lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Ikut Garis Panduan Ditetapkan, Jangan Cabar Kerajaan
Ikut Garis Panduan Ditetapkan, Jangan Cabar Kerajaan
Kerajaan negeri mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan aktiviti berunsur hiburan di negeri ini supaya menghormati garis panduan hiburan ditetapkan.
03 Apr 22
190
Wujud Jawatankuasa Bagi Kelulusan Projek Pelaburan Di Terengganu
Wujud Jawatankuasa Bagi Kelulusan Projek Pelaburan Di Terengganu
Satu penubuhan jawatankuasa akan diwujudkan pantas bagi memastikan setiap projek pelaburan yang dijalankan di Terengganu dapat diluluskan dengan kadar segera. 
03 Apr 22
185
Sidang DUN Belia Fokus Kepada Enam Teras Pembangunan Belia
Sidang DUN Belia Fokus Kepada Enam Teras Pembangunan Belia
Persidangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Terengganu yang akan berlangsung selama tiga hari berakhir Rabu ini memberi fokus kepada enam teras utama termasuk pembangunan pendidikan dan penghayatan agama di kalangan belia negeri ini.
03 Apr 22
104
Berusaha Ubah Minda Negatif Ibu Bapa Terhadap Vaksin Sempena Ramadan
Berusaha Ubah Minda Negatif Ibu Bapa Terhadap Vaksin Sempena Ramadan
KUALA TERENGGANU, 3 April-Kerajaan negeri berusaha untuk mengubah minda ibu bapa terhadap vaksin kanak-kanak dengan memperhebatkan kempen kesedaran sepanjang Ramadan ini termasuk melalui slot khas tazkirah di masjid dan surau. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ini kerana Terengganu masih berada di kedudukan kedua tercorot dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) sejak mula dilaksanakan Februari lepas. Katanya, sebelum ini kempen telah digerakkan di peringkat kerajaan negeri termasuk melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Kuliah Maghrib mengenai kepentingan vaksin ini namun masyarakat masih tidak memiliki tahap kesedaran yang tinggi. "Setakat Jumaat, hanya 12.4 peratus (22,240 orang) daripada 178,700 populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negeri ini telah menerima suntikan dos pertama. "Ini kerana mitos yang telah mempengaruhi ibu bapa yang tersebar melalui media sosial sedangkan di Terengganu tiada lagi terdapat kesan sampingan serius dilaporkan berlaku terhadap kanak-kanak yang telah menerima suntikan vaksin,"ujarnya, Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Nafas Baru Bermula Ramadan dan Pelancaran Operasi Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam Peringkat Negeri Terengganu, di sini, semalam. Turut hadir, Pengarah Kesihan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong. Katanya, walaupun berhadapan kesukaran untuk mengubah pemikiran ibu bapa terhadap vaksin namum kerajaan akan terus berusaha menggunakan pendekatan berhemah dalam menyantuni golongan terbabit. "Kita berdoa agar ibu bapa ini terbuka hati mereka kerana dengan fasa peralihan ke endemik sekarang, kerana apabila tiada lagi sekatan atau peraturan ketat untuk majlis sosial yang berisiko meningkatkan jangkitan maka dengan pengambilan vaksin ia akan dapat memberikan perlindungan kesihatan kepada anak masing-masing,"katanya.    
03 Apr 22
160
Bekalan Air Kuala Terengganu Dijangka Pulih Esok
Bekalan Air Kuala Terengganu Dijangka Pulih Esok
KUALA TERENGGANU, 2 April - Gangguan bekalan air melibatkan 30 kawasan utama di Kuala Terengganu sejak Jumaat lalu dijangka pulih esok. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu), Ts. Abdul Karim Endut dalam satu kenyataan berkata, gangguan tersebut disebabkan paip pecah di Pulau Kambing yang melibatkan tangki Bukit Kecil. Menurut beliau, pada 1 April 2022, paip berukuran 413 mm telah dikesan pecah dan kerja-kerja pembaikan segera dilakukan serta siap dilaksanakan pada jam 12 malam.  Walau bagaimanapun katanya, paip kedua berukuran 600 mm yang terletak di lokasi berbeza iaitu lebih kurang 50 meter daripada jarak paip pertama telah dikesan pecah pada 2 April 2022. "Kerja-kerja pembaikan paip berukuran 600 mm masih berjalan sehingga kini dan jangkaan bagi masa bekalan air pulih sepenuhnya di kawasan-kawasan yang terjejas adalah pada 3 April 2022 pada jam 7.30 malam. "Bekalan air akan pulih secara berperingkat dan tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," ujarnya. Dalam perkembangan sama, bekalan air tidak berjadual yang sering berlaku melibatkan tangki Bukit Kecil ini akan menemui penyelesaian apabila pengoperasian Loji Rawatan Air Baharu (LRA) Losong 44 JLH bermula pada Mei 2022. "Kini kerja-kerja pembinaan LRA Losong berkapasiti 44 JLH kini berada di fasa terakhir dengan peratus pelaksanaannya sebanyak 99.8 peratus. "Dengan bermulanya operasi LRA Losong 44 JLH, masalah bekalan air yang sering terjadi di Bukit Kecil akan dapat diatasi dalam jangka masa yang panjang sehingga tahun 2030," ujarnya. Sementara itu, sebanyak enam buah lori tangki air dan 13 buah tangki statik sedang digerakkan secara berperingkat ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawati laman sesawang www.satuwater.com.my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram, atau hubungi careline di talian 1300-88-2111 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan.      
