lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

100 Anak Asnaf Ceria Pilih Kelengkapan Raya
100 Anak Asnaf Ceria Pilih Kelengkapan Raya
KUALA TERENGGANU, 12 April- Seramai 100 anak asnaf dari daerah Kuala Terengganu dan Marang kelihatan ceria apabila berpeluang memilih kelengkapan raya masing-masing sempena program Projek Baju Raya 2022 di KTCC Mall, hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, program anjuran AKRAB SUK Terengganu dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), PUSPANITA Negeri Terengganu, Terengganu Inc dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu itu merupakan salah satu usaha murni untuk mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik. “Program ini diadakan bagi meraikan pelajar asnaf untuk pembelian pakaian baru sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba dengan melibatkan ibu bapa angkat yang terdiri daripada ahli AKRAB SUK Terengganu dan ahli PUSPANITA Negeri Terengganu. “Tujuannya adalah untuk meringankan beban keluarga asnaf disamping meraikan silaturrahim di antara pelajar dan ibubapa angkat dalam suasana dan bicara santai,” ujarnya kepada pemberita pada program tersebut. Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Anuar Awang; Yang Dipertua Majlis Daerah Marang merangkap Pengerusi AKRAB SUK Terengganu, Zuwislan Awang serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan Hadir sama, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA Cawangan Negeri Terengganu, Wan Radziah Wan Mokhtar dan Ketua Unit Komunikasi Strategik, Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Suridah Supian. Terdahulu, Tengku Sri Bijaya Raja turut meluangkan masa beramah mesra dengan anak asnaf untuk memilih baju raya mereka. Sementara itu, Zuwislan berkata, matlamat program yang dianjurkan adalah meraikan dan membantu golongan memerlukan terutamanya kanak-kanak dengan harapan dapat berkongsi rezeki serta kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri. “Lebih menggembirakan, pihak MAIDAM telah memperuntukkan RM200 bagi setiap pelajar asnaf untuk membeli baju raya dan mereka dibawa ke KTCC bersama ibu bapa angkat masing-masnig untuk merasai sendiri suasana persiapan membeli belah kelengkapan baju raya di pasar raya itu,”katanya.  
12 Apr 22
627
Aset Bernilai RM4.3 Juta Hasil Edar Dadah Disita Polis
Aset Bernilai RM4.3 Juta Hasil Edar Dadah Disita Polis
KUALA TERENGGANU, 12 April - Polis Terengganu menyita aset bernilai RM4.3 juta yang disyaki dibeli dengan hasil pendapatan pengedaran dadah. Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, rampasan tujuh lot tanah termasuk 10 chalet itu disita bawah Seksyen 28 (1) Akta Dadah Berbahaya 1988. Menurutnya, aset ini dikesan berikutan tangkapan dua suspek pengedar dadah yang ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 2020. "Kedua-dua suspek ditahan berhubung rampasan dadah disyaki jenis ganja seberat 541.18 gram dan dadah jenis syabu seberat 46.70 gram," katanya dalam kenyataan di sini semalam. Tambahnya lagi, siasatan lanjut penjejakan harta melalui bank dan institusi kewangan menemukan tujuh harta tak alih yang diperoleh secara pembelian meragukan.  “Daripada jumlah itu, sebanyak empat lot tanah disita di Kuala Nerus termasuk yang dibina chalet bernilai RM900,000 diikuti masing-masing satu di Kemaman, Dungun dan Marang,"ujar beliau. Rohaimi berkata, kesemua aset yang disita merupakan nilai sitaan harta terbesar melibatkan pengedar dadah di Terengganu setakat ini. Dalam masa yang sama beliau berkata, Polis Terengganu di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan meneruskan penyiasatan (asset tracing) ke atas semua sekutu pengedar dadah dan memastikan kesemua aset-aset ini dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.  
12 Apr 22
1938
Kerajaan Berusaha Penuhi Permintaan Tinggi Melon Manis Terengganu
Kerajaan Berusaha Penuhi Permintaan Tinggi Melon Manis Terengganu
Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pertanian negeri berusaha bagi memastikan Melon Manis Terengganu (MMT) mencukupi bagi memenuhi permintaan tinggi pengemarnya di seluruh negara.
