Artikel "Semasa" Terkini
'Kami Tidak Merungut Walau Dibebani Projek Terbengkalai'
BESUT, 20 Februari – Kerajaan negeri tidak pernah merungut walaupun terpaksa memikul beban projek terdahulu yang terbengkalai sebaliknya mengambil inisiatif membaik pulih semula kesemua 'pembangunan separuh masak' itu demi manfaat masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, usaha tersebut boleh diibaratkan sebagai 'anak yang kotor akan dimandikan dan dicantikkan kembali'.
“Bila kita kahwin dengan janda, anak tiri kita juga perlu jaga, ia sebahagian daripada tanggungjawab kita.
“Banyak projek terbengkalai melibatkan ratusan juta, antara projek yang diperbaharui seperti projek Ladang Rimbunan Kasih bernilai RM27 juta di Rantau Abang, kita hidupkan kembali Ladang Kelapa Matag di Langkap yang sebelum ini diperuntukkan kira-kira RM5 juta tapi terbengkalai.
“Beberapa projek Lembah Kaprima di setiap daerah di Terengganu, Pusat Veterinar Jenang juga antara yang dihidupkan kembali menjadi pusat penghasilan tenusu," katanya bagi membalas tohmahan kononnya tiada sebarang bentuk pembangunan dibuat kerajaan PAS Terengganu selepas merasmikan program Agihan Pencen Rakyat di Dewan Sivik Jabi, baru-baru ini.
Tambah beliau, projek padang ragut terbiar digunakan kembali sebagai padang ragut rakyat dan hab lembu sado.
"Banyak jika kita senaraikan apa yang telah ditinggalkan kita pikul kembali, ia bukan suatu beban buat kita,” katanya.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu, konsep pembangunan bukan sahaja melibatkan bangunan semata-mata dan bukan satu-satunya kaedah dipraktikkan kerajaan.
“Saya ambil contoh iaitu sempena Tahun Pertanian Terengganu 2021, sebanyak 45 projek telah berjaya dilaksanakan manakala 93 daripada 94 program telah dijalankan.
“Kita mengutamakan pembangunan yang hasilnya boleh dinikmati dan dikecapi rakyat, jika ambil contoh daripada portfolio saya sebuah bentuk bangunan tidak dapat dilihat adalah pelabuhan tukun melibatkan kos RM1.2 juta.
“Kemajuan ini tidak dapat dilihat kerana ia dibawah laut, namun faedahnya adalah memperkayakan sumber laut, Alhamdullilah ia dinikmati dalam bentuk peningkatan pendapatan nelayan.
20 Feb 22
748
Tiada Kompromi, 72 Kesalahan Hutan Kena Tindakan
Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pencerobohan dan pencurian sumber hutan, ujar Timbalan Pengarah JPNT, Azni Rahman A Wahid.
20 Feb 22
337
Jabatan Perhutanan Terengganu Pantau 22 Kawasan Panas
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengenalpasti 22 lokasi panas yang kerap berlaku kesalahan hutan di kawasan hutan simpan kekal di negeri ini.
20 Feb 22
370
Bantuan Khas Bazar Ramadan Diteruskan
Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan memperuntukkan RM250 ribu dibawah Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) khusus untuk ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar bagi tahun 2022.
20 Feb 22
235
Projek ECRL Di Terengganu Capai Kemajuan 25 Peratus
Operasi pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu telah mencapai kemajuan 25.76 peratus setakat Januari tahun ini.
20 Feb 22
501
Sektor Pertanian Sasar 86 Program Tahun 2022
Sektor pertanian Negeri Terengganu mensasarkan 86 program bagi tahun 2022 yang bakal dinikmati oleh warga petani, penternak dan nelayan di negeri ini.
20 Feb 22
342
Terengganu Akur Jika Sempadan Negeri Ditutup
Kerajaan Terengganu akur jika sempadan negeri untuk aktiviti pelancongan ditutup susulan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini.
