Artikel "Semasa" Terkini
Terengganu Dipilih Laksana Sistem e-Tanah
Terengganu menjadi negeri keempat yang melaksanakan sistem pentadbiran tanah secara elektronik (e-Tanah) selepas pelaksanaan sistem itu di Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan pada 2021.
30 Jun 22
393
Kerajaan Negeri Arah Siasatan Video Penyu Tular
KUALA TERENGGANU, 30 Jun -- Satu siasatan terperinci akan dilakukan berkaitan video tular insiden memegang penyu di Pulau Redang baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Taman Laut bagi melakukan siasatan terperinci.
Katanya, ini susulan perbuatan memegang penyu adalah salah mengikut Seksyen 27, Akta Perikanan 1985.
"Tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu mengikut akta tersebut. Kerajaan negeri kesal dengan insiden ini dah berharap ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.
Terdahulu, satu video berdurasi 24 saat telah tular di media sosial yang memaparkan seorang krew bot menyelam dan membawa naik seekor penyu hampir ke permukaan dipercayai di Teluk Dalam, Pulau Redang.
Video tersebut dikritik netizen kerana tidak peka dengan peraturan yang dikuatkuasakan dan mengingatkan pelancong agar tidak menyentuh penyu ketika mengadakan aktiviti snorkeling,
30 Jun 22
630
1,000 APM Tawan 70 Puncak Gunung
KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Seramai 1,000 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berjaya menawan 70 puncak gunung termasuk di Sabah dan Sarawak secara serentak menerusi program Pendakian dan Kibaran Serentak Panji APM sempena Dekad Platinum Pertahanan Awam, hari ini.
Koodinator Program, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata aktiviti ini merupakan salah satu pengisian berkonsepkan kepada ujian fizikal ataupun latihan fizikal bertempat di bukit atau pun gunung.
"Pihak kami telah mengenalpasti 70 puncak gunung di seluruh Malaysia dan menawannya dalam tempoh sehari secara serentak.
"Pendakian bermula daripada pagi dan ketika berada di puncak mereka akan mengibarkan panji APM dan menyampaikan ucapan beserta video pendek sempena Dekad Platinum kami," ujarnya kepada pemberita.
Jelas beliau lagi, program anjuran utama dari Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia, turut disokong kolaborasi bersama dengan Jabatan Perhutanan, Perhilitan, Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Disamping itu juga, aktiviti tambahan adalah penanaman pokok bagi menyokong promosi Jabatan Perhutanan Malaysia, dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Tambahnya, poster kesiap siagaan keselamatan seperti poster pendidikan mengenai tentang persediaan sekiranya berlaku kecemasan di sepanjang rekreasi.
"Pihak kami juga meletakkan tanda arah kiblat bagi makluman pengunjung supaya sentiasa beribadat apabila sampai masanya," ujarnya.
Justeru itu dengan kejayaan pada hari ini, Che Adam mengucapkan tahniah kepada semua negeri dan juga PTJ yang terlibat di dalam program pendakian di peringkat kebangsaan kali ini.
30 Jun 22
336
Kadar Baharu Had 'Kifayah' Hujung Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 30 Jun- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dijangka akan melaksanakan kadar had kifayah (suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu atau bagi sesebuah keluarga) baharu bagi memenuhi keperluan golongan asnaf di Terengganu hujung tahun ini.
Memetik laporan Sinar Harian pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan memaklumkan, Jawatankuasa Penilaian Dapatan Kajian Penentuan Had Kifayah Fakir Miskin di negeri ini telah ditubuhkan pada 31 Mei lalu bagi menentukan kadar baharu yang menepati keperluan perbelanjaan asasi golongan berkenaan.
"Kajian mengenai had kifayah telah dijalankan pada 2019 dengan kerjasama pasukan penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) termasuk pakar dalam bidang berkenaan.
"Rentetan itu, kita telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menambah beberapa metodologi baharu untuk mengkaji pindaan yang akan dibuat berdasarkan keperluan semasa.
"Kita jangka dalam tempoh enam bulan lagi kita akan dapat keputusan bagi kadar had kifayah baharu untuk Negeri Terengganu dan dijangka akan dilaksanakan hujung tahun ini," ujarnya.
Menurutnya, kadar baharu had kifayah perlu diteliti berdasarkan peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan (inflasi) serta mengambil kira beberapa faktor lain.
"Secara umumnya, apabila berlaku peningkatan kos sara hidup, orang yang miskin akan berubah menjadi fakir.
"Kita telah bersedia dengan keadaan itu, sebab itulah kita beri tumpuan serta komitmen untuk meminda had kifayah. Apabila pinda had kifayah bermakna kemungkinan jumlah penerima akan bertambah atau jumlah penerima sama dan bantuan bertambah. Semua perkara itu akan diambil kira," katanya.
30 Jun 22
190
Pahang, Destinasi Kedua Promosi Jelajah Beautiful Terengganu
KUANTAN, 29 Jun- Kempen Jelajah Beautiful Terengganu, Pakat Maghi Terengganu 2022 kini diteruskan di Pahang sebagai destinasi pilihan kedua selepas Kedah dengan penawaran pakej percutian menarik di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, ia merupakan kerjasama kerajaan negeri Terengganu menerusi Jabatan Pelancongan Negeri meneruskan sinergi promosi dalam negara.
