lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Dua Program Mega Gegarkan Bumi Jabi Bulan Hadapan
Dua Program Mega Gegarkan Bumi Jabi Bulan Hadapan
Dua program mega bakal menggegarkan bumi Jabi, Besut yang mensasarkan kehadiran ribuan pengunjung seluruh Malaysia pada bulan hadapan.
19 May 22
239
Aduan Penduduk Pulau Sekati Akan Dibawa Ke Mesyuarat Exco
Aduan Penduduk Pulau Sekati Akan Dibawa Ke Mesyuarat Exco
Kerajaan Terengganu sedia maklum aduan penduduk Pulau Sekati berkenaan masalah tekanan air rendah dan saluran elektrik terhad baru-baru ini.
18 May 22
148
MRTM 2022 : Terengganu Sedia Sambut 100,000 Pengunjung
MRTM 2022 : Terengganu Sedia Sambut 100,000 Pengunjung
KUALA TERENGGANU, 18 Mei - Terengganu bersedia untuk menyambut kedatangan 100,000 pengunjung sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) 2022 yang diadakan di Dataran Jambatan bermula malam esok. Pengerusi Jawatankuasa Pelanconga, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri telah melakukan segala persiapan rapi bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar sepanjang tiga hari ia diadakan. "Penganjuran MRTM yang diadakan julung-julung kali di sini kita sangat yakin pelancong dari luar akan datang bagi menghadiri program ini, sudah tentu di Drawbdridge ini akan berlaku kesesakan luar biasa dengan kehadiran pengunjung di peringkat kerajaan negeri kita telah berbincang untuk menguruskan kesesakan. "Ini juga membuktikan bahawa Terengganu semakin mendapat perhatian bukan sahaja di pihak Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato' Sri Nancy Shukri, orang ramai juga tertarik dengan negeri ini. "Jadi ini akan memberi peluang untuk sektor pelancongan di Terengganu akan bertambah maju dan terus menjadi pilihan utama serta penganjuran MRTM ini akan menjadi nilai tambah untuk mempromosikan Terengganu," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita, pada sidang medianya, selepas mengadakan tinjauan ke tapak Sambutan MRTM, di Dataran Drawbrdge, di sini, pada hari ini. Ujarnya, program yang dianjurkan oleh kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu merupakan suatu kejutan dan sangat istimewa bagi kerajaan negeri. "Jadi saya ucap terima kasihlah kepada Dato' Sri Nancy, kerana memilih negeri ini yang mana program ini sangat besar, tidak dijangka dan dirancang namun Terengganu telah diberi kepercayaan. "Insya-Allah ia akan diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk majlis rewang di mana saya bersama Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan juga menteri akan terlibat dengan majlis rewang pada pagi Jumaat dari pukul 6 hingga 8 malam, akan ada jamuan rakyat yang akan menumbangkan 10 ekor lembu. "Sudah tentu akan ada juadah-juadah yang lain bukan sahaja nasi minyak, bahkan semua makanan tradisi antaranya nasi dagang, keropok lekor serta pelbagai lagi juadah tradisional akan dihidangkan," ujarnya lagi.  
18 May 22
3781
MRTM 2022 : Terengganu Dipilih Kerana Dominan Sambut Aidilfitri
MRTM 2022 : Terengganu Dipilih Kerana Dominan Sambut Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memilih negeri Terengganu bagi Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 dengan kerjasama Kerajaan negeri setelah mengambil kira populasi penduduk yang dominan meraikan sambutannya selama ini. Menurut MOTAC, program yang diadakan selama tiga hari bermula pada 19 hingga 21 Mei bertempat di Dataran Drawbridge itu juga bermatlamat untuk mendekatkan masyarakat umum khususnya Keluarga Malaysia di Terengganu dengan kegiatan seni, budaya dan pelancongan. "Serta membuka ruang kembali untuk menjana ekonomi negara bagi penggiat industri di negeri ini. Ini merupakan penganjuran kali pertama di negeri Pantai Timur, khususnya di Terengganu. pemilihannya adalah kerana dikelilingi lokasi-lokasi utama pelancong serta kaya dengan aktiviti kesenian, budaya dan adat tradisional masyarakat tempatan. "Di samping itu juga MOTAC dalam usaha untuk mempromosikan negeri Terengganu dalam aspek kebudayaan, keseniaan dan pelancongan,"ujarnya melalui suatu kenyataan. Ujar MOTAC, Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya Rewang Raya, Kenduri Rakyat, Pertandingan Lumba Perahu, Himpunan Keris, Gateh Busana, Kambing Cantik, Pertandingan Ayam Ratu, Zoo Kampung, Wau Gegok Damak, Tok Dekor Jangok, Tewah Ngail, Gasing Terbang, Bot Berhias dan Persembahan Kesenian. "Turut akan berlangsung ialah Bengkel dan Kelas Masakan Warisan, Demonstrasi Makanan Warisan, ceramah agama 'Syawal Disambut Dengan Penuh Kesyukuran dan Kegembiraan' serta pertandingan memancing dengan tema memancing sambil mengenakan pemakaian kain pelikat dan semutar beramai-ramai. "Acara kemuncak bagi program ini ialah Majlis Perasmina yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob pada 20 Mei. Oleh itu seluruh Keluarga Malaysia yang lengkap vaksinasi dijemput hadir ke program ini  dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan," ujar kenyataan itu.
