lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Aktiviti Berbuka Di Tempat Awam Kembali Dilarang Jika Berdegil
Aktiviti Berbuka Di Tempat Awam Kembali Dilarang Jika Berdegil
KUALA TERENGGANU, 6 April - Kebenaran berbuka puasa di kawasan lapang dan tempat awam akan ditarik balik sekiranya orang ramai terus berdegil mengabaikan aspek kebersihan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata langkah itu merupakan jalan terakhir selepas amaran dan kompuan kepada individu yang membuang sampah merata-rata tidak berkesan mendidik rakyat. "Membudayakan amalan kebersihan ini tidak payah, cuma buang sampah di tong yang telah disediakan, atau bawa plastik sendiri dengan mengumpulkan semua sisa-sisa yang hendak dibuang itu dahulu sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah. "Jika didapati melakukan kesalahan secara jelas pihak penguatkuasa tidak akan teragak-agak mengenakan saman dengan kadar minimun RM50 dan maksimum RM2,000 sebagaimana yang dapat dilihat di papan tanda yang disediakan di Taman Awam Shahbandar ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan ke Bazar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Taman Shahbandar, semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar MBKT, Rozali Salleh. Mengulas lanjut,Dr. Alias berkata kerajaan bukan sengaja hendak mendenda rakyat, cuma mahu memastikan masyarakat di negeri ini mempraktikkan budaya menjaga kebersihan pada setiap masa. "KIta bukan hendak mendenda sangat, cuma terpaksa ambil tindakan jika terus berdegil serta memastikan agar budaya membuang sampah merata-rata ini tidak diteruskan kerana ia akan merosakkan imej negeri kita sendiri," ujarnya lagi. Dalam perkembangan yang sama, Dr, Alias memberikan saranan agar Ibu bapa tidak membawa anak-anak terutama bayi ke bazar Ramadan bagi mengelakkan kalangan kanak-kanak terbabit terdedah kepada jangkitan Covid-19. "kalau terkena jangkitan dikhuatiri akan mengalami masalah kesihatan yang teruk maka saya nasihatkan kepada orang ramai yang sayangkan anak-anak, tinggalkan mereka di rumah hanya ketua keluarga atau wakil sahaja keluar mendapatkan juadah makanan di bazar atau menjaga anak di dalam kereta secara bergilir-gilir untuk sementara bagi mengelakkan risiko. "Ini kerana apabila bersesak-sesak dengan orang ramai, mungkin ada yang positif Covid-19 tapi tidak bergejala, jadi adalah lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga, apa yang utama ialah kesedaran daripada kalangan ibu bapa itu sendiri demi keselamatan anak-anak," ujarnya.  
06 Apr 22
1275
APMM Terengganu Catat Penurunan Tangkapan Bot Nelayan Asing
APMM Terengganu Catat Penurunan Tangkapan Bot Nelayan Asing
KUALA TERENGGANU, 5 April- Terdapat penurunan ketara dari segi penangkapan bot nelayan asing sejak Januari hingga April di perairan Terengganu tahun ini. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu memaklumkan, hanya sebanyak tujuh tangkapan bot asing ditahan akibat menceroboh perairan negeri berbanding 40 tangkapan yang dibuat dalam tempoh sama tahun lalu. Pengarah Maritim Negeri, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pengurangan kes tersebut mungkin disebabkan beberapa faktor. "Antaranya, kita percaya kehadiran pengawasan pengawal pinggir laut Vietnam di sekitar sempadan perairan mereka.  "Kita juga opitimis tindakan Vietnam turut mengambil tindakan tegas terhadap nelayan mereka menyebabkan mereka kurang memasuki perairan negara. Berdasarkan maklumat dari pekerja-pekerja di pelantar minyak kebanyakan bot-bot asing kini hanya bermain di sekitar sempadan sahaja. "Kita juga dimaklumkan kedutaan Vietnam yang datang ke sini bulan lalu bahawa mereka telah menghantar pulang warga mereka dan didapati 70 peratus daripadanya adalah nelayan yang ditahan hasil operasi yang kita laksanakan ini. "Apa yang mereka buat, kedutaan pergi ke syarikat-syarikat di mana nelayan-nelayan mereka yang ditahan untuk membuat pemantauan dan mendidik warga mereka," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media tangkapan terbaru nelayan asing di Pejabat Maritim negeri, semalam. Suffi menunjukkan hasil rampasan dan logo digunakan bot nelayan asing kepada media. Menurut Suffi, dalam operasi dilaksanakan melalui Ops Kuda Laut sejak Khamis hingga Sabtu lalu, sebanyak enam bot nelayan asing Vietnam ditahan di enam lokasi berbeza. Seramai 57 kru termasuk tekong berumur antara 21 hingga 61 tahun ditahan pada kedudukan 68.5 hingga 130 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu oleh Kapal Maritim (KM) Redang dan KM Gemia yang sedang melakukan rondaan penguatkuasaan. Dalam kes berkenaan, APMM merampas 15 tan ikan pelbagai jenis, 50 kilogram sotong kering, 3,000 liter minyak diesel, dan peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM7 juta. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong dan kru tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Sebahagian bot-bot asing dalam tangkapan baru-baru ini yang ditempatkan di jeti Maritim Negeri Terengganu.  
