lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Menurun
Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Menurun
Mangsa banjir di Terengganu mencatat penurunan kepada 16,070 orang petang ini, berbanding 17,742 orang jam 8 pagi tadi, berikutan keadaan cuaca semakin baik.
03 Mar 22
185
Enam Daerah Di Terengganu Masih Terjejas Banjir
Enam Daerah Di Terengganu Masih Terjejas Banjir
Enam daerah di Terengganu masih terjejas akibat banjir gelombang kelima apabila seramai 15,137 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 petang tadi.
03 Mar 22
217
Borneo Vortex, La Nina Punca Hujan Luar Biasa Di Terengganu
Borneo Vortex, La Nina Punca Hujan Luar Biasa Di Terengganu
Hujan lebat yang berterusan melanda Terengganu hingga mengakibatkan banjir luar biasa di kebanyakan tempat adalah disebabkan berlakunya Borneo Vortex atau sistem pusaran angin tekanan rendah serta faktor La Nina.
03 Mar 22
219
RM4.5 Juta Naik Taraf Parit Di Wakaf Mempelam
RM4.5 Juta Naik Taraf Parit Di Wakaf Mempelam
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM4.5 juta bagi menaiktaraf sistem perparitan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.
03 Mar 22
315
Bantuan Banjir Kekal-Ismail Sabri
Bantuan Banjir Kekal-Ismail Sabri
HULU TERENGGANU, 2 Mac - Bantuan banjir kekal kepada mangsa yang terjejas banjir sebagaimana diumumkan ketika gelombang pertama. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mangsa banjir akan menerima bantuan sehingga RM10,000 bagi setiap ketua isi rumah. "Maksudnya selain wang ihsan RM1,000, mangsa banjir akan dapat bantuan membeli barangan keperluan rumah dan baiki kediaman, pembelian peralatan elektrik dan baik pulih kenderaan sebagaimana saya umum dulu. "Kalau campur semua hampir RM10,000 dan perinciannya akan saya maklum nanti," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Batu 23.  Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Ismail Sabri yang tiba pada pukul 2.15 petang meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah itu, serta bertanya khabar mangsa banjir. Dalam masa yang sama turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 75 ketua isi rumah yang berada di PPS berkenaan. Terdapat 272 mangsa daripada 76 keluarga telah  ditempatkan di PPS berkenaan susulan kawasan kediaman mereka ditenggelami banjir. Dalam kejadian banjir luar jangka yang melanda Terenganu baru-baru ini, Hulu Terengganu adalah antara kawasan yang terjejas akibat bencana itu 
02 Mar 22
1015
Enam Daerah Di Terengganu Masih Terjejas Banjir
Enam Daerah Di Terengganu Masih Terjejas Banjir
KUALA TERENGGANU, 2 Mac- Enam daerah di Terengganu masih terjejas akibat banjir gelombang kelima apabila seramai 15,137 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 petang tadi. Kesemua mangsa daripada 4,011 keluarga itu ditempatkan di 68 PPS seluruh Terengganu, kecuali daerah Marang yang pulih daripada banjir petang semalam dengan diikuti penutupan semua PPS bagi daerah Besut. Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dimana 7,726 mangsa daripada 1,960 keluarga berada 19 PPS di daerah itu. Di Hulu Terengganu, mangsa banjir yang direkodkan adalah seramai 3,999 orang membabitkan 1,016 keluarga dipindahkan ke 18 PPS. Sebanyak 792 keluarga membabitkan seramai 2,696 mangsa berada di 23 PPS di Dungun yang menjadi daerah ketiga tertinggi mencatatkan mangsa teramai. Seramai 438 mangsa daripada 125 keluarga ditempatkan di empat PPS bagi daerah Kuala Nerus, manakala tiga PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 451 mangsa daripada 117 keluarga di Kuala Terengganu. Setiu merekodkan jumlah mangsa terendah dengan satu keluarga membabitkan tujuh mangsa berada di sebuah PPS.
02 Mar 22
769
Awasi Anak Ketika Banjir
Awasi Anak Ketika Banjir
DUNGUN, 2 Mac- Ibu bapa dinasihati agar mengawasi anak-anak mereka daripada bermain air banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati dalam mengawasi anak-anak mereka. "Kawal setiap pergerakan anak-anak elakkan anak-anak bermain air," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini. Terdahulu Alias berkata, limpahan air sungai dari hulu dan air pasang besar adalah penyebab berlakunya banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang. Menurut beliau, keadaan banjir di Kampung Wa dan Padang Pulut sudah semakin surut dan sekarang air mula menurun ke hilir. "Yang kritikal sekarang ialah Kampung Binjai Che Lijah dan kita mengharapkan tidak berlakunya hujan di sebelah hulu sana," ujarnya. Sementara itu, menurut Bilik Gerakan Banjir disini, sebanyak 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan 1298 orang  mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri Rantau Abang.
