lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Polis Jangka Lebih 50 Ribu Kenderaan Masuk Terengganu Sempena Aidilfitri
Polis Jangka Lebih 50 Ribu Kenderaan Masuk Terengganu Sempena Aidilfitri
KUALA NERUS, 28 April - Polis Terengganu menjangkakan pertambahan kenderaan hingga lima kali ganda berbanding 13,000 kenderaan pada hari biasa akan masuk ke negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketua Polis Negeri,  Datuk Rohaimi Md Isa berkata keadaan ini akan menimbulkan masalah kesesakan yang agak teruk dan pihak polis telah bersedia untuk berhadapan dengan masalah tersebut. "Kita tidak akan membuat sebarang sekatan jalan, sebaliknya Ops Selamat akan membantu melancarkan lagi pergerakan pengguna jalan raya untuk balik ke kampung," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat di susur keluar Plaza Tol Gemuruh di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, pihaknya juga telah mengenalpasti 20 kawasan hitam yang kerap berlaku kemalangan jalan raya "Ini termasuk enam kawasan panas yang perlu diberi tumpuan untuk melancarkan pergerakan kenderaan," tambah beliau lagi. Tambahnya, seramai 877 pegawai dan anggota polis akan dikerahkan mengawal trafik di kawasan panas terlibat sepanjang pelaksanaan Ops Selamat 18 bermula esok (hari ini) hingga 8 Mei ini. Sementara itu, Rohaimi berkata pendekatan rondaan berkenderaan oleh anggota PDRM akan dilakukan di kawasan kediaman darinmasa ke semasa . "Oleh sebab itu, orang ramai dipohon agar memaklumkan kepulangan mereka ke kampung kepada polis bagi memudahkan rondaan dan pengawasan dilaksanakan sepanjang Ops Selamat dilaksanakan," ujarnya.  
28 Apr 22
1085
Terengganu Inc Santuni Golongan  Asnaf Sempena Jejak Ramadan
Terengganu Inc Santuni Golongan  Asnaf Sempena Jejak Ramadan
HULU TERENGGANU, 28 April - Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menerusi inisiatif Jejak Ramadan terus menyantuni golongan asnaf dan B40 di sekitar Ajil dan Kuala Terengganu. Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, program ini merupakan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi meringankan beban mereka sempena perayaan Aidilfitri akan datang. "50 keluarga asnaf yang terjejas teruk akibat bencana banjir serta golongan keluarga B40 yang mempunyai anak 'Cerebral Palsy' (terlantar) telah terpilih untuk program kali ini. "Kita telah mengagihkan pemberian wang tunai, bakul makanan serta wang zakat yang merupakan hasil kutipan sumbangan daripada kakitangan Terengganu Inc sendiri," katanya semasa program Jejak Ramadhan dijalankan di Kampung Kua, Ajil. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata pihaknya amat berterima kasih atas keprihatinan TI terhadap golongan asnaf terutamanya yang kehilangan harta benda akibat banjir akhir Februari lalu.  
28 Apr 22
401
Terengganu Umum Pemberian Bantuan Tunai Kepada Perantau
Terengganu Umum Pemberian Bantuan Tunai Kepada Perantau
Kerajaan negeri akan menyalurkan dana khas ‘one-off’ kepada perantau Terengganu yang layak melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.  
28 Apr 22
295
Penerima i-Fitri Luah Rasa Syukur, Terima Kasih
Penerima i-Fitri Luah Rasa Syukur, Terima Kasih
HULU TERENGGANU, 28 April – Rata-rata 4876 penerima agihan bantuan perayaan i-Fitri di  Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil hari ini meluahkan rasa syukur dan gembira atas bantuan yang dihulurkan. Mat Zin Ibrahim, 70, yang menerima Bantuan Khas i-Fitri sebanyak RM400 berasa bersyukur atas bantuan yang diberikan. Katanya, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam mendapatkan barangan dapur dan keperluan hari raya tidak lama lagi. Bagi Matitah Mamat, 54, dia bersyukur walaupun bagi sesetengah orang jumlah itu tidaklah seberapa, namun bagi dia sekeluarga, sumbangan itu sememangnya banyak membantu. “Memang bagi orang lain yang banyak duit, duit i-Fitri ini tidak banyak mana, tetapi bagi saya memang sangat membantu kami beli barangan keperluan raya. Kami tidak simpan pun duit i-Fitri  ini, memang belanja sepenuhnya untuk sambut raya,” katanya kepada pemberita. Gimik Penyerahan Mock Cheque kepada penerima i-Fitri disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim di sini hari ini.  