02 Apr 22
320
Bufet Ramadan:Pilih Ikut Kemampuan
Bufet Ramadan:Pilih Ikut Kemampuan
HULU TERENGGANU, 2 April - Para pengguna perlu bijak berbelanja mengikut kemampuan dan memilih juadah buffet Ramadan yang sesuai dengan harga yang ditawarkan bagi menggelakkan tertipu dengan tawaran penganjur. Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata pengguna berhak memilih mengikut kemampuan mereka  dan pihak KPDNHEP tidak boleh memantau harga setiap buffet yang ditawarkan. "Pihak kami hanya boleh bertindak jika ada aduan daripada pengguna mengenai harga yang ditawarkan tidak sama dengan makanan yang diterima atau yang terdapat pada menu. "Dalam masa yang sama, saya ingin nasihatkan kepada penganjur buffet Ramadan untuk tidak memanipulasi pengguna dengan tawaran-tawaran yang hebat," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM), di perkarangan Masjid Kampung Telaga, di sini, hari ini. Sementara itu, Rosol turut memberi jaminan bekalan barangan runcit dan basah mencukupi bagi kegunaan orang ramai sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti. Tambah beliau, pihaknya sudah membuat pemantauan dan bekalan yang ada didapati mencukupi untuk keperluan pengguna di seluruh negeri walaupun dijangka berlaku permintaan yang lebih tinggi. "KPDNHEP sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI), dalam menentukan hasil keluaran keperluan makanan dalam negara mencukupi. "Pengguna tidak perlu bimbang dengan bekalan keperluan harian ini termasuk keperluan seperti minyak masak, tepung gandum dan sebagainya adalah mencukupi," ujarnya.  
02 Apr 22
161
Terengganu Inc Salur RM300,000 Bagi Projek Pelaburan Pendidikan Bersama UniSZA
Terengganu Inc Salur RM300,000 Bagi Projek Pelaburan Pendidikan Bersama UniSZA
KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi kerjasama strategik dalam 'Terengganu Inc - UniSZA Islamic Investment Project', hari ini. MoA itu ditandatangani oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc., Burhanudin Hilmi Mohamed dan UniSZA diwakili Naib Canselornya, Prof Dr Fadzli Adam sambil disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat. Burhanudin berkata, kolaborasi strategik akan dilaksanakan di bawah pengurusan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, UniSZA dalam tempoh tiga tahun mulai hari ini. "Pelaburan pendidikan sebanyak RM300,000 akan memfokuskan beberapa sub-sektor utama meliputi penyelidikan, pelantikan profesor pelawat, program tanggungjawab sosial dan penerbitan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian berkenaan di Hotel Grandcontinental, disini. Katanya, antara kawasan potensi yang bakal diterokai menerusi penyelidikan seperti kesan COVID-19 sektor perniagaan dalam kumpulan Terengganu Inc dan cara mengatasi cabaran untuk mengekalkannya sebagai cabang pelaburan negeri yang mampan serta patuh syariah. Tambahnya lagi, produk pelancongan dibawah urusan kumpulannya seperti Tasik Kenyir juga diterokai menerusi perangkaan inisiatif, program, aktiviti, produk dan perkhidmatan tempatan yang boleh dibangunkan dan dipupuk sebagai 'Community Based Tourism' (CBT). Dalam pada itu, Prof Dr Fadzli menjelaskan, terdapat dua projek penyelidikan telahpun bermula, iaitu 'Shariah Governance Framework' dan 'Shariah Based Intercompany Financing. "Usaha awal ini membuktikan komitmen yang amat tinggi di kedua belah pihak bagi memacu kecemerlangan yang disasarkan demi manfaat semua pihak pemegang taruh," jelasnya.  Beliau turut berharap agar pelaksanaan itu dapat membantu kadar literasi pelaburan berteraskan Islam dalam kalangan masyarakat Terengganu. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat menerusi ucapannya berkata, usaha kedua-dua pihak tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam meningkatkan penghayatan dan penguatkuasaan hukum agama Islam secara mendalam dalam pelbagai sektor termasuk bisnes, ekonomi dan pendidikan. "Terengganu juga akan memastikan semua aktiviti urusniaga dan kewangan melibatkan anak syarikat milik kerajaan negeri mesti patuh syariah. Jika anak syarikat ini perlukan pinjaman, mestilah pinjaman yang patuh syariah," katanya. Terdahulu, sebanyak RM40,000 daripada jumlah sumbangan juga disalurkan bagi pembiayaan pembangunan Terengganu Inc Business Incubator sebagai platform mengasah kemahiran usahawan di kalangan pelajar UniSZA.