12 Apr 22
179
Kilang Tepung Ubi Vitato Terbiar Bakal Pulih
Kilang Tepung Ubi Vitato Terbiar Bakal Pulih
Kerajaan negeri berhasrat memulihkan kembali kilang Tepung Ubi Vitato yang terbiar sejak tahun 2012.
11 Apr 22
444
Batu Burok Beach Teruskan Tradisi Santuni Golongan Asnaf
Batu Burok Beach Teruskan Tradisi Santuni Golongan Asnaf
Batu Burok Beach kembali mengadakan majlis berbuka puasa bersama golongan asnaf setelah kerajaan mula membenarkan aktiviti sosial sedemikian.
11 Apr 22
183
Berbuka Puasa Di Puncak Bukit Maras Jadi Pilihan Terbaharu
Berbuka Puasa Di Puncak Bukit Maras Jadi Pilihan Terbaharu
KUALA NERUS, 11 April – Orang ramai kini boleh mencuba pengalaman berbuka puasa di atas puncak Bukit Maras berlatar belakang panorama indah alam semula jadi berbanding menikmati juadah di hotel-hotel mahu pun di kawasan lapang Tarikan terbaharu itu menawarkan satu keunikan berganda buat mereka yang gemar berbuka di luar selain tepi pantai, taman awam dan  kawasan lapang berhampiran drawbridge. Seorang pengunjung, Mohd. Shobri Ahmad, 45, dari Shah Alam, Selangor berkata, kedatangan ke negeri ini atas urusan kerja berbaloi apabila dapat merealisasikan impian keluarga sejak sekian lama untuk berbuka di atas bukit. Katanya, isteri, Haryati Abd. Ghani, 40, bersama ibu mentua dan empat anaknya yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun cukup teruja dapat berbuka di lokasi berkenaan di samping berpeluang menaiki kenderaan pacuan empat roda hingga ke puncak. “Saya ada melihat pakej berbuka di Bukit Maras dan teringin untuk mencuba kerana lain daripada lain sebab sudah biasa makan di hotel atau di padang. “Saya tidak sangka Terengganu memiliki ‘port’ berbuka di kawasan alam semula jadi menarik tanpa perlu ke bangunan tertinggi atau menara, malah emak dan anak-anak berselera makan menu kampung yang disediakan hingga berulang kali menambah nasi,” katanya . Menurut Mohd. Shobri, mereka sekeluarga dibawa naik ke Bukit Maras pada pukul 5.30 petang dan dapat meluangkan masa selama tiga jam sebelum dibawa turun pada pukul 8.30 malam. Katanya, Terengganu merupakan negeri yang sentiasa dikunjungi keluarganya saban tahun dan kali ini dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali semula ke negeri ini pada Ramadan tahun depan bagi menikmati suasana berbuka di puncak Bukit Maras.  Pakej berbuka puasa di Bukit Maras * RM95 untuk seorang/ minimum sekeluarga empat orang (termasuk khidmat pengangkutan kenderaan pacuan empat roda ke puncak). * Menu: Nasi putih, gulai daging kawah, ayam masak merah, telur masin, ulam, sambal, buah tembikai, martabak, kurma, kuih tradisi, teh tarik dan sirap limau. * Berkumpul di kaki bukit pada pukul 5 petang dan turun semula antara pukul 8 hingga 10 malam (berdasarkan kepada permintaan pengunjung).  
