Artikel "Semasa" Terkini
Kempen Solat Jumaat Semarak Usaha Dakwah
Kempen Solat Jumaat diketengahkan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Terengganu dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tuntutan ibadah tersebut.
10 Apr 22
241
KMI Healthcare Perluas Jaringan Hospital ke Kota Bharu
KUALA TERENGGANU, 10 April- Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. Yang merupakan bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad menandatangani perjanjian (HOA) bersama Mutiara Premier Sdn. Bhd. (MPSB), anak syarikat milik penuh Pelaburan Hartanah Berhad bagi pembangunan sebuah hospital swasta di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Alias Razak berkata, dengan termeterainya perjanjian HOA tersebut, sebuah hospital swasta pelbagai disiplin akan di bina di Bandar Baru Tunjong oleh MPSB untuk menempatkan sebanyak 94 buah katil di atas tanah seluas 9.56 ekar dengan sekurang-kurangnya 300 buah tempat letak kereta bagi Fasa 1.
“Pada peringkat seterusnya, tertakluk kepada daya maju projek, kedua-dua pihak akan membincangkan potensi pengembangan untuk penambahan 100 buah katil dan 300 tempat letak kereta bagi Fasa 2.
“Kos Pembangunan Kasar (GDC) indikatif untuk pembangunan hospital itu ialah RM129 juta untuk projek Fasa 1,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Alias yang juga Pengarah KMI Healthcare memberitahu, perjanjian itu adalah antara usaha dan strategi untuk mengembangkan rangkaian hospital pakar Syarikat melalui strategi pembangunan hospital 'greenfield' dan 'brownfield' yang telah diusahakan sejak tahun 2020.
"Kami yakin, Insha Allah, momentum ini akan berterusan dan akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan masa depan Syarikat, tambahan pula ia sejajar dengan strategi Asset Light kami," tambahnya.
Menurut Alias, seterusnya perjanjian muktamad akan membentuk keseluruhan perjanjian antara MPSB dan KMI Healthcare dengan terma pajakan untuk tempoh 15 tahun dengan tambahan 15 tahun lagi.
“Buat masa ini terdapat lima buah hospital dibawah rangkaian KMI Healthcare iaitu KMI Kuala Terengganu Medical Centre, sebelum ini dikenali sebagai Kuala Terengganu Specialist Hospital, KMI Kuantan Medical Centre, KMI Kelana Jaya Medical Centre, KMI Taman Desa Medical Centre dan KMI Tawau Medical Centre, perolehan terbaru KMI Healthcare baru-baru ini.
Katanya, pembinaan KMI Tunjong Medical Centre akan mengukuhkan lagi kedudukan KMI Healthcare sebagai penyedia hospital swasta di Jajaran Pantai Timur bersama hospital pakar sedia ada di Kuantan dan Kuala Terengganu.
10 Apr 22
964
147 Peniaga Bazar Ramadan Terima Sumbangan PKM Manir
HULU TERENGGANU, 9 April – Semangat dan keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 147 peniaga Bazar Ramadan Pasar Manir di sini, apabila menerima kunjungan dan sumbangan kurma dan apron daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Manir, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, agihan tersebut bertujuan merapatkan lagi silaturahim antara masyarakat.
"Selain melakukan agihan sumbangan, kita juga turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan peniaga-peniaga dan para pengunjung di sini yang majoriti daripadanya adalah penduduk di kawasan DUN Manir.
"Rata-rata peniaga ditemui menyambut baik program dilaksanakan ini kerana dengan cara ini dilihat mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita.
Hilmi juga berkata, program sebegini merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan dan akan diteruskan pada masa akan datang.
Selain itu, program yang turut mendapat kerjasama daripada Penganjur Bazar, Persatuan Kebajikan Komuniti Manir juga sentiasa bertugas memantau perjalanan perniagaan di pasar tersebut.
08 Apr 22
566
Kempen Solat Jumaat Semarak Usaha Dakwah
KUALA NERUS, 8 April- Kempen Solat Jumaat diketengahkan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Terengganu dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tuntutan ibadah tersebut.
