Artikel "Semasa" Terkini
11,137 Mangsa Banjir Dipindahkan Ke 157 PPS
KUALA TERENGGANU, 28 Februari- Mangsa terjejas banjir di Terengganu terus meningkat pagi ini dengan 11,137 orang mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat pukul 8 pagi tadi jumlah mangsa bertambah 3, 649 orang berbanding 7,488 mangsa pukul 10 malam tadi.
“11,137 mangsa itu terdiri daripada 3,177 keluarga yang dipindahkan ke 157 PPS yang dibuka di semua lapan daerah yang dilanda banjir di negeri ini.
“Setakat ini, daerah Kemaman kekal terjejas teruk dimana 22 PPS dibuka bagi menempatkan 3,026 mangsa daripada 827 keluarga,” ujar kenyataan itu.
Katanya, sebanyak 27 PPS dibuka bagi menempatkan 2,946 mangsa membabitkan 950 keluarga di Hulu Terenggganu.
“Di Besut, seramai 2,187 mangsa daripada 516 keluarga kini berada di 44 PPS.
"Sementara, jumlah mangsa di Setiu ketika ini seramai 1,277 orang daripada 391 keluarga yang ditempatkan di 30 PPS," ujarnya.
Di Dungun katanya, 23 PPS diaktifkan bagi menempatkan seramai 1,236 mangsa daripada 362 keluarga.
“Manakala, Kuala Nerus mencatatkan 407 mangsa daripada 116 keluarga yang dipindahkan ke lapan PPS," katanya.
Katanya, dua PPS turut dibuka di Kuala Terengganu yang menempatkan 53 mangsa daripada 14 keluarga.
"Sementara di Marang sebuah PPS dibuka yang menempatkan sebuah keluarga dengan lima mangsa.
Menurut kenyataan tersebut, keadaan cuaca ketika ini cerah di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu (hujan), Dungun dan kemaman (mendung) serta Setiu, Marang, Besut (hujan renyai).
28 Feb 22
327
Terengganu Mulakan Penggunaan Lampu Isyarat Pintar
Kerajaan Terengganu sudah memulakan penggunaan lampu isyarat pintar menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengesan kenderaan curi dengan pantas dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
28 Feb 22
380
Semua Pihak Perlu Cakna Soal Hak Dan Nafkah
Semua peringkat kepimpinan samada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu lebih cakna dan merancang resolusi sekiranya berlaku masalah berkaitan dengan hak dan nafkah.
28 Feb 22
124
Ops Bonceng : Cegah Jenayah Syariah
Pendekatan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui Op Bonceng, yang menimbulkan kontroversi beberapa tahun lalu bukan untuk menyusahkan masyarakat.
28 Feb 22
235
Minggu Al-Quds : Bangkit Kesedaran Rakyat Bebaskan Palestin
Aid4Palestine dengan kerjasama Pejabat Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah telah melancarkan sambutan Minggu Al-Quds pada Jumaat lalu bagi membangkitkan kesedaran tentang perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada rejim Israel.
28 Feb 22
397
Mangsa Banjir Di Terengganu Terus Meningkat Malam Ini
KUALA TERENGGANU, 27 Februari - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dengan 7,488 mangsa daripada 2,215 keluarga ditempatkan di 127 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di semua lapan daerah di Terengganu setakat jam 10 malam ini berbanding 6,733 mangsa daripada 1,997 keluarga, 6 petang tadi.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan, banjir di Kemaman semakin buruk apabila jumlah mangsa semakin bertambah dengan 19 PPS diaktifkan bagi menempatkan 2,041 penduduk daripada 559 keluarga.
"Setiu pula mencatatkan seramai 1,162 daripada 361 keluarga yang dipindahkan di 28 PPS.
"Di Hulu Terengganu pula, 24 PPS diaktifkan dengan menempatkan 1,811 mangsa daripada 654 keluarga," ujar kenyataan itu.
Katanya, di Dungun pula seramai 1,119 mangsa daripada 331 keluarga ditempatkan di 17 PPS.
"Jumlah mangsa banjir di Besut mencatatkan 1,105 orang daripada 236 keluarga dengan 32 PPS diaktifkan.
"Manakala, Kuala Nerus mencatatkan 205 mangsa daripada 64 keluarga yang dipindahkan ke lima PPS," ujarnya.
Tambah kenyataan tersebut, sebuah PPS turut dibuka di Kuala Terengganu yang menempatkan 40 mangsa daripada sembilan keluarga.
"Sementara di Marang sebuah PPS dibuka yang menempatkan sebuah keluarga dengan lima mangsa.
"Keadaan cuaca semasa pula menunjukkan hujan lebat di kebanyakan daerah" jelasnya.
27 Feb 22
926
Banjir Di Hulu Terengganu Di Tahap Serius- Rohaimi
HULU TERENGGANU, 27 Februari - Banjir yang melanda daerah ini dikatakan terburuk daripada banjir yang berlaku sebelum ini termasuk 2014.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata ia berikutan terdapat beberapa kawasan yang terjejas tidak pernah dinaiki air sebelum ini.