05 Apr 22
951
226 Masjid ,Surau Setiu Terima Sumbangan Ihya’ Ramadhan
226 Masjid ,Surau Setiu Terima Sumbangan Ihya’ Ramadhan
  SETIU, 5 April – Sebanyak 73 buah masjid dan 153 buah surau di daerah ini telah menerima sumbangan Ihya' Ramadan pada kali ini. Ahli parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, sumbangan tersebut bagi menghidupkan institusi berkenaan sepanjang Ramadan bagi menyuburkan aktiviti-aktiviti keagamaan di komuniti setempat. Justeru itu, beliau memperuntukkan untuk menyumbang kepada masjid dan surau. “Alhamdullilah, ini bukanlah kali pertama kita memberi sumbangan sedemikian rupa. Tapi ia sudah diagihkan pada tahun-tahun sebelum ini. “Saya berharap semoga dengan sumbangan ini ia dapat menghidupkan lagi program-program keagamaan sepanjang bulan ini dalam kita mengejar fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini," ujarnya. Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di Dewan Serbaguna Sg Tarom, di sini, semalam. Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan Pegawai Pejabat daerah, Faiz Azuan. Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan jemaah mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP)  terkini yang mesti dipatuhi walaupun sudah berada di fasa endemik dalam mengentikan penularan wabak Covid-19. “Saya mohon jawatankuasa masjid dan surau sentiasa memperingatkan para jemaah untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan ,"katanya.  
04 Apr 22
444
Terengganu Bina Tiga Perumahan Nelayan
Terengganu Bina Tiga Perumahan Nelayan
Kerajaan negeri melengkapkan tiga projek perumahan penempatan semula nelayan (PSN) selepas PSN di Seberang Penarik, Setiu menjadi lokasi ketiga.
04 Apr 22
292
Bufet Ramadan Tetap Dapat Sambutan Walaupun Harga Meningkat
Bufet Ramadan Tetap Dapat Sambutan Walaupun Harga Meningkat
KUALA NERUS, 4 April – Sambutan sebilangan umat Islam terhadap pakej bufet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel pada tahun ini masih menggalakkan meskipun berlaku peningkatan harga. Pengurus Besar Raia Hotel & Convention Centre Terengganu, Engku Morris Engku Hussin berkata, pembelian pakej bufet Ramadan daripada orang ramai sehingga kini amat menggalakkan seperti tahun sebelumnya. “Harga bufet Ramadan ditawarkan sebelum ini adalah RM55 dan kini meningkat kepada RM70 bagi seorang dewasa.  “Setakat ini kita sudah menerima RM30,000 tempahan berbuka puasa melalui jualan baucer pembelian awal iaitu RM56 seorang dan dijangka ia akan meningkat selepas ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bagi meraikan kakitangan dan 26 anak yatim Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Marang di sini malam Ahad. Sementara itu Engku Morris berkata  Raia Hotel & Convention Centre Terengganu menyasarkan pendapatan lebih tinggi pada tahun ini melalui pelbagai pakej perkhidmatan yang ditawarkan susulan fasa peralihan negara ke endemik pada Jumaat lalu selain kehadiran kunjungan pelancong domestik. Katanya, untuk mencapai sasaran itu,  pelbagai pakej istimewa untuk menarik kedatangan pengunjung termasuk tawaran pakej penginapan, dewan konvensyen dan makanan menanti pengunjung.  