20 Feb 22
183
Jangan Panik, Bekalan Kit Pantas RTK Cukup
KUALA TERENGGANU, 20 Februari – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan kit ujian pantas (RTK-Antigen) air liur di seluruh negara adalah mencukupi walaupun kes harian meningkat.
Timbalannya, Datuk Rosol Wahid berkata, orang ramai tidak perlu panik kerana lebih 18 juta unit kit tersebut masih ada untuk menampung keperluan rakyat
Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya juga mendapati peniaga menjual produk berkenaan di bawah harga siling ditetapkan kerajaan.
"Kerajaan menetapkan harga borong dan runcit maksimum RTK ini masing-masing pada RM16 dan RM19.90 namun pemeriksaan kita mendapati ada yang menjual lebih murah daripada itu.
“Pemeriksaan kita mendapati kebanyakan premis perniagaan yang kehabisan stok menjual kit tersebut dengan harga murah di bawah RM10 namun isu bekalan di kedai atau farmasi di kawasan sekitarnya yang menjualnya pada harga hampir sama dengan siling iaitu RM19.90," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kampung Batu Hampar, Manir di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Rosol menasihatkan pengguna hanya membeli kit RTK antigen yang mempunyai label Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi memastikan ketulenannya.
Jelas beliau, ia bagi mengelakkan pengguna terbeli kit ujian Covid-19 tiruan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. –
20 Feb 22
239
Rugi Ribuan Ringgit Akibat Serangan Gajah Liar
DUNGUN, 20 Februari – Dua penternak lembu di Bandar Al Muktaffi Billah Shah di sini, mendakwa kerugian hampir RM30,000 selepas sekumpulan gajah liar memusnahkan tanaman rumput napier mereka, baru-baru ini.
Penternak, Abdul Wahab Mohd Amin, 60, berkata serangan gajah liar itu menambah kebimbangannya terhadap keselamatan lebih 200 lembu yang diternak mereka.
Katanya, selain merosakkan tanaman rumput yang diusahakan seluas 240 hektar itu, kumpulan gajah berkenaan turut memusnahkan pagar ladang.
“Apabila kawasan pagar sekeliling dirosakkan gajah, kami bimbang lembu ternakan di baham binatang liar lain seperti harimau kumbang.
"Sebelum ini, kumpulan gajah terbabit hanya melalui kawasan ini dan mungkin dalam hutan sudah tiada makanan, maka haiwan berkenaan menceroboh masuk ke ladang ini.
"Kesan serangan gajah itu menyebabkan penternak bimbang keselamatan 200 lembu ternakan mereka di sini,” katanya.
Beliau juga berkata, kejadian berlaku pada khamis lalu itu adalah yang pertama kali sejak empat tahun mereka mengusahakan ternakan lembu di situ.
Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).
"Jabatan Veterinar dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) juga akan dimaklumkan dan kami percaya pihak terbabit dapat membantu bagi meringankan beban kepada penternak yang terkesan," katanya.
20 Feb 22
468
Tasik Kenyir Bakal Jadi Langkawi Kedua Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 20 Februari - Pelbagai fasiliti dan program menarik bakal ditawarkan di Tasik Kenyir, Terengganu sekali gus berupaya mengangkat kawasan pelancongan itu setaraf dengan Pulau Langkawi.
Pengarah Eksekutif yang juga Presiden Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun, berkata selain fasiliti sedia ada dan yang bakal siap tidak lama lagi, pihaknya giat merangka 'strategi' bagi merangsang kedatangan pelancong ke kawasan pelancongan itu.
Dengan pelaburan keseluruhan melebihi RM400 juta, beliau menyasarkan sekitar 1.5 juta pelancong akan mengunjung Tasik Kenyir sekali gus diharapkan juga dapat memberi kesan limpah kepada penduduk dan pengusaha setempat.
