lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Gangguan Elektrik Akibat Banjir Ambil Masa Untuk Dipulihkan
Gangguan Elektrik Akibat Banjir Ambil Masa Untuk Dipulihkan
KUALA TERENGGANU, 27 Februari - Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa lokasi di Terengganu akibat hujan lebat dan ribut dijangka mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan. Menurut kenyataan itu seperti yang dipetik Bernama, tempoh masa yang panjang diperlukan kerana banyak pokok tumbang dan menghempap tiang serta talian TNB. Antara kawasan yang terjejas ialah Kuala Berang di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu. "Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pepasangan elektrik yang rosak. "Pasukan teknikal berusaha untuk memulihkan bekalan termasuk mengutamakan keselamatan semua pihak semasa kerja-kerja pemulihan bekalan," ujarnya.
27 Feb 22
487
18 Mangsa Terperangkap Atas Bumbung Berjaya Diselamatkan
18 Mangsa Terperangkap Atas Bumbung Berjaya Diselamatkan
HULU TERENGGANU, 27 Februari - 18 mangsa banjir termasuk bayi dan warga emas yang terperangkap di atas bumbung di Kampung Lubuk Pait kini berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan. Salah seorang mangsa, Mohd Saiful Azuar Mohd Amin, 30,  berkata beliau bersama isterinya yang sedang sarat mengandung meluahkan rasa syukur apabila bantuan pasukan penyelamat tiba. "Saya risau sebab bateri telefon hampir habis. Kami berlima (termasuk ibu bapa dan seorang adik) dah tak ada tempat berlindung. Hanya bertawakal sahaja naik ke bumbung dan berharap kami dapat diselamatkan secepat mungkin. "Saya minta pertolongan adik, Nor Hafizah Mohd Amin, 28, untuk kongsikan nasib kami ke dalam media sosial sebagai ikhtiar untuk mendapat bantuan segera," katanya yang sudah berada di bumbung hampir sejam dalam keadaan sejuk. Terdahulu, susulan hujan lebat sejak khamis, beberapa penduduk Kampung Lubuk Pait berhampiran Sekayu di sini terpaksa memanjat siling dan bumbung untuk menyelamatkan diri setelah banjir naik mendadak pagi ini. Pasukan penyelamat terpaksa mengambil masa untuk ke lokasi kerana banyak jalan yang terputus hubungan dan arus pula terlalu kuat turut membahayakan nyawa mereka.    
27 Feb 22
2443
Air Makin Naik, Penduduk Lari Ke Bukit
Air Makin Naik, Penduduk Lari Ke Bukit
HULU TERENGGANU, 27 Februari - Keadaan banjir di daerah ini semakin kritikal apabila penduduk Kampung Menerong yang terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) turut ditenggelami sehingga mereka terpaksa menyelamatkan diri ke lebih tinggi di bukit berhampiran  sementara menunggu bantuan tiba.  Penduduk di kawasan terjejas hanya sempat keluar sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri dengan menuju ke kawasan  Difahamkan, pasukan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan penduduk yang terkandas dan terperangkap kerana paras air dengan arus deras kini naik sehingga menghampiri bumbung rumah. Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan keadaan banjir di daerah ini semakin buruk apabila beberapa kampung dinaiki air dan terputus hubungan. Air naik secara mendadak pada awal pagi menyebabkan penduduk menjadi kelam kabut untuk menyelamatkan diri. Bagaimanapun, usaha menyelamat kini berdepan cabaran berikutan situasi berbahaya kerana banjir arus deras melanda kawasan tersebut. Dilaporkan juga bekalan elektrik di kawasan terjejas terputus sejak pagi tadi.
27 Feb 22
1240
Operasi Menyelamat Mangsa Banjir Sukar, Pasukan Terkandas
Operasi Menyelamat Mangsa Banjir Sukar, Pasukan Terkandas
HULU TERENGGANU, 27 Februari- Operasi menyelamat mangsa banjir di Mukim Tersat dan Hulu Berang kini mengalami kesukaran kerana paras air tinggi dan deras. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Hanaffi Mohd berkata situasi agak kritikal ketika ini kerana banyak laluan termasuk laluan alternatif telah ditenggelami dan ditutup kepada kenderaan ringan dan berat. Katanya, ini termasuk laluan masuk ke Kampung Lubuk Pait tidak boleh dilalui  dan beliau masih menunggu bantuan pasukan penyelamat berserta kemudahan logistik yang lain. "Saya pun masih terkandas di sini dan sedang membantu menyelamatkan mangsa di kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, katanya sehingga ini perhubungan komunikasi masih lagi baik dan mengalami masalah membolehkan pihaknya mendapatkan maklumat terkini. Sehingga kini, hujan semakin lebat manakala paras sungai utama kini melepasi aras bahaya.  
