lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Terengganu Catat Peningkatan Kes HFMD
Terengganu Catat Peningkatan Kes HFMD
HULU TERENGGANU, 11 Mei - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu(JKNT)merekodkan sebanyak 782 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari awal Januari sehinga 7 Mei lepas. Pengarahnya,  Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kes berkenaan melibatkan 19 wabak HFMD yang berlaku di lima daerah iaitu Kuala Terengganu (lima), Setiu (lima), Hulu Terengganu (tiga), Marang(tiga), Besut (dua) dan Kemaman sebanyak satu kes. Katanya, HFMD di negeri ini meningkat sebanyak 732.2 peratus jika dibandingkan pada tahun lepas dengan hanya 95 kes. "Namun keadaan masih terkawal dan sehingga kini tidak ada di taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) yang ditutup. "Mereka yang dijangkiti HFMD tidak boleh hadir ke taska atau tadika dan sebaliknya boleh hadir seperti biasa," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Gerak Gempur Cakna Ubat di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu di sini, hari ini. Tambahnya, majoriti wabak ini menjangkiti kanak-kanak berusia enam tahun dan  ke bawah. "Oleh sebab itu bagi mengelakkan penularan wabak ini, kita mohon kerjasama daripada dua pihak iaitu taska atau taska serta ibu bapa. "Bagi ibu bapa, jangan hantar anak mereka ke taska atau tadika jika bergejala dan pihak taska atau tadika pula jangan menerima jika ada kanak-kanak menunjukkan gejala HFMD," ujar beliau.              
11 May 22
1106
RTB Felda Selasih; Satu Lagi Janji Dikota
RTB Felda Selasih; Satu Lagi Janji Dikota
SETIU, 11 Mei – Lot tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) tapak rumah bagi generasi kedua Felda Selasih, Jabi bakal diagihkan kepada para penerima dalam masa terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata isu permasalahan yang berlanjutan sekian lama ini akhirnya menemui titik pengakhiran setelah terpaksa ditempuhi perjalanan yang sukar. ‘’Alhamdulillah, kita kata dan kita kota. Sebelum ini ramai yang mentertawakan dan menganggap ‘Tok Wakil’ Jabi hanya bermimpi di siang hari untuk selesaikan isu tanah tapak rumah generasi kedua felda ini. Malah, ramai juga yang berkata puluhan tahun kerajaan dahulu memerintah pun tidak dapat selesai, ingat dia ‘power’ sangat boleh selesai. ‘’Benar, bukan mudah mahu keluarkan tanah felda dari Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 untuk agihkan kepada anak-anak peneroka," katanya. Beliau demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felda Selasih, Jabi, di Dewan Terbuka di sini, semalam.   Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, setiap perkara yang dijanjikan dengan sedaya upaya ditunaikan demi untuk kesejahteraan rakyat walaupun terdapat segelintir mengejek dan memerli di atas usaha merealisasikan impian penduduk di sini. Jelas Azman, keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang terakhir sebelum Aidilfitri baru-baru ini meluluskan lot tanah RTB Tapak Rumah Generasi Kedua Felda Selasih beserta nama-nama peserta adalah satu kejayaan manis bagi semua pihak terlibat.   ‘’Jalan panjang dan berliku yang dilalui dalam proses sebelum sampai pada tahap ini biarlah disimpan sebagai pengalaman. Senyum di wajah rakyat sudah cukup untuk mengubati segala kepahitan lalu. Yang penting kita telah berjaya merealisasikan sesuatu yang pada awalnya dianggap mustahil. Semua ini kurniaan Tuhanku. ‘’Insya-Allah, dalam seminggu dua lagi kita akan buat majlis undian lot dituruti dengan majlis agihan Jadual 5A. Selepas bayaran premium tanah dijelaskan, akhirnya geran hak milik akan diagihkan,’’ katanya.
11 May 22
566
Generasi Kedua Felda Selasih Terima Berita Gembira
Generasi Kedua Felda Selasih Terima Berita Gembira
KUALA TERENGGANU, 11 Mei- Kerajaan negeri meluluskan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah Generasi Kedua Felda Selasih dan nama-nama pesertanya akan diumumkan dalam masa terdekat. Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim semasa Majlis Sambutan Hari Raya di Felda Selasih di Jabi, semalam. Jelasnya, perkara terbabit telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terakhir sebelum Aidilfitri baru-baru ini. "Insya-Allah dalam seminggu dua lagi kita akan buat  undian lot dituruti majlis agihan Jadual 5A. Di mana selepas bayaran premium tanah dijelaskan, akhirnya geran hak milik akan diagihkan, Alhamdulillah kita kata dan kita kota. "Sebelumnya ramai yang mentertawakan dan menganggap YB (Yang Berhormat) Jabi hanya bermimpi di siang hari untuk selesaikan isu tanah tapak rumah generasi kedua ini kerana ramai juga yang kata puluhan tahun kerajaan 'dulu ngetoh (memerintah) dok leh selesai," katanya. Tambahnya, kejayaan itu dianggap manis kerana proses untuk keluarkan tanah felda dari Akta Penempatan Berkelompok (GSA) untuk agihkan kepada peneroka-peneroka agak sukar dilakukan. "Jalan panjang dan berliku yang ambe (saya) lalui untuk sampai ke tahap ini biarlah disimpan sebagai pengalaman. Senyum di wajah rakyat sudah cukup untuk mengubati segala kepahitan lalu. Apa yang penting, kita telah berjaya merealisasikan sesuatu yang pada awalnya dianggap mustahil," jelasnya melalui hantaran di Facebook rasminya, semalam.