11 Apr 22
5287
Dua Sarang Burung Helang Laut Di Menara Telekomunikasi Terengganu Hilang
Dua Sarang Burung Helang Laut Di Menara Telekomunikasi Terengganu Hilang
KUALA TERENGGANU, 11 April- Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini didapati dua sarang burung Helang Laut yang berada di menara telekomunikasi di Terengganu telah hilang dipercayai akibat dimusnahkan pengendali menara terbabit atau diperdagangkan secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab. Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Terengganu, Wong Chee Ho's berkata sudah tiba masanya syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia menggubal dasar bukan sahaja memastikan keselamatan pekerja penyelenggara terjamin bahkan memastikan hidupan liar yang bersarang di menara itu turut dilindungi. "Ini kerana sudah banyak negara lain mempunyai protokol yang menyokong kewujudan antara manusia dan hidupan liar yang melibatkan menara telekomunikasi dan antara perkara yang boleh dilakukan termasuk mengubahsuai struktur menara seperti menambahkan palatform di lokasi lebih selamat dan jauh daripada peralatan yang digunakan oleh pekerja penyelenggara,"ujarnya dalam suatu kenyataan, di sini, kelmarin. Mengulas lanjut katanya, menara-menara telekomunikasi sememangnya menjadi pilihan beberapa burung pemangsa liar sebagaimana burung helang terbabit atau nama saintifiknya, Haliaeetus Leucogaster sebagai tempat pembiakan kerana mempunyai platform yang stabil, selain lokasi yang strategik dan memiliki ketinggian optimum. Jelasnya, kejadian kemusnahan sarang burung terbabit bukan perkara baharu kerana sarang aktif yang mengandungi spesies haiwan berkenaan sebelum ini pernah dimusnahkan oleh syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Merang, Setiu pada Januari tahun lalu. "Pada 31 Januari lalu pula kita telah mengesan sebiji telur dan seekor anak burung Helang Laut yang baru menetas di menara telekomunikasi Hulu Terengganu dengan induk jantan serta betina kerap membawa makanan ke sarang. "Namun pada 16 Februari, sarang tersebut telah hilang dan kes yang sama juga turut dikesan telah berlaku di Kuala Nerus apabila sarang yang digunakan bertahun-tahun oleh haiwan terbabit dan mengandungi seekor anak didapati telah dimusnahkan pada 18 Mac. "Sepatutnya apabila sarang aktif ditemui, spesies hidupan berkenaan perlu dilindungi sepenuhnya dan tidak boleh dimusnahkan,sebaliknya ia perlu dibiarkan tanpa sebarang gangguan sehingga anak burung itu terbang meninggalkan sarang,"ujarnya lagi.
11 Apr 22
7333
Patit Toyo ‘Si Gedik’  Kini Di Primula
Patit Toyo ‘Si Gedik’  Kini Di Primula
KUALA TERENGGANU, 11 April - Patit Toyo sejenis kuih yang boleh dikatakan 'rare' atau jarang dijumpai, kini boleh dinikmati di Primula Beach Hotel sepanjang bulan Ramadan kali ini.  Tekstur kuih yang ‘gedik’  dan lembut diperbuat daripada sagu, gula dan dimakan dengan tahi minyak memberikan rasa nikmat bagi penggemarnya dan satu pengalaman baru kepada mereka yang baru mencuba buat kali pertama. Pengurusnya, Suaibah Harun berkata kuih Patit Toyo menjadi salah satu hidangan yang ditampilkan bagi mengembalikan nostalgia menu-menu lama disamping memberi peluang terutama kepada generasi muda untuk menikmatinya. Katanya, pemilihan kuih tradisi itu bertujuan untuk mempromosi serta menaikkan semula populariti makanan warisan dan hampir pupus di Terengganu yang mungkin tidak dikenali generasi sekarang. "Saya bimbang kalau semakin ramai yang tidak tahu membuat kuih-kuih tradisional ini lama-lama ia akan hilang begitu saja.Oleh itu, pihak hotel mengambil inisiatif ini untuk mengembalikan makanan tradisi sebagai hidangan pencuci mulut di restoran kami. “Terdapat banyak kuih muih Tradisional yang sedap ada juga kuih-kuih lama ni yang namanya pelik dan mengerikan. Tapi jangan risau, rasanya memang sedap dan sangat berbeza dengan manisan moden yang biasa kita makan,”katanya ketika ditemui pemberita hari ini.   Tambahnya, sebaiknya dalam budaya makanan, kita perlu mencontohi masyarakat Jepun yang sentiasa berbangga dan memperkasakan sajian warisan meskipun bergelar negara maju. Beliau pasti, usaha dan sokongan dari semua pihak ini sekaligus akan dapat membantu memartabat dan menjaga kelestarian sajian makanan warisan dan hampir pupus agar tidak lenyap ditelan zaman. Sementara itu, Sous Chef,  Engku Azhari Engku Muda yang pakar dalam menyediakan menu masakan Terengganu berkata minat dalam penyediaan kuih muih tradisi tidak dapat dipisahkan dalam dirinya. “Saya akan menggunakan segala kemahiran yang ada untuk mencari gali menu-menu tradisi yang semakin pupus dan mengembalikannya di meja hidangan hotel kami untuk dinikmati kembali,”ujarnya.  