27 Feb 22
9132
Mangsa Banjir Terengganu Kini 4,463
Mangsa Banjir Terengganu Kini 4,463
KUALA TERENGGANU, 27 Februari- Bilangan mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 4,463 orang, setakat pukul 10 pagi ini.  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, sebanyak 91 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di kesemua lapan daerah di negeri ini.  Katanya, Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi selepas seramai 2,158 orang dipindahkan ke 21 PPS diikuti Setiu (824 orang), Hulu Terengganu (689 orang), Besut (397 orang) dan Kuala Nerus (187 orang)  “Di Dungun pula penduduk yang terjejas ialah seramai 145 orang manakala Kuala Terengganu (58 orang) dan Marang (5 orang),” katanya dalam kenyataan hari ini.  Sekretariat itu berkata, cuaca semasa pagi ini masih lagi hujan lebat di kebanyakan daerah.
27 Feb 22
1358
Banjir Di Hulu Terengganu Makin Buruk, 2 PPS Dinaiki Air
Banjir Di Hulu Terengganu Makin Buruk, 2 PPS Dinaiki Air
HULU TERENGGANU, 27 Februari-- Situasi banjir di Hulu Terengganu menjadi semakin teruk apabila dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS)  turut dinaiki air awal pagi ini. Dua pps berkenaan melibatkan penduduk Kampung Lubuk Periuk dan Kampung Peneh  menjadi cemas apabila dinaiki air pada 6.30 pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubuk Periuk, Abdul Rasek Ali berkata PPS di kampung itu yang menempatkan 315 mangsa sebenarnya telah ditutup pada 1 tengahari semalam dan penduduk telah pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut sepenuhnya. "Namun, air naik lagi pada tengah malam menyebabkan lapan penduduk (empat keluarga) bergegas semula untuk berlindung ke PPS. "Terkejut apabila tengok air dah memenuhi ruang PPS," ujarnya. Tambah beliau, kali ini air begitu deras menyebabkan penduduk kelam kabut untuk menyelamatkan diri malah ada yang lari sehelai sepinggang ke rumah jiran yang terletak di kawasan lebih tinggi di dua kampung tersebut. Sehingga kini katanya, operasi menyelamat masih giat dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk kampung.  
27 Feb 22
2811
Bilangan Jemaah Solat Jumaat Masih Rendah
Bilangan Jemaah Solat Jumaat Masih Rendah
Bilangan jemaah solat Jumaat masih menunjukkan trend yang rendah walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dilonggarkan pihak kerajaan.
27 Feb 22
149
Kesedaran Islam, Suasana Tenang Faktor Terengganu Digemari Siswa Antarabangsa
Kesedaran Islam, Suasana Tenang Faktor Terengganu Digemari Siswa Antarabangsa
Tahap Kesedaran Islam yang baik serta suasana tenang adalah diantara faktor utama mengapa Terengganu digemari sebagai destinasi pembelajaran dan tempat tinggal, menurut pendapat mahasiswa-mahasiswi antarabangsa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
27 Feb 22
140
'Kami Tidak Merungut Walau Dibebani Projek Terbengkalai'
'Kami Tidak Merungut Walau Dibebani Projek Terbengkalai'
Kerajaan negeri tidak pernah merungut walaupun terpaksa memikul beban projek terdahulu yang terbengkalai sebaliknya mengambil inisiatif membaik pulih semula kesemua 'pembangunan separuh masak' itu demi manfaat masyarakat.
27 Feb 22
305
Tidak Panik Dan Sentiasa Siap Siaga Hadapi Bencana Banjir
Tidak Panik Dan Sentiasa Siap Siaga Hadapi Bencana Banjir
HULU TERENGGANU, 26 Februari - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan penduduk di daerah Hulu Terengganu menghadapi bencana banjir luar jangka susulan hujan lebat sejak khamis baru-baru ini. Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud yang membuat pemantauan banjir di daerah itu juga berpuas hati kepatuhan mangsa banjir terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 di PPS. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan pihak berkuasa dalam operasi pemindahan mangsa. "Hampir semua mangsa  segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang berdekatan sebaik sahaja rumah dinaiki air tanpa perlu menunggu arahan pihak berkuasa. "Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Pengurusan  Bencana Daerah akan terus memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa terjaga sepanjang musim banjir," katanya ketika ditemui pemberita di PPS Kampung Kepah petang ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Hulu Terengganu, Ahmad Azizi Zulkifli. Sementara itu Ahmad Azizi berkata, bekalan makanan dan barangan keperluan di 16 pusat pemindahan sementara(PPS) yang dibuka dijamin mencukupi bagi menampung keperluan mangsa banjir di luar tempoh kebiasaan.  "Kita usahakan penghantaran semua bekalan dengan kerjasama semua pihak walaupun banyak jalan utama terjejas dan ditutup dengan menggunakan laluan alternatif menaiki kenderaan berat," katanya.     
26 Feb 22
485