10 May 22
543
500 Mahasiswa Mesir Gembira Terima Penempatan Baru
500 Mahasiswa Mesir Gembira Terima Penempatan Baru
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Lebih 500 mahasiswa Terengganu di Mesir gembira menerima sebuah bangunan baharu 10 tingkat di Hayyu Sabik selepas beberapa tahun menginap dalam suasana 'suram'. Ketua Biro Perumahan Keluarga Penuntut Mesir, Muhammad Khairul Anam Ahmad berkata, usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri itu merealisasikan impian pelajar Terengganu yang sudah lama memohon kediaman lebih selesa. "Kami sangat teruja di atas pemberian ini dan sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya kepada Menteri Besar kerana telah hadir sendiri bagi merasmikan bangunan ini. "Sejujurnya saya sendiri ketika mula-mula datang ke sini pada tahun 2019 ingin menginap di bangunan baharu seperti Wisma Darul Iman ini yang mampu memuatkan lebih ramai pelajar dengan kapasiti 10 tingkat dengan 64 bilik yang mampu menempatkan 256 pelajar dalam satu-satu masa," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi UPDI hari ini. Sementara itu Ketua pelajar Terengganu di Mesir, Muhammad Munawir Al-Masyhadi M. Shukrimun berkata dengan adanya penempatan baharu itu, ia membantu untuk anak-anak Terengganu menimba ilmu dalam suasana lebih kondusif dan selesa. "Ia sangat mengembirakan pelajar-pelajar Terengganu di sini yang mana asrama lama sebelum ini tidak mampu lagi menampung jumlah pelajar yang setiap tahun bertambah bilangannya. "Saya juga mengharapkan agar kalau boleh ditambahkan lagi bangunan baru di masa akan datang untuk memastikan pelajar dari Terengganu ini tidak menghadapi masalah penempatan," katanya. Seorang lagi pelajar, Muhammad Afifuddin Khalid, turut berterima kasih kepada kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu telah bersusah payah berusaha bagi memastikan masalah yang selama ini dihadapi berkait penempatan dapat diselesaikan. "Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Besar, kerana telah bertungkus lumus bagi memudahkan kami di sini untuk terus menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh," ujarnya.  
10 May 22
1413
Kerajaan Negeri Mahu Naik Taraf Paip Dasar Laut Ke Pulau Redang
Kerajaan Negeri Mahu Naik Taraf Paip Dasar Laut Ke Pulau Redang
KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Kerajaan Terengganu berhasrat menaik taraf paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air ke Pulau Redang memandangkan paip sedia ada berusia 25 tahun semakin uzur dan sering mengalami kerosakan. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, peruntukan sebanyak RM120 juta diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian paip dasar laut sepanjang kira-kira 23 kilometer itu. "Sekarang ini, paip dasar laut itu selalu pecah dan menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air kepada penduduk di pulau peranginan serta sebahagian pengguna di daerah Setiu. "Setiap kali berlaku kerosakan, kita kehilangan hampir 50 peratus bekalan air bersih malah terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi sebanyak RM70,000, oleh itu kita sedang berusaha mencari peruntukan RM120 juta sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya, setiap kali berlaku kes paip pecah di dasar laut, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) terpaksa mengurangkan tekanan bagi mengelak lebih banyak air keluar dan berlaku pembaziran. "Ini akan menyebabkan pengguna akaun yang tinggal di kawasan penghujung berdepan masalah gangguan bekalan air kerana tekanan sangat rendah. Kes paip pecah semakin kerap berlaku dan terbaharu ialah dua minggu lepas," katanya. Sebelum ini, Satu terpaksa melakukan agihan bekalan air secara berjadual di beberapa kawasan di empat daerah iaitu Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut untuk memastikan pengguna dapat meraikan Aidilfitri dengan selesa. Bekalan air ditutup bermula dari 12 tengah malam hingga 4.30 pagi untuk memastikan bekalan air pada waktu siang tidak terjejas sepanjang tempoh perayaan. - Bernama  
09 May 22
457
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.
08 May 22
150
Terengganu Hidupkan Akhir Ramadan Dengan Qiamullail
Terengganu Hidupkan Akhir Ramadan Dengan Qiamullail
Kerajaan Terengganu melalui Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mengadakan Program Qiamullail Perdana dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar Kuala Terengganu.Kerajaan Terengganu melalui Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) telah mengadakan Program Qiamullail Perdana dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar Kuala Terengganu.