"Pulau Poh disifatkan sebagai mercu tanda baharu pelancongan untuk Terengganu. Kita ada banyak fasiliti di situ seperti jambatan ikonik baharu, sebuah jeti dan yang penting ada kawasan perniagaan. Kita juga akan ada taman seperti taman ekstrem dan taman realiti maya yang akan kita popularkan.
"Ia (Pulau Poh) adalah kawasan awam. Kita ada hotel yang akan beroperasi suku ketiga tahun ini. Ada 150 bilik di situ. Kita sudah ada taman tema air. Jadi, sudahpun ada beberapa tarikan sedia ada. Semua itu kita akan promosikan sekali.
"Kita akan buka taman tema air dalam masa dua bulan ini. Ia sudah ada cuma kita akan naik tarafnya. Kita sekarang ini juga sudah mengenal pasti beberapa syarikat besar yang akan datang buka taman komersial bebas cukai. Cuma sekarang ini, kita mencari operator taman realiti maya dan taman ekstrem. Ia masih dalam peringkat perbincangan kita.
"Kita nampak potensi pelancongan (di Tasik Kenyir) amat besar. Malahan kita boleh jadi (Pulau) Langkawi kedua kalau kita promosikan dan ia pun bebas cukai. Cuma kita tidak ada program yang betul," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Media Prima Berhad (MPB) dan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di Anjung Riong, Balai Berita, pagi tadi.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi OMNIA, Mohd Efendi Omar; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Saidon Idris dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit.
Burhanuddin Hilmi berkata, Pulau Poh adalah antara pulau terdapat di Tasik Kenyir. Ia berkeluasan 104 ekar dan memiliki cukup ruang untuk dijadikan pusat komersial membabitkan 45,000 kaki persegi.
Memperincikan mengenai pelaburan untuk pembangunan di kawasan pelancongan itu, Burhanuddin berkata kos pembinaan jeti, jambatan dan hotel dianggarkan lebih RM300 juta.
Peruntukan menaiktaraf taman teman air, katanya menelan pelaburan sekitar RM5 juta, RM10 juta untuk pembinaan taman realiti maya dan RM5 juta lagi untuk pembangunan taman ekstrem di kawasan itu.
"Kita ingin menjemput (tawaran bangunkan) untuk taman realiti maya, kalau ada sesiapa yang ada pengalaman mengusahakannya, kita mengalu-alukan pihak berkenaan datang kepada kita.
"Dua taman lagi belum dibuka dan kita sedang mencari rakan. Mungkin bermula pada awal suku keempat sebab pelaburannya agak besar. Kita nak cari pelabur yang sanggup melabur di situ.
"Kita ada bercakap dengan satu pelabur. Rupanya di Langkawi pun sudah bermula. Kita juga ada bercakap dengan beberapa pihak dan kita nampak kosnya bukan murah. Ia melebihi RM10 juta. Kita kena pastikan pelaburan itu berbaloi," katanya.
Mengenai perancangan program, Burhanuddin berkata pelbagai aktiviti sedang dirangka antaranya cabaran basikal gunung antarabangsa, kayuhan basikal, belon panas udara dan sukan air.
Selain itu, katanya terdapat juga festival makanan tempatan akan dianjurkan nanti sebagai usaha memperkenal dan mempromosikan makanan Terengganu.
"Tasik Kenyir sangat luas melebihi 200,000 hektar. Jadi, semua aktiviti itu boleh dilakukan. Kalau zon cukai bebas lebih kepada Pulau Poh. Taman geo secara keseluruhannya adalah Tasik Kenyir.
"Di Tasik Kenyir, kita juga ada santuari ikan kelah, (pusat) konservasi gajah, 76 rumah bot dan aktiviti bot laju. Semua itu kita ada. Apa kita buat Pulau Poh ini akan menarik ramai pelancong," katanya- BERITA HARIAN
20 Feb 22
3604