Menurutnya, pihaknya mengenal pasti sebanyak 25 kampung di lima zon di daerah itu terjejas membabitkan mangsa seramai 1,432 orang sehingga kini.
"Semua mangsa berjaya dipindahkan ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak Khamis lalu," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini, hari ini.
Menurutnya, Jalan Sekayu yang selama ini tidak pernah dinaiki air turut ditenggelami air dan ditutup kepada semua kenderaan.
Katanya, situasinya agak serius sebab paras air boleh mencecah sehingga ke bumbung rumah penduduk kampung.
Tambahnya lagi, 14 jalan utama di daerah itu ditenggelami banjir dan hanya boleh dilalui dengan bot termasuk ke laluan empangan Kenyir.
Rohaimi berkata, pihaknya sudah melakukan persiapan rapi dan kekuatan anggota setakat ini mencukupi dengan bantuan pelbagai agensi lain termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sementara itu, menurutnya, bagi daerah Besut dan Kemaman, situasi banjir masih dalam trend menaik dan dijangka berlaku pertambahan penduduk akan dipindahkan ke PPS.
27 Feb 22
812
Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat Ke 5,772
KUALA TERENGGANU, 27 Februari - Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) melonjak kepada lebih 5,000 orang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 5,722 mangsa daripada 1,736 keluarga di 102 PPS setakat 4 petang tadi.
Katanya, ini berbanding hanya 4,463 mangsa daripada 1,315 keluarga di 91 PPS daripada semua lapan daerah terjejas, setakat 10 pagi tadi.
Menurut kenyataan tersebut, banjir di Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,924 melibatkan 521 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS.
"Setiu menjadi daerah kedua tertinggi mangsa banjir iaitu seramai 1,039 daripada 317 keluarga yang dipindahkan di 25 PPS.
"Di Hulu Terengganu pula 16 PPS diaktifkan dengan menempatkan 1,001 mangsa daripada 429 keluarga," ujar kenyataan itu.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan, di Dungun pula seramai 804 mangsa daripada 248 keluarga ditempatkan di 11 PPS.
"Jumlah mangsa banjir di Besut mencatatkan 709 orang daripada 148 keluarga dengan 24 PPS diaktifkan.
" Manakala, Kuala Nerus mencatatkan 202 mangsa daripada 63 keluarga yang dipindahkan ke lima PPS," ujarnya.
Tambah kenyataan tersebut, sebuah PPS turut dibuka di Kuala Terengganu yang menempatkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga.
"Sementara di Marang sebuah PPS dibuka yang menempatkan sebuah keluarga dengan lima mangsa.
"Keadaan cuaca semasa pula menunjukkan hujan lebat di kebanyakan daerah" jelasnya.
27 Feb 22
438
Bomba Atur Helikopter Bantu Mangsa Banjir
HULU TERENGGANU, 27 Februari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan menggerakkan helikopter bagi melaksanakan operasi membantu mangsa di daerah ini yang terjejas akibat banjir.
Pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata pihaknya akan melakukan pemantauan dari udara di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir bagi memastikan proses evakuasi atau pemindahan mangsa banjir dapat dilaksanakan dengan lancar.
Katanya, ini termasuk penghantaran bekalan makanan ke kawasan yang terputus hubungan.
"Helikopter akan terus ke kawasan Kampung yang terjejas Hulu Terengganu untuk melihat dahulu macam mana situasi di sana kerana buat masa ini hanya bot saja boleh akses ke sana.
"Anggota kita pun ada di sana dan ada yang terputus hubungan, tapi buat masa ini kami dah bawa lebih kurang 200 penduduk ke kawasan lebih tinggi dan selamat menggunakan bot," katanya kepada pemberita ketika meninjau perkembangan banjir di sekitar Mukim Hulu Berang.
Sehingga kini katanya, lebih 20 kampung di Mukim Hulu Berang dan Mukim Tersat kini terputus hubungan laluan darat susulan banjir yang melanda sejak semalam.
27 Feb 22
330
90 Rumah Di Batu Buruk Rosak Dipikul RIbut
KUALA TERENGGANU, 27 Februari - Kira-kira 90 buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah terjejas akibat bencana ribut yang melanda kawasan terbabit semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerja-kerja membaik pulih rumah terjejas telah mendapat perhatian pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) hari ini.
ADUN Batu Buruk membantu kerja-kerja membaik pulih rumah
“Kami telah berhubung dengan pihak JPKK dalam DUN Batu Buruk untuk membaik pulih rumah-rumah yang terjejas dengan kadar yang segera.
“Alhamdulillah, cuaca pada hari ini lebih baik berbanding semalam. Namun, kami sentiasa berwaspada dan bersedia untuk sebarang kemungkinan,” kata Ustaz Muhammad Khalil kepada pemberita ketika meninjau dan membantu kerja membaik pulih rumah-rumah tersebut.
Sementara itu, DUN Batu Buruk telah mencatatkan satu perpindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, semalam.
Namun begitu, mangsa telah dibenarkan untuk pulang pada hari ini ekoran air kembali surut dan terkawal.
Ustaz Muhammad Khalil menyantuni mangsa yang berpindah ke PPS SK Chendering
27 Feb 22
455