Artikel "Semasa" Terkini
Malaysia Terima Lebih 600,000 Warga Asing Sejak Pintu Sempadan Dibuka
KUALA NERUS, 21 Mei - Malaysia menerima 604,457 warga asing sejak pintu sempadan antarabangsa kembali dibuka semula pada 1 April lepas.
Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri berkata berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia, 93.8 peratus atau 567,025 orang daripada jumlah itu adalah pelancong.
"Pertumbuhan positif tersebut memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelancongan yang merupakan antara penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia," ujarnya.
Beliau berkata demikian di Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge di sini semalam.
Tambah Ismail, ketika pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa negara, MOTAC telah menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong asing pada tahun ini dengan pendapatan RM8.6 bilion.
Justeru itu katanya, sebanyak RM230 juta dalam Belanjawan 2022 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan yang memberikan manfaat kepada penggiat seni, budaya dan warisan di bawah sektor pelancongan.
20 May 22
398
Kejatuhan Nilai Ringgit Tidak Jejas Sektor Pelancongan
KUALA NERUS, 20 Mei - Penyusutan nilai mata wang Ringgit Malaysia tidak memberi kesan kepada industri pelancongan secara keseluruhan di dalam negara.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri berkata, sehingga kini industri pelancongan masih bertahan walaupun negara kini mengalami kejatuhan nilai ringgit.
"Sehingga hari ini dari segi mobiliti pelancong belum menunjukkan kesan negatif dan sektor tersebut masih lagi berjalan seperti biasa.
"Jika kita lihat, berlaku peningkatan tempahan di hotel-hotel dalam negara malah ada yang sudah penuh terutama pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rewang Raya dan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Masjid Seberang Takir di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nancy berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) memberikan pelbagai subsidi bagi mengurangkan beban dan menggalakkan pelancong domestik untuk bercuti di dalam negara dalam fasa endemik.
"Antara subsidi yang kita berikan adalah diskaun baucar hotel, penerbangan, pengangkutan darat, spa dan semua yang berkaitan dengan pelancongan," katanya.
20 May 22
295
MRTM Rancakkan Ekonomi Terengganu
KUALA NERUS, 20 Mei - Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 yang julung kali diadakan di Pantai Timur mampu menjadi nilai tambah kepada ekonomi kerajaan negeri Terengganu.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) itu tampil dengan pelbagai program menarik, bermula sejak semalam sehingga hingga 21 Mei ini.
"Terengganu akan menjadi tumpuan seluruh negara dengan pelbagai pengisian selama tiga hari MRTM berlangsung.
"Saya percaya pelbagai produk yang dipamerkan sepanjang program jelas menunjukkan negeri ini mempunyai produk dan seni budaya yang sangat unik untuk orang ramai mengenali dan menikmatinya," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rewang Raya dan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Masjid Seberang Takir di sini hari ini.
Tambah Ahmad Samsuri, secara tidak langsung, MRTM membantu melonjakkan nilai tambah produk yang ada sekali gus meningkatkan ekonomi di negeri ini.
20 May 22
245
Ringgit Lemah : Penggiat Pelancongan Dinasihat Jangan Naikkan Harga
KUALA NERUS, 20 Mei - Para penggiat pelancongan dalam negara dinasihatkan tidak ghairah menaikkan harga pakej percutian mereka susulan senario kelemahan nilai ringgit yang berlaku ketika ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri berkata, tindakan itu boleh merencatkan permintaan dalam sektor berkenaan.
"Kita menyarankan mereka (penggiat pelancongan) supaya tidak mengambil kesempatan kepada pelancong, sebab kita sama-sama mempunyai satu misi iaitu mahu melihat Malaysia lebih maju dari sudut ekonomi.
"Jadi sama-sama kita tolong satu sama lain, jangan ketatkan lagi peluang orang lain bercuti sebaliknya giatkan lagi rezeki masing-masing melalui sektor pelancongan," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rewang Raya dan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2022 di Masjid Seberang Takir, di sini hari ini.
Jelas Nancy, pihaknya sukar untuk mengawal sekiranya ada pihak yang masih mengambil peluang untuk menaikkan harga namun ia bergantung kepada pelancong itu sendiri.
"Kita minta kebijaksanaan pelancong sendiri untuk menilai dan mereka boleh melihat sendiri perbandingan kerana sekarang semua atas talian jadi boleh lihat sendiri dari segi harga mana yang terbaik.
"Kadang-kadang mereka memilih untuk harga mahal dengan kualiti terbaik. Oleh sebab itu, kita serahkan kepada mereka untuk menilai dan memastikan mereka memilih dengan bijak," tambahnya.
20 May 22
79
MN : PAS Tak Jemu Walau Ada Pihak Mahu Putus
PAS tidak pernah jemu untuk memastikan agenda perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dapat diteruskan walaupun ada pihak yang mahu memusnahkan usaha tersebut.
19 May 22
185
HFMD Di Terengganu Terkawal
KUALA TERENGGANU, 19 Mei - Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Terengganu masih terkawal walaupun ia menunjukkan peningkatan hampir 10 kali ganda bagi tempoh 1 Januari hingga kelmarin.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Dr Kasemani Embong berkata, setakat 17 Mei lalu, 1,182 kes dilaporkan berbanding hanya 103 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun katanya, tiada keperluan menutup taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) negeri ini walaupun berlaku peningkatan kes.
“Arahan penutupan taska dan tadika akan dilakukan sekiranya berlaku penularan yang teruk.
"Kita akan melihat situasi mengikut keadaan di satu-satu taska. Kalau kata taska itu memang ada penularan yang teruk, kita akan buat arahan tutup.