17 May 22
1576
MN : PAS Tak Jemu Walau Ada Pihak Mahu Putus
MN : PAS Tak Jemu Walau Ada Pihak Mahu Putus
MARANG, 16 Mei- PAS tidak pernah jemu untuk memastikan agenda perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dapat diteruskan walaupun ada pihak yang mahu memusnahkan usaha itu. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata ia merupakan satu perancangan besar dalam menyatukan rakyat dan tidak hanya berteraskan agenda kepartian semata-mata. "Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa kita akan sentiasa berusaha bagi memastikan MN dan PN terus dapat bergerak dan menjadi alternatif serta pilihan yang terbaik dalam negara berbanding Pakatan Harapan (PH). "Walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dan menyatakan MN telah tamat riwayat tetapi PAS melihat ia merupakan agenda yang besar untuk ummah bukan semata-mata untuk 'survival' parti politik tertentu semata-mata," katanya. Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS berkata demikian ketika ditemui pihak media, pada Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di sini, pada hari semalam. Jelasnya, PAS akan tetap mempertahankan agenda tersebut walaupun disinis musuh dan pihak berkepentingan lain. "Bagi kita ia bukan sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pemimpin parti politik bahawa bila orang tidak mahu kita tidak boleh terhegeh-hegeh, ini bukan soal bertunang, kahwin atau mencari anak dara, ini adalah perkara yang lebih besar dan penting daripada perkara lain. "Insya-Allah kita akan meneruskan usaha ini sebagaimana sabdaan Nabi SAW, 'Siiru Ala Barakatillah' kita akan terus berjalan semoga mendapar keberkatan di sisi Allah SWT," ujarnya lagi.
17 May 22
514
Terengganu Hantar Pelajar Ke Algeria
Terengganu Hantar Pelajar Ke Algeria
KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Kerajaan Terengganu mengorak langkah untuk menghantar pelajar ke Algeria bermula tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, universiti yang menjadi pilihan adalah Univ Amer Abdul Qader di Constantine yang dikhususkan kepada pengajian Islam. “Satu episod baru diteroka setelah ruang pendidikan Islam di negara Timur Tengah semakin mengecil akibat peperangan maupun pergolakan politik seperti syria, Libya, Iraq, Yemen. “Dalam lawatan muhibbah ke universiti tersebut pada 15 Mei lepas, saya telah disambut oleh rektor universiti iaitu Dr Abdullah Bo Khalkhal bersama timbalan dan ketua-ketua jabatan beliau” ujarnya. Katanya, beliau sempat meninjau kompleks pengajian, asrama dan lain-lain kemudahan. “Pengajian di sini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Algeria termasuk asrama serta makan minum,” ujarnya.
