber hutan negeri,” katanya. Menyentuh tentang berita dikeluarkan media tempatan berkaitan kes pembalakan haram di Hutan Simpan Rasau Kertih, beliau menjelaskan bahawa kawasan tersebut telah dilesenkan pada tahun 2018 dengan status tanah dikaveat (disekat) akibat isu dalaman. “Lesen tersebut dihentikan buat sementara disebabkan kes makhamah antara pelesen dan pihak kontraktor, jika urusan tersebut selesai maka lesen akan dikembalikan jika mendapat kelulusan kerajaan negeri. “Kesan kayu balak yang dilihat di dalam segmen penyiaran itu adalah kayu kayan ditinggalkan kontraktor dan kini dalam status kawasan kaveat. “Namun begitu, pihak kami bersama Pejabat Daerah dan Tanah Dungun telah membuat lawatan serta merta bagi memastikan masalah penerokaan dan maklumat diperincikan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri,” katanya lagi. Tambah Azni Rahman, pihaknya mengalu-alukan sebarang aduan jika berlakunya sebarang kes kesalahan hutan untuk tindakan selanjutnya di samping pemantauan dari semasa ke semasa yang dijalankan.
17 Feb 22
525
Pencen Rakyat: Berita Gembira buat 653 Penerima Warga Emas
Pencen Rakyat: Berita Gembira buat 653 Penerima Warga Emas
Oleh: Anis Nurhanan   HULU TERENGGANU, 17 Februari – Seramai 653 orang warga emas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang telah menerima bantuan Pencen Rakyat yang merupakan salah satu manifesto PAS Terengganu yang telah dijanjikan pada PRU-14 yang lalu. Manifesto tersebut memfokuskan warga emas yang berumur lebih 60 tahun yang sudah bersara dan tidak menerima sebarang bantuan daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh memaklumkan bahawa seramai 19,230 warga emas di Terengganu telah terpilih mengikut kelayakan yang telah diperuntukkan bagi seluruh Terengganu.  “Kerajaan negeri telah menetapkan mereka yang layak akan menerima sebanyak RM600 setahun. “Sebagai wakil rakyat Dun Kuala Berang, sudah tentu saya gembira dengan kejayaan salah satu Manifesto PAS Terengganu yang berjaya dilaksanakan.  “Harapan saya supaya semua penerima memanfaatkan sebaiknya Pencen Rakyat ini dan menjaga kesihatan diri dengan baik kerana warga emas merupakan aset penting yang amat bernilai,” ujar beliau ketika memberi ucapan perasmian di Majlis Penyerahan Pencen Rakya di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.   
16 Feb 22
555
KOPERAT Baik Pulih Rumah Ibu Tunggal
KOPERAT Baik Pulih Rumah Ibu Tunggal
KEMAMAN, 17 Februari - Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) melunaskan tanggungjawab sosialnya dengan membaikpulih sebuah rumah ibu tunggal di Kampung Panchur, Telok Kalong, Kijal. Pengerusi Lembaga Pengarah KOPERAT Hishamuddin Abdul Karim berkata program sedemikian merupakan salah satu dari aktiviti 'Corporate Social Responsibility' (CSR) syarikatnya bagi membantu mereka yang memerlukan. "Alhamdulillah dengan peruntukan sebanyak RM20 ribu rumah ini berjaya disiapkan dengan sempurnanya bagi memberi sedikit keselesaan kepada Puan Noremah sekeluarga. Noremah A. Rahman "Ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Telok Kalong diatas kerjasama yang diberikan," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh berkata demikian selepas majlis ringkas gimik penyerahan rumah yang dibaiki kepada penerimanya di sini kelmarin. Sementara itu, penerima bantuan Noremah A. Rahman, 49, kelihatan sebak kerana terharu diatas apa yang diterimanya ketika cuba ditemubual oleh pemberita dan sempat mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang dihulurkan kepada beliau dan keluarganya. "Terima kasih kerana sudi membantu kami sekeluarga dan kami tak mampu membalas jasa pihak yang terlibat," ucapnya. Rumah Noremah yang agak uzur sebelum ini akibat dimakan anai-anai kini kelihatan ceria setelah disenaraikan oleh JPKK sebagai penerima bantuan oleh CSR KOPERAT. Kakitangan KOPERAT bergambar sebagai kenangan. Turut hadir Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh, Pengarah KOPERAT, Abd Razak Mohamad, Pengurus Besar KOPERAT, Sayed Abdul Rahman Engku Sulong, Pengurus Operasi & Pembinaan KOPERAT, Fadilah Mamat beserta pegawainya dan Pengerusi JPKK setempat Mohd Zuki Abd. Ghani.
16 Feb 22
575
9,510 Pelajar UniSZA Masuk Ke Kampus Bermula 9 Mac
9,510 Pelajar UniSZA Masuk Ke Kampus Bermula 9 Mac
KUALA NERUS, 16 Februari – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersedia menerima kemasukan seramai 9,510 pelajar ke kampus bermula 9 Mac ini secara berperingkat mengikut kategori yang ditetapkan. Naib Canselor (Menjalankan Fungsi), Prof Dr. Fadzli Adam berkata, kemasukan secara berfasa , semua semua pelajar dibenarkan memasuki kampus namun keutamaan diberikan kepada pelajar berkeperluan daripada lima kategori yang telah ditetapkan “Keutamaan akan diberi kepada kategori satu iaitu pelajar daripada program pengajian peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda dan pascasiswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel, peralatan khas dan pelajar badan beruniform yang perlu melengkapkan silibus mereka. “Manakala kategori dua adalah pelajar Berkeperluan Khas (OKU) dan kategori tiga adalah pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan pembelajaran dalam talian turut dibenarkan ke kampus. “Bagi kategori empat adalah semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu dan untuk kategori lima iaitu pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional juga diberi keutamaan kembali ke kampus," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sementara itu katanya, bagi pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, hanya yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia dan wajib menjalani tempoh kuarantin selama 7 hari atau sekiranya telah mendapat dos penggalak, tempoh kuarantin ialah selama 5 hari. Tambahnya lagi, pelajar yang lengkap vaksinasi dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke kampus. Pelajar yang telah lengkap vaksinasi perlu menjalani ujian saliva RTK COVID-19 manakala pelajar yang tidak lengkap vaksinasi perlu membuat ujian RT-PCR dalam tempoh tiga (3) hari sebelum masuk ke kampus dengan tanggungan sendiri. Dalam masa yang sama, pelajar perlu mendapatkan surat kebenaran kembali ke kampus daripada Portal Pelajar dan bagi pelajar yang ingin tinggal di kolej kediaman perlu membuat permohonan dan kelulusan tertakluk kepada kekosongan. Prof Dr. Fadzli berkata, tarikh kemasukan pelajar adalah secara berfasa mengikut kategori dan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) akan dilaksanakan secara hibrid mengikut SOP yang telah ditetapkan. “Bagi pelajar dari kategori satu iaitu seramai 4,932 orang, mereka boleh kembali ke kampus bermula 9 hingga 12 Mac, manakala kategori 2,3,4 dan 5 iaitu 1,504 orang akan pulang pada 21 hingga 25 Mac. “Bagi pelajar bukan dari kategori selain yang ditetapkan, mereka boleh kembali ke kampus pada 3 hingga 20 April dengan melibatkan seramai 3,074 orang”, katanya.  
16 Feb 22
888