Pengerusinya, Mohd Nor Hamzah berkata, kempen tersebut diuar-uarkan supaya masyarakat lebih peka dengan ibadah berkenaan lebih-lebih lagi selepas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam ibadah solat jemaah tanpa penjarakan sosial dikuatkuasakan awal April ini.
"Sesiapa yang mendengar kempen kita pada hari ini dan seterusnya, mohon agar ambil peringatan supaya jangan meninggalkan ibadah wajib ini. Ibu-ibu, kakak-kakak, tolong ingatkan suami kita. Tolong ingatkan anak-anak lelaki kita agar bersiap khususnya di bulan Ramadan untuk mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah SWT.
"Jangan kita mengundang murka Tuhan. Denda dan penjara itu (hukuman) atas dunia sahaja, yang kita takutnya adalah azab Allah SWT di Akhirat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi peringatan kepada orang awam dalam kempen yang diadakan di Pasar Teluk Ketapang dan Dataran Austin, di sini hari ini.
Tambahnya, dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 Seksyen 16, Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat (Pindaan 2016), menjelaskan mana-mana orang lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.
"Kami turun ke kawasan ini untuk berkempen bersama kedua-dua jabatan, kita sedarkan masyarakat dan semua umat Islam agar jangan lupa untuk menunaikan sembahyang Jumaat hari ini dan hari-hari Jumaat yang lain.
"Ingatlah semua, jaga ibadat, Allah Taala akan jaga hidup kita insya-Allah," katanya.
08 Apr 22
471
Polis Pantau Bazar Ramadan
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terengganu telah mengerakkan anggotanya untuk meningkatkan kawalan keselamatan di bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
07 Apr 22
186
Terengganu Majukan Lebih 1,000 Hektar Tanah Terbiar
KUALA TERENGGANU, 7 April – Terengganu kini berada pada kedudukan kedua selepas Pahang apabila berjaya memajukan lebih 1,000 daripada 8,000 hektar tanah terbiar di negeri ini dengan pelbagai projek pertanian sejak 2008.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, paling istimewa Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai peruntukkan sendiri dalam program memajukan tanah terbiar sebanyak RM1 juta setiap tahun.
“Sebanyak RM1 juta diperuntukkan pada tahun lepas dan untuk tahun ini, jumlah sama diberikan. Dengan peruntukkan ini, kita beri geran sebanyak RM20,000 bagi setiap hektar tanah terbiar yang akan dipulihkan.
“Geran ini untuk pembinaan infrastruktur seperti pagar, sistem perparitan dan proses bersih tanah supaya ia boleh dibangunkan semula,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Media di Hotel Paya Bunga, di sini semalam.
Katanya lagi, tanah terbiar bermaksud tanah milik individu atau syarikat seluas lebih 0.4 hektar yang tidak dimajukan selama tiga tahun berturut-turut.
Sementara itu, Dr Azman berkata , satu permohonan telah dibuat kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi peruntukan tambahan Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu.
“Ini kerana peruntukan sedia ada telah habis disalurkan kepada lebih 600 petani, penternak danpengusaha ikan sangkar yang terjejas akibat banjir pada akhir Februari lepas,”ujarnya.
07 Apr 22
752
Polis Pantau Bazar Ramadan
KUALA TERENGGANU, 6 April - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terengganu telah mengerakkan anggotanya untuk meningkatkan kawalan keselamatan di bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan berkata, seramai 107 anggota telah ditugaskan bagi mengawal premis perniagaan di 59 lokasi bazar Ramadan di negeri ini.
"Untuk masa sekarang kita masih lagi mengambil pendekatan memberikan nasihat bagi membangkitkan kesedaran orang ramai untuk mematuhi SOP ditetapkan, walaupun kita telah beralih ke fasa endemik namun kita masih lagi berkuasa untuk mengambil tindakan mengenakan kompaun.