31 Mar 22
556
Lebih 300 Ribu Pokok Berjaya Ditanam Di Terengganu Tahun 2021
Lebih 300 Ribu Pokok Berjaya Ditanam Di Terengganu Tahun 2021
BESUT, 31 Mac –  Terengganu melalui Jabatan Perhutanan Negeri berjaya menanam  322,032 pokok melebihi sasaran awal  iaitu sebanyak 250,000 pokok pada tahun 2021. Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pencapaian itu merupakan kejayaan semua pihak terlibat bagi menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di negeri ini. “Ini termasuk lebih 5,000 pokok pelbagai spesies telah ditanam di Taman Rimba Ilmu Tanah Bris (TRIBe), UniSZA Kampus Besut oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan kerjasama kakitangan dan mahasiswa UniSZA,”ujarnya . Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di UniSZA, Kampus Besut di sini hari ini. Dalam masa yang sama, beliau berkata, kerajaan negeri juga akan terus memberi komitmen untuk mengekalkan kawasan berhutan melebihi 50 peratus daripada keluasan tanah di Negeri Terengganu selaras dengan Deklarasi Rio de Jeneiro pada tahun 1992  
31 Mar 22
385
5,000 Anak Pokok Ditanam Di Taman Rimba Ilmu Tanah Bris
5,000 Anak Pokok Ditanam Di Taman Rimba Ilmu Tanah Bris
BESUT, 31 Mac - Sebanyak 5,000 pokok hutan berjaya  ditanam di Taman Rimba Ilmu Tanah Bris (TRIBe), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melibatkan keluasan 4.5 hektar bermula 27 hingga 30 Mac 2022.  Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Roslan  Rani berkata pihaknya telah  berganding bahu bersama-sama staf dan pelajar-pelajar yang telah empat hari berkampung di TRIBe, menanam pelbagai spesies pokok hutan. “Antara spesies pokok hutan yang ditanam adalah Merawan Siput Jantan, Merawan Bunga, Balau Pasir, Gelam, Penaga Lilin, Meranti Sarang Punai, Meranti Rambai Daun, Meranti Tembaga, Karas, Kembang Semangkuk, Mata Ayam, Jambu Golok dan Tekoma.  “Terdapat juga pokok buah-buahan seperti Mempelam, Mata Kucing dan Jambu Keling yang ditanam,” ujarnya.  Majlis perasmian hari Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di UniSZA, Kampus Besut telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di sini hari ini. Sementara itu, Naib Canselor UniSZA,  Profesor Dr. Fadzli  Adam  berkata TRIBe menjadi mercu tanda UniSZA Kampus Besut kerana menjadi hutan simpan tanah BRIS yang pertama di Malaysia dan juga dalam Universiti Awam yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna serta persekitaran semulajadi. “Model pengurusan TRIBe turut akan dihasilkan sebagai panduan pengurusan yang lebih komprehensif bagi membantu dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan juga warisan untuk generasi akan datang,” katanya lagi. Tambah beliau,  TRIBe juga dilihat dapat menyumbang kepada aktiviti rekreasi bukan sahaja kepada warga UniSZA malah kepada komuniti luar sebagai produk eko-pelancongan.    
31 Mar 22
368
Golongan Pendidik Perlu Pertahankan Etika Perguruan
Golongan Pendidik Perlu Pertahankan Etika Perguruan
KUALA NERUS, 31 Mac -  Golongan pendidik harus sentiasa menyedari profesion mereka amat dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat serta perlu mempertahankan integriti perguruan tersebut. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, golongan berkenaan perlu mengekalkan etika, integriti dan profesionalisme mereka dalam mendidik anak bangsa. "Ini (guru dan pendidik) merupakan satu kumpulan yang banyak menyumbang kepada masyarakat sebab itu saya tekankan bahawa amat penting supaya guru-guru terus mempertahankan penghormatan yang diberikan oleh masyarakat kepada profesion ini. "Mereka perlu memastikan segala tindak-tanduk, tingkah laku dan pendekatan yang diambil itu adalah satu pendekatan yang penuh beretika berdasarkan etika perguruan dan terus mempertahankan integriti perguruan itu sendiri," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu dan tema sambutan Hari Guru 'Guru Tunjang Sekolah Sejahtera' sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-51 Tahun 2022 di sini, malam tadi. Katanya, gerakan yang mula diperkenalkan pada 2018 tersebut merupakan sebahagian pendekatan untuk membawa masyarakat bersama-sama menginsafi segala pengorbanan, jasa dan ilmu yang dicurahkan oleh guru kepada anak didik mereka. Dalam perkembangan lain, Radzi berkata selain penyediaan lokar di sekolah rendah,kementerian juga sedang memperincikan untuk menghadkan jumlah mata pelajaran, bagi mengurangkan jumlah buku yang perlu dibawa oleh murid Katanya jumlah mata pelajaran tersebut, merupakan antara tujuh ketetapan diperincikan Kementerian Pendidikan (KPM), yang bakal dilaksanakan bagi menangani isu beg berat dihadapi murid.  
31 Mar 22
169