11 Apr 22
1104
Kes Keracunan Kerana Puding Buih Sedang Disiasat - JKNT
Kes Keracunan Kerana Puding Buih Sedang Disiasat - JKNT
KUALA TERENGGANU, 10 April - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang menyiasat kes dua beradik yang mengalami cirit birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli di bazar Ramadan Rabu lalu. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan menjalankan ujian makmal terhadap sampel puding buih yang dimakan oleh dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan). Katanya, sampel itu akan dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Bukit Tunggal dan keputusannya akan diperoleh dalam tempoh tujuh hari. "Sekiranya terbukti puding buih penyebab keracunan makanan itu, peniaga boleh diambil tindakan mengikut peraturan 39 di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya kepada pemberita. Sementara itu, Dr Kasemani turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli juadah yang dijual sepanjang Ramadan bagi mengelak berlakunya kes keracunan makanan. Beliau berkata, kaedah lihat, hidu dan rasa pada makanan sebelum ia dimakan perlu menjadi amalan terutama masakan yang menggunakan telur sebagai antara ramuannya. Semalam, media melaporkan dua beradik dari Kampung Seberang Tuan Chik di sini, mengalami cirit-birit dan muntah pada 4 pagi dipercayai selepas memakan puding buih yang dibeli oleh ibu mereka di sebuah gerai di Bukit Tumbuh pada 6 petang, Rabu lalu. Kanak-kanak berusia sembilan dan tujuh tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Khamis dan masih menerima rawatan sehingga kini, namun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan seorang daripada mereka akan dibenarkan pulang hari ini. .
10 Apr 22
1144
Kilang Tepung Ubi Vitato Terbiar Bakal Pulih
Kilang Tepung Ubi Vitato Terbiar Bakal Pulih
BESUT, 10 April - Kerajaan negeri berhasrat memulihkan kembali kilang Tepung Ubi Vitato yang terbiar sejak tahun 2012. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelan pemulihan yang lebih teliti akan digerakkan dengan menyemak faktor-faktor kegagalan. "Kos pembinaannya adalah RM4.8 juta merupakan jumlah yang sangat besar dan sayang apabila ia terbiar begitu sahaja tanpa dimanfaatkan, oleh kerana itu kita telah melihat beberapa perkara secara asas yang menjadi punca kenapa kilang ini tidak boleh berfungsi dengan baik untuk diselesaikan. "Terdapat beberapa langkah yang akan kita ambil bagi memajukan kembali kilang ini, sebelum itu kita akan melakukan perbincangkan terlebih dahulu dari segi isu pentadbiran dan pemilikan untuk diperkemaskan semula secara khusus kemudian tindakan seterusnya akan dilakukan. "Bersama dengan pemilih tanah dan agensi yang terlibat ketika dibangunkan kilang ini iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang Mardi, Jabatan Pertanian dan IADA Ketara  dengan penyelarasan bertindak daripada kerajaan negeri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mengadakan lawatan di kilang berkenaan, di Kampung Pengkalan Kubor, Tembila, di sini, pada hari ini. Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof. Mengulas lanjut, Dr Azman berkata kerajaan sangat optimis projek itu akan dapat dipulihkan serta akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini khususnya dalam mewujudkan peluang pekerjaan. "Ia telah menjadi hasrat dan cita-cita kerajaan negeri sejak tahun 2018 yang telah kita senaraikan sebagai salah satu projek yang tidak mencapai objektif yang perlu kita pulihkan," ujarnya lagi.    
10 Apr 22
1236