02 Mar 22
253
Syarikat Kerajaan Negeri Rekod Pendapatan Tertinggi Dalam 10 Tahun
Syarikat Kerajaan Negeri Rekod Pendapatan Tertinggi Dalam 10 Tahun
KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC), TDM Berhad merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM81.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 tertinggi sejak 2011. TDM Berhad dalam satu kenyataan kepada media berkata, pendapatan Kumpulan TDM turut meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM511 juta berbanding tahun sebelumnya hasil daripada pertumbuhan pendapatan daripada bahagian perladangan sebanyak RM46.8 juta atau 19 peratus dan bahagian penjagaan kesihatan sebanyak RM21.3 juta atau 11 peratus. Katanya, Kumpulan TDM juga mencatatkan peningkatan PBT yang ketara sebanyak RM71.8 juta, lebih daripada  lapan kali ganda peningkatan yang dicatatkan pada tahun berakhir 31 Disember 2020. "Kumpulan TDM merekodkan pendapatan sebelum  faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM181.9 juta untuk tahun berakhir 31 Disember 2021, berbanding RM109.6 juta ketika tahun sebelumnya. "PBT sebanyak RM67.2 juta dan RM81.4 juta untuk suku keempat yang berakhir 31 Disember 2021 dan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 masing-masing adalah termasuk keuntungan terkumpul one-off berjumlah RM40.4 juta daripada skim pajakan kecil," ujar kenyataan itu.
02 Mar 22
511
KETENGAH Aktifkan Bilik Gerakan Bencana
KETENGAH Aktifkan Bilik Gerakan Bencana
DUNGUN, 2 Mac - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) kembali mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana selepas tiga daerah di bawah wilayahnya dilanda banjir sejak 25 Februari lalu. Pengurus Besar KETENGAH, YM Tengku Ahmad Nadzri berkata, Bilik Gerakan Bencana yang terletak di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) tersebut beroperasi selama 24 jam sehari bagi memudahkan kerja-kerja menyelaras bantuan banjir di daerah wilayahnya iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. "Kita telah aktifkan Bilik Gerakan Bencana secara pentadbiran sejak 25 Februari selepas daerah Kemaman menjadi daerah pertama dilanda banjir.  "Bilik gerakan ini juga sebagai persediaan kepada sukarelawan KETENGAH menguruskan apa sahaja berkaitan bencana banjir yang sedang menimpa sebahagian penduduk wilayah ini," katanya.  Nadzri berkata,sebanyak 22 lokasi telah disalurkan kit bantuan bencana yang berjumlah RM31,700 disumbangkan kepada  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di wilayah kami. "Kita juga akan menyalurkan bantuan ini dari semasa ke semasa," katanya. Dalam perkembangan sama katanya, KETENGAH telah menyerahkan sumbangan 204 kit bantuan bencana bernilai RM20,400 di Hulu Dungun. "Antara lokasi terlibat ialah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Rantau Panjang, PPS Kampung Shukor di Hulu Dungun dan PPS Jongok Batu," ujarnya.
02 Mar 22
276
Amzad 'Terbang Pulang' Rai Calon SPM Terjejas
Amzad 'Terbang Pulang' Rai Calon SPM Terjejas
KUALA TERENGGANU, 1 Mac- Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim pulang terus dari Kuala Lumpur selepas persidangan Parlimen hari ini, semata-mata ingin menyampaikan sendiri bantuan dan memberi semangat kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir di Terengganu. "Saya mendapat maklumat pagi tadi tentang kehadiran calon-calon SPM daripada Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah di sekolah ini dan pelajar Madrasah Moden Terengganu (MMT) Hulu Terengganu yang ditempatkan di SMA Khairiah. "Jadi, saya rasa walaupun mereka ini daripada parlimen yang lain tetapi apabila calon-calon ini ditempatkan di Kuala Terengganu, kita perlu meraikan dan memberi semangat supaya mereka lebih positif untuk mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan di SMA Atas Sultan Zainal Abidin, malam ini. Dalam majlis ringkas itu, sebanyak RM10,000 disampaikan Amzad kepada empat sekolah berkenaan di mana SMA Mahmudiah menerima RM5,000 dan MMT Hulu Terengganu pula menerima RM3,000.  Manakala, SMAASZA dan SMA Khairiah masing-masing menerima RM1,000. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Terengganu, Lothman Awang dan Pegawai Pendidikan Daerah, Zailani Sulong. Tambahnya, sumbangan peribadi tersebut disampaikan bagi menampung apa-apa keperluan berkaitan untuk membolehkan mereka menampung apa-apa yang hilang ekoran banjir. "Menjadi tradisi saya di parlimen Kuala Terengganu untuk memberikan bantuan kepada calon-calon peperiksaan seperti tajaan tuisyen SPM sebelum ini," katanya. Terdahulu, seramai 131 calon SPM dari SMA Mahmudiah dipindahkan ke SMAASZA berikutan sekolah mereka dinaiki air, semalam. 41 calon SPM daripada MMT Hulu Terengganu pula dipindahkan ke SMA Khairiah bagi memastikan calon-calon terbabit dapat menjalani peperiksaan dengan tenang.
01 Mar 22
876