Katanya, program memperkasakan kempen promosi sektor pelancongan dan kebudayaan negeri ini yang turut mendapat kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu memfokuskan segmentasi pelancongan tertentu dalam menarik lebih ramai pengunjung domestik ke Terengganu.
"Pahang dilihat mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan terutama lokasi popular seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron yang berupaya menjadi faktor tarikan pengunjung.
" Terengganu turut mempunyai beberapa persamaan dengan Pahang yang sekaligus dapat memberikan pilihan produk serta pakej pelancongan kepada pelancong sasar," ujarnya kepada pemberita.
Tambah beliau, Pahang mempunyai pulau terkenal seperti Pulau Tioman dan begitu juga Terengganu yang yang mempunyai tujuh pulau peranginan utama yang selama ini menjadi faktor tarikan utama pengunjung seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, dan Pulau Kapas.
"Begitu juga sepertimana Pahang menjenamakan masakan ikan patin sehingga terkenal diseluruh negara, Terengganu juga mempunyai menu masakan istimewa Ikan baung yang akan dijadikan ikon baharu dalam ketengahkan Terengganu sebagai destinasi baharu untuk pelancongan gastronomi" ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi MAH Terengganu, Suaibah Harun berkata, Program Jelajah BTM yang menggunakan kaedah Business to Business (B2B) itu dianggap antara strategi terbaik bagi pelancongan di Terengganu.
Menurut beliau, kaedah itu memberi lebih fokus kepada pemain industri dalam mendapatkan input serta maklumat berkaitan perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan di Terengganu.
"Kesan promosi yang digerakkan pihak jabatan melalui pelbagai saluran telah menunjukkan peningkatan hasil tempahan hotel di bawah MAH.
"Purata tempahan pada hari biasa ialah 50 peratus dan jumlah itu meningkat kepada 80 peratus pada hujung minggu, musim cuti persekolahan, perayaan dan setiap kali adanya penganjuran program oleh kerajaan negeri," katanya.
Jelajah BTM ke Pahang kali ini melibatkan 13 penggiat industri pelancongan yang terdiri daripada
pengusaha hotel, agensi kerajaan, agensi pelancongan dan pengusaha produk nasi dagang serta keropok lekor.
29 Jun 22
655
Para Huffaz Berperanan Sebar Ajaran Al-Quran
Para huffaz dinasihat supaya menjaga serta mengamalkan ajaran al-Quran dalam diri dan menyampaikannya kepada masyarakat.
29 Jun 22
141
50 Persatuan Motosikal Meriahkan 'Bike Week'
Terengganu Bike Week 2022 (TBW2022) mencatatkan sejarah apabila disertai 50 buah persatuan motosikal berkuasa besar termasuk dari Thailand dan Singapura.
29 Jun 22
225
Perantau Rakan Kongsi Kerajaan Negeri
Anak Terengganu di perantauan dianggap sebagai rakan kongsi kerajaan negeri yang berperanan menyumbang idea bagi meningkatkan mutu pentadbiran.
29 Jun 22
120
Kolam Taman Shahbandar Rosak, Terbiar Akibat Vandalisme
Kolam di Dataran Shahbandar yang ditularkan di media sosial kerana terbiar disahkan rosak akibat kegiatan vandalisme.
29 Jun 22
268
1,082 Huffaz Berjaya Dihimpunkan Buat Kali Pertama
KUALA NERUS, 28 Jun – Kerajaan negeri sekali lagi melakar sejarah penting apabila berjaya menghimpunkan 1,082 para Huffaz melalui Himpunan Huffaz Negeri Terengganu buat julung kalinya.
Pengurus program, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata usaha tersebut mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak termasuk sekolah-sekolah Tahfiz persendirian dan organisasi yang terdapat di Terengganu.
“Kejayaan pada hari ini kerana mereka memberi kerjasama yang sangat baik., itu yang pertama. Yang keduanya, melalui program ini, kita nak melihat dari sudut kekuatan hafazan dan juga nak melihat cara kaifiah ataupun manhaj yang digunakan di setiap madrasah ataupun institusi.
“Dan insya-Allah seperti mana yang dah diumumkan oleh Exco, program ini dijadikan perhimpunan tahunan dan kita akan pelbagaikan program pengisiannya nanti,”ujarnya.
Beliau berkata demikian di Himpunan Huffaz Negeri Terengganu bertempat Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Turut hadir , Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato Yahaya Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah
Tambahnya, ini juga salah satu cara untuk mengatasi masalah ketandusan Huffaz di negeri ini apabila berjaya melahirkan Huffaz yang berkualiti.
Sementara itu, Shaikh Harun berkata pihaknya sentiasa menyokong ibu bapa sekiranya mereka merancang pendidikan dengan keutamaan kepada sekolah Tahfiz bagi melahirkan lebih ramai para Huffaz.
“InshaAllah, kita akan pupuk Huffaz dengan lebih hebat melalui perancangan yang betul, bukan sekadar hafaz alQuran, tetapi memahami dan melaksanakannya al-Quran seolah-olah Huffaz itu al-Quran bergerak,”ujarnya.
28 Jun 22
729