04 Apr 22
501
Penyanyi Seksi : JHEAT, Polis Lancar Siasatan
Penyanyi Seksi : JHEAT, Polis Lancar Siasatan
Kerajaan negeri menyerahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan pihak polis membuat siasatan lanjut berkenaan penyanyi seksi yang tular di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
04 Apr 22
924
Terengganu Inc Teruskan Tradisi Agih 3,000 Bekas Bubur Lambuk
Terengganu Inc Teruskan Tradisi Agih 3,000 Bekas Bubur Lambuk
KUALA TERENGGANU, 4 April  – Terengganu Inc, syarikat induk pelaburan negeri meneruskan acara tradisi mengagihkan 3,000 bubur lambuk  sebagai juadah berbuka puasa secara percuma selama tiga hari bermula awal Ramadan ini. Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, program  itu merupakan aktiviti tahunan Terengganu Inc serta 15 anak-anak syarikat kumpulan yang diadakan sejak 2017 bersama warga masjid dan sekitarnya. "Kami harap, acara tahunan ini dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan membeli juadah atau tidak berkesempatan menyediakan makanan berbuka puasa menikmati makanan sinonim dengan bulan puasa itu. "Semoga langkah tepat ini mengekalkan amalan pengagihan bubur lambuk di sekitar kawasan masjid, sekaligus dapat menyuburkan jalinan kerjasama dan ikatan silaturahim antara kumpulan Terengganu Inc sendiri dan masyarakat sekeliling,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengagihan bubur lambuk dihadapan Masjid Abidin di sini semalam. Hadir sama, Datuk Dr Syed Mohammad Salleh Syed Yusof Al Zawawi serta ketua-ketua syarikat anak-anak syarikat kumpulan yang terdiri daripada TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP), Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd, Hartanah Terengganu Sdn Bhd, Primula Beach Hotel, PTB Unit Trust Berhad (ASDI) dan Terengganu Safety Training Centre Sdn Bhd. Tambahnya, sambutan orang ramai terhadap bubur lambuk yang dihasilkan  sangat luar biasa kerana ada yang sanggup beratur sejak  3 petang. "Bubur lambuk itu akan habis diagihkan dalam tempoh 15 hingga 20 minit sahaja," katanya. 
04 Apr 22
537
Terengganu Inc Peruntuk RM70,000 Bagi Program CSR Sepanjang Ramadan
Terengganu Inc Peruntuk RM70,000 Bagi Program CSR Sepanjang Ramadan
KUALA TERENGGANU, 4 April  – Terengganu Inc salah satu anak syarikat kerajaan negeri  memperuntukkan hampir RM70,000 bagi program tanggungjawab sosial korporatnya sepanjang bulan Ramadan ini. Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, ia adalah antara usaha syarikat mendekati masyarakat pelbagai peringkat khususnya mereka yang memerlukan. “Ia meliputi pengagihan bubur lambuk, CSR 'jejak ramadhan' iaitu pengagihan sumbangan dan bakul makanan kepada keluarga asnaf dan majlis iftar meraikan keluarga kurang berkemampuan dan lain-lain sumbangan,”ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengagihan bubur lambuk dihadapan Masjid Abidin di sini semalam. Burhanuddin Hilmi berkata pihaknya percaya program CSR dilaksana TI mampu memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini.  
04 Apr 22
609
Terengganu Akan Siasat Dakwaan Penjualan Tanah Kerajaan
Terengganu Akan Siasat Dakwaan Penjualan Tanah Kerajaan
Kerajaan Terengganu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyerahan tanah milik kerajaan kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan.
03 Apr 22
232
Pergiat Usaha Banteras 'Geng Plastik Hitam'
Pergiat Usaha Banteras 'Geng Plastik Hitam'
Kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha membanteras 'geng plastik hitam' melalui pelbagai usaha dan pendekatan bagi mewujudkan kesedaran kepada golongan terbabit sepanjang Ramadan.
03 Apr 22
308