"Untuk permulaan ini kita akan berikan saranan yang baik agar pengunjung sedar akan tanggungjawab menjaga SOP ini demi menjaga keselamatan diri dan orang lain dalam keghairahan mereka untuk mendapatkan juadah berbuka puasa setelah lama tidak dapat berbuat demkian.
"Antara perkara yang kita dapat lihat pada hari ketiga Ramadan di bazar ini ialah kesesakan berlaku kerana tidak menjaga penjarakkan, sehingga mengakibatkan sesetengah gerai itu agak padat, dan kita telah mengambil tindakan menyuraikan para pengunjung,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika pemberita ketika mengadakan tinjauan pematuhan SOP, di Bazar Ramadan Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya juga telah meminta pihak penganjur bazar untuk memainkan peranan mengetatkan kawalan di gerai-gerai serta kaunter yang padat pengunjung.
"Agar penjarakkan sosial dapat dipatuhi, dimana setakat yang saya perhatikan dari sudut lain seperti pemakain pelitup muka telah dapat dipatuhi, dimana ia turut disediakan oleh penganjur sekiranya pengunjung terlupa membawanya.
"Daftar masuk ke bazar juga tiada sebarang masalah dimana jika pengunjung lupa membawa 'smart phone' untuk imbas MySejahtera mereka boleh menulis nama di buku log yang disediakan.
"Saya juga turut menyarankan kepada orang ramai yang ingin mengunjungi bazar jika sekiranya merasakan dirinya mengalami gejala agar tidak datang ke sini, sebaliknya meminta ahli keluarga yang lain datang ke bazar untuk mendapatkan juadah berbuka puasa," ujarnya.
06 Apr 22
891
Elak Jual Makanan Basi Di Bazar Ramadan
Kerajaan negeri berharap agar peniaga makanan di bazar Ramadan tidak menjual makanan basi ataupun telah rosak semata-mata demi mengaut keuntungan.
06 Apr 22
307
Aktiviti Berbuka Di Tempat Awam Kembali Dilarang Jika Berdegil
Kebenaran berbuka puasa di kawasan lapang dan tempat awam akan ditarik balik sekiranya orang ramai terus berdegil mengabaikan aspek kebersihan.
06 Apr 22
344
Elak Jual Makanan Basi Di Bazar Ramadan
KUALA TERENGGANU, 6 April - Kerajaan negeri berharap agar peniaga makanan di bazar Ramadan tidak menjual makanan basi ataupun telah rosak semata-mata demi mengaut keuntungan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, jika didapati berlaku satu tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang terlibat.
"Gerai perniagaan akan diarah untuk ditutup ini akan merugikan peniaga itu sendiri setelah dua tahun tidak berniaga, sudah tentu tiada yang hendak perkara sebegini terjadi, kita sendiri faham rakyat hendak mencari rezeki dan memulihkan kembali ekonomi untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri melalui keuntungan yang diperolehi.
"Sebenarnya kerajaan sangat mengalakkan rakyatnya berusaha dengan berniaga ini setelah dua tahun tidak dapat berniaga secara normal kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya kira sekarang ini dah boleh berniaga macam biasa cuma kena jaga tahap kebersihan makanan.
"Kita juga nasihatkan agar pakai 'apron' bagi mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan apabila berlaku bazar terpaksa ditutup, yang akan tanggung kerugian adalah peniaga itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Taman Shahbandar, semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar MBKT, Rozali Salleh.
Mengulas lanjut Dr. Alias berkata, para peniaga perlu sentiasa mengamalkan kejujuran dalam berniaga kerana ia juga dituntut oleh agama, bukan semata-mata menumpukan kepada sudut memperolehi keuntungan mudah yang akhirnya membawa kesan buruk kepada pernigaan serta orang ramai.
"Kerana ajaran Islam tidak membenarkan menjual barang makanan yang telah rosak kepada pelanggan, walaupun penguatkuasa atau doktor tidak membuat pemantauan pada setiap masa tetapi Allah ada bersama kita," katanya lagi.
06 Apr 22
377