08 May 22
366
Pertambahan Kenderaan Secara Mendadak Punca Petrol Habis
Pertambahan Kenderaan Secara Mendadak Punca Petrol Habis
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Kekurangan petrol di negeri ini melibatkan beberapa stesen minyak sehingga dilaporkan berpuluh kenderaan tersadai di salah sebuah stesen minyak di Setiu adalah disebabkan peningkatan jumlah kenderaan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, masalah kekurangan bekalan bahan bakar itu melibatkan sebahagian stesen yang terletak di laluan mempunyai trafik tinggi dan berlaku kesesakan luar biasa. "Berdasarkan maklum balas pengusaha stesen minyak terlibat, ia hanya melibatkan penggunaan RON 95, kerana berlaku permintaan yang tinggi ia menyebabkan bekalan petrol meraka pada kapasiti penuh telah habis dengan pantas tanpa sempat lori tangki tiba untuk melakukan pengisian semula. "Kebanyakkan yang terjejas berada di laluan utama dari Besut ke Kuala Terengganu kerana menjadi tumpuan utama kepada pengguna jalan raya," katanya dalam suatu kenyataan, kelmarin. Beliau berkata, walau bagaimanapun pihaknya telah memberi jaminan keadaan itu akan pulih sepenuhnya secara berperingkat.    
08 May 22
254
Majlis Hari Raya DUN Kota Putera Dapat Sambutan Luar Biasa
Majlis Hari Raya DUN Kota Putera Dapat Sambutan Luar Biasa
BESUT, 8 Mei - Keceriaan 12 stesen makanan dan minuman dengan lebih daripada 20 menu disediakan, serta kehadiran 17 artis veteran lagenda tanah air berjaya menarik ribuan pengunjung untuk datang memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DUN Kota Putera, semalam. Adunnya,  Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata kebiasaannya menu majlis sambutan adalah gulai kawah, tetapi buat kali pertama ditampilkan kelainan untuk sambutan tahun ini dengan mempelbagaikan hidangan makanan dan minuman melalui kerjasama erat antara JPKK di DUN Kota Putera.. "Kerjasama antara JPKK dalam DUN Kota Putera memungkinkan kepelbagaian menu yang disediakan, antaranya gulai kawah, nasi dagang, ayam golek, kambing golek, laksa penang, laksa lemak, laksam, mee goreng kawah, sate, roti john, roti titab, 9 jenis air balang, dan tak lupa juga hidangan tidak asing untuk sambutan hari raya Aidilfitri seperti lemang, ketupat, rendang dan biskut raya. "Kita juga membuat pertandingan stesen terbaik dimana pemenang akan mendapat hadiah wang tunai RM 1'000 yang dinilai dari segi hiasan stesen, hiasan hidangan, tema, keceriaan dan kelazatan, yang akan diberi markah oleh juri professional juga juri awam dari kalangan pengunjung. Ini bagi memberi semangat kepada setiap stesen memberikan yang terbaik kepada pengunjung. InshaAllah pemenang akan diumumkan malam ini atau esok." tambahnya lagi. Agihan duit raya juga diadakan pada pertengahan majlis bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan pengunjung mengambil peluang bergambar kenangan bersama-sama ADUN Kota Putera dan barisan artis veteran lagenda yang hadir. Artis veteran lagenda yang hadir menyerikan majlis sambutan ini adalah dari Akademi Wan Maimunah and Friends (WMF) antaranya Ibu Wan Maimunah, Hamidah Wahab, Junainah M. Amin, Khatijah Abu Hasan, Rosnita Othman, Mariani Ahmad, Tini Dahlan, Zalifah Ibrahim, Rogayah Muhidin, Rozie Othman, Aznah Hamid, Siti Ruwiyani Ariffin, Nur Aisyah @ Magaret Gan, Rudi Pilus, Syed Aziz, Aju @ Zuraini Kassim dan Kak Ita.  
08 May 22
710
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
Sultan Terengganu Solat Aidilfitri Bersama 3,000 Jemaah
KUALA TERENGGANU, 2 Mei - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama 3,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini, pada hari ini. Turut berangkat, Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. Keberangkatan tiba Baginda berdua pada 8.12 pagi diiringi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Yang DiPertua Dewan Undangan negeri, Dato' Yahaya Ali. Solat Sunat Aidilfitri telah diimamkan oleh Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron yang turut menyampaikan khutbah. Selesai menunaikan solat, Baginda berkenan menizarahi Makam Diraja yang terletak di kawasan Masjid Al-Muktafi Billah Shah sebelum berangkat pulang. Lebih bermakna tahun ini solat Sunat Aidifitri merupakan tahun pertama umat Islam kembali menunaikan solat sunat tersebut tanpa penjarakan fizikal selaras dengan negara kini telah beralih ke fasa endemik bermula 1 April yang lalu.  
02 May 22
740