"Tetapi setakat ini, di Terengganu, kita kekal dengan 19 taska yang terbabit dan kesemuanya beroperasi seperti biasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor di Dataran Batu Burok, hari ini.
Menurut Dr Kasemani, jangkitan HFMD di kalangan bayi dan kanak-kanak negeri ini tidak serius dan tiada pesakit yang dimasukkan ke wad setakat ini dengan kesemuanya hanya dirawat sebagai pesakit luar.
19 May 22
324
Bekas Pengetua SMK Padang Midin Dinobatkan Tokoh Guru Terengganu 2022
KUALA NERUS, 19 Mei - Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin dinobat sebagai Tokoh Guru Negeri Terengganu 2022 sempena Hari Guru Negeri Terengganu, hari ini.
Zah Mohamad, 63, yang bersara selepas 35 tahun bergelar pendidik berkata, beliau sama sekali tidak menyangka terpilih menjadi penerima anugerah itu memandangkan sudah tiga tahun meninggalkan kerjaya itu.
“Anugerah ini saya dedikasikan buat sekolah terakhir saya, SMK Padang Midin, yang banyak meninggalkan kenangan terbaik serta pencapaian tertinggi semasa masih bergelar pengetua di sana.
“Sekolah yang amat bermakna buat saya dan sehingga kini saya masih berhubung dengan guru-guru dan pelajar di sana," katanya.
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dengan penganugerahan itu, Zah yang juga kepada ibu kepada empat anak itu menerima wang tunai RM5,000, kalong, selempang, persalinan songket, jam tangan, plak dan sijil penghargaan.
Tambah beliau lagi, antara resepi utamanya sejak bergelar guru pada tahun 1984, dia mengamalkan prinsip ikhlas mengajar dan mengasihi anak murid seperti seorang ibu mengajar anak sendiri
Selepas bersara, Zah kini menyumbang kepakaran menulis buku dan aktif berpersatuan sebagai Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Terengganu selain Naib Pengerusi, Penglibatan Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Kuala Terengganu.
19 May 22
3210
Hargai, Hormati Guru Jadi Asas Kecemerlangan Pelajar
KUALA NERUS, 19 Mei - Guru yang menjadi tunjang dan asas kepada kemenjadian murid pastinya mampu membangunkan sekolah yang sejahtera, harmoni, dan berjaya dalam situasi pendidikan kini yang penuh cabaran dan segala kemungkinan.
Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata oleh itu khidmat bakti guru-guru dalam mendidik dan mengajar anak bangsa bukanlah suatu yang boleh dinilai dengan wang ringgit.
Katanya, keikhlasan usaha, budi dan bakti mereka tanpa mengenal erti penat dan lelah perlu dihargai dan dihormati oleh semua pihak.
“Dunia pendidikan kini yang semakin rencam menyebabkan para guru berhadapan dengan pelbagai kerenah para pelajar, ibu bapa, masyarakat malah rakan sekerja juga.
“Saya yakin dan percaya insan yang bergelar pendidik merupakan seorang yang profesional mampu menangani sebarang masalah yang melanda.
“Ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ungkapan menarik ini perlu dijadikan pegangan ke arah melahirkan generasi minda kelas pertama yang diidam-idamkan kerana kemenjadian murid bergantung pada komitmen tinggi para guru yang menjadi tunjang kepada pendidikan negara,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 di Dewan Besar Hotel Raia di sini hari ini.
Tambah beliau, guru yang berperanan sebagai pendidik (mudarris), penyampai yang benar (mualim), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang, muaddib (pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan) mampu menjadi tunjang yang kuat untuk menghadapi segala cabaran ketika ini.
“Pendidikan bukan sahaja mampu menjadi alat yang berkesan mengeluarkan anak-anak kita daripada kepompong kemiskinan, tetapi juga berupaya melestarikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang maju dan dikenali,” ujarnya.
19 May 22
243
350 Jururawat Sertai Gegar 10,000 Langkah
KUALA TERENGGANU, 19 Mei - Seramai 350 jururawat menyertai Gegar 10,000 Langkah di Dataran Pantai Batu Burok di sini, hari ini sempena Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Terengganu.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato' Dr Kasemani Embong berkata, mereka terdiri terdiri daripada semua kategori jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), swasta dan pesara.
"Sambutan Hari Jururawat disambut pada 12 Mei setiap tahun dan kali ini bertemakan "Nurses: a voices to lead: Invest In Nursing And Respect To Secure Global Health.
"Bagi Negeri Terengganu sambutan tahun ini diadakan di Dataran Pantai Batu Burok dengan aktiviti yang dijalankan adalah Gegar 10,000 Langkah serta seminar pendidikan dengan Tajuk: Bangkitkan Motivasi Diri.
"Tujuaanya adalah memberi kesedaran dan kepentingan kesihatan mental bagi menjamin kesejahteraan di kalangan petugas kesihatan setelah dua tahun berhadapan dengan pandemik COVID-19," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutup Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor.
Terdahulu, pelepasan peserta (flag off) program anjuran Bahagian Kejururawatan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bersama Persatuan Jururawat Malaysia dan Kesatuan Jururawat Malaya itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar negeri. Dr Alias Razak kira-kira pukul 8.45 pagi.
19 May 22
787
'Insya-Allah, Banyak Lagi Anak Syarikat Raih Keuntungan Berganda'
Terengganu meletakkan keyakinan tinggi bahawa banyak lagi anak syarikat kerajaan negeri (GLC) akan mencapai keuntungan bagi tahun 2022.
19 May 22
147