17 May 22
767
Mahasiswa Timur Tengah Terharu Keprihatinan Kerajaan Negeri
Mahasiswa Timur Tengah Terharu Keprihatinan Kerajaan Negeri
KUALA TERENGGANU, 16 Mei- Rata-rata mahasiswa yang menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Terengganu bersama Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA) yang diadakan di Hotel Opal, Amman baru-baru ini menzahirkan rasa terharu atas keprihatinan kerajaan negeri. Salah seorang pelajar, Ahmad Amirul Khasyfi Mohd Azam, 22, berkata, kunjungan delegasi kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu cukup bermakna buat mahasiswa Terengganu di luar negara Timur Tengah. Mahasiswa Tahun Satu Mu’tah University itu merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu yang lain kerana mengadakan lawatan seterusnya menganjurkan majlis ramah mesra tersebut. "Dengan adanya lawatan dan majlis ini dapat mengubati rindu kami kepada negeri tercinta iaitu Negeri Terengganu Darul Iman. "Di samping itu, majlis dan lawatan ini juga dapat mengeratkan ukhwah Islamiah di antara pelajar dan kepimpinan kerajaan negeri," ujarnya. Amirul turut mengharapkan lawatan dan majlis sebegitu akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang. Sementara itu, Mahasiswi JUST University, Nurul Hanna Sufiyah Zulkilflee, 19, turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar bersama delegasi Kerajaan Negeri Terengganu kerana sudi meluangkan masa bersama anak-anak Terengganu yang menuntut di Timur Tengah. "Bagi saya program tersebut dapat mengeratkan ukhwah antara mahasiswa dan kerajaan negeri. "Selain membangkitkan semangat mahasiswa dalam menuntut ilmu supaya dapat kembali ke tanah air dengan kejayaan, ianya juga dapat menyuntik hati mereka untuk menabur bakti kepada negeri Terengganu yang tercinta" ujarnya. Terdahulu, dalam majlis tersebut, kerajaan negeri menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA).   Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat, Pengarah Yayasan Terengganu, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham dan Pengarah Education Malaysia Jordan, Dr Radzuan Ab Rashid.
16 May 22
176
Dua Program Mega Gegarkan Bumi Jabi Bulan Hadapan
Dua Program Mega Gegarkan Bumi Jabi Bulan Hadapan
BESUT, 12 Mei – Dua program mega bakal menggegarkan bumi Jabi, Besut yang mensasarkan kehadiran ribuan pengunjung seluruh Malaysia pada bulan hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNNT) bakal kembali ke Dataran Pekan Jabi disusuli dengan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HLSPT) setelah dua tahun tidak dapat dilaksanakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). ‘’ Antara sebab Dataran Pekan Jabi menjadi pilihan sebagai tuan rumah kerana sudah tersedia dengan infra untuk acara seumpama ini. Kerajaan sudah keluarkan belanja untuk menyediakan infra ini dan ianya boleh digunakan berulang-ulang. Ini boleh menjimatkan kos, ‘’ Walaupun Jabi DUN Exco Pertanian, di sini tak ada tanah untuk kita buat projek pertanian dan tak ada laut untuk program nelayan dan perikanan. Jabi antara kawasan yang paling sedikit peruntukan pertanian diturunkan. Ada program mega seperti ini menghadirkan sedikit kecerian di sini. Pelbagai projek dan program kita sudah agihkan ke seluruh negeri. Semua dah ada bahagian masing-masing.’’ Jelasnya. ‘’ Antaranya labuh tukun, labuh unjam, jeti nelayan, bilik sejuk, ‘slip way’, empangan pengairan, rumah sembelihan, perumahan nelayan, kilang padi, kilang proses beras, projek pembenihan ikan marin, bantuan ‘one-off’ nelayan, kit peralatan menangkap ikan. ''Lesen sampan nelayan, projek pembangunan tanah terbiar, projek lembu semi fidlot, tapak semaian, ladang nenas MD2, projek pertanian bandar, halaqah veterinar, seminar durian, hari terbuka Jabatan Pertanian, projek lada hitam, projek tanaman musang king, projek kambing tenusu, kilang memproses susu, projek tanaman napier dan macam-macam lagi. ‘’ Semua projek dan program yang disenaraikan tiada satu pun rezeki orang Jabi. Kita agihkan ke serata negeri supaya pakat rasa sikit sorang. Harap boleh berlapang dada bila ada satu dua program mega seperti HPPNNT pada 23-25 Jun dan HLSPT  30 jun sehingga 2 julai 2022 ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pelancaran Halaqah Veterinar di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, walaupun ini program kerajaan, tapi kejayaannya didokong oleh lebih 50% tenaga tempatan dari segi persiapan tempat, keselamatan, lalu lintas, makan minum dan lain-lain lagi. ‘’ Kami mempunyai petugas sukarela yang sanggup berjaga malam berhari-hari di Jabi demi kejayaan program. Tambahnya, program-program pertanian ini dibawa ke kawasan luar bandar seperti Jabi kerana di pusat bandar seperti Kuala Terengganu sudah banyak pelbagai acara dianjurkan. ‘’ Setakat ini kejayaannya sangat membanggakan walaupun sebuah DUN luar bandar yang jadi tuan rumah dan ianya lebih dekat dengan rakyat. ‘’ Malah, bajet DUN Jabi turut digunakan untuk menampung sebahagian kos program. Ini kebersamaan kami untuk menjayakan program dan walaupun Jabi tuan rumah, ruang berniaga dibuka untuk penyertaan dari seluruh negeri. Sayang semua  rakyat kita. Jemput datang semua. Kecik tapak tangan, Dataran Pekan Jabi kami tadahkan.’’