28 Apr 22
306
PDRM Hulu Terengganu Laksana Ops Lancar Bermula 26 April
PDRM Hulu Terengganu Laksana Ops Lancar Bermula 26 April
HULU TERENGGANU, 27 April – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) daerah ini membuat rondaan Ops lancar  sempena Pra Ops Selamat 18/2022 Hari Raya Aidilfitri  bermula pada 26 hingga 28 April ini. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata operasi itu bagi memastikan kelancaran kenderaan di setiap bazar dan jalan-jalan utama Daerah Hulu Terengganu. “Pemantauan juga bertujuan untuk menunjukkan kehadiran polis demi menjamin keselamatan masyarakat dan mencegah jenayah serta kelancaran lalulintas. “Pihaknya juga akan terus komited dalam memantau perkembangan semua jalan-jalan utama di daerah ini  bagi memastikan aliran trafik lancar serta  selamat  dan sekiranya berlaku kesesakan tindakan penyuraian akan dilakukan,”ujarnya. Sementara itu, orang ramai di daerah ini yang ingin pulang ke kampung untuk berhari raya dinasihatkan mengisi borang yang disediakan di balai polis. “Makluman itu memudahkan PDRM mengatur rondaan cegah jenayah di taman perumahan terlibat bagi mengurangkan risiko kejadian jenayah seperti pecah rumah semasa musim perayaan,”ujar Mohd Adli.
27 Apr 22
633
UniSZA Peruntuk RM665 Ribu Bagi Bantu Golongan B40
UniSZA Peruntuk RM665 Ribu Bagi Bantu Golongan B40
KUALA NERUS, 27 April - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperuntukkan lebih RM665,000 bagi membantu seramai 23,863 penerima dalam kalangan B40 termasuk pelajar, komuniti setempat dan kakitangannya pada Ramadan kali ini. Naib Canselornya, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata ia dilaksanakan dalam pelbagai bentuk program yang memberi khidmat dan bantuan yang layak agar mereka bergembira menyambut Ramadan dan hari raya yang bakal tiba. “Antara program yang dilaksanakan termasuk penyediaan juadah berbuka puasa, bantuan baucar tunai Food@Campus, zakat, peranti tablet dan pelan data di samping infaq Ramadan. “Setiap program yang dijalankan, kejayaan, agihan sumbangan dan bantuan ini telah melibatkan komitmen secara langsung daripada pegawai-pegawai, para pensyarah, kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UniSZA,”katanya kepada pemberita selepas Festival Ramadan di Masjid Unisza di sini semalam. Sementara itu, Dr Fadzli  berkata pihaknya juga meneruskan tradisi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal ini bagi meraikan kira-kira 300 pelajarnya yang tidak dapat pulang ke kampung halaman. “Kebanyakan yang tidak dapat pulang ialah pelajar dari Sabah dan Sarawak di samping penuntut antarabangsa jadi kita raikan mereka agar dapat merasai suasana kemeriahan Aidilfitri di samping menikmati pelbagai juadah enak menerusi majlis yang diadakan di masjid,”ujarnya.
27 Apr 22
239
20 Barang Kawalan Sempena Aidilfitri Di Terengganu
20 Barang Kawalan Sempena Aidilfitri Di Terengganu
BESUT, 26 April - Sebanyak 20 jenis barangan telah disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2022 peringkat Terengganu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Pengerusi Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata senarai itu melibatkan kategori hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging. Katanya, ia termasuk enam jenis barangan harga terkawal sedia ada di bawah pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam. "Sehubungan itu, saya memohon semua pasaraya dan peniaga mematuhi arahan tersebut bagi menggelakkan tindakan undang-undang sekiranya gagal mematuhi peraturan-peraturan dibawah skim ini. "Begitu juga kepada pengguna yang mendapat maklumat terdapat peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan boleh melaporkannya kepada KPDNHEP tetapi maklumat yang diberikan perlu lengkap bagi memudahkan siasatan pihak penguatkuasa," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada selepas Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP HRP) 2022 Peringkat Negeri di Pasaraya Pantai Timur, Jertih hari ini. Dalam perkembangan sama, pihaknya juga memberi jaminan bekalan barangan kawalan mencukupi di pasaran sebelum, semasa dan selepas perayaan.      
26 Apr 22
458
World #Quranhour :Surah Al-Sajdah Jadi Pilihan Untuk Dibaca, Diperhalusi Dan Difahami
World #Quranhour :Surah Al-Sajdah Jadi Pilihan Untuk Dibaca, Diperhalusi Dan Difahami
KUALA TERENGGANU, 26 April- Surah Al-Sajdah pada kali ini telah dipilih untuk dibaca, diperhalusi serta difahami pada sambutan World #QuranHour 2022. Sehubungan dengan itu, empat lokasi telah dijadikan hotspot utama  melibatkan Masjid Abidin, Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Masjid Jamek, Kijal, Kemaman. Ketua Pegawai Eksekutif Masjid Abidin, Dato' Dr. Syed Mohammad Salleh Syed Yusof Al-Zawawi berkata, pemilihan surah Al-Sajdah sangat relevan dijadikan pilihan kerana mengandungi pengertian yang cukup baik selain dijadikan pilihan imam setiap kali solat subuh berjemaah pada Jumaat. "Hari ini surah itu akan dibaca serentak di seluruh Malaysia tepat pada jam 12 tengahari, semoga ini menjadi titik permulaan untuk seluruh rakyat untuk mendekati al-Qur'an dan mengamalkannya dalam kehidupan, bukan hanya sekadar dibaca tetapi difahami dengan sebaik-baiknya. "Bacaan surah yang mengandungi 30 ayat ini akan dibimbing oleh Imam Khas Masjid Abidin, Mohamed Abdel Hamid Kulaib Al-Azhari dan ditadabur oleh Ahli Panel Klinik Hukum Jabatan Mufti Terengganu, Ustaz Abu Usamah Mohd Hanafiah Tuan Guru Haji Husain,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, pada program berkenaan, di Masjid Abidin, di sini, pada hari ini. Pada program tersebut turut diiringi doa khas kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Mizan, sempena hari keputeraan baginda ke-60. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed. Menurut Dr. Syed Mohammad Salleh, generasi  kini perlu menekuni dan memahami al-Qur'an untuk dijadikan panduan hidup bagi memastikan wujudnya perpaduan dalam negara yang menjadi tunjang kepada kekuatan masyarat Islam di negara ini. "Dimana umat hari ini jika diperhatikan mengaku beriman tetapi tidak mengenali jiran, sedangkan al-Quran mengajar kita agar berbuat baik kepada mereka dan seluruh anggota masyarakat. "Impak serta kesan yang baik pasti akan dapat dirasa jika al-Qur'an itu didalami dengan sebaiknya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian,"ujarnya lagi. Beliau juga berharap agar kempen mengajak umat Islam berinterkasi dengan al-Qur'an itu dapat diteruskan pada setiap tahun dan disambut baik seluruh rakyat kerana ia merupakan pentas terbaik untuk mendekatkan masyarakat dengan kitab suci tersebut.
26 Apr 22
424
Aidilfitri : Hanya 10 Peratus Anggota, Pegawai Polis Dibenarkan Cuti
Aidilfitri : Hanya 10 Peratus Anggota, Pegawai Polis Dibenarkan Cuti
MARANG, 25 April - Hanya 10 peratus daripada 3,200 anggota dan pegawai polis di Terengganu dibenarkan bercuti sempena sambutan Aidilfitiri, tidak lama lagi. Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, mereka dibenarkan untuk cuti secara bergilir pada satu-satu masa, jadi terpulang kepada kebijaksanaan ketua jabatan dan ketua polis daerah masing-masing untuk mengatur penugasan. “Manakala kekuatan selebihnya akan berada dalam mod bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuti panjang menyambut perayaan. “Anggota dan pegawai polis  yang bertugasmemberikan tumpuan terhadap penugasan sepanjang sambutan berkenaan termasuk rondaan cegah jenayah dan kawalan aliran trafik,”ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Inspirasi Qaseh Ramadan/Raya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini malam tadi. Tambah Rohaimi lagi, pihaknya juga telah mengenalpasti dan akan menjalankan rondaan dan pemantauan di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan ramai khususnya di malam raya. Dalam masa yang sama , beliau turut  menasihatkan  orang ramai yang mahu meninggalkan kediaman untuk meraikan Aidilfitri memaklumkan ke balai polis berhampiran dengan mengisi borang balik kampung bagi memudahkan pihaknya melakukan pemantauan dan rondaan.  
25 Apr 22
350
Tol Percuma, Diskaun Tol Sehingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri
Tol Percuma, Diskaun Tol Sehingga 50 Peratus Sempena Aidilfitri
PUTRAJAYA, 25 April – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun tol sehingga 50 peratus kepada Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut dilakukan selepas sesi rundingan dibuat bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya. “Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta di mana jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi. “Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT),” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Ismail Sabri, pemberian tol percuma dan diskaun itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April ini (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei depan (Ahad) kepada semua kelas kenderaan. “Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara–Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula pukul 12 tengah malam pada 7 Mei (Sabtu) hingga pukul 11:59 malam pada 8 Mei depan (Ahad) kepada semua kelas kenderaan. “Tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus pula akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan,” jelas beliau. Tambah beliau, pemberian tol percuma dan diskaun sempena perayaan Aidilfitri itu diharap akan memeriahkan lagi sambutan bersama-sama orang tersayang. “Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah,” katanya- KOSMO
25 Apr 22
378