12 May 22
922
Terima Kasih Kerajaan Terengganu - ILMAM
Terima Kasih Kerajaan Terengganu - ILMAM
KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas kecaknaan terhadap mahasiswa Islam di Timur Tengah dengan membina asrama baru di Hayyu Sabik. Yang Dipertua ILMAM Negeri Terengganu, Mohd Ridzuan Mahmud berkata, pihaknya memandang perkara tersebut sebagai satu usaha yang sangat tepat kerana kos penempatan pada ketika ini sangat membebankan pelajar di sana ekoran kenaikan sewa rumah yang sangat tinggi.  "Sekalung syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan, dan Pendidikan Tinggi Negeri Terengganu, Satiful Bahri Mamat dan Yayasan Terengganu. "Selaku ALUMNI Mesir, kami sangat memahami peranan asrama Terengganu yang banyak membantu kami dalam memberikan khidmat kebajikan kepada pelajar dalam menyediakan prasarana yang sangat memberi keselesaan kepada pelajar," ujarnya dal satu kenyataan, hari ini. Tambah Mohd Ridzuan, selain tempat kediaman, ia juga berfungsi sebagai medan  menghubung dan mengeratkan hubungan sesama pelajar. "Kami juga menaruh harapan yang sangat tinggi kepada pihak Kerajaan Negeri agar memberikan perhatian  yang berterusan kepada mahasiswa- mahasiswa Mesir khususnya bantuan kewangan dan peluang pekerjaan yang lebih luas selepas mereka tamat belajar nanti. "Mereka ini adalah aset negeri apabila pulang ke tanah air samada dalam bidang  pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan," ujarnya.
12 May 22
523
JKNT Giat Pantau Produk Kesihatan
JKNT Giat Pantau Produk Kesihatan
KUALA TERENGGANU, 12 Mei- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melalui cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Terengganu sedang giat menjalankan pemantauan ke atas produk-produk kesihatan di negeri ini. Pengarah Kesihatan Negeri, Dato' Dr. Kasemani Embong berkata, bagi memastikan pemantauan tersebut berjalan lancar,  Program Gerak Gempur Cakna Ubat dianjurkan dengan kerjasama Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat kontrak pembekal label keselamatan hologram bagi produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.  "Kerjasama ini diharapkan dapat mendidik pengguna-pengguna produk kesihatan agar lebih peka tentang penggunaan atau penjualan produk yang berdaftar dan kosmetik bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, JKNT telah menjalankan 121 operasi serbuan ke atas pelbagai jenis premis yang beroperasi menjual secara dalam talian produk yang tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM membabitkan 1,287 jenis produk dan kosmetik, " ujarnya dalam satu kenyataan, semalam. Tambah beliau, jumlah rampasan produk-produk adalah bernilai lebih RM1,100,000 bagi tahun 2020 hingga 2021. "Berbanding pada tahun 2018 hingga 2019, sebanyak 120 operasi serbuan telah direkodkan membabitkan 1,814 jenis produk dan kosmetik bernilai RM 2,146,754," jelasnya. Menurut Kasemani, terdapat peningkatan ketara dalam aspek penyaringan iklan perubatan sepanjang PKP berlangsung berbanding sebelum PKP, iaitu 1,238 penyaringan iklan berbanding 670 penyaringan yang dijalankan sebelum PKP. "Produk-produk tidak berdaftar seperti ubat perangsang seks yang sering mendapat permintaan tinggi sangat memberi risiko yang tinggi terhadap kesihatan pengguna memandangkan kebanyakan produk sebegini turut dicampur palsu dengan racun berjadual seperti sildenafil, " ujarnya. Katanya, pemilikan dan penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM boleh disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952.  "Jika sabit kesalahan hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama bagi individu dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan berikutnya," ujarnya. Beliau berkata, JKNT mengingatkan agar orang awam supaya tidak menggunakan produk-produk yang tidak berdaftar atau kosmetik yang tidak bernotifikasi dengan KKM.  " Selain itu, orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk atau notifikasi kosmetik melalui laman sesawang https://npra moh.gov.my 1 atau dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-7883 5400, " jelasnya.
12 May 22
712